NAJIB DAN 1MDB DISIASAT BAGAI NAK RAK, KENAPA AZMIN DAN DEIG MEMBISU SERIBU BAHASA?

on Friday, August 21

Sebelum ini ramai orang menjadi gila-gila kerana tetiba menjadi penyiasat tidak bertauliah, pakar kewangan, pakar bank, pakar polis kepada polis dan sebagainya. 

Perdana Menteri dikoreksi, dimalukan,diaibkan luar dan dalam, sehingga ada sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang. Akhirnya ada yang hilang jawatan gara-gara termakan hasutan.

Tetapi, keghairahan menyerang Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini terpelanting kepada syarikat kontrovesi yang baru ditubuhkan DEIG di bawah Menteri Besar Selangor.

Di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor minggu ini, MB Azmin Ali terkapai-kapai, tersekat-sekat dan merah kemerah-merahan wajahnya kerana gagal menjawab soalan TS Khalid Ibrahim dengan yakin. Soalannya sangat-sangat mudah! Di mana wang RM7.65 Bilion? Sehingga ke hari ini Azmin gagal menjawab dengan betul.

Pertanyaan Rakyat 
1. Di pihak rakyat pula, mereka bertanya kenapa tidak ada siasatan ke atas kes-kes berProfil Tinggi melibatkan RM7.65Bilion Dan RM30Bilion? 

2. Kenapa tidak ditubuhkan Pasukan Petugas Khas? Kenapa pihak berkuasa kelihatan senyap dan berdiam diri dalam kes Azmin tetapi berkejar-kejar siang dan malam menyiasat 1MDB dan derma RM2.6 Billion? 

Rakyat melihat perkara ini tidak adil. Jika terus berdiam diri, rakyat akan mempersoalkan integriti dan kredebeliti pihak berkuasa dalam negara kita. Siasatan sangat perlu untuk mencari kebenaran.

3. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994?

4. Apa tujuan DEIG yang kelihatan seumpama bisnes rahsia? 


5. Apa yang dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat?

6. Adakah MB Azmin sekaligus sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan Pengerusi DEIG mempunyai kuasa veto?

7. Adakah DEIG anak syarikat MBI atau syarikat yang berasingan? 

8. Apakah kaitan dengan nama dua individu yang dikaitkan dengan syarikat berstatus RM2 DEIG? Siapakah mereka?

9. Adakah MB Azmin menubuhkan DEIG kerana ragu kepada MBI? 


10. Adakah kerana MBI pernah diketuai oleh Faekah bekas Pegawai TS Khalid Ibrahim ? 

11. Bagaimana pula peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC)? Nampaknya bisnes kerajaan Selangor bertindan-tindan antara MBI, DEIG, SSIC dan Perbadanan ikhtisas yang lain.

12. Paling menarik sekali ialah kenapa wakil rakyat DAP Selangor dan kumpulkan GHB turut mempersoalkan DEIG? Apakah yang mereka tahu dan apakah yang mereka sembunyikan?

Kesimpulan
1. Pihak berkuasa perlu menunjukkan tindakan yang adil. Jika 1MDB disiasat berbulan-bulan lamanya bagai nak rak, gara-gara laporan-laporan palsu dan dokumen yang diubahsuai di dalam Sarawak Report, kenapa MB Azmin dan DEIG tidak disiasat walhal ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor oleh ahli-ahli kerajaan negeri Selangor sendiri?

2. Jika derma RM2.6B disiasat sehingga ke lubang cacing mengapa kes RM7.65Bilion yang dibangkitkan oleh bekas MB Selangor, TS Khalid Ibrahim tidak disiasat? 

Untuk makluman, TS Khalid adalah pakar ekonomi manakala MB Azmin adalah bekas guru di Shah Alam. Kepakaran mengurus ekonomi dan wang serta aset berkapasiti besar sudah tentu berpihak kepada TS Khalid. 


Penns, USA.
August 21, 2015.

4 Komen:

Anonymous said...

persoalan yg sdra timbulkan memang wajar. makanya pihak berkuasa spt Pdrm dan SPRM, PAC, Bank Negara mesti menyiasat kes ini sama seperti kes Najib dan 1MDB. Janganlah dilihat tidak berlaku adil. stuju

jgn jadi bodoh!!! said...

HALOOOO!!! BUTA ATAU BODOH??SEMUA SIASATAN KEPADA 1MDB TELAH DIGANGGU WALAUPUN KATANYA DI PIHAK YANG BENAR!! SPRM MASIH BELUM SELESAI SIASAT DERMA 2.6B WALAUPUN PM DAH BGTAU SATU MALAYSIA DAH SELESAI!! BANK NEGARA PUN DAH SERAH SIASATAN PADA PEGUAM NEGARA!!MUNGKIN PEGUAM NEGARA BARU JUGA AKAN DIGANTI DGN PEGUAM NEGARA BARU LAGI!! PAC YG DIJADUALKAN MENYIASAT CEO 1MDB JUGA TELAH DIGANGGU DGN MELANTIK 4 AHLI PAC KE KABINET!! SECARA LOGIKNYA KENAPA PERLU MNGANGKAT 4 ORG AHLI PAC KE KABINET SEDANGKAN KITA MAHU PAC MENYIASAT 1MDB AGAR DAPAT SELESAIKAN MASALAH 1 MDB DGN SEGERA!! RAKYAT LIHAT TINDAKNTANDUK KERAJAAN DALAM MENYELESAIKAN KES 1MDB TERLALU MENAMPAKKAN NAJIB RAZAK PEMBOHONG!!

#pecatJibbyBukanUmno

Anonymous said...

nice reading, i like it!

Anonymous said...

Ramai orang tidak faham atau buat-buat tak faham mungkin kerana bencikan seseorang, perjalanan sebenar perniagaan 1MDB disebabkan oleh persoalan hutang RM42b yang dibuat untuk operasi, pelaburan dan pembangunan hartanah 1MDB. Tapi dalam kes DEIG jelas sekali aset dan tunai Kerajaan Selangor berjumlah RM30b diserahkan kepada DEIG kononnya untuk tujuan pelaburan dan yang paling hebat sekali DEIG sebuah syarikat RM2 tak perlu membuat lapuran kepada DUN atau Kerajaan Negeri melainkan Ahli Lembaga Pengarah sahaja dan ini dibenarkan oleh undang-undang di negara ini seperti kata Datuk MB.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan