LIM KIT SIANG MOHON MAAF ?

on Saturday, September 19


YB Lim Kit Siang Semasa Kongres DAP  Tahun 1980
Lim Kit Siang telah menghabiskan sebahagian hidupnya bersama DAP. Pendek kata, DAP adalah Lim Kit Siang dan Lim Kit Siang adalah DAP. Tiada siapa boleh menjatuhkan mereka walau setinggi mana akademik mereka hatta Dr Aziz Bari yang baru menyertai DAP.

Saya tertarik dengan pembentangan Profesor Heng dari University America, Washington DC berkenaan suasana politik Malaysia yang digambarkannya sebagai stress dan tension

Sebenarnya, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak telah mengasaskan hubungan kaum yang sangat harmoni di antara Melayu, Cina, India, Iban, Dayak, KadazanDusunMurut sejak merdeka lagi.

Persoalan yang tidak dibangkitkan ialah apakah puncanya? Siapakah yang terasa tension dan stress itu? Bagaimanakah mengatasinya?

Pada tahun 1956 - Tunku Abdul Rahman disertai pemimpin-pemimpin Cina dan India bersama-sama ke London kerana mengusahakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Tidak ada suasana stress dan tension ketika itu kerana DAP belum wujud bukan.

Apabila Singapura dikeluarkan kerana sikap Lee Kuan Yew yang berlagak sebagai Perdana Menteri (baca buku The Singapore Stories), maka pada 18 Mac 1966, DAP ditubuhkan dengan Lim Kit Siang menjadi antara penggerak penting selain daripada Devan Nair dan Dr. Chen Man Hin. 

Selepas Lim Kit Siang mewarnai politik Malaysia, adakah suasana aman dan damai berkekalan? Ternyata, rusuhan kaum berlaku pada tahun 1969 ketika DAP muncul dalam politik Malaysia. Bermakna sebelum wujud DAP negara Malaysia aman dan damai tetapi selepas kewujudan DAP, Malaysia menjadi stress dan tension. Adakah itu yang dimaksudkan oleh Profesor Heng?

Namun begitu, DAP bukan Parti Komunis Malaya (PKM). DAP sebuah parti berdaftar dan boleh melibatkan diri di dalam pilihanraya. 

Kesilapan-Kesilapan DAP
Malangnya kebelakangan ini, DAP mengamalkan pendekatan dan pemikiran yang salah. 

Pertama, salah satu kesalahan besar DAP ialah metodologi dan konsep keadilan berdasarkan samarata dan kesaksamaan. Idea itu kedengaran syok, tetapi implementasinya di Pulau Pinang sendiri meragukan malah tidak menggambarkan konsep keadilan dalam buku-buku Lim Kit Siang yang saya baca. 

Kemenangan besar DAP semasa PRU 12 dan 13 telah memberikan semangat tambahan kepada mereka seolah-olah mereka selangkah lagi untuk menguasai kerajaan persekutuan pada PRU14 akan datang. Namun begitu, kesilapan DAP tadi telah memakan diri mereka sendiri. 

Kedua, PAS mengumumkan keluar daripada Pakatan Rakyat kerana sudah pasti Hj. Hadi tidak akan berkompromi dalam isu Hudud. Lim Kit Siang tidak memahami, yang dicari Hj. Hadi bukan kemenangan dunia semata-mata tetapi jua keredhaan Allah SWT dan kemenangan di sisi Allah SWT. Bersebab itu, PAS lebih rela keluar daripada bulatan PR.


Kesilapan ketiga DAP, ialah penganjuran demo Bersih terlalu kerap di mana kekerapan itu menjadikan demo itu lari daripada matlamat asal malah kelihatan seolah-olah hendak membungkus orang-orang Melayu. Ianya tidak lagi kepada menekan usaha menambahbaik perkhidmatan kerajaan.

Dengan kesilapan itu, maka orang-orang Melayu bangkit melalui Himpunan Merah. Jika dibandingkan demo Bersih 1 hingga 4, Himpunan Merah baru satu kali diadakan. Saya membayangkan jika Himpunan Merah 2, 3 dan 4 diadakan jumlah yang hadir sudah pasti mencecah 500,000 hingga 1 juta orang. 

Maka matematiknya, jika anda memulakannya maka orang lain akan menyambutnya. Tindakbalas pasti berlaku. Akhirnya, seperti kata Profesor Heng tadi, berlakulah situasi stress dan tension.


Jalan Keluar

Sekarang kita berfikir pula, bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini? Kalau anda bertanya saya, jawapannya mudah sahaja, Lim Kit Siang perlu memohon maaf! Bukan kepada orang Melayu sahaja tetapi kepada rakyat Malaysia. 

Ada dua implikasi jika Lim Kit Siang memohon maaf kerana berlakunya isu stress dan tension tadi. Pertama, adakah Lim Kit Siang akan mendapat nilai political milliage dengan permohonan maaf itu atau adakah DS Najib akan menerima political milliage. Hal ini, kita serahkan kepada rakyat kerana penilaian mereka lebih tepat.

Orang-orang Melayu dan Islam tidak boleh terlalu lama menerima penghinaan-penghinaan yang dilakukan ke atas agama Islam dan bangsa Melayu sebagaimana ditunjukkan dalam insiden memijak kepala Hj Hadi dan Perdana Menteri, provokasi membawa penyapu ketika demo Bersih 4.0, penghinaan-penghinaan tanpa henti oleh individu seperti Namewee dan Alvin ke atas umat Islam.

Soalnya adakah Lim Kit Siang sanggup menjatuhkan imejnya dengan memohon maaf? 

Kedua, program-program perpaduan perlu diberi keutamaan dalam Bajet 2016. Malaysia akan hancur tanpa perpaduan yang sejati.

Selamat Membaca.
Selamat Berhari Minggu.

Washington DC.
USA.
September 19, 2015.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan