Selepas
sokongan terbuka TG Dato' Dr. Haron Din kepada DS Najib, hari ini TG Hj. Hadi
Awang pula memberi sokongan terbuka kepada Najib dalam tuduhan ASWJ dan SR.
Sudah
tentu kedua-dua ulama besar ini mempunyai ilmu yang jauh mendalam untuk menilai
isu dan kebenaran.
Hj.
Hadi menegaskan, “Pendirian kita
pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada
empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi
yang adil," kata Hadi merujuk kepada laporan ASWJ.
“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita
sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya mengulas kenyataan Dato' Dr. Haron pada Ahad yang
mempertahankan Najib.
Walaupun
mendapat sindiran daripada Lim Guan Eng dengan menyatakan PAS sudah jauh
berubah, tetapi kita sebagai umat Islam dan orang Melayu hendaklah meraikan
dengan gembira sokongan daripada saudara seagama apatah lagi daripada
kepimpinan Utama parti PAS.
DS
Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara juga tidak menyerang Najib. Sudah dua kali Anwar membuat perutusan dari penjara melalui
peguamnya, tidak ada satu pun desakan supaya Najib meletak jawatan. Ianya
sesuatu yang luar biasa. Barangkali Anwar memahami musuh-musuh di luar negara sedang berusaha menjatuhkan kerajaan. (Anwar memahami permainan rangkaian antarabangsa).
Adakah Anwar sudah insaf dengan percaturan pengkhianat dan musuh negara? Wallahu'alam. Semoga Allah SWT mengampuni kita semua di bulan suci Ramadan ini.
Kenapa Malaysia?
Rakyat
Malaysia hendaklah bersatu, kerana negara kita sedang menerima serangan
terancang dan tersusun daripada kuasa-kuasa besar melalui proksi-proksi dan
pengkhianat-pengkhianat negara. Rakyat Malaysia hendaklah bersyukur kerana Perdana Menteri tidak kalah kepada tekanan musuh, demi memastikan kedaulatan negara dan kebebasan rakyat tidak terikat.
Seperti
kata Presiden George Bush apabila ditanya, kenapa kamu membawa tentera Amerika
ke Iraq? Bush menjawab, ‘‘I don’t think our troops ought to be used for what’s
called nation-building. Think our troops
ought to be used to fight and win war”.(2001)
Tiga tahun kemudian, Bush berkata, ‘We meet here during a crucial period in the history of our
nation, and of the civilized world. Part of that history was written by others;
the rest will be written by us.(2003)
Pada tahun 2004, Presiden George Bush sekali lagi menekankan mengenai kekuatan negara-bangsa apabila beliau berkata, “I sent American troops to Iraq to make its people free, not to make them
American. Iraqis will write their own history, and find their own way".(2004)
Rakyat Malaysia mari bersatu. Jangan jadi alat musuh. TK.
USA.
Julai-7-2015.
4 Komen:
Awas bro...tentera2 Dajjal Dapig Sikitol
alamak..fitnah ni..tuan guru haron din dah ckp dia tak cakap kata membela jibby..harap boleh rujuk di FB PAS Selangor..
#siasatdulu
#pecatJibby
#penjilatjibbykeluarUmno
Saya gembira Hj Hadi pertahan Najib, Hj Hadi turut bersetuju dgn sokongan Dr Haron Din.... Bersatu lah wahai Islam Dan Melayu
Ostad mana belajar tentang Islam.
4 saksi ni hanya pada orang yang sekongkol fitnah orang lain.
Kalau dah jadi mangsa pun masih nak4 saksi ke?
Jadi 4 saksi ni syok tengok anwar liwat saiful sampai hadis baru boleh buat repot ke??
Post a Comment