TUKAR PM SESUKA HATI, ADAKAH BERMAKNA SABAH/SARAWAK JUGA BOLEH MENENTUKAN MASA DEPANNYA SENDIRI?

on Tuesday, August 11

Saya bersetuju pandangan Datuk A. Rahman Dahlan bahawa tindakan segelintir pihak khususnya di Semenanjung Malaysia beria-ia sangat hendak menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara Tidak Demokratik, tidak pernah mengambilkira perasaan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Sabah dan Sarawak!
Adakah bermaksud pihak ini di Semenanjung hanya memikirkan diri mereka 'kesemenanjungan' sahaja? Kenapa hendak menentukan kepimpinan negara tidak mengambil kira pandangan Sabah dan Sarawak? Adakah mereka lupa atau takbur bahawa tanpa Sabah dan Sarawak, UMNO dan BN sudah menjadi Pembangkang sejak tahun 2008!

Pada tahun 1980an, semasa allahyarham Tun Datu Mustapha masih hidup, ada seorang pemimpin kanan di Semenanjung Malaysia berkata, "...tanpa Sabah, UMNO dan BN boleh memerintah Malaysia cukup dengan undi Semenanjung sahaja..."(rujuk buku Pak Habib). Agak-agaknya, apakah perasaan Allahyarham Tun Datu Mustapha yang duduk sebelah ketika itu? Sekarang ianya berulang lagi!
Di Semenanjung Malaysia, pemimpin-pemimpin yang bermatian-matian mahu menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara tidak Demokratik (tidak melalui Pemilihan UMNO/Pilihanraya) tidak pun mengambilberat suara-suara dari Sabah dan Sarawak. Mereka menutup mata sahaja! 
Apabila Datuk A. Rahman Dahlan bersuara akan hal ini, mereka memandang rendah, seolah-olah UMNO itu milik Semenanjung Malaysia sahaja. Seolah-olah negara ini hanya Semenanjung Malaysia sahaja. Seolah-olah menentukan Perdana Menteri hanya milik Semenanjung Malaysia sahaja. Cara itu adalah salah, tidak patriotik dan tidak bersifat nasional. 

Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak ada. Anda telah melebarkan sentimen Malaya, Sabahan dan Sarawakian. Tidak lagi Malaysian!

Jika mahu meneruskannya dengan cara tidak demokratik, Semenanjung Malaysia boleh meneruskannya tetapi saya percaya Sabah dan Sarawak juga mempunyai pandangannya sendiri.

A. Rahman Dahlan berkata
Sekiranya Datuk Seri Najib Razak ditukar tanpa mengambil kira perasaan negeri Malaysia Timur itu, akan berlaku akibat yang tidak diingini". Saya setuju.
"Saya dari Sabah. Tukar perdana menteri bukan saja urusan rakyat di Semenanjung, saya ingatkan, kami tulang belakang BN. Ada sesiapa yang bertanya kepada parti komponen?
"Jika dilakukan tanpa memikirkan perasaan kami, rakyat Sabah dan Sarawak, akan berlaku perkara yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas pra pelancaran Malaysia Day Ride 2015 di PWTC, Kuala Lumpur.
Rahman berkata, tiada perdana menteri yang mengutamakan Sabah dan Sarawak seperti Najib.
Beliau turut memuji pengumuman Najib semalam yang akan memberikan Sabah dan Sarawak autonomi, sesuatu ditunggu mereka sejak berdekad lalu.
Kedua-dua negeri itu kubu kuat BN walaupun parti itu berdepan laluan sukar sejak 2 pilihan raya lalu.
Sementara itu, Rahman turut mempertahankan kenyataan Najib yang berkata beliau bebas daripada rasuah.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan Najib dan Umno yakin dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri tidak melanggar mana-mana undang-undang.
"Biar SPRM siasat. Memanglah perdana menteri kata ia bukan rasuah. Jika tidak sudah pasti 'game over'.
"Kami tahu ia bukan rasuah, kami percaya ia bukan rasuah. Kami percaya ia dibenarkan Perlembagaan parti dan undang-undang negara,” katanya. (TMI)

post by iPhone


4 Komen:

Anonymous said...

Jika begitu bermakna Sabah Dan Sarawak pun boleh buat apa yg dia suka... Suka2 kan, tolak pilihanraya tolak demokrasi pergi jalanan ikut cara org Semenanjung

Anonymous said...

Ya why not ingat org Malaya saja kah boleh turun di jalanan ... Org Sabah Sarawak lagi pandas bah... If org Malaya tembirang kita pun boleh tembirang bah...

Anonymous said...

Ahli politik kat malaya bila tersepit baru ingat malaysia timur.
umno/ pkt / dap mereka semuanya sama perangai.
Lebih baik sokong pas. Perjuangan tetap sama. Kearah kebaikan islam yang sejati

Anonymous said...

Hanya orang politik aje terutama pembangkang yang mengamalkan cara pemikiran yang amat kotor semata-mata untuk meraih undi untuk mendapatkan kuasa dari UMNO-BN. Kemenangan pada pilihanraya memang boleh dicapai tetapi apa gunanya kemenangan dicapai dengan kerosakan yang berlaku di sana sini hasil daripada fitnah dan adu domba yang dipraktikkan. Akhirnya nanti rakyat akan merana kerana perebutan kuasa yang hanya menguntungkan orang politik sahaja. Hakikatnya adalah Semenanjung, Sarawak dan Sabah adalah negara Malaysia sampai bila-bila dengan izin Allah. (PB)

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan