PROFESOR JAYUM: MENJELANG PRU14, ULANGAN PERISTIWA MEI, 1969

on Tuesday, September 15


Profesor Jayum Jawan, Tun Abdul Razak Chair dan Visiting Profesor di Ohio University, United States America (2015)
WAHINGTON DC, 11 September 2015 – The ASEAN Studies Center dan Malaysia-America Society telah mengadakan seminar antarabangsa bertajuk “Political Dynamics in Malaysia: Recent Development” bertempat di University America, Washington DC, Amerika Syarikat.

Dua orang pembentang isu-isu semasa terdiri daripada Profesor  Dr. Jayum Jawan dari Tun Abdul Razak Chair and Visiting Professor Political Scienece di Ohio University, Athens. Manakala Profesor Madya Dr. Pek Koon Heng adalah Pengarah ASEAN Studies Initiative dan juga Profesor Madya di American Univeristy School Of  International Service.

Peserta terdiri daripada Profesor dalam bidang sejarah dan politik Malaysia daripada pelbagai universiti di Amerika Syarikat, NGO, pelajar dan pemerhati politik Malaysia yang berada di Amerika Syarikat.

Ulangan Peristiwa Mei, 1969
Dalam pembentangan tersebut, Profesor Jayum mengemukakan pandangan bahawa perkembangan politik yang berlaku di Malaysia sekarang adalah suatu ulangan kepada peristiwa Mei 1969 ( a replay of Mei, 1969).

Sebelum peristiwa 1969, perbezaan ketara di mana masyarakat Cina yang kaya menguasai ekonomi manakala masyarakat Melayu yang miskin menguasai politik. Selepas tahun 1969, perkembangan semasa sejak PRU12 sehingga sekarang menunjukkan masyarakat Cina dan Melayu telah berperang (fighting) untuk menguasai politik. Implikasinya sangat jelas menunjukkan masyarakat Melayu berusaha mempertahankan kuasa politik mereka sebaliknya masyarakat Cina bersungguh-sungguh untuk menguasai kuasa politik daripada orang Melayu.

Keadaan ini mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan di antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam bidang politik dan ekonomi. Jika masyarakat Cina meneruskan sentimen ini, maka ulangan kepada peristiwa 1969 sedang berlaku. Masyarakat Cina telah menguasai dan banyak menerima keuntungan daripada aspek ekonomi akibat dasar penjajah dahulu. Oleh kerana masyarakat Cina kini mengorak langkah untuk menguasai politik semula, maka ianya telah mendapat tentangan dan membangkitkan kesedaran kepada orang Melayu di Semenanjung dan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Pada hari ini, masyarakat Cina dan masyarakat Melayu berperang kerana merebut kuasa dalam politik dan ekonomi. Ianya adalah ulangan kepada peristiwa Mei 1969. Walaupun keadaan di Malaysia masih lagi aman dan masyarakat berbilang kaum masih bertoleransi tetapi suasana stress dan tension boleh dirasai.

Lupakan Pengundi Cina
Satu perkara yang mesti disedari ialah kerusi majoriti masyarakat Cina hanyalah dalam lingkungan 35 hingga 39 sahaja. Oleh itu, adalah amat merugikan kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya membuang masa menumpukan masa dan bajet kepada kerusi-kerusi tersebut. Sebaliknya adalah lebih baik BN memberi tumpuan lebih kepada kerusi-kerusi parlimen di Sabah yang lebih menjamin kemenangan BN. Jumlah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak sebanyak 53 kerusi merupakan jumlah yang sangat penting kepada BN sekiranya ingin memenangi Pilihanraya Umum ke-14.

Profesor Jayum berpendapat, BN perlu berani membuat perubahan tersebut jika mahu survival pemerintahan mereka berterusan di peringkat persekutuan. Lupakanlah pengundi Cina di 35 hingga 39 kawaan tersebut kerana Pakatan Rakyat khususnya DAP sudah pasti akan mengekalkan kerusi mereka di kawasan tersebut. Sebaliknya, BN perlu memberikan tumpuan masa, tenaga dan bajet ke negeri Sabah dan Sarawak.

Belum terdapat petunjuk yang jelas bahawa masyarakat Cina sudah kembali memberi sokongan kepada kerajaan BN, apatah lagi sejak himpunan Bersih 1.0 hingga Bersih 4.0 ianya dimonopoli oleh masyarakat Cina. Ianya terserlah lagi dengan kehadiran 80-90% masyarakat Cina semasa himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Profesor Heng menyuarakan kebimbangan beliau terhadap suhu politik semasa di Malaysia yang dilihatnya agak panas walaupun masih terkawal. Beliau berpendapat isu-isu yang sedang dihadapi oleh kerajaan seperti 1MDB, derma RM2.6 Billion, GST dan pelbagai isu lagi perlu diselesaikan dengan segera kerana ianya merupakan isu-isu yang memberi kesan besar kepada negara.

Walaubagaimanapun, beliau kelihatan bersetuju dengan pandangan Profesor Jayum bahawa kerajaan persekutuan yang akan dibentuk setiap kali selepas pilihanraya akan diketuai oleh seorang Perdana Menteri berbangsa Melayu. Ianya merupakan sejarah dan landskap politik yang sukar diubah berdasarkan komposisi kerusi masyarakat Cina dengan hanya kekuatan 35-39 kerusi sahaja.

Persoalan
Pelbagai persoalan ditanyakan oleh peserta seperti kemenangan undi popular dan kemenangan undi berdasarkan kerusi semasa Pilihanraya Umum Ke-13. Terdapat juga persoalan mengenai peranan dan sumbangan masyarakat India dalam politik di Malaysia.

Satu perkara yang jelas adalah walau bagaimana besar isu yang melanda kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Razak, tetapi rakyat masih memberi kepercayaan kepadanya kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik.

Menjawab satu soalan kenapa rakyat Malaysia tidak menolak DS Najib Razak kerana pelbagai isu yang melanda kepimpinannya. Profesor Jayum menyatakan dengan tegas, “rakyat Malaysia akan membuat perubahan  jika mereka yakin perlu membuat perubahan. Bukannya bergantung kepada laporan yang anda (orang luar) berikan kepada rakyat Malaysia”. 

Mengambil contoh masyarakat Dayak di Sarawak yang merupakan masyarakat majoriti di Sarawak, mereka tetap memberi sokongan kepada BN sejak tahun 1963 kerana mereka melihat kemajuan yang dibawa oleh kerajaan kepada masyarakat mereka sehingga ke hari ini.

Bukanlah persoalan berapa banyak jumlah wang dituduh ke atas DS Najib Razak, sama ada RM2.5Billion atau berapa Billion lagi, ianya tidak akan menjejaskan sokongan kerana yang penting kepada masyarakat Dayak di Sarawak bukan isu politik itu tetapi lebih penting ialah survival hidup mereka terjamin, aman dan damai sejak tahun 1963 hingga sekarang.

Orang luar seperti Sarawak Report dan akhbar-akhbar luar negara tidak boleh memaksa rakyat untuk menolak Kerajaan sedia ada dengan hanya bersumberkan berita-berita dari luar yang tidak diketahui niatnya. Sebaliknya perubahan itu akan berlaku kerana rakyat Malaysia memang mahu berubah, bukannya oleh faktor luar.

2 Komen:

kak radi said...

Selagi kita digelar manusia bukan malaikat selagi itulah kita akan melakukan kesilapan samada sedar atau tanpa disedari.Begitu juga Pm Najib ,kita sebagai rakyat berfikirlah secara rasional kalau kebaikan yg dilakukan lebih banyak mengatasi keburukan, kenapa yg buruk itu
Dijaja sahingga ada pihak lain yg mengambil kesempatan utk merosakan negara.pemimpin melayu islam mesti disokong sahingga katitisan darah terakhir.

Anonymous said...

Aku org melayu islam

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan