58 TAHUN MERDEKA: SISTEM FEDERALISME MALAYSIA TERGUGAT

on Tuesday, August 18

Tidak lama lagi negara kita akan menyambut sambutan rasmi hari kemerdekaan yang ke-58 tahun. Namun begitu, semalam saya agak tertarik apabila seorang guru Sejarah dalam satu group whatsApp mengemukakan soalan berikut:-

1. Bilakah negara Malaysia merdeka? Jawapan yang tercatat dalam buku teks sekolah ialah pada 31 Ogos 1957. 

Namun, murid-muridnya di peringkat UPSR tidak berpuashati dan mengemukakan soalan, bukankah 31 Ogos 1957 itu hari kemerdekaan Tanah Melayu? Kata mereka lagi, bukankah Sabah hanya merdeka pada 31 Ogos 1963 dan Sarawak pada 22 Julai 1963?

Rakyat Malaysia mesti faham bahawa sambutan rasmi hari kemerdekaan negara kita telah ditetapkan pada 31 Ogos setiap tahun. Memang benar Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963 tetapi apabila Sarawak dan Sabah menyertai Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia, maka dalam konteks satu negara Malaysia, satu bangsa Malaysia, satu persekutuan Malaysia maka sambutan rasminya telah ditetapkan pada setiap 31 Ogos setiap tahun.

Para pembuat soalan sama ada di peringkat UPSR hendaklah membina soalan dengan tepat dan tidak mengelirukan. Contohnya,

a. Bilakah negara Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ? Jawapannya jelas setiap 31 Ogos.

b. Bilakah Tanah Melayu merdeka? Jawapannya jelas pada 31 Ogos 1957.

c. Bilakah Sarawak mencapai Kemerdekaan? Jawapannya pada 22 Julai 1963.

d. Bilakah Sabah merdeka? Jawapannya ialah 31 Ogos 1963.

e. Sudah tentu tidak wajar soalan bilakah Malaysia merdeka? Jawapannya tiada! Anda bersetuju atau tidak?

f. Soalan yang betul ialah, bilakah Persekutuan Malaysia ditubuhkan? Jawapannya pada 16 September 1963.

2. Apakah sudah berlaku kepada negara kita? Murid-murid tahun 6 sudah tahu mempersoalkan tarikh hari kemerdekaan negara? Guru-guru sejarah juga sudah mencari-cari tarikh sebenar? Maknanya, buku teks sejarah negara kita perlu diubah? Ataukah generasi negara kita sudah dipengaruhi oleh anasir subversif bentuk baharu? 

3. Kita mesti memperbetulkan perkara ini sebelum terlambat.  Saya sangat bimbang kerana sentimen kenegerian semakin diperbesar-besarkan di negara ini. Elemen perpaduan tidak lagi menjadi perkara mustahak. Nation Building negara kita menuju kehancuran. Ketatanegaraan rakyat kita lemah dan lumpuh.

3. Senario sebegini semakin berkembang. Di negeri Johor yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah jua kini sudah mempopularkan istilah Bangsa Johor. Sudah tentu orang Johor akan mempertahankannya kerana mereka juga mempunyai sejarah yang agung.

4. Di negeri Pulau Pinang, wakil rakyat DAP bercakap isu autonomi kepada negeri Pulau Pinang. Dengan kata lain, niat mereka adalah untuk memiliki kuasa mutlak sendiri tanpa kawalan kerajaan persekutuan. Mereka tidak mewar-warkan hal berpisah dengan persekutuan Malaysia, di mana Singapura pun tidak bercakap hal berpisah dengan persekutuan Malaysia. Namun, tindak-tanduk mereka berbeza. Akhirnya, Singapura berpisah dari Malaysia.

5. Di Sarawak tidak perlu diperkatakan lagi kerana usaha untuk berpisah dengan persekutuan Malaysia telah digerakkan oleh gerakan seperti Sarawak for Sarawakian (S4S). Mereka membawa bendera lama Sarawak sebelum kerajaan penjajah berundur dari Astana di Kuching pada 22 julai 1963. 

6. Di Sabah juga terdapat aktiviti yang seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan pelbagai lagi. Saya sempat bertemu dengan salah seorang penggerak utamanya sebelum beliau meninggal dunia. Anda boleh membacanya semula di sini

Kesimpulan

Dengan keadaan-keadaan seperti ini, saya meramalkan Persekutuan Malaysia akan berhadapan masa depan yang gelap sekiranya kerajaan gagal menangani isu-isu ini dengan segera. 

Rakyat perlu diberi kefahaman sejarah yang betul mengenai pembinaan negara Malaysia. Rakyat perlu dididik bahawa pembentukan negara Malaysia melalui pelbagai proses teknikal dan undang-undang.

Contohnya kenapa Tanah Melayu menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun 1957 sedangkan Tunku Abd Rahman telah menandatangani Perjanjian Merdeka di London pada tahun 1956? Secara undang-undangnya Tanah Melayu sudah pun merdeka pada tahun 1956, tetapi secara teknikalnya bendera Union Jack diturunkan pada malam 31 Ogos 1957 sebagai lambang berakhirnya penjajahan British ke atas Tanah Melayu. 

Adakah generasi baharu mengetahui berapa hari Tunku Abd Rahman akan sampai dari London ke Tanah Melayu menaiki kapal terbang pada tahun 1956 dahulu? Hari ini, dengan menaiki MAS anda boleh terbang langsung dari KLIA ke London lebih kurang 14 jam sahaja.

Begitulah jua, hari keputeraan DYMM Sultan Kedah ialah pada 18 Januari setiap tahun. Namun, begitu sambutan rasmi Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong disambut setiap tahun pada 6 Jun. 

Begitulah jua isu dan persoalan sambutan rasmi hari kemerdekaan negara kita dan juga hari sebenar negara kita bebas daripada penjajahan.

Isu
Adakah sistem federalisme negara kita semakin goyah? Adakah anda sanggup melihat Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak terpisah dari persekutuan Malaysia? 

Selamat membaca.







1 Komen:

Anonymous said...

Dengan keadaan politik hari ini, pm akan bersetuju dgn apa2 permintaan state asalkan memberi sokongan padanya. Jelas sekali sabah dan sarawak sedang mengambil peluang keemasan ni.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan