PENDEDAHAN 1MDB: POLIS HENDAKLAH TAHAN PASPORT ELAK LARI KE LUAR NEGARA

on Saturday, July 18


Belum Disahkan Adakah Tony Pua Antara 10 Orang Itu. Semua Pihak Perlu Menunggu Laporan Penuh Polis Thailand dan Polis Singapura

Laporan dari Singapura:-

Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang akan didakwa kerana memeras ugut bekas majikannya, mendakwa kira-kira 10 orang telah membeli dokumen daripadanya untuk menyerang Perdana Menteri.

“Dia telah mengaku segala-galanya. Dia telah memberikan kita kerjasama yang sangat baik…setiap dokumen, walaupun dari dalam telefon bimbitnya,” kata jurucakap polis Thailand Lt Jen Prawuth Thavornsiri kepada The Straits Times.

Justo dilaporkan menjual data yang telah diambil dari PetroSaudi kepada kumpulan tersebut, termasuk tokoh-tokoh media dan seseorang daripada pihak Perdana Menteri sendiri.

Antaranya adalah seorang wanita yang dilahirkan di Malaysia dan telah berpindah ke Britain.

Beliau mempunyai blog berita,” kata Lt Jen Prawuth.

Ditanya sama ada blog itu adalah laman Sarawak Report, beliau berkata: “Mungkin. Saya tidak menyebutnya, anda menamakannya.”

“Laman web itu mempunyai data yang diubah untuk menjatuhkan PM,” katanya.

Lt Jen Prawuth berkata beliau tidak boleh menyebut namanya.


SIAPAKAH DIA DARI PARTI YANG SAMA ITU?

Tetapi beliau berkata Justo telah bertemu dengan ‘ramai orang, kira-kira 10 orang, daripada media dan dari kalangan politik, walaupun daripada parti yang sama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lt Jen Prawuth berkata Justo bertemu wanita yang dilahirkan di Malaysia selama tiga kali di Thailand, dan juga di Singapura, untuk ‘rundingan’.

Pada tahap terakhir rundingan, apabila kumpulan itu mengesahkan bahawa fail Justo terkandung maklumat yang mereka mahu, mereka membincangkan bagaimana untuk membuat bayaran kepadanya.

Bukti yang didakwa daripada Justo termasuklah transkrip penuh dengan semua perbualan WhatsApp beliau dengan kumpulan itu semasa rundingan dan perbincangan mereka tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Beberapa pertemuan dilaporkan telah diadakan di Singapura.

“Cara pembayaran adalah cara yang sama seperti yang dilakukan kumpulan pengubah wang haram”, kata Lt Jen Prawuth.

Semua butiran ini ‘semestinya berguna’ kepada polis Malaysia, katanya.

“Kes ini sepatutnya perlu dilaporkan di Singapura kerana pengubahan wang haram untuk menyerang PM bermula di Singapura,” katanya.

“Jika polis Singapura meminta saya untuk keterangan (melalui) protokol hal ehwal asing, saya boleh menghantarnya.”

Polis Thailand menahan Justo di rumah mewah beliau di pulau peranginan Koh Samui pada 22 Jun lalu.

Lelaki berusia 49 tahun itu telah bekerja untuk PetroSaudi pada 2010-2011, kata Lt Jen Prawuth.

“Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu adalah kawan rapat Xavier. Saya tidak tahu apa konflik mereka. Dia (Justo) meninggalkan syarikat dan meminta wang daripada syarikat.

“Syarikat itu membayarnya kira-kira empat juta franc Switzerland pada masa dia meninggalkannya.

“Selepas dua tahun Xavier menghubungi CEO itu lagi dan meminta sedikit wang lagi. Sebelum dia pergi, dia telah membuat salinan setiap e-mel syarikat dari pelayan.

“Pada tahun 2013 dia menghubungi syarikat itu dan berkata, saya tahu semua rahsia anda, dan saya mahu AS$2.5 juta.”

“Apabila PetroSaudi menolak permintaannya, Justo kemudian menghampiri kumpulan yang lain,” kata Lt Jen Prawuth.

Justo akan didakwa kerana peras ugut, kata Lt Jen Prawuth kepada The Straits Times.

“Ugutan itu berlaku di Thailand, jadi kami hanya mempunyai skop untuk itu.”

-The Straits Times/Asia News Network

Ulasan:- 

1. Sekiranya 10 orang yang disebut itu berada di dalam Malaysia, pihak polis hendaklah bertindak segera menahan pasport mereka supaya tiada yang cuba melarikan diri ke luar negara. 

2. Mereka perlu dibicarakan dengan adil kerana dakwaan menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dengan cara tidak demokratik dan kelihatan mempunyai unsur-unsur jenayah seperti pengubahan wang haram dalam laporan itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

3. Hari ini, semakin ramai yang menjauhkan diri dari mengulas isu 1MDB selepas satu demi satu pendedahan penipuan WSJ, SR dan mereka yang sewaktu dengannya terdedah.

4. Patutlah 80,000 rakyat hadir ke rumah terbuka Hari Raya DS Najib di sini. Rakyat pun tahu menilai kebenaran.



3 Komen:

Anonymous said...

Rasuah tu penyakit. Aku tak perduli Justo jual teloq dia sekali pun. Yang penting duit tu masuk akaun Najib atau tidak? 2 juta masuk akaun Rosmah atau tidak? Kalau betul masuk, apa pasal orang2 bodoh ni tumpu pada kebocoran maklumat? Makin bodoh gila! Lain kali kalau ada saksi nakmpak kes rogol, tahan saksi, charge saksi. Perogol tu walaupun betul2 rogol. jamgan apa-apakan. Tak patut orang lain bocorkan rahsia dia kan? Bodoh!!

Anonymous said...

Isunya semua maklumat Wsj Dan SR tu Palsu belaka, kalau bersandar info Palsu maklumat ditokoktambah SR xder kredebiliti bang oi... Lagipun polis luar Negara sahkan semua info SR tu tipu belaka... Rakyat pun dah ramai u turn kpd Najib... Lim Kit Siang pun dah pusing x nak terlibat Lagos dgn Isi 1mdb huhu

Anonymous said...

Yer ke palsu? Aku dgr dr pakcik aku yg kerja kt jpm laporan wsj dan sr tu betul... bila najib tkut rahsia terbongkar diirg pun putar belit cerita.. beb.. xpyhla ko menangkan si najib and the geng tu... kalau orang ada duit bukan setakat bole beli kereta mewah... ketua polis negara pn orang bole beli. Ko ingt diorg ni semua buat kerja atas arahan sape? Perdana menteri la wei... buka sikit minda. Ni bkn nk cerita psl nk menangkn sape2, buka mata ko dan tgkla apa dh jd dgn pemerintahan najib. KatA rakyat ada hak dan kebebasan bersuara tp bila bersuara kena tangkap masuk penjara..hahhahaahaha... bodoh punya org.. aku pn tak faham!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan