MALAYSIA-AMERICA SOCIETY TALK: PRU14 LUPAKAN UNDI CINA

on Sunday, September 13




Gambar Kenangan Bersama Profesor Don Howitz
Baru-baru ini, saya telah menghadiri talk mengenai perkembangan politik dinamika di Malaysia (Political Dynamics in Malaysia: Recent Developments) anjuran The ASEAN Studies Center dan Malaysia-America Society di American University, Washington DC.

Banyak isu yang telah dibincangkan dengan peserta yang terdiri daripada para profesor di pelbagai universiti, pelajar, wakil NGO, dan pemerhati politik Malaysia di Amerika Syarikat.


Saya sangat gembira dapat bertemu dengan Profesor Don Howitz dari Duke University, USA yang sangat akrab dengan sejarah politik Malaysia sejak sekian lama. Beliau masih boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Namun begitu, saya sangat tertarik dengan pandangan Profesor Jayum Jawan dari Tun Abdul Razak Chair and Visiting Professor of Political Science di Ohio Univeristy, Athens.

Salah satu pandangan Profesor Jayum yang sangat menarik adalah berkenaan pengundi Cina. Sejak dua pilihanraya umum yang lalu (2008 dan 2013), majoriti pengundi Cina didapati tidak lagi memberi undi mereka kepada mana-mana parti berteraskan Cina di dalam BN. Beliau berpandangan, trend ini akan berterusan sehingga PRU14. Sehingga ke hari ini, tidak ada tanda-tanda yang jelas masyarakat Cina akan kembali kepada BN.

Statistik menunjukkan kerusi majoriti masyarakat Cina ialah 39. Dalam talk tersebut, Prof Jayum berpandangan, parti-parti Cina di dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP akan mengekalkan kemenangan mereka di antara 35-39 kerusi parlimen semasa PRU14.




Tiga Kesimpulan 

Persoalannya, mengapa BN perlu membazirkan masa, tenaga dan peruntukan di kawasan majoriti Cina tersebut? Bukankah lebih baik peruntukan tersebut disalurkan ke Sabah dan Sarawak yang menjadi fix deposit kepada BN. Bukankah lebih baik menjaga kerusi-kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak yang boleh memberikan kemenangan dan pertambahan kerusi kepada BN?


Isu seterusnya, adakah BN khususnya UMNO celik dan peka dengan kondisi ini? Bukankah PRU12 dan PRU13 menunjukkan pengundi Cina masih kekal memberi undi mereka kepada DAP? Sehingga ke hari ini tidak ada tanda-tanda dan petunjuk yang boleh diyakini bahawa pengundi masyarakat Cina sudah kembali kepada BN. 

Sebaliknya angka 80-90% masyarakat Cina telah menunjukkan solidariti mereka semasa Bersih 4.0 merupakan petunjuk terbaharu mereka menolak BN.

Persoalannya, adakah pemimpin-pemimpin BN menyedari situasi ini? Atau adakah mereka masih mengambil pendekatan memujuk masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN?

Jika berdasarkan talk tersebut, tiga kesimpulan paling kuat untuk BN ialah:-

1. Lupakan pengundi Cina semasa PRU14! 
2. Tumpukan perhatian kepada Sabah dan Sarawak!
3. Tidak perlu membuang masa, tenaga dan peruntukan memujuk masyarakat Cina untuk kembali kepada BN. 


Bersambung Bahagian 2 dengan tema 'Replay Of May, 1969'.

Washington DC,
September 11, 2015.

9 Komen:

Anonymous said...

Interesting tetapi adakah Najib sedar?

Anonymous said...

Setuju!!! 200% . Majoriti orang cina pilih dap, so BN focus kpd melayu & bumiputra. Kami penyokong senyap sentiasa beri undi kpd BN.

Anonymous said...

Terbaik Tn !

Anonymous said...

nah...inilah dia yg sepatutnya dikatakan....kita mesti bersikap realiti...jgn angan2 mcm najib...da kena tipu oleh cina pun masih terhegeh hegeh ngan dorang.

Anonymous said...

cina dah boleh undi abg Mah Sabu... nak selfie rapat-rapat pun boleh...

Anonymous said...

BN-umno perlu beri perhatian kepada orang melayu. MCA pula perlu berusaha tarik pengundi cina walaupun ia amat sukar. MCA merupakan parti komponen brteras kaum cina perlu bersaing dgn DAp. Tetapi agak sukar kerana perjuangan DAp lebih mengutungkan kaum cina berbanding MCa. Selagi DaP berkuasa nescaya cina tetap menolak BN-mCa. Jadi fikir2 kan lah BN.. Apa yang penting dan apa yang amat tidak penting!!

Anonymous said...

UMNO hendaklah pastikan wakil Melayu diletakkan disemua kawasan majoriti Melayu, kerana Melayu dah meluat dengan calon Cina yg diletak di kawasan majoriti Melayu contohnya di Air Hitam Johor. Najib perlu ubah konsep sedia ada ini. Jika mahu penyertaan kaum lain, buat secara lantikan ke jawatan tertentu yg dibolehkan, bukannya memaksa majoriti Melayu mengundi calun bukan Melayu di kawasan mereka.

Anonymous said...

Itulah yang terbaik buat BN iaitu lupakan undi masyarakat Cina. Tumpukan hanya pada undi masyarakat Melayu, India dan juga Sabah dan Sarawak. Apabila hendakkan sesuatu kita perlu menyokong terlebih dahulu pada pihak yang hendak memberinya. Tetapi jika tak disokong pun masih kerajaan memberinya itu adalah cara berpolitik yang kurang bijak atau dengan kata lain membunuh diri sendiri namanya.

Seperti di Singapura, kawasan yang dikuasai pembangkang akan kurang mendapat bantuan kerajaan. Tetapi jika penduduk mahukan juga bantuan, perlu menunjukkan bukti terlebih dahulu melalui peti undi. Kita di Malaysia kawasan yang menang atau kalah akan dapat bantuan sama sahaja. Kalau begitu jika sokong pembangkang pun bantuan tetap juga akan dapat. Kerajaan mengharapkan dengan bantuan yang diberi akan dapat pulangan undi tetapi terbukti kaedah sebegitu tidak mendatangkan pulangan seperti yang diharapkan. Sia-sia sahaja. Lebih baik diberi kepada yang sudah tentu menyokong.

Kerajaan harus ingat bahawa undi yang menyokong adalah lebih penting dari yang tidak menyokong. Kawasan yang menang perlu diberi keutamaan. Kalau masih cuba mendapatkan undi yang tidak menyokong dengan bermurah hati memberi segalanya dikhuatiri undi yang menyokong pula yang akan hilang kerana diabaikan. Memang pahit dan berat untuk dipraktikkan namun untuk mengekalkan kuasa yang ada BN perlu untuk mengabaikan undi masyarakat Cina kerana sudah terbukti melalui dua PRU yang lalu dan Bersik 4.0 yang lalu. Beringatlah dan mula bertindak sebelum hilang kuasa kerana terlalu mengharapkan pada undi masyarakat Cina yang sudah tidak sudi kepada BN. LUPAKAN MEREKA IAITU MASYARAKAT CINA UNTUK MENGEKALKAN KUASA YANG MASIH TINGGAL. Kepada Allah Kita Berserah.

Anonymous said...

Dah tahu majority China sokong DAP, maka BN tak perlu China PRU14. Maka BN mesti berani pilih cut off point.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan