FAKTA TERSEMBUNYI: KENYATAAN MAJLIS RAJA-RAJA BERI KREDIT KEPADA KERAJAAN

on Friday, October 9

1. "Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,". 
Sejak isu 1MDB dibangkitkan, kerajaan telah mengadakan pelbagai pasukan siasatan melibatkan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PAC dan Pasukan Petugas Khas. 

Persepsi sesetengah pihak menyatakan siasatan telah berhenti. Ada bekas menteri berkata masih ada siasatan kah? Ada pemimpin pembangkang meminta supaya siasatan disambung semula. Semua soalan itu telah dijawab oleh Peguam Negara bahawa siasatan tidak pernah dibubarkan dan ianya masih berjalan. Baca lanjut laporan ini http://www.sinarharian.com.my/nasional/jabatan-peguam-negara-ulangi-1mdb-tak-salah-1.438257

Apabila Majlis Raja-Raja berkata 'hendaklah dilapor secara lengkap' maknanya laporan siasatan tidak boleh dibuat separuh-separuh. Diberitakan Bank Negara Malaysia telah menyelesaikan siasatan mereka, tetapi ramai tidak tahu bahawa Jabatan Peguam Negara pula sudah memberikan respon balas. Maka kita tunggu pula hasil siasatan lengkap pihak SPRM, PAC , Pasukan Petugas Khas dan Jabatan Akauntan Negara. 

Dalam kerajaan, selama ini tiada sesiapa akan mempertikaikan ketelusan laporan Jabatan Akauntan Negara. Apabila Jabatan Akauntan Negara mengeluarkan laporan tahunan, semua pihak menggunakannya termasuk pembangkang. Malahan pembangkang menggunakan laporan tahunan itu untuk menghentam jabatan-jabatan kerajaan yang melakukan pembaziran. Maka, ianya sangat telus. Berikan mereka masa dan peluang menghabiskan sisatan mereka dengan lengkap. Itulah mesej dalam kenyataan Majlis Raja-Raja.


2. "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan". 
Peringatan ini sangat wajar dan penting. Oleh yang demikian, pasukan siasatan yang ditugaskan menyiasat isu 1MDB perlu mengeluarkan hasil siasatan dengan jelas. Jika ianya perlu dalam bentuk info grafik, video, dokumentari perjalanan siasatan, filem pendek untuk lebih meyakinkan dan sebagainya. Lakukannya jika itu boleh meyakinkan khalayak. 


3. "Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia." 
Rakyat telah dimomok secara besar-besaran dengan terlalu banyak berita tidak benar oleh individu-individu seperti Tony Pua dan laporan-laporan meragukan oleh WSJ dan Sarawak Report. Seperti kata Timbalan Presiden PAC, Dr. Tan Seng Giaw supaya Tony Pua patut berhenti berbohong mengenai 1MDB kerana Tony Pua tidak pernah menyertakan bukti sahih dalam setiap dakwaannya. Hanya bercakap dan menunjuk bukti sekunder. Bolehkah bukti sekunder jadi bahan bukti?  Baca lanjut kemarahan Dr Tan Seng Giaw di sini http://www.nst.com.my/news/2015/09/pac-deputy-chairman-slams-pua?d=1


4. "Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.".
Adakah kenyataan ini hanya ditujukan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan?. Raja-Raja Melayu berkata 'semua pemimpin' termasuklah pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali bercakap dusta seperti Tony Pua tadi.  Apakah maksud mendukung prindip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang? 

Maksudnya sangat mudah, iaitu Kerajaan yang telah dipilih melalui sistem demokrasi perlulah dihormati dengan tidak menghuru-harakan keamanan negara seperti melakukan demonstrasi atau apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang. Negara kita mempunyai mekanisme yang demokratik.


5. "Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang,".
Keadilan yang ditekankan dalam ayat ini bermaksud semua pemimpin mesti memastikan keadilan ekonomi, sosial dan politik kepada rakyat berpaksikan undang-undang. 

Tidaklah boleh hari ini anda mengutuk SPRM dalam kes yang terdahulu kononnya SPRM berat sebelah. Kemudian esok anda mengambil milage memuji SPRM dalam isu 1MDB. Esok lusa pula, apabila tindakan SPRM tidak memihak kepada anda, anda mengeji semula SPRM kononnya tidak adil.

Perbuatan seperti itu, jika melihat kepada kenyataan Majlis Raja-Raja, adalah perbuatan yang tidak saksama kerana anda hanya memuji SPRM apabila ianya berpihak kepada anda sahaja. Jika tidak memihak kepada anda, anda mengeji SPRM. Ini tidak saksama.


6. "Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing,". 

Raja-Raja Melayu jelas menekankan supaya tidak ada lagi aktiviti berbau perkauman seperti Bersih 4.0 yang jelas dimonopoi 90% masyarakat Cina dan himpunan Merah dengan majoriti 90% orang Melayu. Maka himpunan-himpunan Bersih 1,2,3 dan 4 selama ini bertentangan dengan hasrat dalam kenyataan Majlis Raja-Raja. 

Oleh itu, janganlah pula hari ini anda memuji-muji kenyataan Majlis Raja-Raja tetapi esok lupa anda melupakannya pula dengan membuat demonstrasi Bersih 5.0 atau Himpunan Merah 2.0. 


7. "Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni," 

Raja-Raja Melayu telah menekankan tentang hukum Islam apabila menyebut fardu kifayah. Raja-Raja telah memberikan perhatian yang sesuai di mana keamanan dan kemakmuran di negeri-negeri jajahan mereka amat memberi makna kepada mereka sebagai Raja-Raja. 

Maka tiada sesiapa dibenarkan melakukan perkara yang akan mencetuskan ketidakharmonian di negeri-negeri jajahan mereka. Hentikan himpunan apa jua jenis himpunan berbau politik sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kesimpulan
Kenyataan Majlis Raja-Raja tersebut sebenarnya memihak kepada Kerajaan. Bacalah isi hatinya, bukan permukaannya !

Komen saya juga seiring kenyataan Majlis Raja-Raja, iaitu siasatan perlu diselesaikan dengan sempurna untuk menamatkan terlalu banyak persepsi yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

bersambung...

4 Komen:

Anonymous said...

Very good article ! keep it up..

jgn jadi bodoh!!! said...

Jgn putarbelit la!! jgn ingat Sultan bodoh..semuanya telah diketahui..Siapa di kalangan pemimpin kerajaan mahupun mantan jawatankuasa PAC yang ada berjumpa dengan Duli Tuanku akhir-akhir ini?

18hb September 2015. Tuanku jumpa siapa? Berapa lama? Apa isu yang dibincangkan?

Anonymous said...

Alangkah bagusnya kalau majoriti pengamal media sosial berfikir dan bersikap seperti saudara. Terima kenyataan dengan rasional dan bukan emosional.

Anonymous said...

Saya percaya kenyataan Majlis Raja Raja itu untuk menguatkan kedudukan Islam Dan org Melayu serta fungsi Raja2 drpd orang lain yg semakin kureng ajer... Bagus Raja2

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan