TUJUH KESILAPAN PENYERANG DS NAJIB

on Friday, September 4

1. Kesilapan paling besar penyerang-penyerang DS Najib adalah menggunakan dan mengharapkan sangat dengan portal-portal asing seperti Sarawak Report, Wall Street Journal dan sebagainya. Kedua-dua portal asing itu tidak mempunyai kredebeliti yang tinggi. 

Anda boleh search sejarah Wall Street Journal, banyak negara telah menjadi mangsa berita palsu mereka. Malahan, semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kita dididik supaya berhati-hati dengan anasir dan subversif asing untuk menghancurkan negara kita.

Sarawak Report sendiri dalam beberapa kes, anda boleh search di dalam portal itu, terdapat artikel yang telah dibuang dan terdapat janji yang tidak ditepati seperti menyimpan beribu-ribu emel. Rakyat bertanya mana emel beribu-ribu itu? Rakyat akan kaitkan pula adakah ianya berkaitan dengan deal dengan Justo? Rakyat pun bijak juga menilai berita dan keadaan.

2. UMNO dan Kerajaan berdiri kuat di belakang DS Najib. Sebagai orang politik, semua orang akan faham bahawa ada banyak cara untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri. Ada yang menggunakan alasan fitnah rasuah, salah guna kuasa, moral dan sebagainya. 

UMNO mempunyai 222 bahagian di seluruh negara, jika hanya 10 atau 20 bahagian sahaja yang tidak bersetuju dengan DS Najib, ianya hanyalah gigitan semut yang nakal. 

Jika hanya satu dua menteri sahaja yang bersuara nakal, ianya hanya kicau burung yang akan berhenti sendiri.

Maka, penyerang-penyerang DS Najib tidak mempunyai kekuatan luar dan dalam untuk menjatuhkannya.

UMNO dan Kerajaan telah melalui pengalaman-pengalaman serupa pada tahun 1969, 1978, 1988 dan 1998. Pengalaman-pengalaman itu telah menjadikan UMNO dan Perdana Menteri mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran sedemikian.

3. Sekarang ini ada orang-orang yang telah kecewa dan kalah di mahkamah telah mengelilingi dunia untuk menyemarakkan lagi fitnah ke atas DS Najib. Rakyat pun bijak juga, mereka bertanya adakah orang itu mempunyai kredebiliti? Akhirnya, usaha itu hanya pembaziran tenaga, wang dan masa.

4. Dalam menghadapi serangan-serangan ini, Najib kelihatan tenang dapat mengemudi kerajaan berjalan dengan sukses. Terdapat isu penurunan nilai matawang Ringgit, mereka tuduh disebabkan oleh Najib, tetapi rakyat pun bijak juga. 

Rakyat pun bertanya jika semuanya kerana Najib, bagaimana pula kemerosotan matawang Dollar Kanada, Dollar Australia, Rubel Rusia, Turkey, Mesir dan lebih 10 buah negara? Adakah kerana Najib juga?

Maka sekali lagi, usaha mengaitkan Najib dengan penurunan nilai matawang negara gagal.

5. Langkah paling drastik ialah menggunakan demonstrasi BERSIH 4.0. Malangnya himpunan BERSIH 4.0 mendedahkan lebih banyak kemuyskilan dan kesan buruk. Penganjur mendedahkan mereka menerima sumbangan RM1.5juta. Namun, mereka juga enggan mendedahkannya. Adakah wang itu telah diaudit masuk dan keluar? Adakah anda ada melihat penyata wang itu dibentangkan? Tetapi itu hak mereka untuk tidak mendedahkan senarai nama penyumbang. Begitu juga, hak mana-mana parti dan NGO untuk merahsiakan nama penyumbang. 

Sebagaimana didedahkan oleh akhbar-akhbar Cina, bahawa perhimpunan BERSIH 4.0 telah menjarakkan lagi perpaduan rakyat Malaysia. Masyarakat Cina dengan majoriti 80-90% peserta menenggelamkan jumlah kecil peserta Melayu. Perkara ini memberi petanda buruk dalam pembinaan nation building di Malaysia. Pandangan berkaitan di sini.

6. Paling busuk tindakan menyerang Najib ialah menggunakan persidangan antarabangsa rasuah (IACC) di Putrajaya untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri Malaysia di hadapan peserta antrabangsa. 

Majoriti rakyat Malaysia tidak akan menerima orang asing untuk menunjuk ajar mengenai pencegahan rasuah di negara kita, sedangkan negara Peru berpuluh tahun gagal menaikkan markah indeks rasuahnya. 

Peru hanya mampu mendapat markah di antara 30-38 sejak tahun 1998 hingga 2014, malah menduduki tangga ke 80 hingga 85 sahaja. Sedangkan negara kita Malaysia bertambah baik setiap tahun dengan ranking 2014 menduduki tangga ke 50 berbanding Peru di tangga 85 ! Patutkah kita medengar orang Peru mengajar kita sedangkan kes rasuah Alberto Fujimori bernilai $40M pun terhegeh-hegeh menyelesaikannya.

Lagipun, serangan berbentuk peribadi Jose Aguz itu sangat luar biasa daripada kebiasaan. Adakah ucapan itu ada di dalam agenda asal? Adakah Jose Aguz membuat bacaan? Adakah Jose Aguz mendengar penjelasan di pihak kerajaan? Jawapannya, tidak kerana jelas Jose Aguz kelihatan mempunyai agenda buruk. Tetapi, tindakan Jose Aguz itu tidak juga akan menjatuhkan Najib kerana budaya negara ini ialah orang asing tidak boleh menentukan hala tuju negara kita, apatah lagi campurtangan di dalam urusan pentadbiran negara kita. 

7. Akhir sekali, dalam semua serangan tersebut, Allah SWT bersama Najib. Terima kasih kepada Tuan Guru Hj Hadi Awang, Tuan Guru Datuk Dr. Harun Din dan kepimpinan Ulama PAS kerana berpengalaman membezakan antara kaca dan intan.

Selamat Membaca.
University City, PA. USA.

6 Komen:

jgn jadi bodoh!!! said...

suka hati tuan la..walaupun hakikatnya rakyat malaysia tidak lagi bersama najib!! jika dulu tentangan kpd najib masa pru 13 tidak kurang hebat..hasilnya undi popular kita kalah buat pertama kali dan tiada 2/3..skarng ni tentangan semakin hebat malah ada yg meramalkan bn tewas!!bercakap la atas realiti!!

Anonymous said...

jgn jadi bodoh....kau nie kat mana mana pon ado...setiap kali bagi alasan sebab musabab yg bodoh banggang..

Kau simpan ajer lah kebodohan kau tuuh yea..


Kau dengan Cina Dapigs tak percaya kat Kerajaan UMNO BN , aku ada kisah.. walau macam mana pon, kau tetap Kalah, sebab kau Minoriti.

Itu pon kau Cina Sial tak paham paham lagi ker?

Anonymous said...

setiap kali sembahyang,saya doakan berilah pertolongan dan kemenangan pada Datuk Najib jika dia tidak bersalah dan betul dalam mentadbir negara ni dan turut berdoa semoga musuh nya menemui kegagalan sekiranya berlaku khianat.

Anonymous said...

Apabila pendedahan dibuat oleh media dan orang asing adalah lebih baik dan afdal disemak dan difikirkan berkali-kali dengan akal yang waras sebelum membuat keputusan untuk menerimanya kerana ia penuh dengan muslihat pihak barat dan Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan semata-mata. Ini adalah antara nasihat atau mungkin juga arahan yang pernah diberi oleh Tun M kepada rakyat semasa beliau menjadi PM satu masa dahulu. Tapi itu dahulu dan mungkin hanya perlu digunapakai semasa beliau menjadi PM untuk beliau kekal berkuasa dan bukan untuk orang lain yang bergelar PM masakini.

Hakikatnya hampir seratus peratus pengundi Cina adalah mengundi pembangkang. Ini adalah satu pencapaian demokrasi yang hebat yang amat sukar untuk dicapai jika tidak kena dengan gaya kempen politik dan ia tidak boleh dicapai hanya dengan kempen dalam tempoh berkempen pilihanraya tetapi telah dilaksanakan kempen tersebut sepanjang tahun dan setiap masa. Jika Melayu masih tak mampu nak melihat dengan mata hati maka akan jadilah seperti kata pepatah "Menang sorak kampung tergadai" dan contoh terbaik adalah di Pulau Pinang. Tewas dalam permainan persepsi adalah amat malang untuk kita kerana tewas dengan berita dan cerita yang tidak pasti betul atau salahnya.

Semoga Allah masih merahmati bumi Malaysia ini daripada segala macam fitnah dan marabahaya. Kepada Allah Kita Berserah.

monasis said...

Demi Allah & Rasullullah umno & pas perlu bersatu.

Anonymous said...

Adakah kamu melayu akan diterima di negara cina,india,indonesia vietnam,myammar atau thailand.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan