TERIMA KASIH PRESIDEN PAS, TG HJ HADI AWANG

on Friday, October 23

Dengan berakhirnya permainan guli (pinjam kata-kata Lim Guan Eng) di parlimen, maka usaha menyingkirkan DS Najib daripada kedudukan Perdana Menteri sudah berakhir. DS Najib (Najib) menang lagi dalam pertarungan politik terhebat ini.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancaranya dengan Reuters sebagaimana dilaporkan berkata, bahawa Najib boleh meneruskan kerja-kerjanya sehingga tahun 2018. Jika begitu, saya mengandaikan perkara yang sama iaitu Najib sudah menang dalam pertarungan politik ini.

Apakah yang tidak dilakukan oleh pihak pembangkang? Demonstrasi Bersih sudah, menggunakan akhbar asing pun sudah (WSJ, NYT, dan lain-lain), undi tidak percaya pun sudah diusahakan, memujuk ahli-ahli Parlimen UMNO menolak Bajet 2016 juga sudah. Semuanya gagal, bermakna pemimpin yang paling tepat bacaan politiknya dan paling tepat membuat keputusan sejak usaha menjatuhkan Najib ialah DS TG Hj. Hadi Awang.

Sejak awal lagi TG Hj. Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Harun Din menyebelahi Najib dalam isu-isu besar seperti 1MDB dan dana politik. Terima kasih kerana anda berdua telah membantu menyelamatkan kerajaan demokrasi yang telah dipilih oleh rakyat Malaysia pada tahun 2013.

Manakala sejak TG Tuan Ibrahim Tuan Man menang jawatan Timbalan Presiden PAS, beliau kelihatan menjadi jurucakap PAS dalam banyak isu-isu nasional. Namun begitu, dalam politik orang nombor satu adalah lebih penting berbanding orang nombor dua.

Semalam berlaku pengundian di parlimen untuk menggantung Lim Kit Siang atas sebab tuduhan-tuduhannya kepada Speaker Parlimen. Dalam pengundian demokratik itu, statistik menunjukkan 107 Ahli Parlimen menyokong Lim Kit Siang digantung. Menariknya adalah Ahli Parlimen BN yang hadir hanyalah 97 orang sahaja. Siapakah 10 Ahli Parlimen pembangkang itu?

Saya dimaklumkan, pada masa pengundian tersebut hanya 6 Ahli Parlimen PAS yang hadir, manakala 4 orang lagi tidak hadir.

Andaikata 6 Ahli Parlimen PAS tadi berpihak kepada BN, maka siapakah pula 4 Ahli Parlimen selebihnya itu?

Adakah 4 Ahli Parlimen itu daripada PKR dan parti baru Amanah? Siapa dia di dalam PKR dan Amanah yang menyokong BN?






0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan