SHAFIE AFDAL KETUAI JAWATANKUASA SIASATAN DALAMAN ?

on Sunday, July 5

Pada 2 Julai 2015 hari Khamis yang lepas, hanya sehari selepas agensi penarafan antarabangsa Fitch Rating menaikkan taraf ekonomi Malaysia daripada negatif kepada Stabil (A- dan A), ianya dicemburukan dengan kilat oleh musuh-musuh negara AWSJ dan Sarawak Report dengan satu pendakwaan yang tidak masuk akal kata Mursyidul Am PAS. 

Tuan Guru Dato Dr. Haron Din berkata tidak masuk akal wang sebesar itu dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Ternyata Dr. Haron Din berfikir di luar kotak.

Tuduhan terkini AWSJ dan SR mengesahkan bahawa selama ini mereka mencipta isu demi isu untuk memastikan momentum mereka tidak sejuk. Jelas sekali, perbuatan mereka adalah bermotif politik.

Ramai orang bertanya, jika benar laporan AWSJ dan SR itu, kenapa tidak mendedahkan siapakah penyiasat itu? Sesiapa pun boleh menulis "...penyiasat percaya...", "...investigator believe..." 

Bagaimana jika penyiasat tanpa nama itu adalah pengkhianat negara? Bagaimana jika penyiasat tanpa nama itu bekerja membeli dan menjual maklumat palsu? Bagaimana jika dia berniat memanupulasi maklumat palsu untuk tujuan menghancurkan kestabilan negara? Kenapa takut mendedahkan diri jika penyiasat tanpa nama itu seorang penyiasat yang berkredebeliti dan berintegriti?

Tak kanlah rakyat Malaysia mudah sekali diperbodohkan oleh rakyat asing yang mendapat maklumat dari 'seseorang penyiasat tanpa nama?' Ulama Dato' Haron Din pun tidak mempercayainya!

Pak Lah
Pada tahun 2008, Pak Lah diberi gambaran sangat terok dengan tujuan untuk menjatuhkannya, ada di antara pemimpin UMNO menulis surat kepada Pak Lah mendesak Pak Lah turun. Malah ada yang sanggup keluar UMNO bertujuan menggambarkan kesungguhan betapa teroknya Pak Lah. 

Hari ini, situasi yang sama berulang lagi. DS Najib digambarkan dengan begitu teruk, lebih teruk daripada gelaran Maha Firaun dan Maha Diktator atau anjing kerajaan semasa era reformasi. 

Malah lebih teruk daripada gambaran Pak Lah kononnya flip flop dan tidor. Namun begitu, seteruk-teruk Najib dihentam tiada seorang pun pemimpin UMNO menulis surat mendesak Najib meletak jawatan? Dan tiada seorang pun pemimpin UMNO keluar parti? Dan tiada seorang pun Menteri Kabinet menumbuk meja mendesak Najib meletak jawatan?

Kenapa mereka tidak melakukannya? Jawapannya mudah, kerana mereka pun tahu semua itu adalah bermotifkan politik.

Jawatankuasa Dalaman
Oleh kerana DS Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO begitu bersungguh-sungguh mahukan siasatan telus dilakukan, saya ingin mencadangkan supaya Kabinet menubuhkan pasukan siasatan dalaman dengan melantik Shafie yang kelihatan bersih untuk menyiasat kebenaran tuduhan AWSJ dan SR. 

DS Zahid Hamidi tidak sesuai kerana beliau telah memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Najib. DS Hishamuddin juga tidak sesuai kerana beliau adalah sepupu kepada Najib. Orang yang paling sesuai adalah Shafie, kerana Shafie tidak jelas sokongannya kepada Perdana Menteri !

Salam Perantauan,
Selamat Berhari Minggu,
USA.
Julai-5-2015.




11 Komen:

Anonymous said...

Nak lantik apa dia pun bermasalah dengan MARA... pokoknya semua ne bermotif politik lah sedara... u pikir menteri kabinet semua buta ker? mereka pun tahu tuduhan tu tak betul hanya nak jatuhkan Najib sebab tu depa pun tak nak sungguh2 desak Najib turun....

Anonymous said...

Tak setuju! No way!!! U ingat Shafe tu bersih ker??? adddoi tolonglah buka mata bang oiii...

Anonymous said...

mcm sindir Shafie ajer ne...saudara silap ler, bukan Shafie tak sokong PM masalahnya Tun M asyik tekan dia ingat jasa Tun ingat jasa Tun...so Shafe lembek ler dengan tekanan tuuu...ada paham ker?

jgn jadi bodoh!!! said...

Russia mngatakan bahawa fitch rating BIAS dan bermotif politik..

Anonymous said...

Jika perkara tersebut benar dan buktinya kukuh,mengapa 'invistigator Malaysia ' tersebut mencari jalan susah dengan melapurkannya kepada SR dan WSJ,bukan kah lebih cepat dan mudah jika lapurkan saja kepada pihak polis Malaysia,SPRM,Bank Negara ,Ahli Parlimen Pembangkan secara serentak dan kemudian buat sidang media dgn di kelilingi oleh para pemimpin pembangkang dan mush PM Najib dalam Umno juga,sudah tentu ianya meletup tidak dapat di tutup lagi.Apatah lagi kalau yg buat sidang media itu Mahathir sendiri,tentu lgi kua impaknya.Bukan kah lebih mudah utk menjatuhkan PM Najib?.

Ini tidak,buat kerja ada udang di sebalik batu, saja nak bikin suspen,timbulkan kekeliruan,memancing sokongan dari orang yg keliru dan bodoh tak tahu berfikir.Ini memang kerja orang politik yg nak jatuhkan Najib,yg berharap dalam kekeliruan tersebut,kembali mendapat sokong seperti mereka mula menimbulkan isu 1MDB di mana da yg dah kenen PM Najib seperti Shafie Afdhal,dan TS Muhyiddin.Sekarang pun orang yg sama dah mula berbunyi balik,tercapailah hasarat 'man work in glove' tersebut.

Ingatkan puak yg mahu menjatuhkan PM Najib ni berani sangat ,rupanya penakut.dan tak tahu malu kerana bergantung kepada bekas musuh yg beliau sangat benci pada satu ketika dulu .Pthuiii maknusia jahanam tak sedar diri dah rumah kata pergi kubur kata mari,masih nak mengurus dunia,secara kotor pulak tu.

Sekilas ikan di ari sudah tahu jantan betinanya,itu bagi orang yg bijak.Kalau dua pihak yg bermusuhan secara tegar,kemudian tetiba berganding bahu ,tentu ada muslihatnya.Lagi pun dah tahu satu pihak tu selalu buat lapuran fitnah,itu sajalah pihak yg boleh diharap dan digunakan utk melapur perkara yg tidak benar,kalau orang lain tentu tak mahu tanpa bukti kukuh.Nampak tak,siapa punya kerja?.

Anonymous said...

SA ni tunggulah siasatan MARA tu selesai dulu.Tiba-tiba je dia berbunyi bila nampak PM ada masalah,kalau tidak dia dah menyepi diri jaudkan dari media,takut di tanya pasal MARA.

Anonymous said...

LETAK JAWATANLAH Wahai Najib..terlalu byk skandal melibatkan ko yg ko x dapat tangkis dgn fakta..harga barang mkin naik,myk naik,rm makin tiada nilai,gaji sktor swasta x pndai naik,peluang pekerjaan mkin kurang,pemborosan dan kehidupan mewah menteri2 makin terserlah..kasihanilah rakyat marhaen spt saya ini yg berkelulusan diploma yg hanya bekerja kilang dgn gaji rm800 sebulan..Bayangkanlah bagaimana saya nak hidup d bandaraya kota kinabalu dgn gaji sebanyak itu bersama isteri yg tidak bekerja yg sedang mengandungkan anak pertama kami dgn hanya menyewa BILIK dgn sewa rm250 sebulan...kadang2 saya menangis sdri mengenangkan nasib diri..nasib baiklah Iman dalam diri dan kepercayaan kpd Allah swt yg masih membuat saya bertahan untuk meneruskan.kehidupan...

Anonymous said...

Semua ne konspirasi saja, kalau tengok jalan cerita semua pun hal politik mengejar kedudukan, sy pikir semua org Umno or PAS lagi2 PKR pun tak bagus, paling bagus DAP bersih dan transparent...Shafie lagi byk skandal itu ini

Anonymous said...

anon, yg suruh Najib letak jawatan kat atas tu cukup cukup susah nampaknya, dia ada diploma tapi .gaji dia RM 800 je sebulan.Operator mesen kilang aku pun dah aku bayar RM900, gaji minima ikut akta boroh,dia boleh dapat bayar RM 800 je.Kesian sungguh.Kerana PM Najiblah dia dapat gaji banyak tu je,siapa agaknya yg jadi PM boleh jadikan gaji dia RM 1800 atau 2000.Tolonglah wahai PM yg baru.Special org Malysia ni ,nak tambah pendapatan PM yg kena di tukar.

Anonymous said...

tak sesuai dia lanun

Anonymous said...

at least klu najib berhenti harga barang xla terus meningkat,RM malaysia xla terus jatuh,ekonomi malaysia xla terus merudum...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan