BERBEZA DENGAN LIM GUAN ENG, LIM KIT SIANG SEMAKIN TIDAK RELEVAN

on Sunday, September 27


Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng
Kebelakangan ini, media antarabangsa memberikan perhatian yang lebih kepada negara kita, Malaysia. Antaranya The Wall Street Journal (WSJ), Al Jazeera, The New York Times, The Economist dan Channel News Asia (CNA). Apakah agenda mereka? 

Lim Guan Eng
Lim Kit Siang memberi pandangan yang kurang cerdik dan tidak patriotik. Lim Guan Eng lebih patriotik, ketika saya mengirim pesanan kepada Lim Guan Eng supaya menukar tema sambutan Hari Kemerdekaan negeri Pulau Pinang supaya selari dengan peringkat pusat, Lim Guan Eng akhirnya mengalah. Saya berkata kepada Lim Guan Eng, sebagai Ketua Menteri anda mesti kelihatan bersifat negarawan.

Saya tidaklah berkata Lim Guan Eng mendengar pandangan saya, tetapi saya menulis kepada Lim Guan Eng bahawa beliau telah menunjukkan sikap negarawan sebagai seorang Ketua Menteri apabila mengalah.

Saya tidak menyalahkan Lim Kit Siang 100% kerana Lim Kit Siang tidak pernah menjadi Ketua Menteri. Itulah sebabnya pandangan Lim Kit Siang tidak pernah berubah sejak tahun 1966.

Dr. Tan Seng Giaw
Namun  begitu, saya sangat tertarik dengan gesaan Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw (yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP) kepada Tony Pua supaya menutup mulut daripada bercakap isu 1MDB kerana terlalu banyak bercakap tetapi tidak menyertakan bukti sahih. 

Ramai orang tidak sedar perkara ini. Ianya membuktikan bahawa selama ini Tony Pua bukanlah bercakap benar melainkan retorik dan hujah pungutan yang tidak kredible. Saya telah menolak hujah Tony Pua sejak awal lagi, anda boleh search dalam blog ini.

Sekali lagi, Dr. Tan Seng Giaw telah melihat perjalanan 'berkerajaan' di dalam PAC sebab itulah pandangan Dr Tan Seng Giaw lebih bersifat negarawan berbanding Lim Kit Siang dan Tony Pua. 

Kedua-dua mereka tidak pernah menjadi ahli 'kerajaan' maka mereka tidak pernah berubah dengan cara mereka.

Lim Kit Siang
Gesaan Lim Kit Siang di sini tidak relevan. Media-media antarabangsa mempunyai sumber kewangan yang besar dan mereka memiliki penaja yang kaya-raya, sudah pasti mereka mempunyai agenda yang tersembunyi. 

Media-media barat boleh berkata apa sahaja mengenai umat Islam, perjuangan Islam di negara-negara Arab dan Afrika, tetapi jika anda menemui umat Islam yang addin kepada Islam, mereka tidak mempercayainya. Mereka akan berkata semua itu propaganda dan agenda musuh Islam. 

Mungkinkah Malaysia diserang di peringkat global kerana sudah terkenal sebagai sebuah negara Islam? 

Media barat mencipta banyak jenama ke atas nama suci Islam seperti pengganas, Islam fobia, terrorist dan sebagainya sedangkan tiada di dalam ajaran Islam yang sebenar mengaitkannya dengan Islam, kerana Islam adalah agama keamanan.

Begitu jugalah gambaran oleh CNA, isunya rakyat Malaysia tidak akan mengubah kepimpinan dengan berita yang kamu (orang asing) bawakan. Jika rakyat Malaysia mahu berubah, jika rakyat Malaysia mahu mengubah kerajaan, mereka sendiri akan mengubah kepimpinan negara dengan kemahuan dan kepercayaan mereka sendiri. Bukan kerana desakan, hasutan dan berita yang ditulis oleh orang asing!

Maka, Lim Kit Siang perlu menunjukkan kematangannya dengan tidak bergantung harap kepada serangan media luar untuk menjatuhkan DS Najib dan kerajaan persekutuan. 

Kepada Lim Kit Siang, "anda kelihatan semakin tidak relevan. Pandangan anda kelihatan semakin ketinggalan dan pandangan tua. Barangkali anda perlu menjadi Ketua Menteri beberapa bulan. Saya percaya selepas itu, saya tidak akan terkejut sekiranya anda akan bersetuju dengan DS Najib dan DSP Salleh Said Keruak dalam beberapa isu melibatkan negara dan nasional".





1 Komen:

Anonymous said...

Komen yg bernas

setuju sgt!!!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan