MESYUARAT PERTAMA PRA-UG UMNO-PAS

on Thursday, July 2

DS TG Hj. Hadi Awang
UMNO dan PAS perlu segera mengadakan pertemuan untuk melihat kerjasama yang sesuai dimulakan di antara dua buah parti terbesar orang Melayu dan umat Islam ini.

Kedua-dua parti tidak perlu terlalu berapalogik dan berlapik-lapik lagi. Ianya membosankan umat Islam dan orang Melayu yang mahu melihat perpaduan dua buah parti ini segera menjadi kenyataan. 

Di pihak PAS, DS Tg. Hj. Hadi Awang sudah berjaya membersihkan partinya daripada kumpulan berjenama progresif, G18, Anwarista, PAS pro-DAP yang kesemuanya sering menentang kepimpinan Ulama. Kini, tiada lagi gangguan untuk membuat keputusan penting.

Di pihak UMNO pula, penundaan pemilihan UMNO selama 18 bulan merupakan signal ianya hanya akan diadakan menjelang PRU14.

Di pihak DAP pula, Lim Kit Siang sudah menutup buku kepada PAS dengan ucapan "PAS is past". Manakala anaknya Lim Guan Eng dengan tegas berkata, Kerajaan Pulau Pinang sekarang bukan lagi Kerajaan Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya dikenali sebagai Kerajaan Pulau Pinang. Maknanya 100% dikuasai DAP.

Nik Abduh Nik Aziz semalam mendedahkan konspirasi Yahudi dan orang luar untuk melemahkan dan menghancurkan PAS dari dalam.

Jadi, apakah yang ditunggu lagi oleh UMNO dan PAS?
Bersegeralah ke arah kebaikan. Mesyuarat Pra-UG UMNO-PAS perlu diadakan segera barangkali di peringkat jawatankuasa dahulu, sebelum ke peringkat pembuat dasar parti masing-masing.

Semua orang sudah tahu. Mesyuarat boleh diadakan di luar negara. 


6 Komen:

kiasfansuri said...

amin

Anonymous said...

Good. Tatkala DAP sudah selesa dgn memiliki Pulau Pinang dan Selangor, parti2 Melayu da Islam masih bersengketa dan makin berpecah. Itulah kehebatan DAP berjaya menghancurkan PAS selepas lama DAP berkelana menabur wang dan jasa kepada pemimpin2 progresif PAS. Hari ini tembelang mereka berpecah, harga diri sudah diikat, sanggup menolak Presiden parti sendiri yg menang, sanggup melhat PAS berpecah lagi, kalau begini lebih baik PAS kembali kepada asal-usulnya UMNO...

yes bersatulah semula dengan apa cara, jadikan perpaduan itu nanti pengajaran kepada DAP dan musuh2 Islam bahawa UMNO dan PAS pun boleh bersatu semula...

Anonymous said...

syukur teruskan... jadikan jgn tak jadi

Anonymous said...

Tak perlu UG,tapi para pemmpin kedua buah parti hanya perlu ubah sikap,jangan bermusuh ,berkerjasama lah utk kebaikan,tegur menegur dan nasihat menasihatai jika berlaku kesilapan ,jangan menghamburkan maki hamun utk kepentingan politik masing-masing.Rasanya cara PM Najib sekarang sudah cukup baik utk memulakan itu semua,bila kelihatan pula ianya di sambut baik oleh TG HH dan Dr.Harun Din.Lebih manis jika kita lihat Pas adalah Pas dan Umno adalah Umno tapi sampai ketikanya ,misalnya jika DAP terlalu kurang ajar memaki Pas atau Umno,Pas dan Umno saling mempertahankan saudara seugama mereka dari fitnah dan maki hamun tersebut.

Anonymous said...

Moga2 jadi kenyataan.. Biar melayu lawan cina dlm pru akan dtg

Anonymous said...

Dulu cina boikot Melayu jual limau CNY

Pernas di boikot pada tahun 70an dulu. Sanggup sampai tak berlimau dan ribuan tan dibiar busuk. Tak boleh langsung Melayu masuk biznes cina.

Sekarang Melayu kena boikot cina cuba tipu Melayu jual kueh dari China YANG DIKHUATIRI GUNA LEMAK BABI ....

Memang kesian pada sesetengah Melayu yang dapat masuk program Giant tapi Melayu ini hanya diperguna.

Malah Giant cuba tipu kata Giant kepunyaan Syed Mokhtar. Kalau betul, terima kasih tapi bohong ...

BOIKOT KUEH RAYA JUALAN GIANT DAN ECONSAVE! JANGAN MASUK BIZNES BARANGAN KELUARAN MELAYU!!!

SOKONG PENGELUARAN MELAYU!!! THEUNSPINNERS.BLOGSPOT

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan