UCAPAN TERBAIK KETUA PENGARAH BTN DALAM SEJARAH, LIM KIT SIANG SILA MENGHAYATINYA

on Monday, June 22

Salah Satu Aktiviti Senaman Pagi Di Kem BTN 
Berikut adalah ucapan mantan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Dato' Shagul Hamid Abdullah semasa Kongres Patriotisme Remaja (2008). Ianya sangat panjang, tetapi saya petik ucapan di dua mukasurat terakhir untuk tatapan massa, kerana sesuai dengan isu semasa yang sedang hangat dperkatakan sekarang. Saya tidak mengedit ucapan ini, saya mahu pembaca membaca yang ori.

...Budaya negara kita ini menganggapkan bahawasanya seseorang itu walaupun apa saja darah keturunannya, bercakap Melayu, beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, maka dia Melayu. Itu sebab orang Melayu macam-macam rupa sekarang, hitam legam pun ada, putih kuning langsat pun ada, macam-macam rupalah, hidung mancung, hidung kemek sebagainya, semuanya ada.  

Semua kaum mempunyai toleransi yang tinggi serta tahu had dan pantang larang dalam pergaulan seharian. Itu yang Pak Lah kata tadi, ‘..yang kau buat benda yang bukan-bukan tu buat apa?”. Don’t you have better things than rasing it the sensitive issues? Rakyat sanggup berkorban. Sudah lama kita berkorban masing-masing dalam pelbagai aspek. Maka sebab itulah kita dapat kecapi keamanan dan kestabilan. Tanpa kestabilan, sukar bagi kita melaksanakan pembangunan negara. 

Tetapi tuan-tuan, kita juga perlu ingat, look at round the world, we just looking around ourself. Syok la, syok sendiri. But look outside. Bukan semua perkongsian kuasa dalam dunia ini berjaya seperti kita. 

Contohnya di Lubnan, there was a deal, treaty with kristian and muslims, share power. Cristian Presiden, muslim prime minister. How long did will last? And today they still in war. 

Cyprus, before British Colonization, Cyprus benar-benar duduk di bawah Othman Empire, tapi datang British dia jajah, dia keluar saja, dia kata half to Kish, and half to Greek. Lepas itu bergaduh. Agaknya sekarang dah damai sikit. Maybe they were found the sulotion. They have to decided to share. 

Filipina, datang ‘mat saleh’ they decide, and Amerika said I take the north, and you take north Borneo. Dia cakap dengan ‘mat saleh’. American dengan Spanish and Britain they decided draw a border. That border they not take in the account, tidak mengambil kira sosio budaya. 

Hari ini baru kita tahu rupa-rupanya selatan Filipina bekas jajahan Sulu semuanya orang Islam. Sampai sekarang bergaduh lagi. Sedangkan kerajaan yang berpusat di utara semuanya Kristian Katolik. Oleh kerana mereka tidak berkongsi kuasa dengan bijaksana, mereka berperang sampai sekarang. Hingga jemput pula askar Amerika menembak buat military exercise di selatan, kononnya menembak rubber bullet, tapi orang yang mati tu tak kena rubber

That’s a case in Sri Lanka today, Iraq, Fiji, so many example. Jadi ramai pemimpin dan penjawat awam dari negara lain datang sini, datang CID, datang kursus di INTAN, datang banyak-banyak kursus MTCP program dan bertanya...”what your secret, Can tell us. How come you so stable?”. What’s your answer? 

The answer is kerana kita mengamalkan Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan, yang mengambil kira latar belakangnya, sejarahnya, keadaan majmuknya dan semuanya sudah ada. Integriti. 

Maka sebab itulah, saya Cuma ingin mengingatkan di sini, sebab itulah di akhir-akhir ini kita semua telah tahu, dalam youtube, tak youtubenya, yang berlaku dalam internetnya, dalam suratkhabarnya, macam-macam. There is still a law, we are still in operation today return here as a post state. 

Pada tahun 1971, pindaan telah dibuat pada Perkara 10 dengan memasukkan Fasal (4). Fasal ini membolehkan parlimen membuat undang-undang melarang mana-mana pihak mempersoal/mengungkit hak dan keistimewaan yang dijamin oleh Perlembagaan khususnya soal kerakyatan. Nobody can question whose citizenship. Pendatang tak pendatang whather rakyat ke tak rakyat. Cannot question. 

Isu bahasa, tak boleh dipersoalkan (Perkara 152). 

Kedudukan istimewa orang-orang Melayu (Perkara 153) tak boleh disoalkan dan kepentingan sah kaum serta kedaulatan raja-raja tidak boleh disebut-sebut. This law is still operation. Tapi gamaknya in 1969, so far away now remote, so many in this hall were born long after 69, we don’t understand what is all about. And people is forgot that the law is still operation.

Dasar wawasan negara tuan-tuan, saya mengatakan bahawa Malaysia bijaksana. Perkataan yang digunakan ialah bijaksana. Kita telah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berkongsi kuasa dan sekarang ini mengambil kira deminsi baru, mengambil kira keadaan baru di mana kita mengahdapi globalization kita membuat  dasar wawasan  negara baru tetapi kita ada ancaman. 

I like to give you a an idea what globalization all about. (Tayangan gambar di skrin). Pernah tengok kartun ini? Ini lagi lucukan? Giant Wristler lawan wristler yang kerdil. Macam itulah, big bank masuk ke Malaysia, tutup Bumiputera Bank. Kena bergabung bank-bank yang kecil untuk melawan gergasi besar ini. That what is globalization. It’s also about. 

Dan ciri-ciri runtuh sempadan, kepantasan aliran maklumat, melalui internet dari sini masuk satu tiub satu negara, satu dunia boleh tengok, warganegaranya sendiri memperlekehkan lagu negara sendiri dan G7 cuba mendominasi dunia. Kalau campur dengan Rusia jadi G8. And what about this?(Gambar). Ex-presiden bank dunia? Dengan Dick Channey, Mark Broxsawyer dan Norman Mascot. Before I finish I want to show you this vedio. You want watch a video? (Tayangan video).

Baik saya terus sebab kita tak cukup masa. Pergi ke hujung presentation saya. Sebagai penutup saya,merangkumi apa yang sudah saya sampaikan tadi. Video tadi menujukkan challengers of the era globalization

Syarat-Syarat Patroitisme
Maka mengambil kira scenario yang telah dipersembahkan tadi tentang latar belakang dan keadaan semasa kita, sekarang ini cabaran-cabaran kita; agenda politik kita ialah apabila sebut patriotic seharusnyalah orang yang mahu meneruskan perkongsian kuasa antara kaum secara bijaksana dengan menitikberatkan perpaduan. That’s number one. Syarat-syarat patriotisme. 

Kedua, patriotik maksudnya kita sanggup meneruskan menyokong penerusan Dasar Pembangunan Negara dengan tumpuan khas dengan memastikan ekonomi pribumi meningkat seiring, sama tinggi dengan lain-lain kaum. 

Yang ketiga, sebagai seorang yang patriotik kita harus menyokong supaya memupuk semangat perpaduan yang kuat yang mampu melawan daya tarikan budaya etnik masing-masing agar akhirnya satu Bangsa Malaysia dapat dibentuk seiring degnan teras-teras perlembagaan dan kepelbagaian budayanya.


Soalnya, Sudahkah Malaysia menjadi sebuah negara yang cukup matang semua, rakyatnya matang melahirkan satu sistem yang adil lagi sofistikated serta dihormati oleh semua warganegara? Atau boleh diperbaiki lagi. 

Adakah benar semua warganegara Malaysia ini mahu mengamal peradaban sofistikated yang diperlukan bagi membina negara?

*Nota : Pembaca yang ingin mendapatkan ucapan penuh Dato' Shagul Hamid Abdullah, mantan Ketua Pengarah BTN di atas boleh memohon melalui emel kepada saya di alamat jentayu.abaka@gmail.com

Boston, USA, Jun,21,2015.



0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan