BENARKAH NAJIB SUDAH MENANG ? INI JAWAPAN LIM GUAN ENG

on Sunday, September 20



Lautan Merah 
Akhirnya, serangan bertubi-tubi ke atas DS Najib (Najib) sejak dua tahun lalu (2013-2015) sudah sampai ke klimaksnya. Sokongan lautan baju merah telah menutup semua mulut pengkritik yang sebelum ini meuar-uarkan kononnya seluruh rakyat Malaysia menolak Najib. Dengan hanya satu kali himpunan baju Merah vs empat kali demonstrasi baju Kuning, pembangkang kehilangan kata-kata melihat lautan baju merah.

Tanpa ISA, tanpa Operasi Lalang para pengkritik dan penyerang Najib boleh melabuhkan sauh dan mengangkat bendera putih. Najib tidak perlu menggunakan kekerasan untuk mengurus musuh-musuh politiknya. Nampaknya, kita ada orang baharu dalam seni berpolitik.

Satu perkara yang tidak masuk akal di dalam negara ialah, mengapa menggunakan orang asing untuk menjatuhkan kerajaan? Kenapa menggunakan WSJ dan Sarawak Report yang dipertikaikan kredebiliti mereka! Jika anda bertanya masyarakat media antarabangsa, mereka akan menggeleng kepala apabila menyebut WSJ ! Mereka berkata, 'oh, kamu patut melihat siapa di belakang mereka!', 'kamu patut mengetahui backround mereka". Jadi, mengapa kita rakyat merdeka, negara merdeka terhegeh-hegeh mempercayai WSJ dan SR?

Selepas ini, berapa ribu kali WSJ atau SR mengeluarkan bank transaction atau berbillion-billion angka, pengajarannya ialah anda perlu memeriksanya semula, betul atau tidak, edited atau doctored, kerana  banyak bukti menunjukkan ianya dipalsukan. Sesiapa pun boleh menerima atau membeli maklumat, isunya adakah maklumat itu telah diubasuai dan dipalsukan.

Kedua, orang Melayu dan umat Islam di Melaysia majoriti akan lebih mempercayai PAS jauh berbanding PKR apatah lagi DAP. Apabila PAS memberikan signal 'sokongan' kepada Najib, orang Islam di Malaysia faham signal itu bahawa isu-isu yang dibangkitkan DAP dan PKR hanyalah isu-isu politik untuk menjatuhkan Najib sahaja. 

Ketiga, seperti kata Ketua Menteri Sarawak dan turut disebut dalam satu seminar antarabangsa oleh Profesor Jayum dari Ohio University, bahawa bukan isu berapa Billion tuduhan yang dituduhkan ke atas Najib. Isu utamanya ialah apakah rakyat (Sarawak) menikmati pembangunan, kesejahteraan dan kebahagiaan. Kata Prof Jayum lagi, anda boleh menuduh Najib berBillion-Billion lagi namun ianya tidak akan menjejaskan sokongan rakyat  (Dayak) kepada kerajaan. Kerana mereka juga tahu menilai kebenaran.

Keempat, ada orang asing bertanya kenapa rakyat tidak menjatuhkan Najib? Jawapannya amat mudah, rakyat akan jatuhkan Najib bukan dengan cerita-cerita yang anda bawa (yang kamu paksakan) tetapi kerana rakyat sendiri mahukan perubahan, tidak oleh desakan mana-mana pihak terutama momokan orang asing. 

Adakah anda mempercayai orang asing?

Kelima, pembangkang tidak mempunyai pemimpin yang kuat untuk menjatuhkan Najib. Lim Kit Siang dan DAP hanya mampu mempengaruhi kelompok penyokong DAP sahaja. Manakala, DS Wan Azizah dan PKR hanya boleh menguasai ahli mereka sahaja. Manakala, Hj. Hadi dan PAS tidak memperdulikan suara DAP dan PKR lagi. 

Keenam, Najib menerima sokongan kuat di dalam kerajaan dan parti UMNO. Walaupun Lim Guan Eng mendesak MCA supaya menyokong TS Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, tetapi ianya adalah sesuatu yang sukar kerana TS Muhyiddin sendiri gagal menunjukkan kekuatannya di dalam UMNO dan kerajaan. 

Berapakah Ketua Bahagian yang memberi sokongan kepada TS Muhyiddin? Siapakah Menteri yang memberikan sokongan kepada TS Muhyiddin? Jawapannya, boleh dilihat pada malam hari beliau dipecat sebagai TPM. Berapakah jumlah yang hadir untuk bersama-samanya.

Ketujuh, dengan Ringgit Malaysia semakin hari semakin meningkat, rakyat semakin faham turun-naik nilai Ringgit Malaysia adalah fenomena dunia yang melibatkan berpuluh-puluh negara. Sesiapa pun Perdana Menteri pada masa akan datang akan mengalami fenomena tersebut. Jika ditakdirkan Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri pun, fenomena 10 tahun sekali itu pasti akan menimpanya.

Kesimpulan
Memandangkan Najib sudah memenangi peperangan terbesar ini dalam karier politiknya, adalah dicadangkan supaya kerajaan menumpukan program-program pemulihan. Satukan kembali rakyat melalui program-program perpaduan nasional setelah sekian lama dirosakkan dengan api kebencian oleh musuh-musuh politiknya. 

Jawapan Lim Guan Eng ini sangat bermakna, 'anda boleh membakar seberapa banyak patung dirinya, tetapi jangan bakar negara'. Anda boleh membakar seberapa banyak api kebencian kepada Najib, tetapi jangan bakar negara.

Selamat membaca,
Selamat berhari minggu.

Washigton DC.
September 20, 2015.






1 Komen:

Anonymous said...

rasanya insyaAllah yang benar akan menang walaupun musuh keliling pinggang kerana Yang Maha Mengetahui adalah Dia Yang Satu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan