BAJET 2016: KELEBIHAN PENJAWAT AWAM YANG TIDAK DISEDARI

on Sunday, October 25

Sebelum anda meneruskan bacaan penting mengenai manfaat yang diterima oleh penjawat awam tahun ini, saya ingin mengemukakan satu soalan kepada anda, sudahkah anda membaca bajet opposisi?. Salah satu yang terdapat di dalamnya ialah mengurangkan GST bukannya menghapuskan GST. Kedua, bajet opposisi juga mencadangkan bantuan wang tunai, tiada beza dengan BR1M. Maknanya, opposisi sekarang dalam erti kata lainnya telah menerima GST dan BR1M.
 
Baiklah tadi adalah intro iklan percuma kepada bajet opposisi. Tahukah anda, Bajet 2016 yang baru dibentang juga memberi paling banyak manfaat kepada golongan B40 dan M40 terutama daripada aspek pelepasan cukai. Jika anda mengisi borang cukai pendapatan dengan tepat, maka kedua-dua golongan ini (B40 dan M40) akan menikmati pelepasan cukai yang sangat-sangat menarik. Saya tidak hairan jika mereka diberi pelepasan daripada membayar cukai pendapatan !

Manakala, golongan R20 kenalah membayar cukai kerana mereka adalah golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi.

M40 : Golongan M40 iaitu mereka berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,320 dengan semakan semula had pelepasan cukai. Buat julung kali, pelepasan cukai terkumpul diberikan kepada anak yang menyara ibu bapa berusia 60 tahun ke atas dan memiliki berpendapatan tidak lebih RM2 ribu ringgit.

B40 : Golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) adalah golongan yang paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup,”.

Pemberian khas tersebut adalah kepada semua penjawat awam manakala kepada pesara ialah kepada pesara berpencen.

Ada orang bertanya, on top of 250 pesara also get 2%? Jawapannya Ya. RM250 adalah pemberian khas secara one off manakala 2% ialah pelarasan yang diterima setiap tahun.

Bagi pemberian faedah 1 KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) tersebut adalah tambahan kepada yearly increment yang diberi mengikut Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) 1 Jan, 1 Apr, 1 Julai atau 1 Okt. Jika TPG kakitangan adalah 1 Apr 2016 maka pada 1 Julai akan menerima tambahan 1 KGT lagi. Maka pada 2016 kakitangan kerajaan seolah-olah menerima dua kali KGT !
 
Bagi menghargai Perkhidmatan Awam di Malaysia, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:

1 . Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta dengan peruntukan RM1.1 bilion.

2. Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam.

3 . Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam.

4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

5. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ianya memanfaatkan 10,000 pegawai kontrak.

Harapan saya, semoga kakitangan awam appreciate dan menyedari bahawa Kerajaan sentiasa menambah baik setiap tahun perkhidmatan awam di negara kita.

Semoga pada tahun hadapan, terdapat lagi penambahbaikan kepada penjawat awam, walau di mana anda berada.

Selamat Berhujung Minggu.

12 Komen:

Anonymous said...

terima kasih

Anonymous said...

tq penerangannya

from Org Pencen

Panglima Perang said...

Alhamdulillah. Rezeki 2016 buat 1.6 juta penjawat awam termasuk ketumbukan polis dan tentera dan 400ribu warga pendidik.

Anonymous said...

Terhbaiekk Datok !

Anonymous said...

Thorbaeek Datok !

Anonymous said...

Terima kasih Admin.
Cukup jelas dan senantiasa bersyukur sebagai pesara penjawat awam bawah kerajaan yang prihatin...

Nenek Kampung

Anonymous said...

Nak gelak suruh dorang appreciate hentan ada bonos dapat sikit. Golongan yang tidak pandai bersyukur dengan rezeki diberi allah. Nanti diambil balik baru padan muka. Konon kerja mcm nak mati ke apanya? medan selera dan tempat makan tak pernah kosong mula dibuka sampai tutup begitu gak disupermarket dan restoran. Tak masuk lagi tempat lain. Begitu gak kat depan sekolah anak keluar pukul satu lebih mak pak pukul 12 dah sampai. Time rehat pukul satu tapi para isteri solehah pukul 12.30 dah sampai rumah. Macamana tu. Itu. Balik kerja pukul dua lebih padahal masuk pukul dua. Cuba le fikir. Kerja kuat ke? . Ini bukan cakap kosong kalau tak percaya datang le keputrajaya ni tengok sendiri. Nak2 yang dah senior lagi act dan mengajar etika kerja pada junior.

Anonymous said...

salam tuan..

pada bulan mac 2015 beberapa surat khabar menghebahkan kenaikan elaun perumahan wilayah antaranya
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/03/26/elaun-perumahan-wilayah-shahidan/
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kadar-elaun-perumahan-wilayah-bakal-diumum-1.373149

tup...tup sebelum raya 2015..bulan jun....PM umumkan kenaikan imbuhan tetap perumahan tiada langsung pun menyentuh elaun perumahan wilayah yang diwar2kan bulan 3 hari tu..

harap tuan buat semakan....mungkin tertinggal...

Anonymous said...

EPW x naik ke? EPW yg ada x cukup utk tampung sewa umh.duduk umh flat 2 bilik tgkat 5 lg tu sewa lebih mahal dari EPW yg di dapat.EPW RM450 tp sewa flat rm550...sewa paling murah tu.adoila

Unknown said...

Kadar EPW lebih rendah daripada ITP..Menteri Shahidan Kassim, nak umum segera bulan 3\2015 masa sidang parlimen..ni dah November 2015..kenapa lembap sangat????

Unknown said...

Kadar EPW lebih rendah daripada ITP..Menteri Shahidan Kassim, nak umum segera bulan 3\2015 masa sidang parlimen..ni dah November 2015..kenapa lembap sangat????

SuriAishah said...

ITP dapat RM300. Penjawat awam sokongan 2, EPW bagi yang tinggal di bandar Kota Bharu RM200, di pinggir bandar Kelantan RM170. Kat Kuala Terengganu dan dungun RM250, kawasan lain Terengganu RM180. Kat Ipoh RM200, kawasan lain Perak RM180. Persoalannya... ada lagi ke rumah dengan nilai ni? Kenapa kenaikan ITP tak dipanjangkan untuk EPW?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan