PROFESOR DATUK SHAMSUL DI USA: POLITIK MALAYSIA, SATU NEGARA TIGA BAHASA

on Monday, October 19

Profesor Datuk Shamsul Sedang Menyampaikan Syarahan di Ohio University, Athens, USA.
Amerika Syarikat (13 Oktober, 2015) - Satu seminar telah diadakan oleh Kerusi Razak di Ohio University, Athens di sini dengan tajuk 'Contemporary Development in Malaysian Politics: One country, Three conversations" oleh Profesor Datuk Shamsul AB dari Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (KITA-UKM). Turut hadir adalah Profesor Jayum Jawan yang juga penyandang Kerusi Razak dan Profesor pelawat dalam bidang Sains Politik di Ohio University, Amerika Syarikat.

Profesor Datuk Shamsul telah membangkitkan banyak perkara baharu seperti skop dan jangkaan penggunaan internet semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau juga bercakap hal diaspora Malaysia, percanggahan pendapat oleh aspek domestik vs antarabangsa, serta bidang linguistik seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Begitu juga dalam cabaran-cabaran yang ditempuhi oleh politik Malaysia melalui media cetak, digital, visual dan telefon pintar.

Profesor Datuk Shamsul juga bercakap mengenai perpaduan dalam kepelbagaian. Dengan memberi contoh di Indonesia yang mengamalkan slogan "Bhinekka Tunggal Ika", ianya adalah berdasarkan asimilasi. Manakala pendekatan di Malaysia pula berdasarkan integrasi. (Amy Chuah, World on Fire, 2004). Terdapat tiga ciri-ciri yang sangat penting iaitu positif, negatif dan sederhana. Setiap sifat, operasi dan kesan diinstitusikan dalam struktur tadbir urus yang jelas.

Sebagai contoh, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan memberi tumpuan kepada aspek positif. Manakala agensi-agensi dalam Jabatan Perdana Menteri pula memberi tumpuan kepada aspek negatif. Kementerian Pendidikan pula memberi tumpuan kepada ciri-ciri yang sederhana.
Peserta Seminar Sedang Tekun Mendengar Syarahan Profesor Datuk Shamsul di Ohio University, Athens, USA
Aspek penting juga boleh dilihat melalui pusat-pusat penyelidikan seperti Merdeka Centre di mana kajiannya berasaskan 1,200 responden. Di samping itu, Majlis Perundingan Perpaduan Negara ditubuhkan pada bulan November 2013 dan berakhir pada bulan November 2015 (dua tahun). Manakala KITA-UKM adalah sekretariat bersama Jabatan Perpaduan Negara. KITA-ULM juga telah menghasilkan Blueprint Perpaduan Negara.

KITA-UKM ditugaskan untuk membuat kajian dan dialog di seluruh Malaysia.Terdapat beberapa data yang penting "Dialog Perpaduan" dihadiri oleh 5530 orang responden. Di samping itu, ianya turut melibatkan pihak media dengan 55 talian. Amat menarik juga penglibatan oleh 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam pada itu, KITA-UKM turut mendapatkan merujuk kepada kajian semasa dan sebelum seperti dalam laporan Jabatan Perpaduan Negara melalui Laporan Tahunan 20 tahun lalu.

Kepentingan kajian tersebut akan menjawab beberapa isu kepada persoalan "Kenapa anda suka Malaysia?". Di Malaysia, perdebatan mengenainya masih terbuka tanpa henti. Keupayaan Malaysia untuk mengharungi ekonomi dan isu-isu ekonomi global turut menjadi perkara sangat penting. Kestabilan relatif sejak tahun 1970 dicipta oleh tindakan afirmatif dari segi sumber manusia dan pemilikan separa. Pengurangan kemiskinan pula adalah hasil langsung daripada polisi DEB.

Peningkatan permintaan oleh generasi muda untuk mempromosikan 'Malaysianess' tidak 'keMelayuan, Chineseness atau Indianness. Salahsatunya adalah kewujudan program rasmi di seluruh negara untuk memupuk amalan 'perpaduan nasional'. Begitu juga terdapat janji pasca-2008 yang membangkitkan perubahan minda. Mobiliti sosial dibuka untuk semua orang dan menggalakkan penglibatan seluruh rakyat dalam bidang politik.

Ditulis oleh: Al-Azharri Siddiq Kamunri, USA. E-mail: jentayu.abaka@gmail.com

1 Komen:

jayum said...

Terima kasih kerana kongsikan maklumat tentang aktiviti dari Kursi Tun Abd Razak di Ohio University.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan