TS MUHYIDDIN YASSIN DAN DS SHAFIE AFDAL DILANTIK PENGERUSI GLC ?

on Saturday, September 5


BEKERJA TANPA HENTI
Pada bulan Februari, 2015 portal Sarawak Report telah memadamkan "delete" artikel fitnah mereka kepada 1MDB. Kenapa dia delete? Sudah tentu mereka pun sedar bahawa berita fitnah itu telah menjatuhkan kredebiliti mereka. Walaupun sudah dipadamkan, tetapi rakyat sudah tahu Sarawak Report sudah tidak boleh dipercayai lagi sampai bila-bila. 

Hari ini, jika ada isu baharu oleh Sarawak Report, rakyat sudah tidak mempercayainya lagi, malah ada yang terus menutup portal itu daripada terus membacanya. Rakyat sudah bosan dengan penipuan oleh Sarawak Report.

Berbalik kepada UMNO. Hari ini terdapat pemimpin UMNO yang masih berjawatan tinggi tetapi tidak mempunyai kedudukan di dalam kerajaan. Ianya bukan fenomena baharu, kerana Pak Lah dan Ghafar Baba pernah melaluinya ketika mereka manjawat Naib Presiden UMNO dahulu. 

Namun begitu, sebaik-baik kerajaan ialah apabila pemimpin-pemimpin kanan parti turut menduduki jawatan dalam kerajaan supaya hubungan parti-kerajaan berjalan lancar. 

Oleh itu, ada dua pilihan kepada mereka yang tidak dilantik ke dalam kerajaan. Pertama, bersabar dan tunjukkan kesetiaan. Kedua, berundur. Tetapi, kelihatannya mereka yang telah dipecat tidak bersabar kerana masih berterusan mengkritik kepimpinan utama kerajaan dan mereka juga sudah pasti tidak akan berundur walaupun ketua-ketua bahagian yang bersama dengan mereka hanya tinggal beberapa orang sahaja.

Jadi, apakah pilihan seterusnya?

Jika anda bertanya saya, maka saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mereka dilantik sebagai Pengerusi mana-mana GLC. Sebagai contoh, Tun Musa Hitam pernah menjadi Pengerusi Sime Darby sebuah pelaburan besar kerajaan. Tun Dr. Mahathir sendiri memegang jawatan Pengerusi Proton. Tun Abdullah Badawi menjadi Pengerusi IKIM.

Apa kata lantik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal sebagai Pengerusi mana-mana GLC kerajaan. Bagi saya, itulah jalan yang masih ada untuk mengamankan ahli-ahli UMNO yang sedang bergelora.

Jika anda melihat kembali realiti semasa, mendesak DS Najib (Najib) meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri tidak relevan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Hanya melalui Pemilihan Agung UMNO dan Pilihanraya sahaja ianya boleh dilakukan. Demonstrasi, undi tidak percaya dan tuduhan demi tuduhan ke atas Najib tidak akan menjatuhkannya, malah akan menambahkan lagi simpati pengundi silent majoriti kepada Najib.

Walaupun portal-portal pro pembangkang seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan akhbar asing bermati-matian setiap hari membantu menjatuhkan Najib, tetapi realitinya di bahagian-bahagian UMNO majoriti masih setia kepada Najib. Silent majoriti melihat Najib masih relevan. Maka usaha menjatuhkan Najib sangat sia-sia.

Bagi saya, menjelang PRU14, UMNO mesti diamankan dengan segera. Fokus hendaklah diberikan kepada PRU14.

Bagaimana pandangan anda?

Pandangan ini berkaitan.

Selamat Berhujung Minggu.


12 Komen:

Anonymous said...

Assalam Bro., Artikal Feb 2015 yg mana di 'delete' bro? saya ada screenshot dan saya check balik semua artikal SR ada pun., yg dia delete masa tu cuma temporary pasal dlm arahan lawyer Jho Low suruh delete kerana guna gambar J.Low., dia gantikan dgn gambar lain n dh ada balik lama dh.., sapa yg fitnah skang ni bro., SR ke awak.

sarimah said...

Saya antara penyokong silent UMNO, tetap menyokong UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
INSYAALLAH

Anonymous said...

Tuan tak tulis pun kami tetap menyokong kerajaan. orang asing mcm sarawak repport susahlah nak percaya, mereka tu kan org asing tentula ada agenda, negara kita tggjwb kita lah senang cerita.

Anonymous said...

Salah satu pembohongan epic yang dilakukan Clare di Sarawak adalah pendedahan adik kepada Taib, Zaleha Mahmud dalam pegangan saham di beberapa syarikat. Bila menyedari pembohongannya dapat dikesan, dia bertindak pantas memadamkan entri tersebut dari SarawakReport

Anonymous said...

Dengan penangkapan Justo, SarawakReport turut memadamkan beberapa entri yang melibatkan dokumen manipulasi mengenai 1MDB.

Anonymous said...

Beberapa entri yang telah SR delete boleh rujuk http://www.negarakita.com/Post-142624-Fatal+Mistake%21%21%21+Sarawak+Report+PEMBOHONG+BESAR%21%21%21

Anonymous said...

ARTIKEL NOT FOUND here http://www.sarawakreport.org/2010/12/zaleha-hidden-talent/zaleha-5/

Anonymous said...

Tentu semua masih ingat SarawakReport yang mendedahkan kemasukan seramai 40 ribu warga Bangladesh ke Malaysia menjelang PRU13 yang diusahakan oleh BN sebagai pengundi hantu. Namun tiada satu kes pun berita penangkapan warga Bangladesh dilaporkan semasa PRU13 berlangsung. Kini entri tersebut juga sudah dipadamkan dari SarawakReport.

Anonymous said...

biasala teknik depa tu, sekejap delete sekejap post semula, bila kedapatan dia delete, bila dah sejuk dia post semula, ini semua teknik kuno le brader

Ah Jib Gor said...

Terima Kasih atas pandangan saudara penulis, pandangan saudara sangat menarik untuk diteliti. Saya akan berbincang dengan Penasihat penasihat consultan billion billion saya untuk memberi jawatan kepada TSMY, DSSA dan Saudari Langkawi.

Keputusan yang rasanya dipersetujui ramai adalah melantik TSMY sebagai Pengerusi PAC, DSSA sebagai Pengerusi BOD 1MDB, siapa lagi nak jawatan.

owh saudari Langkawi sebagai Pengerusi SRC Internatuonal dan Tun Dr Siti Hasmah sebagai Pengerusi 1st Lady Department

Keputusan majoriti sebulat suara ini tertakluk kepada veto dalam kelambu bersama telur rebus 2 biji.

AhJibGor

Anonymous said...

Bro ... Sudah 2 lah jadi anjing DAP tak penat ke asyik menyalak jer...

Anonymous said...

ANJING -ANJING DAP KOMUNIS BANDAR MEMANG MACAM TU.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan