LIMA KELEMAHAN PASUKAN SIBER DS NAJIB

on Monday, August 10



1. Terlalu lambat membuat 'counter attack'
Salah satu kelemahan ketara pasukan siber pro UMNO ialah terlalu lambat menyerang balas fitnah. 

Sebagai contoh kes terbaharu DS Najib (Najib) menaiki kenderan plat nombor Singapura, diviralkan oleh tukang fitnah kononnya Sultan Johor murka dan tidak membenarkan Najib mendarat di lapangan terbang Senai, Johor.

Pegawai-pegawai Najib hanya menjawab fitnah tersebut selepas berjam-jam ianya menjadi bahan ditelan bulat-bulat oleh rakyat yang terpedaya dalam whatapps, FB, tweeter dan lain-lain genre siber..

Saya syak Najib tidak mempunyai pegawai yang cukup, kerana jika anda ditugaskan menjaga siber Perdana Menteri, anda sepatutnya membuka mata dan telinga setiap 24 jam. Sekelip mata anda terlelap akan merelakan fitnah meracuni ramai orang. 

Begitu juga fitnah ke atas Pandalela Riong dalam tweeter palsunya. Pandalela terpaksa membetulkan keadaan selepas beberapa jam ianya berjaya meracuni pemikiran rakyat.

Sepatutnya fitnah sebegitu hendaklah dijawab 'On The Spot' atau pun paling lewat 5-10 minit setelah tersebar. Bukannya selepas beberapa jam. 

Persoalan lain timbul, adakah pasukan Perdana Menteri kekurangan pasukan siber yang mahir dan berpengalaman?

2. Banyak Blog/Portal Pro UMNO Sudah Mati
Dalam kajian saya, selepas UMNO memenangi PRU-13 lebih daripada 100 Blog/Portal pro UMNO telah tidak aktif. Bermakna lebih 100 FB, tweeter dan sebagainya turut juga mati bersama-sama kematian blog dan portal itu. 

Persoalannya, adakah mereka berpuas hati selepas memenangi PRU-13? atau Adakah pasukan siber UMNO mengalami masalah leadership

3. Kelemahan Koordinasi
Peperangan di alam siber memerlukan kemahiran yang tinggi dari aspek Pemikiran, Organisasi dan Strategi.

Dari aspek Pemikiran, jentera siber akan bertambah lemah apabila menghadapi masalah kepimpinan, sebagaimana yang berlaku sekarang.

Apabila saya menyatakan lebih 100 blog/portal/tweeter/fb dan sebagainya pro kerajaan mati, itu adalah isu Organisasi pasukan yang lemah dan tunggang-langgang.

Strategi pasukan siber pro kerajaan bukanlah lemah tetapi kebanyakannya tidak bekerja sebagai satu pasukan. Dalam peperangan siber, unit-unit yang kecil tidak akan mampu melawan pasukan yang sudah establish. Tetapi jika unit-unit yang kecil itu digabungkan, ianya boleh menjahanamkan pasukan yang establish tadi. 

4. Komponen BN Tidak Aktif
Masalah utama pasukan siber pro kerajaan ialah tidak mempunyai pasukan siber yang kuat di dalam komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain yang sehebat pasukan siber DAP.

Adakah juga berkaitan leadership? Sepatutnya Pemuda UMNO mengetuai pasukan siber ini, malangnya secara peribadi saya melihat mereka tidak mempunyai kepimpinan siber yang berkaliber. Belum ada pemimpin siber yang boleh manage sebuah team siber sekurang-kurangnya seperti Unit Media Baru (UMB) seperti dahulu. 

Apatah lagi sebagaimana yang terdedah dalam perbualan group whatapps Pemuda UMNO, mereka sendiri kelihatan tidak mempunyai kemahuan 100% untuk bersama-sama dengan Presiden UMNO. Maka, lupakan pasukan siber Pemuda UMNO.

Isu-isu semasa tidak boleh diurus dengan cara 'touch n go'. Sehingga ke hari ini, pasukan siber komponen BN tidak wujud sebagai satu organisasi. Maka janganlah bermimpi mahu mengatasi Red Bean Army DAP.

5. Pengalaman Di Amerika Syarikat
Saya bertemu beberapa individu yang membantu calon-calon Gabenor di sini. 

Saya harus berterus-terang bahawa kebanyakan mereka yang membantu calon Gabenor masing-masing bekerja secara sukarela. Mereka pula adalah generasi yang mahir dan kreatif dalam IT dan terlatih di universiti. Leadership pasukan siber mereka memang terserlah dari pelbagai aspek seperti organisasi, pemikiran, strategi dan 'kemahuan untuk memenangi' peperangan.

Walaupun satu negeri terdapat lebih daripada 10 calon Gabenor, tidak ada calon-calon yang memburukkan atau memfitnah sesama mereka. Berbeza di Malaysia, pihak pembangkang kreatif mencipta fitnah sebaliknya pihak kerajaan "lidut" menjawab fitnah.

Fitnah Ke Atas Perdana Menteri ini Lambat Diperbetulkan.

Akaun Palsu: Fitnah Ke Atas Pandela Riong Dan PM terpaksa Dijawab Sendiri Oleh Pandalela.


Post by iPhone.

'lidut' - lambat/lewat

2 Komen:

Generasi Pejuang Bangsa said...

bila team UMB di bawah Tun Faisal tamat selepas PRU13 .. blog ada cuma tak aktif lagi seperti dulu berperang tapi bukan nya sebab telah berpuas hati menang PRU13 . Mungkin Tun Faisal dan rakan-rakannya lebih tahu sebabnya .

Anonymous said...

Inilah masalah UMNO dan BN. Tidak mempunyai gerakerja IT yang terlatih dan mahir sepenuhnya. Itu belum lagi ditambah dengan sikap ahli UMNO sendiri yang seperti bersikap talam dua muka. Takde kesetiaan pada parti dan pemimpin dan mudah tenggelam dengan fitnah dan adu domba pembangkang.
Dalam konteks ini, gerakerja cybertroopers Pakatan Rakyat amat berkesan sekali dalam mempertahankan Ketua Umum mereka walaupun telah dihidangkan dengan bukti yang amat sahih sekali beserta keputusan mahkamah. Ketua tetap dipertahankan walaupun apa jua keadaan asalkan boleh menang pilihanraya untuk menawan Putrajaya. Begitu taksub mereka ini pada pemimpin. Inilah yang tiada dalam hati kebanyakkan ahli UMNO dan BN. Akhirnya semua PM kena jawab sendiri. (PB)

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan