 |
Profesor Jayum Jawan, Tun Abdul Razak Chair dan Visiting Profesor di Ohio University, United States America (2015) |
WAHINGTON
DC, 11 September 2015 – The ASEAN
Studies Center dan Malaysia-America Society telah mengadakan seminar antarabangsa
bertajuk “Political Dynamics in Malaysia: Recent Development” bertempat di University America, Washington DC,
Amerika Syarikat.
Dua
orang pembentang isu-isu semasa terdiri daripada Profesor Dr. Jayum Jawan dari Tun Abdul Razak
Chair and Visiting Professor Political Scienece di Ohio University, Athens.
Manakala Profesor Madya Dr. Pek Koon Heng adalah Pengarah ASEAN Studies
Initiative dan juga Profesor Madya di American Univeristy School Of International Service.
Peserta
terdiri daripada Profesor dalam bidang sejarah dan politik Malaysia daripada
pelbagai universiti di Amerika Syarikat, NGO, pelajar dan pemerhati politik
Malaysia yang berada di Amerika Syarikat.
Ulangan
Peristiwa Mei, 1969
Dalam
pembentangan tersebut, Profesor Jayum mengemukakan pandangan bahawa
perkembangan politik yang berlaku di Malaysia sekarang adalah suatu ulangan
kepada peristiwa Mei 1969 ( a replay of Mei, 1969).
Sebelum
peristiwa 1969, perbezaan ketara di mana masyarakat Cina yang kaya menguasai
ekonomi manakala masyarakat Melayu yang miskin menguasai politik. Selepas tahun
1969, perkembangan semasa sejak PRU12 sehingga sekarang menunjukkan masyarakat
Cina dan Melayu telah berperang (fighting) untuk menguasai politik. Implikasinya sangat jelas menunjukkan
masyarakat Melayu berusaha mempertahankan kuasa politik mereka sebaliknya
masyarakat Cina bersungguh-sungguh untuk menguasai kuasa politik daripada orang
Melayu.
Keadaan
ini mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan di antara masyarakat Cina dan
masyarakat Melayu dalam bidang politik dan ekonomi. Jika masyarakat Cina
meneruskan sentimen ini, maka ulangan kepada peristiwa 1969 sedang berlaku.
Masyarakat Cina telah menguasai dan banyak menerima keuntungan daripada aspek
ekonomi akibat dasar penjajah dahulu. Oleh kerana masyarakat Cina kini mengorak
langkah untuk menguasai politik semula, maka ianya telah mendapat tentangan dan
membangkitkan kesedaran kepada orang Melayu di Semenanjung dan masyarakat
Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Pada
hari ini, masyarakat Cina dan masyarakat Melayu berperang kerana merebut kuasa
dalam politik dan ekonomi. Ianya adalah ulangan kepada peristiwa Mei 1969.
Walaupun keadaan di Malaysia masih lagi aman dan masyarakat berbilang kaum
masih bertoleransi tetapi suasana stress dan tension boleh
dirasai.
Lupakan
Pengundi Cina
Satu
perkara yang mesti disedari ialah kerusi majoriti masyarakat Cina hanyalah
dalam lingkungan 35 hingga 39 sahaja. Oleh itu, adalah amat merugikan kepada
Barisan Nasional (BN) sekiranya membuang masa menumpukan masa dan bajet kepada
kerusi-kerusi tersebut. Sebaliknya adalah lebih baik BN memberi tumpuan lebih
kepada kerusi-kerusi parlimen di Sabah yang lebih menjamin kemenangan BN.
Jumlah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak sebanyak 53 kerusi merupakan jumlah
yang sangat penting kepada BN sekiranya ingin memenangi Pilihanraya Umum ke-14.
Profesor
Jayum berpendapat, BN perlu berani membuat perubahan tersebut jika mahu
survival pemerintahan mereka berterusan di peringkat persekutuan. Lupakanlah
pengundi Cina di 35 hingga 39 kawaan tersebut kerana Pakatan Rakyat khususnya
DAP sudah pasti akan mengekalkan kerusi mereka di kawasan tersebut. Sebaliknya,
BN perlu memberikan tumpuan masa, tenaga dan bajet ke negeri Sabah dan Sarawak.
Belum
terdapat petunjuk yang jelas bahawa masyarakat Cina sudah kembali memberi
sokongan kepada kerajaan BN, apatah lagi sejak himpunan Bersih 1.0 hingga
Bersih 4.0 ianya dimonopoli oleh masyarakat Cina. Ianya terserlah lagi dengan
kehadiran 80-90% masyarakat Cina semasa himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.
Dalam
pada itu, Profesor Heng menyuarakan kebimbangan beliau terhadap suhu politik
semasa di Malaysia yang dilihatnya agak panas walaupun masih terkawal. Beliau
berpendapat isu-isu yang sedang dihadapi oleh kerajaan seperti 1MDB, derma
RM2.6 Billion, GST dan pelbagai isu lagi perlu diselesaikan dengan segera
kerana ianya merupakan isu-isu yang memberi kesan besar kepada negara.
Walaubagaimanapun,
beliau kelihatan bersetuju dengan pandangan Profesor Jayum bahawa kerajaan
persekutuan yang akan dibentuk setiap kali selepas pilihanraya akan diketuai
oleh seorang Perdana Menteri berbangsa Melayu. Ianya merupakan sejarah dan
landskap politik yang sukar diubah berdasarkan komposisi kerusi masyarakat Cina
dengan hanya kekuatan 35-39 kerusi sahaja.
Persoalan
Pelbagai
persoalan ditanyakan oleh peserta seperti kemenangan undi popular dan
kemenangan undi berdasarkan kerusi semasa Pilihanraya Umum Ke-13. Terdapat juga
persoalan mengenai peranan dan sumbangan masyarakat India dalam politik di
Malaysia.
Satu
perkara yang jelas adalah walau bagaimana besar isu yang melanda kepimpinan
Perdana Menteri DS Najib Razak, tetapi rakyat masih memberi kepercayaan
kepadanya kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik.
Menjawab
satu soalan kenapa rakyat Malaysia tidak menolak DS Najib Razak kerana pelbagai
isu yang melanda kepimpinannya. Profesor Jayum menyatakan dengan tegas, “rakyat
Malaysia akan membuat perubahan
jika mereka yakin perlu membuat perubahan. Bukannya bergantung kepada
laporan yang anda (orang luar) berikan kepada rakyat Malaysia”.
Mengambil contoh masyarakat Dayak di Sarawak yang
merupakan masyarakat majoriti di Sarawak, mereka tetap memberi sokongan kepada
BN sejak tahun 1963 kerana mereka melihat kemajuan yang dibawa oleh kerajaan
kepada masyarakat mereka sehingga ke hari ini.
Bukanlah
persoalan berapa banyak jumlah wang dituduh ke atas DS Najib Razak, sama ada
RM2.5Billion atau berapa Billion lagi, ianya tidak akan menjejaskan sokongan
kerana yang penting kepada masyarakat Dayak di Sarawak bukan isu politik itu
tetapi lebih penting ialah survival hidup mereka terjamin, aman dan damai sejak
tahun 1963 hingga sekarang.
Orang
luar seperti Sarawak Report dan akhbar-akhbar luar negara tidak boleh memaksa
rakyat untuk menolak Kerajaan sedia ada dengan hanya bersumberkan berita-berita
dari luar yang tidak diketahui niatnya. Sebaliknya perubahan itu akan berlaku
kerana rakyat Malaysia memang mahu berubah, bukannya oleh faktor luar.