LAPORAN Bloomberg semalam menyatakan pergerakan Yuan di China
dan USD di Amerika telah menyebabkan lebih 10 negara seperti Afrika Selatan,
Rusia, Mesir, Turki, Ghana, Nigeria, Zambia, Turkmenistan, Armenia, Kygystan,
Tajikistan, Arab Saudi, Vietnam dan Malaysia dilanda ketidakstabilan matawang
di negara masing-masing.
Bloomberg turut menyatakan pasaran saham di New York, London,
Paris dan Frankfurt menjunam. Dow Jones sendiri jatuh 1000 mata!
Di Kedah, Menteri Besar mencadangkan supaya cukai GST
dikurangkan kepada 3%. Ianya bukan perkara baharu, saya telah menulisnya pada
bulan April yang lalu di http://www.al-azharrisiddiq.com/2015/04/alternatif-kepada-gst-jawapan-kepada.html?m=1
Untuk meringankan beban rakyat, saya mencadangkan 10 alternatif
baharu yang saya cadangkan dengan alternatif NajibCare:-
1. Tambang bas percuma kepada OKU, pencen (kerajaan dan swasta),
bekas tentera, pelajar bawah 12 tahun dan pesakit kronik.(Kerajaan hendaklah
memperkenalkan kad tambang percuma kepada mereka)
2. Pengecualian cukai pendapatan diberikan kepada mereka yang
baru bekerja dalam tempoh yang wajar seperti setahun.
3. GST dikaji semula dengan pengenalan sistem yang lebih berjiwa
rakyat "win-win situation". Rujuk semula cadangan asal saya
ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2015/04/alternatif-kepada-gst-jawapan-kepada.html?m=1
4. Menaikkan lagi cukai rokok sebagai kempen gaya hidup sihat
tanpa rokok.
5. Membenarkan pendeposit KWSP mengeluarkan simpanan mereka 2
kali setahun di dalam akaun 2 untuk keperluan mendesak seperti kesihatan,
kematian keluarga, pendidikan dan keperluan sukan anak-anak.
6. Memperkenalkan NajibCare yang meliputi pelan insuran
kesihatan dan pendidikan. Pelan insuran NajibCare tidak perlu meniru pelan
insuran ObamaCare tetapi idea membantu rakyat itu diberi penekanan. Negara kita
memiliki ramai pakar insuran.
7. Membuka kawasan tanah baru seperti FELDA untuk tujuan
pertanian berskala besar di mana hasilnya boleh dipasarkan ke dalam pasaran
domestik dan antrabangsa. Jika FELDA menumpukan kepada perladangan, FELDA
BAHARU ini pula fokus kepada pertanian.
8. Mengekalkan perubatan percuma kepada rakyat di mana rawatan
perubatan dan ubat-ubatan diberikan percuma kepada rakyat Malaysia sahaja.
9. Agensi peminjam seperti bank dan koperasi (Bank Rakyat)
diminta mengurangkan jumlah potongan dalam satu jangkamasa yang munasabah 6
bulan-12 bulan jangkaan masalah ekonomi global selesai.
10. Mengecualikan pembayaran PIBG kepada ibubapa yang berpendapatan
RM1,000 ke bawah di kawasan kampung dan RM3,000 ke bawah di kawasan bandar.
(Walaupun pembayaran PIBG dikategorikan sebagai derma/sumbangan, kebanyakan
sekolah seolah-olah meletakkan status wajib bayar).
Dengan 10 cadangan ini, saya berharap Kerajaan akan mengambil
perhatian.
Janganlah berlaku seperti kes GST, saya telah mencadangkan lebih
awal cara yang tidak membebankan rakyat, akhirnya MB Kedah menyuarakan
pengurangan cukai GST kepada 3% selepas GST dilaksanakan.
Apapun kerajaan belum terlambat membuat penambahbaikan.
3 Komen:
Mukhriz nie nampak sangat Boddoh Banggal Melampau.
Mana boleh GST diturnkan pada kadar 3% sedangkan kadar 6% adalah pengurangan sebanyak 10%, drp jumlah keseluruhan 16%.
Mukhriz anak Bapak nie memang bebal, muka pon bodoh, ada kaa cakap sebab orang mintak, cakap, akar umbi mintak...
Akar Umbi mintak rumah RM100K teres 2 tingkat, boleh ker Kau Mukhriz bodoh buat kat Kedah?
Ikut permintaan akar umbi.. kena lah tapis yg tak bleh buat explain lah dengan baik, tak payah nampak kebodohan cakap kat TV
Dengar Dengar Dengar MUKHRIZ MEMANG BODDOH.
BAB ROKOK JANGAN LAH HEHEHE
"Mana boleh GST diturnkan pada kadar 3% sedangkan kadar 6% adalah pengurangan sebanyak 10%, drp jumlah keseluruhan 16%."
gst meliputi hampir semue jenis perniagaan termasuk perniagaan yang sebelum ni tak kene 16% tu.. sebab tu kutipan 6% pon masih lebih dari 16% yang kerajaan kutip sebelum ni.. dan sebab ni jugak la kenapa harga barang2 ade kenaikan sebab ade setengah dari supplychain ni dulu tak kene tax sebab ade pengecualian tapi selepas gst, diorg ni pon sekali dah kene bayar tax yang diorg dikecualikan masa zaman sst..
Post a Comment