UBAH UMNO SABAH: SALLEH PENGERUSI, MUSA NAIB PRESIDEN, SHAFIE PERLU PERJELAS KHABAR ANGIN

on Saturday, June 6

GANDINGAN HARMONI: DSP MUSA AMAN, DS NAJIB RAZAK,
DSP SALLEH SAID KERUAK
1. TS MUHYIDDIN TPM Terbaik Dalam Sejarah
Baru-baru ini, ramai orang terpedaya dengan harapan dan mimpian konon-kononnya TS Muhyiddin akan melanggar DS Najib dan meletakkan jawatan selepas kembalinya bercuti di luar negara. Namun begitu, ada juga menteri yang goyang dengan mainan politik di peringkat nasional itu.

Mereka membayangkan TSMY segopoh DS Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (1998). Mereka mengimpikan TSMY akan mengulangi tindakan Tun Musa Hitam meninggalkan Tun Dr. Mahathir dahulu (1985). Mereka berharap TSMY akan mengulangi sejarah Tengku Razaliegh menentang Tun Dr. Mahathir (1988). 

Rupa-rupanya TSMY lebih bijak daripada sangkaan mereka. TSMY tidak melayan penantian wartawan dan tidak terpengaruh dengan kumpulan yang mengadu-domba beliau dengan PM. 

TSMY maha tahu, jika beliau melayan persepsi luar untuk menentukan kepimpinannya, bukan sahaja kepimpinannya akan rosak malah masa hadapannya sebagai bakal PM selepas DS Najib turut juga akan rosak sebagaimana ketidakmenjadian Musa, Anwar dan Tengku Razaliegh Hamzah.

*Nota: sistem demokrasi dalam UMNO sejak dahulu ialah TPM akan mewarisi jawatan PM.

2. Menteri Tidak Bersama PM Perlu Segera Letak Jawatan
Kini, persoalan sebenar adalah berkenaan menteri kabinet sama ada berjawatan AMT atau Naib Presiden, hukum politik ialah jika sudah tidak boleh bersama dengan PM, maka perlu meletak jawatan. Jangan menyusahkan PM mengemudi kerajaan dan negara ini dengan sikap tidak teguh pendirian dan bermain wayang di belakang pemimpin nombor satu. 

Jika sayap kepimpinan di bahagian sendiri terang-terang menunjukkan sikap tidak bersetuju dengan Presiden parti, itu sudah bukti sangat jelas bahawa bahagian tersebut sudah tidak lagi bersama Presiden parti. 

DS Zahid Hamidi telah mencabar supaya Menteri yang tidak bersama PM hendaklah meletak jawatan. Janganlah memaksa Perdana Menteri membuat rombakan dan memecat anda, kata DS Zahid. Baca ulangan di sini.

Dalam kabinet persekutuan, PM mempunyai kuasa pregroratif untuk melantik sesiapa yang difikirkannya layak untuk membantunya mengemudi kerajaan ke arah kejayaan. Juga PM mempunyai kuasa yang sama untuk menukar menteri yang tidak lagi boleh bersamanya. Sebab itulah dalam konteks Sabah, saya telah mencadangkan nama ini.

Di Sabah dua menteri UMNO Sabah telah menunjukkan kemampuan yang luar biasa, iaitu Datuk A. Rahman Dahlan dan Datuk Anifah Aman. Ulasan akan diberikan kemudian.

3. Sudah Sampai Masa UMNO Sabah Transform
Dalam isu ketidakpuasan Tun Dr. Mahathir kepada PM DS Najib, saya mendapati DSP Musa Aman dan DSP Salleh Said Keruak menunjukkan malah membuktikan kesetiaan 100% mereka kepada Presiden UMNO dan PM.

DSP Salleh Said Keruak (SSK) menggunakan ketajaman mata penanya untuk mempertahankan kepimpinan parti dan kerajaan. Terbaharu di sini. Semalam saya telah memetik beberapa artikel SSK di nombor 6 di sini.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada UMNO Sabah supaya membuat transformasi kepimpinan negeri supaya nampak seia dan sekata dengan kepimpinan pusat. 

Saya percaya DSP Musa Aman sudah berjaya meningkatkan pencapaian kerajaan Sabah sejak lebih 13 tahun sebagai Ketua Menteri. Maka sudah sampai masanya DSP Musa Aman berehat daripada memimpin UMNO Sabah dan kerajaan negeri Sabah. Sebaliknya, saya mencadangkan DSP Musa Aman bertanding Naib Presiden UMNO mewakili kouta Sabah pada pemilihan tahun hadapan.

Manakala, DSP Salleh Said Keruak yang berpengalaman luas di peringkat pusat (pernah menjadi Ahli Parlimen) dan negeri (pernah menjadi Ketua Menteri Sabah) tidak syak lagi individu yang paling sesuai menggantikan DSP Musa Aman memimpin UMNO Sabah dan kerajaan negeri Sabah.

Kesimpulannya, kepada menteri yang tidak lagi bersama PM, saya meminjam kata-kata DS Zahid Hamidi supaya berundurlah, jangan menyusahkan PM.

Seseorang menteri kabinet tidak boleh berpura-pura. 

Selamat Berhujung Minggu.

Penns, USA.
Mei, 6, 2015.






4 Komen:

Anonymous said...

cadangan yg baik. Musa boleh ganti shafie sebagai naib presiden. Ramli Marhaban boleh bertanding MP Semporna.

Anonymous said...

Shafie sudah tak releven! Pemuda Semporna tidak lagi bersama PM apa cerita mahu tunjuk hero... sudah tak jadi minister baru tahu tinggi rendah langit, baru boleh tengok tahun depan boleh sangkut ker Naib Presiden tanpa jawatan Menteri...beri muka baharulah, Sabah byk pemimpin berpotensi

Anonymous said...

Nama yg tidak harus di lupakan dan d berikan peluang ialah Datuk tawfik titingan.pemimpin muda dan mesra rakyat mendapat sokongan akat umbi

Anonymous said...

nice artikel

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan