RAKAMAN PERJALANAN - DATO' DR. AWANG ADEK BERJAYA NAIKKAN IMEJ MALAYSIA DI USA

on Thursday, September 17


Gambar kenangan Bersama Duta Malaysia di Washington DC, Dato' Dr. Awang Adek


Rakaman Perjalanan - Kunjungan saya ke Washington kali ini akan memberikan beberapa perkembangan terbaharu untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia. Bukanlah ianya suatu yang bersifat peribadi, tetapi ianya gambaran betapa hubungan Malaysia-Amerika Syarikat telah berkembang semakin ke hadapan.

Saya tidaklah mengenali Dato' Dr. Awang Adek  secara peribadi walaupun sering terserempak di Parlimen ketika beliau menjadi ahli parlimen dahulu. Semasa pertemuan hampir sejam dengan Dato' Dr. Awang Adek di pejabatnya di Kedutaan Malaysia, Washington DC, beberapa perkembangan khususnya mengenai bidang pendidikan tinggi antara dua negara, ekonomi dan politik menjadi wacana yang sangat menarik.

Sebagai pengenalan, Dr. Awang Adek menerima pendidikan tinggi di Whartoon School, Universiti Pennyslavania sebuah universiti ternama dalam bidang ekonomi. Kini sebagai duta, saya melihat beliau sangat bersungguh-sungguh menjaga kebajikan dan pembangunan pelajar-pelajar Malaysia di USA. Komen pendek saya ialah, ibu bapa di tanah air tidak perlu bimbang anak-anak mereka di USA.

Saya melihat beliau bersungguh-sungguh mengunjungi pelajar-pelajar kita di seluruh Amerika Syarikat di mana sahaja terdapat pelajar-pelajar Malaysia. Malah keakraban, semangat kekeluargaan dan kesungguhan itu dapat dilihat semasa majlis dialog bersama YB Datuk Rohani Karim, Menteri Pembangunan Wanita selama dua hari berturut-turut. Kemudiannya, sebuah lagi talk melibatkan YB Datuk Anifah Aman, Menteri Luar negara kita.

Daripada pengamatan ini, saya percaya Dr. Awang Adek telah memainkan peranan yang sangat berkesan dalam membina hubungan baik Malaysia-Amerika Syarikat dalam suasana global yang sangat mencabar sekarang. 

Lawatan YAB Perdana Menteri ke New York minggu hadapan (26-09-2015) dalam rangka kerja Pengerusi ASEAN sudah pasti akan memberi banyak impak besar dan keuntungan kepada rakyat Malaysia di tanah air.

Begitu juga kehadiran kali kedua Presiden Obama ke Malaysia ketika ASEAN Summit di Kuala Lumpur bulan Oktober ini membuktikan hubungan akrab antara Malaysia-Amerika Syarikat sangat akrab dan istimewa.

Tanpa peranan Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat serta seluruh pegawai dan kakitangan  Kedutaan Malaysia, saya percaya hubungan sebegitu akrab ini tidak mungkin tercapai. 


Kita harus akui bahawa Amerika Syarikat adalah sebuah negara kuasa besar yang memiliki kepakaran dalam banyak bidang seperti pendidikan, perubatan, keselamatan, ekonomi dan sebagainya. 


Manakala, negara kita Malaysia sebuah negara yang sedang membangun sangat memerlukan hubungan diplomatik yang baik dengan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia dalam konteks global dan serantau. 
Gambar Kenangan Bersama Dr. Amin Mohd. Tapp, Pengarah Malaysian Student Department (MSD) di USA.

Nota: Terimakasih kepada Dr. Amin Mohd. Tapp, Pengarah, Malaysian Student Department (MSD) serta kakitangan dan pegawai-pegawainya di atas layanan sangat baik ketika di Washington DC. Juga terimakasih tidak terhingga kepada En.Mazwan, pegawai MSD atas bantuan selama berada di Washington DC.



0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan