TIDAK MANIS DESAK DAN TIDAK MANIS KEKAL

on Sunday, August 9


SAMBUTAN LUAR BIASA UMNO PASIR GUDANG (AHAD, 9/8/2015)

UMNO telah ditubuhkan hampir 70 tahun dahulu (1946). Generasi baharu dalam UMNO bukanlah semuanya tahu sejarah perjalanan UMNO sehingga kini, kerana itulah  terdapat ahli UMNO, walaupun baharu sahaja menjadi exco Pemuda UMNO, sudah berlagak besar mahu menjatuhkan Presiden partinya sendiri.

Dato' Onn Jaafar (1946-1951)
Cabaran UMNO yang paling besar ketika awalnya ialah apabila ditinggalkan Dato' Onn Jaafar kerana keterbukaannya membuka keahlian parti kepada bangsa lain tidak diterima. Maka, Dato' Onn Jaafar berkelana dengan parti baharu seperti IMP (1951) dan parti Negara (1954). Namun begitu, UMNO tetap utuh tidak tergugat kerana orang Melayu sedar mereka tidak boleh beremosi dengan sentimen individu.

Tunku Abdul Rahman (1951-1971)
Seterusnya, UMNO menghadapi cabaran lebih besar ketika Pilihanraya tahun 1969 apabila masyarakat Cina di bandar-bandar bersatu memenangkan parti chauvunis DAP. Akhirnya, tragedi 13 Mei 1969 berlaku kerana sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pemimpin-pemimpin DAP semasa memenangi pilihanraya tersebut. Parti Buruh yang mempunyai ramai penyokong pro Komunis turut terlibat.

Tun Razak (1971-1976)
Setahun kemudian, Tunku Abdul Rahman terpaksa meletak jawatan kerana keadaan anarki tersebut. Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan membawa imej baharu menukar Perikatan kepada Barisan Nasional. Melihat kepada ancaman chauvunis DAP, pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO mengambil keputusan berani untuk bersatu. 

Tun Razak mengambil tindakan berani mengambil Tun Dr. Mahathir yang telah dibuang oleh Tunku Abdul Rahman (1974).

Namun begitu, berlaku konflik Kerajaan di Kelantan pada tahun 1978 di mana PAS pula terpecah kepada BERJASA dan HAMIM. Sama situasinya hari ini di mana PAS berpecah kepada kumpulan GHB yang mendapat sokongan kuat DAP. Kenapa DAP?

Tun Hussien Onn (1976-1981)
Apabila Tun Razak meninggal dunia di Amerika Syarikat kerana sakit, Tun Hussien Onn mengambil alih kepimpinan UMNO dan kerajaan. Tun Hussien Onn seorang yang tenang, maka UMNO dan kerajaan berjaya menenangkan politik negara seadanya.

Juga kerana masalah kesihatan yang dialami oleh Tun Hussien Onn, maka Tun Dr. Mahathir diberi peluang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir (1981-2013)
Tindakan awal yang penting dilakukan Tun Dr. Mahathir adalah menjemput DS Anwar Ibrahim pemimpin belia ketika itu. Sebenarnya, terdapat sumber lain bahawa beberapa individu daripada Amerika Syarikat dan negara Arab berjumpa Tun M memberi pandangan (tekanan?) supaya Tun M menerima DS Anwar memasuki UMNO dan Kerajaan.

Namun begitu, Anwar disingkirkan di dalam UMNO dan Kerajaan pada tahun 1998 selepas isu Krisis Ekonomi Asia yang turut menyerang negara. Tun M memberi alasan moral Anwar untuk memecatnya.

Tun Abdullah (2003-2009)
Pada tahun 2003 (Oktober), Tun M bersara dengan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Setahun kemudian, Pak Lah menang besar denganmeninggalkan sedikit ahli parlimen pembangkang di dalam Parlimen. Namun begitu, pada tahun 2008, UMNO dan BN mengalami tsunami Cina kerana parti-parti pembangkang bersatu di mana DAP betul-betul bersedia di antara tahun 2004-2007. DAP mendaftar pengundi baharu dengan sangat aktif, sebaliknya UMNO dan BN leka.

Pada tahun 2009, Pak Lah melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas didesak oleh Tun M dengan tekanan-tekanan melalui surat terbuka Datuk Mukhriz dan Tun M sendiri keluar daripada UMNO.

DS Najib (2009)
DS Najib Razak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. Namun begitu, Najib berjaya mengambil semula Kedah dan Perak. Di peringkat nasional, Najib berjaya menambah jumlah kerusi UMNO di dalam Parlimen. Hanya parti-parti komponen Cina seperti MCA, SUPP dan Gerakan sahaja masih gagal menarik kembali semula sokongan Cina.

Dan, kemelut UMNO seterusnya berlaku baru-baru ini apabila TS Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO) dan DS Shafie Apdal (Naib Presiden UMNO) dikeluarkan dalam Rombakan Kabinet 2015. Ianya sesuatu yang baharu apabila Timbalan Presiden UMNO tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri. Manakala tidak luarbiasa kepada Naib Presiden UMNO kerana Pak Lah sendiri bertahun-tahun tidak dilantik dalam kabinet semasa menjadi Naib Presiden UMNO.

Serangan 24 Jam
Hari ini Malaysia diserang dari segenap penjuru.

Pertama, di dalam negara DAP dan PKR mengetuai menyerang imej Najib selepas gagal menjatuhkan imej agensi-agensi kerajaan seperti MARA, BTN, Tabung Haji, 1MDB, Felda dan sebagainya. PAS mengurangkan serangan kerana mereka sudah memahami permainan politik DAP.

Kedua, media antarabangsa seperti WSJ, The Sydney Morning Herald Australia, Washington Post, New York Times digunakan untuk merosakkan reputasi Najib dan Kerajaan. Tekanan disambung melalui rangkaian media dalam negara seperti The Edge, Malaysiakini, The Malaysian Insider yang memberi laporan tidak adil dengan memberi banyak gambaran buruk yang melampau-lampau kepada Najib dan Kerajaan.

Ketiga, menjatuhkan ekonomi negara melalui paksaan TPPA dan menjatuhkan Ringgit Malaysia. Usaha ini dilakukan musuh-musuh di luar negara. Membangkrapkan Malaysia adalah cita-cita mereka. Mereka bukan mahu menjatuhkan Ringgit Malaysia kepada 1USD: RM4.00 tetapi mereka tidak kisah sekiranya mencecah 1USD: RM5.00. Apabila Najib jatuh dan Kerajaan bertukar tangan kepada pemimpin boneka mereka, nilai Ringgit akan pulih semula kepada 1USD: RM3.00 untuk memberi gula-gula manis kepada kerajaan boneka.

Keempat, merosakkan dan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam. PAS telah hampir berjaya dipecahkan kepada GHB. Manakala, UMNO juga sedang dirosakkan. Jika kedua-dua parti orang Melayu dan Islam ini berjaya dilemahkan, maka DAP berpeluang memerintah Malaysia melalui peti undi pada tahun 2018.

Walaupun sudah lebih 24 bulan berusaha merosakkan reputasi Najib dan Kerajaan dilakukan, ianya masih lagi gagal.

Separuh
Dalam sejarah UMNO, seseorang yang tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri biasanya tidak lagi akan meneruskan tugasnya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Dia akan mengundur diri dengan cara yang terhormat. Perkara ini berlaku kepada Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, dan juga Anwar. 

Tujuannya, supaya UMNO dapat mengorak langkah ke hadapan dengan wajah baharu dan keazaman baharu melalui satu pasukan baharu. UMNO perlu meneruskan semangat berpasukan untuk terus berkuasa. UMNO tidak boleh separuh-separuh pasukan seperti  sekarang ini. 

Presiden dan Timbalan tidak sepatutnya berbeza pendapat secara terbuka, contohilah DAP. Sesiapa yang berbeza pandangan dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng akan menerima nasib seperti Tunku Aziz dan PAS. Dibuang tanpa belas kasihan walaupun pernah berjasa kepada DAP.

Di dalam budaya politik UMNO, tidak manis mendesak meletak jawatan, tidak manis juga terus kekal dengan jawatan itu, kerana menyukarkan UMNO untuk bekerja sebagai satu pasukan yang diyakini rakyat. 

UMNO harus sedar jika tidak seiringan jika tidak senada jika tidak bersuara sebagai satu suara, rakyat tidak akan konfiden kepada anda.

Begitulah sejarah UMNO dan sejarah kekuatan UMNO. 

Selamat Berhujung Minggu.
USA. 
August 8, 2015.

Post by IPhone. 














5 Komen:

Anonymous said...

hehe pedas tapi betul...

Anonymous said...

BETUL KATA TUAN,..TIDAK MANIS UNTUK MENDESAK MELETAK JAWATAN DAN DALAM BUDAYA UMNO PULA TAK MANIS KALAU MASIH DUDUK MENYANDANG JAWATAN SEDANGKAN KITA SENDIRI DAH TIDAK BOLEH SEIRING DGN KEPIMPINAN'''...SPT KATA ORANG DITELAN MATI AYAH ,DILUAH PULA MATI EMAK...JADI SERBA SALAH.

Generasi Pejuang Bangsa said...

setuju pandangan tuan... TSMY perlu letak jawatan secara terhormat demi parti

Anonymous said...

Yang hujung tu banyak tak betul....

Yang kena lepas jawatan adalah Najib kerana pemimpin yang banyak penipu dan bohong kepada rakyat.

Pemimpin yang tipu rakyat dengan GST... penambahan cukai tapi dikatakan penukaran cukai.

2.6 B tu apa cerita.... senyap seribu bahasa. Masuk akaun pribadi tapi dikatakan derma. Kalau kata duit UMNO, kenapa MT tak tahu? Kenapa kabinet yang tahu... ahli kabinet tak semestinya UMNO. Duit kerajaan ke? Kalau itu pon bukan duit siapa? Peribadi sebagai Najib atau PM atau Presiden UMNO? Kenapa akaun ditutup pulak,? Mana bakinya? Mana urusniaganya.... Duit halal ke atau Duit Haram?

Soalan senang pon tak reti nak jawap.... masih nak spin lagi. Ko ingat rakyat bodoh ke?

Anonymous said...

Memang betul rakyat tidak bodoh tetapi dalam konteks hari ini rakyat terlalu pandai sehingga tak tahu nak menilai yang mana kaca dan yang mana intan. Semua perkara dan berita diterima diterima bulat-bulat tanpa berfikir panjang dan waras.
Lihatlah sesuatu perkara dan isu itu dengan mata hati dan bukan dengan mata di kepala sahaja. Jika tak tahu kaedah perjalanan kewangan sesebuah parti politik itu janganlah berbicara macam pernah jadi Presiden mana-mana parti politik. Berdiam diri itu lebih baik daripada bercakap atau menulis sesuatu yang kita sendiri tak tahu sejauh mana kebenarannya samada dari segi isi mahupun penyampainya. Kepada Allah kita berserah. (PB)

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan