TUJUH SEBAB PM TIDAK HADIR MAJLIS SUKA GUAM

on Friday, June 5

Ketua Polis Negara Memberi Arahan Yang Bijak
1. Kesilapan Suka Guam. Penganjur kelihatan gagal menyediakan pelan keselamatan yang komprehensif. Penganjur dikhabarkan media turut menjemput Tun Dr. Mahathir dan kejadian di PWTC membuktikan penganjur terlepas pandang aspek keselamatan berskala besar khususnya aspek sentimen oleh penyokong kedua-dua pihak. Dalam hal ini, penganjur kelihatan hilang fokus keselamatan. Penganjur sepatutnya menyedari bahawa apabila kedua-dua penyokong bertembung, kekerasan pasti akan berlaku. 

Acara dialog seolah-olah bertukar menjadi debat antara Tun M dengan Perdana Menteri. Penyokong kedua-dua pihak berduyun-duyun datang. Sudah tentulah tempat menjadi tidak sesuai dengan kehadiran di luar jangka. Sudah tentu jua ancaman keselamatan kepada PM akan berlaku kerana fokusnya kepada PM bukan kepada mantan PM.

Sepatutnya penganjur belajar bagaimana Debat antara DS Anwar dengan DS Shabery Cheek dahulu (2008). Kedua-dua penyokong hadir dan pengurusan keselamatan sangat baik.

2. Gempa bumi di Sabah. Saya berpendapat kejadian gempa bumi di Sabah awal pagi lebih penting diberi perhatian oleh PM daripada menghadiri acara dialog yang telah tercemar itu. 

Adakah memenuhi kehendak segelintir pihak di PWTC itu lebih penting daripada keselamatan rakyat Malaysia di Sabah khususnya di Ranau, Tamparuli dan di puncak Gunung Kinabalu? Dalam keadaan-keadaan di luar jangka, PM juga perlu memilih keutamaan dalam banyak jadual rasmi beliau tetapi saya tidak fikir PM akan memandang sebelah mata nyawa manusia di pergunungan Kinabalu.

3. Majlis Dialog Telah Tercemar. Tercemar kerana keadaan menjadi tidak terkawal dengan segala macam emosi, sentimen dan niat yang tidak boleh dijangka. Jika PM hadir juga, barangkali adegan baling kerusi, baling air mineral water dan kerosakan di bangunan PWTC akan berlaku sebagaimana kes 1998 dahulu di tempat yang sama. 

Salah satu sifat orang Melayu apabila sudah mengamok, ialah akan mudah lupa diri. Melayu Mudah Lupa kata Tun M. Adakah anda lupa bagaimana penyokong-penyokong DS Anwar merosakkan gambar-gambar dan harta benda bangunan PWTC dan sebagainya pada tahun 1998 dahulu?

Jika PM hadir juga, saya yakin adegan Tun M dahulu dibaling botol air mineral sambil dicerca hina oleh penyokong DS Anwar akan berulang ke atas PM Najib pula. Sasaran kemarahan adalah kepada PM, bukan kepada mantan PM.

Dengan keadaan sukar dikawal itu, maka langkah Ketua Polis Negara (KPN) menasihati PM untuk tidak menghadiri majlis tersebut sangat tepat. 

4. Majlis Bertukar Menjadi Tidak Berfaedah. Penerangan 1MDB telah dibuat oleh PM dengan panjang lebar. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Husni Hanadzlah juga sudah menjelaskan di TV. Pengurusan 1MDB juga sudah menjelaskan perbelanjaan 1MDB yang dipersoalkan itu. Kini kita menunggu hasil siasatan Jabatan Akauntan Negara dan PAC. 

Dalam hal ini, PM telah menyatakan sesiapa yang didapati wrong doing tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Kenapa tidak boleh menunggu? Sabar adalah ajaran agama Islam, isu sebesar ini perlu ditangani dengan tenang, sabar dan rasional. Bukannya dengan emosi, persepsi dan kesilapan fakta.

Tujuan mereka ialah mahu PM berundur bukan mahu menerima penjelasan PM. Maka, apa jua penjelasan yang diberikan kekal tidak diterima oleh mereka. 

5. Arahan Ketua Polis Negara (KPN). Adalah menjadi tanggungjawab KPN untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia khususnya semua PM daripada sebarang ancaman keselamatan kecil dan besar.

Apabila pihak PDRM mendapati suasana di PWTC tidak terkawal, malah dikatakan di luar sudah berlaku ketegangan, maka PDRM tidak boleh mengambil risiko melengah-lengahkan dan bersikap sambil lewa akan ancaman tersebut. PM adalah PM kepada semua rakyat Malaysia. PM dan KPN tidak boleh mengambil risiko.

Adakah anda lupa apa berlaku kepada mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Ibrahim Ismail ketika dalam perjalanan ke tempat kerja  telah ditembak di Kuala Lumpur oleh subversif Komunis yang menunggu sejak awal pagi, malangnya pihak subversif tersalah tembak kenderaan lain. Tun Ibrahim masih berada di dalam rumah dan nasihat perisikan memintanya menaiki kenderaan kedua telah menyelamatkan nyawa Panglima ATM. 

Sekiranya subversif komunis itu berjaya menembak Panglima ATM kita apakah kesannya kepada politik, ekonomi dan keselamatan negara? Saya bertuah kerana bertemu dan mendengar sendiri daripada beliau, tetapi anda masih boleh membaca buku-buku Tun Ibrahim di sini

Dalam isu ini, KPN telah bertindak tepat, betul dan bijaksana.

6. DSP Salleh Said Keruak. Baca di sini, sini  dan iniPandangan saya dengan DSP Salleh Said Keruak tidak banyak bezanya.

7. Pejabat Perdana Menteri menjelaskan di sini

Kepada KPN, saya mengucapkan tahniah kerana tindakan pantas KPN sangat tepat pada masanya. Saya tidak dapat membayangkan apakah akan terjadi di dalam bangunan PWTC atau di luar sekiranya KPN tidak membatalkan majlis tersebut. Mungkin lebih buruk daripada kejadian 1998 dahulu!

Kepada pihak penganjur, saya menasihati anda membatalkan atau menangguhkan majlis ini sehingga Jabatan Akauntan Negara dan PAC mengeluarkan hasil siasatan mereka. 



9 Komen:

Anonymous said...

Kamu telah menjaga perdana menteri kamu dengan baik, orang lain pun tak nak pertahan perdana menteri, semoga kamu tidak tersalah orang...

Anonymous said...

Bukan takut ker pak Najib kamu tu

Anonymous said...

TQVM !

Anonymous said...

nak tanya sikit yang Ali tinju dok menjerit2 nak buat huru hara pasal apa??ada kawan baik dia suh sabotaj supaya polis berhentikan majlis ke?video menunjukkan yang buat kecoh adalah geng Ali Tinju..bukankah setiap majlis perhimpunan diberikan permit??

Anonymous said...

hahaha...TOLONG LA JGN TAKUT PADA BAYANG2 SENDIRI!!!CELAH MANA NAK JADI MACAM PERISTIWA 1998..lawak

Anonymous said...

Mengaum seumpama tikus.....

Anonymous said...

I am a sabahan and so are you, mr blogger. You and salleh keruak and rahman dahlan are like thinking persons who will go out to defend najib. Its no surprise at all. Wish you all the best for i believe i am with other rational thinking malaysians who would support tdm not because he is maksum but he thinks about malays, muslims and the country. As najib propagates "cash is king", bloggers like you, salleh and rahman will continue to defend your boss. Its ok for sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

Wallahuaklam

Anonymous said...

ramai yang kecewa PM tak datang termasuk penyokong PM, hasilnya PM dan pro-Perdana Menteri di insult dengan macam-macam bahasa sarkastik oleh penyokong Tun. PM Najib sudah sampai masanya PM berdepan head on dengan Tun dan penyokongnya serta seluruh rakyat Malaysia! be who you're born to be!

tidak lah bermaksud hilang sokongan pada PM, cuma agak kecewa dan simpati pada hinaan ke atasnya walau tindakan pembatalan ada sebab yang boleh diterima akal.

regain your honor!

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Assalamualaikum WW,

Saya ucap terimakasih atas komentar yang diberikan. Semoga pandangan anda membawa kebaikan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan