TIADA REFORMASI, MUHYIDDIN BUKAN ANWAR

on Wednesday, July 29

Akhirnya, DS Najib menamatkan teka-teki rombakan kabinet sejak beberapa bulan. 

TS Muhyiddin Yassin (Muhyiddin) 'direhatkan' sebagai Timbalan Perdana Menteri, begitu juga DS Shafie Afdal, Datuk Hassan Malek, Datuk A. Rahim Bakri, Datuk Dr Ewon Ebin dan DS G. Palaneval. Direhatkan kerana Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden UMNO.

Perdana Menteri memang mempunyai kuasa pregroratif untuk melantik dan menggugurkan sesiapa yang dikehendakinya berdasarkan kriteria-kriteria umum sebenarnya.

Seseorang anggota kabinet hendaklah mempunyai kesatuan yang kuat sepanjang masa supaya memberi gambaran kepada rakyat bahawa pentadbiran kerajaan berada dalam satu suara, tidak berpecah-belah dan menyakinkan.

Jika terdapat anggota kabinet yang mempertikai secara terbuka di hadapan umum sedangkan mereka telah maklum keputusan bersama di dalam mesyuarat kabinet, maka ianya boleh menjejaskan kepercayaan rakyat malah pelabur kepada negara. Ianya tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akan menjejaskan ekonomi negara dan memberi kesan negatif kepada rakyat sendiri.

Tun Dr Mahathir adalah contoh terbaik dalam isu ini, di mana Tun M menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya di dalam kerajaan dan parti dengan memecat sesiapa yang berbeza pandangan dengannya. Sebagai contoh, Anwar dipecat sebagai ahli UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Pak Lah sendiri pernah diketepikan dalam kabinet walaupun berjawatan Naib Presiden UMNO. Namun, akhirnya Pak Lah dipilih jua oleh Tun M sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Ramai Menteri Besar di zaman Tun M ditukar.

Malah, tidak berapa lama dahulu, Tun M berkata jika beliau adalah Najib, beliau akan memecat sesiapa yang tidak sehaluan dengannya. Najib melaksanakan perkara itu dengan menggugurkan Muhyiddin dan Shafie.

Sebagaimana kenyataan media Muhyiddin dan Shafie sesudah digugurkan, mereka memahami akan kuasa pregroratif seorang Perdana Menteri. Dalam hal ini, mereka boleh dipuji kerana tidak bertindak seperti Anwar dengan membuat gerakan reformasi dahulu.

Bukanlah suatu perkara yang pelik jika mereka dibawa masuk semula ke dalam kabinet. Ianya bergantung kepada banyak faktor.

Sokongan PAS
Presiden PAS memberikan reaksi positif mengenai rombakan kabinet ini. Amatlah menarik kerana pemimpin-pemimpin tertinggi PAS bukan sahaja memberi sokongan kepada Najib dalam isu 1MDB, juga dalam hal rombakan kabinet ini. Kepimpinan UMNO khususnya hendaklah memberi kredit kepada PAS atas sokongan yang bermakna ini.

Sebagaimana kata DS Hj Hadi Awang semalam, rakyat hendaklah memberi peluang yang adil kepada pasukan baharu ini untuk membuktikan kemampuan mereka sebelum memberi komen.

Sent by IPhone .




5 Komen:

Anonymous said...

Komen yang bodoh kerana bandingkan Pengguguran TPM kini dengan kisah Penyingkiran kes TPM terdahulu. TPM dahulu disingkir kerana factor jelas menjalan agenda menjatuhkan PM. Malahan melibatkan kesalahan moral yang menjijikan. Namun TPM kini digugurkan semata-mata kerana hendak menyelamatkan Parti akibat masalah yang dicipta oleh PM sendiri. Memang zaman berubah, yang salah terus zalim dan rakus membolot kuasa menggunakan pengaruh wang. Yang benar berjuang untuk keadilan dijatuhkan dengan cara yang amat keji. Malaysia bakal bencana kerana kekufuran seorang pemimpin yang makin sesat..

Anonymous said...

Najib tidaklah kemaruk sangat kerana hanya menggugurkan jawatan kabinet tidak memecat keahlian UMNO Muhyidin Dan Shafiee... Najib masih beri peluang ... Jika Tun M dia Akan pecat keahlian juga supaya tiada yg melawan lagi... So Muhyidin Dan Shafiee kena bersyukurlah...

Anonymous said...

Kana berfikiran terbuka sebab ada baik dan buruk d atas kejadian ini

Anonymous said...

Sokongan grass root Johor dan Sabah (fit deposite BN) kuat ke atas dua tokoh ni sangat kuat. Jika pecat keahlian kedua2 mereka ni, bermakna BN jadi pembangkang PRU depan. Meminjam kata TSMY dalam perhimpunan agung UMNO tahun lepas. "Cukup hanya kehilangan 2% undi, kita akan tewas dalam PRU hadapan"

Anonymous said...

macam manalah tak kena pecat,belum bertarung dah mengalah...baik beri pada orang lain yg sanggup...dahlaa tu kritik boss yg lantik kita depan-depan...ada sebab lain lagi kot..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan