SEPULUH SEBAB KENAPA BOLASEPAK MALAYSIA MUNDUR

on Sunday, September 6

1. Pemilihan pemain berdasarkan reputasi bukan berdasarkan performance semasa
    Perkara ini menjadi amalan jurulatih Malaysia sejak sekian lama. Mungkin kerana pemain tersebut masih hebat di liga tempatan, mungkin kerana dia masih menjaringkan gol di liga tempatan, maka dia kelihatan hebat namanya masih menjadi sebutan.
    Sedangkan kita lupa, masih ramai pemain pelapis dan pemain muda yang lebih gagah, lebih hebat tetapi tidak diberi peluang di peringkat sukan serantau dan antarabangsa akhirnya bakat mereka tidak dapat diteruskan.
    Saya tidak faham kenapa ada pemain yang sudah 5 atau 10 tahun atau lebih berada dalam  pasukan kebangsaan masih disenaraikan. Tidak adakah bakat baharu? Rooney England dan Beckham pernah diketepikan daripada skuad England kerana prestasi mereka merudum walaupun memiliki reputasi yang besar. Di Malaysia, jika anda pemain yang ada sedikit reputasi, anda masih disenaraikan walaupun pancit di tengah padang.

2. Jurulatih 
    Perhatikan jurulatih Lim Teong Kim yang melatih pemain Jerman dan baru-baru ini dia berjaya memberikan kejuaraan kepada pemain muda di Eropah. Kenapa tidak lantik Lim Teong Kim yang lebih berpengalaman di peringkat Eropah? 
    Jurulatih tempatan yang hanya berlegar-legar di liga tempatan dan setakat sukan serantau seperti SEA games, Piala Tiger akan hanya berada di takat itu pengalaman dan kemajuan mereka. 
   Dolah Salleh bukannya tidak bagus. Dollah Salleh sangat bagus untuk liga tempatan, tetapi kita memerlukan jurulatih yang lebih bagus untuk saingan antarabangsa. Dahulu kita ada Claude Le Roy, malangnya apabila dia melatih dengan tegas dan keras dia diberhentikan. Apabila Claude Le Roy melatih pasukan Afrika, pasukan itu pula layak masuk Piala Dunia!

3. Stamina 
    Jika saya melihat semula perlawanan UAE-Malaysia baru-baru ini, daripada kacamata TV kita boleh menyaksikan pemain Malaysia tidak memiliki stamina yang tinggi. Adakah mereka kurang stamina mengharungi 90 minit perlawanan? Semasa latihan kecergasan, berapa orang pemain Malaysia yang berjaya mengelilingi padang tanpa henti selama 90 minit? Jika ada pemain yang tidak mampu berlari selama 90 minit tanpa henti, dia tidak layak menyertai pasukan kebangsaan! Itulah amalan pemain pasukan China.

4. Pemain Malaysia Kurang Tinggi
    Di Jepun sebelum pasukan bolasepak mereka menjadi bertaraf dunia, mereka telah menjalankan kajian sains untuk menghasilkan pemain-pemain yang tinggi dan berbadan sasa seperti pemain bola sepak di Eropah.
    Akhirnya, mereka telah mencadangkan beberapa perkara seperti menggalakkan perkahwinan campur dengan orang Eropah, mengawal pemakanan (sains pemakanan) dan hanya memilih pemain yang tinggi dan berbadan sasa sahaja yang akan mewakili negara.
   Jika ada pun pemain yang rendah, daripada 11 pemain di tengah padang barangkali hanya ada satu dan dua sahaja yang berbadan rendah. Selebihnya semua tinggi belaka.
   Cuba bayangkan jika pasukan bola sepak Malaysia mempunyai 11 pemain berbadan tinggi dan sasa seperti Beckam di tengah padang!

5. Kebajikan pemain
    Di Malaysia tiada isu kebajikan jika berkaitan jersey, makanan, padang bola dan stadium. Persoalannya, adakah mereka dibayar gaji tetap setiap bulan? Adakah potongan EPF mereka setiap bulan dibayar tetap? Saya sangat sangsi berkenaan hal ini kerana laporan akhbar sejak dahulu malah hingga sekarang, liga Malaysia masih dihantui isu ini.

6. Semangat Patriotik
    Apakah makna semangat patriotik di tengah padang bola sepak? Adakah dengan hanya berdiri tegak ketika lagu Negaraku dimainkan? Bagaimana dengan semangat mengejar bola? Bagaimana dengan semangat mempertahankan serangan? Bagaimana dengan semangat menjaringkan gol? Bagaimana dengan penyokong?
    Semasa Dollah Salleh menyarung jersi kebangsaan, beliau adalah pemain yang terkenal dengan skil menggelecek. Dalam zaman sekarang, kita perlukan jurulatih yang pernah menyerang dan menjaringkan gol. Bukan jurulatih yang pernah bermain sebagai pemain pertahanan atau pemain tengah.
   
7. Rasuah
    Adakah gejala rasuah sudah selesai? Adakah gejala mengatur perlawanan sudah selesai? Adakah gejala pemain senior tidak sehaluan dengan pemain junior masih berlaku? Adakah gejala pemain senior hanya memberikan bola kepada pemain senior masih berlaku, tidak kepada pemain junior yang berpeluang? Semua isu-isu ini diperkatakan oleh mereka yang rapat dengan pasukan bolasepak di peringkat negeri dan kebangsaan. Sama ada ianya masih berlaku atau tidak hanya mereka di tengah padang boleh mengesahkannya. Kritikan ini supaya anda berhenti mengamalkannya jika ianya masih berlaku.

8. Pengurus Pasukan
    Pasukan Malaysia memerlukan seorang Manager yang ada kemahuan untuk menang dan tidak mahu kalah. Kenapa tidak lantik TMJ? Jika ada pengurus pasukan yang boleh menendang tiang corner, itu adalah ciri-ciri Manager yang dicari-cari, yang ada kemahuan untuk menang. Pasukan Malaysia perlukan manager itu.

9. Cina
    Pada era kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan tahun 70an dan 80an, pasukan negara dibarisi pemain berbangsa Melayu, India dan Cina. Sejak hujung tahun 1990an hingga sekarang, saya tidak nampak pemain Cina Malaysia bermain untuk pasukan kebangsaan mahupun pemain negeri? Kenapa?
     Lim Teong Kim, Soh Chin Aun, Lee Kin Hong dan ramai lagi adalah contoh pemain berbangsa Cina yang memiliki kemahuan untuk menang.

10. Penaja
      Kenapa Malaysia yang kaya dengan syarikat-syarikat besar tidak membantu pasukan kebangsaan? Anda boleh membeli pasukan Liga England, tetapi anda tidak mampu menaja pasukan kebangsaan berlatih di luar negara. 
      Daripada kita menaja pasukan formula one negara asing, lebih baik menaja pasukan bola sepak kebangsaan! Tolonglah taja pasukan kebangsaan kita bermain di Eropah, liga Amerika Syarikat, Liga Jepun dan Liga China. Dengan sokongan kewangan anda, ianya akan menjadi kenyataan.

Selamat Berhari Minggu.
    

8 Komen:

Anonymous said...

11. Menteri tak tau buat kerja

Herr Schranken said...

Secara umumnya saya bersetuju dengan pendapat-pendapat tuan. Cuma saya ingin menyatakan pandangan peribadi saya tentang beberapa hujah yang tuan kemukakan, semoga sedikit sebanyak kita merungkai "misteri bolasepak malaysia " ini.

1. Pemilihan berdasarkan prestasi semasa : Kalau dilihat, memang saranan yang bagus tetapi realitinya tidak seindah yang digambar. Afiq Azmi dipanggil oleh Dollah setelah menjaringkan hattrick menentang Lions 12 dan merupakan penjaring terbanyak dari kalangan pemain tempatan, tapi lihatlah persembahannya menentang Timor Leste, banyak peluang terhidang gagal disempurnakan. Begitu juga Nurfarhan, memang prestasinya sedang mendadak di liga, membenam JDT 4-1, tapi bila beraksi di pasukan kebangsaan, menjadi halimunan. Dari 4 perlawanan terakhir pasukan negara hanya 1 gol sahaja berjaya dirakam, ironinya datang dari "kuda tua" yg off form, Safee Sali.

3. Stamina: Bukan alasan, tapi faktanya adalah kegagalan FAM menyusun jadual walaupun liga kita hanya ada 12 pasukan berbanding 18 hingga 20 di Eropah. Bulan 8 sahaja, setiap pasukan melalui 6 atau 7 perlawanan dalam masa 3 minggu (lebih kurang 3 atau 4 hari sekali). Home dan away! Ada yang terpaksa berkunjung sejauh Sarawak. Tidak termasuk pemain jdt dan pahang yg beraksi di Piala AFC; 3 hari selepas tamat liga, Pahang terpaksa bertandang ke laman lawang, di.....Tajikistan! Tak lama selepas itu, terpaksa pula masuk ke kem negara, lawan Bangladesh seterusnya UAE.

Penat menulis, penat lagi mereka yang melaluinya. Cristiano Ronaldo pun pancit kalau begini rupa jadualnya.

9. Cina: Pada pengamatan saya, ia lebih kepada akar umbi. SJKC jarang mempunyai padang penuh, mereka banyak menggunakan court, sebab itulah mereka menguasai sukan dalam dewan seperti bola keranjang, badminton tidak bolasepak dan hoki. Berbalik kepada bola keranjang, jika kita lihat liga bola keranjang kebangsaan, ramai player2 kita yg tinggi2 jadi tidak tepatlah kita harus mengahwini orang putih baru dapat baka yang tinggi lampai, itu sebabnya penting mempunyai nutrisi yg seimbang dan sihat. Keturunan Sikh dan Punjabi pun tinggi2 belaka. Masalah kita disini ialah ramai rakyat kita tidak minat bersukan, jadi kurang pilihan atlit2 untuk mewakili negara.

Mungkin program2 kerajaan seperti 1murid 1sukan dapat mengetengahkan baka-baka yang sihat ini dalam pelbagai jenis sukan yang memerlukan fizikal. Sama-samalah kita berdoa agar ianya mencapai objektif.

FOR SALE WALKIE TALKIE MALAYSIA said...

FAM kena buat sales tiket di tanah air... betul lah Dollah Saleh ckp..pemain pemain dah pancit bile sampai UAE

Anonymous said...

Saya ada teori mengenai bolasepak malaysia dan saya sekadar mahu berkongsi teori..teori saya pasukan bolasepak malaysia pasti akan layak ke piala dunia satu hari nanti dan mampu bersaing hebat dengan negara2 seperti jerman dan lain2. Tetapi pada masa tu sukan bolasepak bukanlah sukan yg diminati dan dah lapuk serta ketinggalan zaman

Anonymous said...

Saya ada teori mengenai bolasepak malaysia dan saya sekadar mahu berkongsi teori. Teori saya pasukan malaysia pasti akan layak ke piala dunia satu hari nanti dan mampu bersaing hebat dengan pasukan negara2 kuasa besar bolasepak dunia. Akan tetapi waktu tu bolasepak merupakan sukan yg tidak lagi diminat, sudah lapuk, membosankan dan ketinggalan zaman.

jumanji said...

Saya ada teori mengenai bolasepak malaysia dan saya sekadar mahu berkongsi teori. Teori saya pasukan bolasepak malaysia pasti akan layak ke piala dunia satu hari nanti dan mampu bersaing hebat dengan pasukan kuasa besar bolasepak dunia. Akan tetapi pada waktu itu sukan bolasepak merupakan sukan yg tidak lagi diminati, membosankan, sudah lapuk serta ketinggalan zaman

Anonymous said...

Apa yg aku tengok pada skuad kebangsaan semua boleh sepak dan tanduk bola, semua ada semangat patriotik, semua boleh berlari, semua cergas. Tapi bagi pendapat aku, aku takkan cari jurulatih yang hanya latih benda tu sahaja sbb tu semua pemain kita memang boleh. Fizikal pendek ke tinggi tu tak jadi masalah. Siapa kata pemain negara tak patriotik, semua patriotik, jgn ukur mereka dgn wang ringgit, tp kita yakin setiap kali mereka dipadang tetap ingin mengharumkan nama negara.

Tapi tapi tapi...apa yang menghalang kemajuan skuad kebangsaan dan apa yang membezakan mereka dgn pemain di negara bergelok tapi ada negara yg masih hebat, sedangkan negara kita mempunyai segalanya yg dperlukan.

Sebenarnya yang menghalang adalah apa yang ada dlm diri pemain itu sendiri. Klu aku jd jurulatih, aku akan suruh mereka kerap jalani latihan ala komando, utk kekuatan fizikal dan kekuatan mental. Seterusnya yang penting melatih kecerdikan dipadang dan melatih fizikal terutama kaki mereka lebih pantas bertindak balas, bukan setakat pantas tapi cerdik bertindak.
Hakikatnya semuanya berada di dalam kepala setiap pemain.

Klu boleh latih kaki tu dapat mengawal bola seperti kita sedang memegangnya dengan tangan. Klu boleh buat mcm tu baru kita akan ke piala dunia. Klu dh boleh kawal bola seperti kita pegang dengan tangan tu baru fikir nak buat skill pusing2 ke, berguling2 ke. Tunjuk skill pusing2 tapi bola entah ke mana tak guna. Aku klu boleh jadi jurulatih aku latih free je, tapi siapalh nak suruh aku jd jurulatih. Tp itu pemerhatian aku.

Anonymous said...

Apa yg aku tengok pada skuad kebangsaan semua boleh sepak dan tanduk bola, semua ada semangat patriotik, semua boleh berlari, semua cergas. Tapi bagi pendapat aku, aku takkan cari jurulatih yang hanya latih benda tu sahaja sbb tu semua pemain kita memang boleh. Fizikal pendek ke tinggi tu tak jadi masalah. Siapa kata pemain negara tak patriotik, semua patriotik, jgn ukur mereka dgn wang ringgit, tp kita yakin setiap kali mereka dipadang tetap ingin mengharumkan nama negara.

Tapi tapi tapi...apa yang menghalang kemajuan skuad kebangsaan dan apa yang membezakan mereka dgn pemain di negara bergelok tapi ada negara yg masih hebat, sedangkan negara kita mempunyai segalanya yg dperlukan.

Sebenarnya yang menghalang adalah apa yang ada dlm diri pemain itu sendiri. Klu aku jd jurulatih, aku akan suruh mereka kerap jalani latihan ala komando, utk kekuatan fizikal dan kekuatan mental. Seterusnya yang penting melatih kecerdikan dipadang dan melatih fizikal terutama kaki mereka lebih pantas bertindak balas, bukan setakat pantas tapi cerdik bertindak.
Hakikatnya semuanya berada di dalam kepala setiap pemain.

Klu boleh latih kaki tu dapat mengawal bola seperti kita sedang memegangnya dengan tangan. Klu boleh buat mcm tu baru kita akan ke piala dunia. Klu dh boleh kawal bola seperti kita pegang dengan tangan tu baru fikir nak buat skill pusing2 ke, berguling2 ke. Tunjuk skill pusing2 tapi bola entah ke mana tak guna. Aku klu boleh jadi jurulatih aku latih free je, tapi siapalh nak suruh aku jd jurulatih. Tp itu pemerhatian aku.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan