AHLI PARLIMEN MALAYSIA MEMALUKAN DI MATA DUNIA: USUL UNDI TIDAK PERCAYA SANGAT KELAM-KABUT SANGAT CACA-MERBA

on Wednesday, October 21

YAB Azmin Ali, YB Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang YB DS Dr. Wan Azizah (Gambar Kredit Kepada TMI)
Pada 15 Oktober 2015 saya telah menulis hal undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri sebagai Hangat-Hangat Tahi Ayam di sini. Kemudiannya, Lim Guan Eng juga senada dengan saya bila mana turut mempersoalkan usul tersebut sini sebagai tidak bersungguh-sungguh. 

Apabila pemberita bertanya hal tersebut kepada Hee Loy Sian (PKR), beliau berkata Lim Guan Eng bukan bos dia. Nampak sangat kelam-kabut, bagaimana rakyat hendak berasa yakin? Patutlah Lim Guan Eng menempelak usul sebegini jangan dibuat seperti main guli !

Kemudian, seperti ketakutan kepada suara Lim Guan Eng, keesokan harinya Ketua Pembangkang, DS Dr. Wan Azizah membuat pengumuman di Parlimen untuk bersetuju pula mengemukakan usul tersebut.

Manakala usul pertama oleh Hee Loy Siang diminta supaya ditarik balik. Sangat tidak teratur pekerjaan mereka.

Isu ini bukan sahaja tamat di situ. Bertambah buruk pula apabila Ketua Pembangkang tidak menyemak peraturan urusan mesyuarat bahawa "Apabila pemberitahu usul ditarik balik seperti yang disyaratkan itu selepas usul itu dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat, maka usul itu tidak boleh dicadangkan tetapi hendaklah dibiarkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat  dan, apabila sampai masanya, Tuan Yang di-Pertua atau ahli yang mempengerusikan mesyuarat, hendaklah memasyhurkan iaitu usul itu adalah disifatkan telah ditarik balik dan perkara ini hendaklah dimasukkan dalam buku Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat".

Sungguh anti klimaks. 

Adakah ahli-ahli Parlimen di Malaysia tidak tahu peraturan untuk mengemukakan usul ? Adakah mereka tidak mengetahui mengenai had masa 14 hari diperlukan untuk mengemukakan usul sebelum sesuatu usul tersebut dimasukkan dalam aturan mesyuarat? Kenapa bermain tangkap muat! Anda berkata kerajaan melakukan salah itu salah ini, anda sendiri tidak mengikut peraturan !

Kesilapan awal sudah berlaku apabila pembawa usul dibuat bukan oleh Ketua Pembangkang sebaliknya oleh ahli parlimen biasa yang tidak ternama.

Kedua, oleh kerana usul sudah dihantar kepada Parlimen, teruskan sahajalah, kenapa perlu takut atau tunduk kepada suara Lim Guan Eng kerana beliau bukan pun Ketua Pembangkang! Ketua Pembangkang sepatutnya memiliki keyakinan, kekuatan dan kebijaksanaan. Bukannya sekali sergah sudah buat u-turn.

Melihat kepada keadaan yang caca-merba, kelam-kabut dan tidak bersedia itu, saya ingin mencadangkan supaya usul caca-merba tersebut dibatalkan sahaja dan bolehlah diusul semula pada sesi parlimen yang akan datang dengan persediaan yang lebih rapi.

Tumpukanlah kepada perbahasan Bajet 2016. Itu lebih penting kepada rakyat Malaysia.

Peristiwa ini sangat memalukan Parlimen Malaysia di mata dunia !
 

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan