TUJUH SEBAB KENAPA ANDA GAGAL JATUHKAN NAJIB

on Saturday, August 1

SOLAT : DS NAJIB BERSAMA SULTAN SELANGOR DAN SULTAN PERAK
1. Fitnah Melampau-lampau
Fitnah demi fitnah yang pada mulanya berjaya mempengaruhi rakyat akhirnya terpusing semula di mana rakyat kembali mempertikaikan tuduhan tersebut. Satu demi satu bukti yang dikeluarkan khususnya dari Sarawak Report (SR) dipersoalkan apabila mereka didapati mengubahsuai emel dan dokumen bank dan terkini pula dalam keadaan sangat terdesak mengeluarkan kertas pertuduhan palsu ke atas Najib. 

Adakah mereka berfikir rakyat Malaysia mudah diperbodoh-bodohkan dengan segala bahan palsu itu?

Saya perhatikan daripada laporan-laporan di dalam Malaysiakini dan The Malaysian Insider sehari dua ini, seolah-olah Tun M pun sudah tidak mempercayai sumber SR dan WSJ lagi. 

Pendedahan Justo oleh akhbar New Starits Times Singapura kononnya dia dijanji berjuta USD jika menjual maklumat Petrosaudi jelas membuktikan adanya Konspirasi menjatuhkan Kerajaan secara tidak Demokratik. Malahan, Justo mendakwa maklumat yang kebanyakan dipaparkan oleh SR dan WSJ adalah maklumat yang telah diubahsuai. 

Rakyat Malaysia masih menunggu senarai nama pemimpin politik yang telah bertemu dengan Justo untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia. Kita berharap, pihak Polis Thailand segera mendedahkannya.

Fitnah yang melampau-lampau batas ini akhirnya menjadikan rakyat Malaysia kasihan, simpati dan memberi sokongan kepada Najib, kerana diserang secara peribadi sejak berbulan-bulan sejak tahun 2013 lagi tanpa henti.

2. Competency, Accountability, Transparency
Najib dengan berani berkata beliau bersedia mendedahkan nama-nama penyumbang kepada UMNO dalam PRU-13. Sila tonton video di bawah,



Malangnya pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya DAP dan PKR menolak, tidak berani dan sangat takut mendedahkannya! Kenapa? Bukankah anda selalu berbangga-bangga dengan Compentency, Accountability and Transparency (CAT) ? Mana sudah roh CAT, atau hanya omong-omong kosong sahaja sebagaimana hilangnya sudah kata-kata kononnya mencontohi kepimpinan Saidina Umar? 

Saya percaya jika Najib mendedahkan sumber kewangan UMNO dan BN dalam PRU13, ianya boleh merungkaikan dan menjawab fitnah-fitnah kononnya Najib menggunakan wang 1MDB dan wang kerajaan. 

Sebaliknya, rakyat juga boleh melihat siapakah sumber dana DAP dan PKR? Kenapa Tony Pua, Tian Chua, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan lain-lain sangat takut mendedahkan sumber kewangan parti mereka?

3. Sokongan Kuat PAS
Dua ulama dalam kepimpinan PAS iaitu DS TG Haji Hadi Awang (Presiden PAS) dan Dato' Dr. Haron Din (Mursyidul Am PAS) merasa ragu dan tidak mempercayai isu yang dimainkan oleh DAP, WSJ dan SR. Mereka lebih kenal siapa musuh siapa rakan.

4. Perpaduan UMNO 
Tidak pernah dalam sejarah, ahli-ahli UMNO memberi sokongan luar biasa kepada Presiden parti ketika di dalam keadaan sukar. Walaupun pada mulanya ramai yang terpedaya dengan spin SR dan WSJ, akhirnya mereka telah menemui kebenaran dan kepalsuan.

Jika ada pun yang terpedaya, hanya seorang dua ahli UMNO di peringkat rendah yang diselebungi emosi dan sentimen. Namun, pengalaman dan sejarah UMNO menunjukkan mereka akan kembali memberi sokongan kepada UMNO.

5. Kerajaan Berfungsi
Kerajaan berfungsi dengan lancar walaupun media alternatif hiruk-pikuk dengan fitnah WSJ, SR dan mereka yang sewaktu dengannya. Walaupun Najib membuat rombakan Kabinet, tetapi fundamental kerajaan berfungsi dengan lancar baik di kota atau di desa. 

6. Pembangkang Pun Serba Keliru
Semasa penangkapan Justo oleh pihak polis Thailand, beberapa pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Tony Pua kelihatan menggelabah dan tidak keruan. 

Lim Kit Siang dalam bahasa politiknya, cuba mengelak untuk dikaitkan dengan Justo. Apabila, Datuk A. Rahman Dahlan bertanya Lim Kit Siang adakah dia hendak menafikan adanya pemimpin DAP bertemu Justo, Lim Kit Siang semakin menggelabah. Akhirnya, beberapa hari kemudian, selepas tidak tahan dengan tekanan, Tony Pua mengakui ada terbang ke luar negara beberapa kali dan bertemu pemilik portal raja fitnah SR.

Kini, sesama mereka termasuklah SR cuba mengelak untuk dikaitkan dengan Justo. Masing-masing sangat bimbang jika tembelang mereka pecah.

Soalannya, kenapa hendak menjatuhkan Kerajaan dengan cara tidak demokratik? Sungguh hina anda, bercakap tentang demokrasi anda sendiri tidak demokratik?

7. Sabar
Allah SWT bersama orang-orang yang sabar. Najib seorang yang penyabar. Apabila berbicara suaranya lembut, nadanya tidak tinggi, apabila bekerja caranya fokus, apabila ada halangan dia sabar, apabila dia difitnah dia sabar, mengapa anda tidak boleh bersabar? Apabila dia dihina berbulan-bulan, apabila dia difitnah berbulan-bulan dia sabar. Kepada Allah SWT dia berdoa dan bermunajat!

Adakah anda tahu ketika bulan Ramadan, Najib bermunajat di tengah malam mengadu dan berserah kepada Allah SWT? Saya mengetahuinya, dan memberitahu kepada anda.

Selamat Berhari Minggu.



10 Komen:

Anonymous said...

Saya bukan peminat setia PM Najib dan isteri.....tetapi saya merasa kesian melihatkan serangan bertubi tubi oleh anasir2 kafir yang menggunakan anjing2 belaan untuk menyalak, menipu, menghina dan memfitnah.
Dulu saya ingatkan PM Najib ni seorang PM yang lemah dan terlalu berlembut sampai puak2 DAP dan anjing2 dan NGO2 cilaka menjadi semakin naik minyak dan kurang ajar dan biadap! Beliau dihina dengan kejam, isteri beliau dihina dengan kejam, anak2 yang tak masuk politik pun terkena tempias serangan2 jijik puak2 kafir.

Sekarang saya sedar...PM Najib ni seorang yang penyabar. Beliau yakin dengan kebenaran. Saya kagum melihat betapa kuatnya beliau berkerja ke hulu ke hilir menambah baikkan kebajikan rakyat sementara puak2 pembangkang yang dilantik sebagai wakil rakyat satu kerja pun tak buat demi rakyat. Hanya memfitnah dan menghasut rakyat untuk membenci kerajaann. LEbih menyedihkan, kebencian hanya ditanam ke dalam minda orang2 Melayu untuk membenci sesama kita.
.
Kita dihasut untuk berpecah kepada UMNO, PAS, PKR, GHB....dan sekarang, DAP sendiri cuba menghasut Melayu untuk menyokong DAP. Puak2 cina bagaimana pulak? Diorang rilek jer....100% menyokong DAPIG!!

Saya doakan kesejahteraan PM Najib sekeluarga. Semoga Allah s.w.t akan terus melindungi PM Najib sekeluarga dari serangan2 kafirun yang tak henti2.


Anonymous said...

Bah...cubalah Kerajaan terangkan kpd Rakyat apa yg sebenarnya berlaku..Asyik tunggu, rahsia sampai bila bila! Rakyat bukannya bodoh....biar rakyat yg nilai

Anonymous said...

kamu tidak boleh bersabar ke.?Islam mengajar agar umatnya sentiasa bersabar so sabarlah.Kalau tak sanggup ,jadilah kamu antara orang yang munafik kerana memprcayai fitnah yang berleluasa.Sebab fitnah tu wujud untuk orang yang suka dengar cerita yang tersebar dengan pantas tanpa hendak dinilai dulu dari mana dan ada bukti sahih ke ?

Anonymous said...

Najb tak boleh bercakap lagi selagi siasatan sedang berjalan.

Anonymous said...

come lah..ini najib punya negara lah..sapa berani halang?klu taw rakyat kat malaysia ni ramai yg munafik dan xreti nk sabar..so ape tunggu lagi..let us khow everythng lah..ekonomi semakin jauh nun disana..nama sudah buruk..lagi nk tunggu..tgk lah sape jd kambing hitam nnti...rakyat didahulukan ..najib diutamakan..hidup najib..

Anonymous said...

mmng lah najib tu xboleh bercakap..dia taw baca je..jgn nk munafik kan org sgt..kes tgh dijalankan..dh sattle..baru kite taw sape munafik..ni lah cerita hidup..hari esok sape yg taw..

Anonymous said...

Pembangkang yang gagal nak memerintah dari habisnya pru13 hingga hari ini bukannya membela rakyat tapi 24jam memerah otak cara nak jatukan kerajaan walau cara haram dan haprak sekali pun..Dan mereka akan berterusan selagi cita2 buruk mereka tak tercapai..

Anonymous said...

Pirrrrrraaaaaahhh! Hampa ni semua bangang. Semua kaki jilat pungkoq najib ja. Satu hujjah di atas pun xboleh pakai. Otak kat kepala lutut, sampai xboleh pikiaq secara rasional. Asyik dok percaya dan kena tipu hidup2 dgn pencacai2 najib.

Anonymous said...

najib bukan pm terbaik, tapi lebih baik dari pr

Anonymous said...

Bukan perbandingan ye..cuma sedikit luahan je..
Bukan tak kagum dengan TUN M..cuma era Tun M dah tamat..adakah 22tahun tak cukup lagi ke Tun M..dalam 22 tahun ada tak mana-mana bekas PM Malaysia yang turut serta dalam mana-mana demonstrasi?
Kenapa Tun M memilih menjadi sejarah bekas PM malaysia yang paling lama memerintah tapi turut serta dalam DEMON bersih 4.0..? mahukan kuasa lagi ke
Zaman Tun Pintu Kamunting Terbuka Luas..fikir la maksud pintu itu ye..
Zaman Tun M berita terkini/fitnah bukan sepantas 5 minit akan di salurkan kedalam segala bagai web..berita terkini pun kena tunggu berita siar cetak pada akhbar esok dan sempat di ubah suai bagi menjaga nama baik Tun M..Zaman cyber kini mesin cetak sudah boleh di kategorikan berita basi...
Zaman Tun M berapa mercu-mercu tanda Malaysia yang terbina hasil cukai bebayar rakyat dan pernah ke rakyat dapat bantuan Rakyat sebanyak apa yang di raih rakyat kurang berpendapatan..mungkin ada yang kata wang bantuan ini rasuah kepada rakyat..tapi zaman tun M ada ke kesusahan rakyat tun pikir..apa Tun M rasa bila rakyat diutamakan oleh pengganti TUN M..rasa mcm cemburu ke..
Mercu tanda gah untuk siapa dan di ada waktu pentadbiran siapa? Bila di tanya pada dunia sewaktu pemerintahan siapa ye mercu-mercu tanda tu..? Siapa PM yang hebat membina mercu tanda ni ye.. bukan tak bangga Malaysia ada mercu tanda yang hebat, rakyat juga merasakan ianya hebat kerana yang paling cukup teramat bangga siapa pemerintah yang mengarahkan pembinaan mercu-mercu tanda berbillion ringgit itu?? apakah binaan itu tiada siapa yang untung sewaktu di luluskan..takkan nak panggil derma pulak kan...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan