GERAKAN MENGHANCURKAN NAJIB DAN HADI AWANG SEKALIGUS

on Thursday, July 23

DS NAJIB DAN TG HJ HADI AWANG:
HARAPAN UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU
Intro
Kenapa mereka menggunakan istilah Gerakan? Ianya adalah istilah popular oleh pencatur antarabangsa dengan satu cita-cita besar iaitu dunia dengan satu kerajaan, satu kawalan dan satu arahan. Istilah 'new hope' seringkali digunakan di negara-negara yang ingin dijatuhkan.

Gerakan hebat menghancurkan kerajaan-kerajaan Islam sudah hampir berjaya dilakukan di Timur Tengah. Kehancuran kerajaan-kerajaan Islam seperti Iraq, Libya, Mesir, Afghanistan dan kini Syria serta Yaman bukanlah suatu pelan jangka pendek. Ianya sudah dirancang sejak sekian lama oleh musuh-musuh Islam yang berada di belakang kuasa-kuasa utama dunia.

Gerakan itu kini memasuki negara-negara Islam di Asia Tenggara dengan serangan tanpa henti ditujukan ke atas kerajaan-kerajaan di Brunei, Indonesia dan Malaysia. Perkara ini disahkan tidak lama dahulu, oleh seorang pakar keselamatan antarabangsa di Indonesia dengan menyebut dengan terang bahawa selepas Timur Tengah, sasaran seterusnya adalah Indonesia dan Malaysia.

Kerana itulah mereka menggunakan istilah gerakan harapan baharu tanpa mereka menyedari ianya adalah modus operandi musuh-musuh Islam yang sangat terancang.

KENAPA PAS ?
Perpecahan PAS adalah angkara fitnah dan adu-domba. Siapakah yang memfitnah PAS? Tangan-tangan tanpa tangan menghulurkan pelbagai racun kepada pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya progresif dan harapan baharu, walhal ajaran Islam hendaklah taat kepada pemimpin. Adakah Islam agama tidak progresif? Adakah Islam agama harapan lama?

PAS dipimpin oleh Dewan Ulama, pemimpinnya kini berada di atas landasan ulama, namun racun-racun yang sudah meresap itu memandang ulama-ulama itu sebagai penghalang kemajuan, penghalang untuk berkuasa. Semua ini istilah musuh Islam.

Adakah anda pernah membayangkan orang-orang kanan PAS, bertahun-tahun menikmati kekananan dan berpeluang menjadi wakil rakyat menggunakan jenama PAS, akhirnya membelot kepada kepimpinan parti sendiri. Inilah kejayaan musuh Islam memfitnah sesama mereka, mengadu-dombakan sesama mereka sehingga sukar lagi disatukan.

Baru-baru ini, YB Nik Abduh Nik Aziz turut menyedari hal ini dengan berkata musuh-musuh Islam sedang menyerang negara dan umat Islam di Malaysia.

KENAPA UMNO ?
Begitu juga UMNO, sebagai parti yang mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu, UMNO turut diserang dari dalam dan luar parti. 

Kepimpinan UMNO difitnah, diburuk-burukkan dan diganyang dengan harapan mereka mahu menggantikannya dengan orang baru yang 'yes sir men'. Walhal mereka tidak sedar, gerakan itu sebaliknya akan menghancurkan sebuah kerajaan yang didominasi oleh Islam dan Melayu.

Menjelang PRU14, bukan musuh-musuh Islam hendak menghancurkan UMNO semata-mata. Bukan juga nak menghancurkan gerakan Islam PAS semata-mata. Tetapi mereka mahu menghancurkan kedua-duanya sekaligus.

Media barat siapapun dia, tidak sepatutnya dipercayai kecuali berita bola sepak. Media seperti Wall Street Journal, New York Times, Sydney Morning Herald dan lain-lain sekongkolannya hendaklah anda sudah selidiki siapakah di belakang mereka?. Apakah tujuan utama mereka?. Siapakah pemegang saham terbesar mereka?. Adakah media-media seperti itu pernah membela Islam?

Mengapa kita rakyat Malaysia yang merdeka hendak tunduk percaya kepada musuh-musuh utama negara?.

Rakyat Malaysia, khususnya umat Islam mesti bersatu. Sebab itulah, UMNO dan PAS kena berhenti berpolemik, berhenti berpersepsi, sebaliknya kembali kepada ajaran Islam sebenar iaitu bersatu. Islam adalah agama perpaduan. 

DS Najib adalah individu yang boleh menyatupadukan UMNO dengan PAS. DS TG Hj Hadi Awang adalah individu yang boleh menerima perpaduan Islam PAS dengan UMNO. Kerana itulah, musuh-musuh Islam mahu segera menamatkan riwayat politik kedua-duanya sekaligus.

Kerana perpaduan yang dirancang ini, musuh-musuh Islam merasakan masa semakin singkat. Maka, harus segera dibunuh dua karakter ini. Najib perlu dijatuhkan dengan apa sahaja cara. PAS mesti dilemahkan dengan apa sahaja cara.

Di luar negara, percubaan dibuat untuk mengaitkan Hj Hadi sebagai terrorist apabila Presiden Persatuan Ulama Sedunia Sheikh Dr. Yusof Qardawi dikeluarkan waran tangkap oleh Interpol. Hj Hadi adalah Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia.

Malah Israel, turut mengaitkan Malaysia sebagai pusat latihan HAMAS selepas sahaja lawatan DS Najib ke Semenanjung Gaza.

Di Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah tidak tunduk kepada desakan kumpulan-kumpulan musuh Islam di Barat. Rakyatnya bersatu di belakang pemerintah.











1 Komen:

Anonymous said...

Di Brunei tidak ujud parti politik bobrok seperti di Malaysia. Malangnya semua masalah ini bermula apabila seorang kitol Melayu mengepalai segala kejahatan demi kegilaannya nak jadi PM. maka kafir harbi pun bersemangatlah dan agenda mereka diteruskan dengan begitu lancar.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan