USUL PEMUDA UMNO SEMPORNA TIDAK RELEVAN, KEBUDAK-BUDAKAN

on Saturday, August 15



Persidangan Pemuda UMNO Semporna semalam bagaikan melalak kepada bukit, bukit tak runtuh, suara kehabisan. Emosi menguasai kematangan. Persepsi menguasai kebenaran. Malang kepada UMNO jika memiliki pemimpin berstatus third class leadership.

Dalam sahsiah berjamaah, jika anda tidak boleh bersama jamaah, anda mempunyai pilihan untuk mencari platform yang baharu. Ini political fundamental yang menjadi asas kepada mana-mana first class leadership. Dalam konteks ini, satu contoh paling bermaruah ialah tindakan Datuk Khairul Anwar Rahmat, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor (Pengerusi Sukaguam) yang meletak jawatan dalam parti dan menumpukan perkhidmatannya kepada social responsibility di samping bisnes perundangan beliau. 

Khairul tidak melalak seperti anda, kerana dia amat memahami Presiden parti mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar.

Situasinya serupa dengan amanat terbaharu YB Nik Abduh Nik Aziz kepada Mat Sabu dan rakan-rakannya di dalam GHB supaya lebih baik keluar daripada PAS jika tidak senada lagi dengan kepimpinan PAS. 

Amalan ini berlaku jua di dalam DAP, di mana Tunku Aziz (mantan Naib Pengerusi DAP) dan yang terbaharu mantan ADUN Bercham (semalam) mengisytiharkan keluar daripada DAP kerana tidak senada dengan kepimpinan DAP.

Berlaku juga kepada PKR, apabila TS Khalid Ibrahim, DS Zaharin, Datuk Zulkifli Noordin dan ramai lagi keluar daripada PKR kerana tidak senada lagi dengan kepimpinan parti.

Jika anda pun kelihatan tergolong dengan mereka, tidak seiringan dengan kepimpinan parti. Kata Nik Abduh, lebih baik keluar daripada menjadi kuman dan penyakit yang merosakkan jamaah.

Saya percaya UMNO Semporna mempunyai ramai pemimpin-pemimpin lain yang lebih berkaliber, bijaksana dan berpandangan jauh. Bukannya pemimpin yang jumud dan undur ke belakang. Hanya saja mereka disekat, tidak dapat naik kerana tidak diberi peluang.

Kenapa Perlu Seiringan
Bahasa mudahnya adalah sebuah kapal tidak boleh dinakhoda oleh dua orang. Janganlah baharu berjawatan Ketua Pemuda sudah menunjukkan keegoan kononnya mengetahui segala-galanya di dalam urusan tertinggi kepartian. Inilah masalah Pemuda UMNO Malaysia, saya telah banyak kali menyentuh hal beberapa exco Pemuda UMNO Malaysia yang buruk kepimpinan mereka. 

Saya sangat bimbang kerana Khairy Jamaludin (KJ) masih tidak mempunyai Naib dan Exco yang berkualiti tinggi.

Baharu menjadi exco dan Ketua Pemuda, ada yang merancang hendak menjatuhkan Presiden. Baharu setahun jagung menjadi Ketua Pemuda, sudah berlagak lebih berpengalaman daripada Presiden parti. Baharu berhadapan isu besar, sudah kalah ketahanan diri dan kalah kepada pengaruh luaran. 

Nasib baiklah UMNO hari ini bukan dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir. Jika tidak, mana-mana Bahagian yang tidak sealiran dengannya akan menerima nasib yang lebih buruk. Methodlogy leadership Tun M adalah, penyakit tidak boleh disimpan lama-lama dalam badan, ianya mesti dihapuskan segera sebelum ianya menjadi racun dan akhirnya menjahanamkan seluruh badan parti. Namun begitu, anda beruntung kerana mempunyai Presiden parti yang sabar.

Apabila Perdana Menteri memecat DS Shafie Afdal (DSSA) sebagai Menteri, itu adalah hak pregroratif sesiapa pun Perdana Menteri. Jika anda tidak lagi seiringan mengemudi negara, memang wajar anda dipecat. Itu adalah hukum politik. 

Jika anda sebagai CEO syarikat, dan anda dapati Timbalan CEO anda tidak senada dengan anda malah bertindak bertentangan dengan polisi syarikat, sudah pasti anda mengalami kesukaran dan sudah pasti anda akan memecatnya dan menggantikan kepada Timbalan CEO yang mempermudahkan visi syarikat mencapai kejayaan.

Namun begitu, jika esok DS Shafie dilantik semula sebagai Menteri, itu jua hak Perdana Menteri. Tiada siapa boleh menghalang hatta musuh-musuh politik Shafie di Sabah pun.

Usul Pemuda UMNO Semporna Tidak Relevan
1. Memberi usul Perdana Menteri bercuti adalah usul kebudak-budakan. Apabila TS Muhyiddin Yassin (TSMY) ditukarkan kepada DS Zahid Hamidi sebagai TPM, bermakna Kerajaan sedang melalui fasa baharu pentadbiran untuk menghadapi cabaran-cabaran sedia ada dan akan datang. 

Negara perlu diurus dengan betul kerana pelbagai isu dalam dan luar negara perlu ditadbir dengan berkesan. Di hadapan kita ada pelbagai agenda besar seperti ASEAN, TPPA, MH370, Pilihanraya Negeri Sarawak, PRU-14 dan fenomena global ekonomi yang perlu dikemudi oleh seorang Perdana Menteri yang berpengalaman, tenang dan berwawasan. 

DS Zahid orang baharu nombor dua  dalam kepimpinan Kerajaan yang memerlukan masa untuk membantu Perdana Menteri.

Peristiwa TSMY dan DSSA sudah berlalu. Sudah menjadi sejarah. Anda perlu bersabar dan mengakui bahawa ianya sudah menjadi bahan sejarah. Saya pun turut bersedih kerana sebagai ahli asal USNO yang membawa masuk UMNO ke Sabah, Shafie adalah satu-satunya generasi USNO yang masih ada.

2. Siasatan 1MDB. Terdapat beberapa pasukan yang sedang menjalankan siasatan ke atas perjalanan 1MDB. Di antaranya PAC, Pasukan Petugas Khas dan Jabatan Akauntan Negara. Kita perlu memberi mereka masa menyiasat dengan betul dan tertib. 

Janganlah anda menjadi hakim tanpa ilmu untuk menghakimi 1MDB berdasarkan dakwaan-dakwaan di dalam media sosial dan suara-suara sumbang. Jika anda terpengaruh dengan dakwaan pihak musuh, anda sangat tidak layak berada di arus kepimpinan Ketua Pemuda kerana menjadikan dakwaan-dakwaan tidak berasas sebagai asas untuk menghukum kepimpinan Perdana Menteri. 

Orang Islam dan orang Melayu patut menyokong 1MDB. Sepuluh dan dua puluh tahun akan datang, sejarah akan membuktikan 1MDB adalah lambang kejayaan orang Islam dan orang Melayu. Kamu perlu mengoreksi dengan ilmu dan minda terbuka. Jangan jadi Ketua Pemuda yang jumud.

3. Pemilihan UMNO. Keputusan menangguhkan Mesyuarat Pemilihan UMNO adalah keputusan sebulat suara yang turut dihadiri TSMY dan DSSA ketika itu. Kenapa rumah sudah siap pahat masih berbunyi? Kenapa tidak menyuarakan bantahan semasa mesyuarat tersebut? 

Seseorang pemimpin yang baik kepada parti ialah apabila sesuatu keputusan telah dibuat dalam mesyuarat bersama, ianya harus akur. Ini fundamental leadership, tidak patut diajar kepada seorang Ketua Pemuda UMNO.

Kesimpulannya, janganlah jadikan pemecatan DSSA sebagai sentimen untuk memburuk-burukkan kepimpinan parti. Janganlah melebarkan lagi pintu kepada DSSA untuk terkeluar daripada saf kepimpinan parti. DSSA seorang pemimpin yang humble, malangnya anda membuat dia semakin malang.

Selamat Berhari Minggu
August 14, 2015.

Post by IPhone 












5 Komen:

Anonymous said...

Artikel yg. sungguh BERNAS!

Aku syak rakyat dari BUMIPUTERA Islam/Melayu diPERANGKAP dgn. permainan-plg-KEJI tapi amat LICIK si puak PENGKHIANAT ni semua - depa akan terus KEKAL dgn. pangkat depa termasuk dlm. UMNO, dan dapat terus mara utk. TAWAN lebih banyak KUASA lagi dari dan dlm. UMNO; dgn. strategi-dajal MENGANIAYA YAB PM kita serta isteri, DS Rosmah Mansor, dan seluruh KETURUNAN beliau termasuk menhancurkan LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda YAB PM, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita!!!

Kerana kalau puak DALANG nak diPECAT/diSIASAT mulai sekarg. hingga ke pilihanraya akan dtg, YAB PM kita akan terus diFITNAH dgn. pelbagai isu lagi termasuk FITNAH berkaitan IMDB, derma parti, SPRMlah dll; maka KUASA puak DALANG ni berjaya diKUATkan lagi dlm. genggaman depa; hingga seorg. dari puak DALAMAN dan LUAR ni, berjaya jadi PM baru satu hari nanti!

Cthnya juga mamat-kari-LIBERAL dari PU tu sibuk yg. bukan main lagi nak jadi JAGUH-bela-SPRM kat mata DUNIA; maklumlah kan dia BERANGAN nak jadi PM spt. yg. selalu diidamkan PEMUJA BANGSAT dia, si EvangeliSStar tu!! Patut dah lama diNYAHkan bersama timbalan KAKI BETINA dia tu - dua ekq ni memang tak boleh percaya!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Memang benar, Pemuda UMNO Semporna telah mengikut jalan yg salah. Sebenarnya ramai lagi pemimpin Pemuda UMNO Semporna yang lebih baik tapi tidak ada peluang, belum naik sudah dikasi mati. DIa senanglah cakap, tapi tak serupa bikin. Kalau berani turunlah kalau tidak ngam dengan pemimpin atas.

Pemuda Ultra
UMNO Semporna

Anonymous said...

waina ko tok dia ikut arahan bah tu, mau ke kiri susah, mau ke kanan susah, ikut bos la bah mau hidup bah, kalau mau gan ti ok bah banyak itu lebih layak bah, na berapa banyak org pandai di Semporna dari dia, kasi pluang sama org barulah baru Semporna boleh maju, sekarang mana ada kemajuan na berapa lama memerintah

Anonymous said...

Admin mesti dah termakan dedak....

Anonymous said...

Dalam berparti Presiden dan AMT adalah penentu dasar untuk dipatuhi oleh ahli akar umbi. Pandangan dan cadangan boleh diberi melalui UMNO Bahgian masing-masing tetapi bukan selepas keputusan dibuat oleh AMT UMNO. JIka ada ahli akar umbi yang tidak bersetuju selepas keputusan dibuat, boleh memilih samada berdiam diri atau keluar parti. Tetapi janganlah nak melalak secara umum kerana akan nampak bodohnya kerana anda adalah ahli parti yang tidak mengikut ketetapan Presiden dan AMT UMNO yang dipilih oleh semua ahli UMNO Bahagian bukan hanya UMNO Bahagian Semporna sahaja. Sendiri kena mau ingatlah diri sendiri tu di mana dan siapa.
Insyaallah sampai masanya nanti dan jika ada keperluan menukar pemimpin Parti UMNO semua ahli UMNO yang rasional dan bijaksana akan membuat pemilihan seperti dalam pemilihan UMNO yang lepas-lepas. Kepada Allah Kita Berserah. (PB)

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan