BERITA DARI AMERIKA SYARIKAT: DS JAMIL KHIR BAHROM TIDAK BERSALAH, SERANGAN POLITIK YANG TIDAK ADIL

on Thursday, November 26

Baru-baru ini terdapat beberapa tuduhan dan serangan politik ke atas DS Jamil Khir Bahrom dilakukan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW).


Saya mengambil masa untuk memberikan pandangan  kerana kesibukan di samping saya perlu mendengar dengan teliti beberapa pihak yang terlibat di sini. Kita tidak boleh mempercayai kesahan sesuatu dokumen yang diberikan kerana kesahan itu banyak aspek bukan setakat ori tetapi jua kesahan penggunaanya semasa di lapangan. 

Soalan pertama ialah, adakah NOW berpangkalan di Amerika Syarikat? Adakah NOW mengikuti perjalanan program lawatan kerja DS Jamil Khir di Amerika Syarikat? Atau adakah, NOW hanya diberikan beberapa dokumen dan beberapa input cerita (hear say) yang tidak lengkap kemudian mengambil keputusan untuk menyerang DS Jamil Khir?

Perbandingannya, jika anda seorang doktor perubatan, anda tidak boleh membuat apa-apa kesimpulan perubatan berdasarkan cerita pihak kedua atau ketiga, walaupun ianya diceritakan oleh si ibubapa atau si suami/isteri. Sebaliknya, sebagai doktor perubatan, anda mesti memeriksa sendiri pesakit tersebut dengan tangan anda dan dengan peralatan perubatan yang sesuai, supaya anda tidak melakukan kesilapan management ke atas patient tersebut.

Dalam isu di atas, jika NOW tidak berada di Amerika Syarikat, tidak menyertai program kerja Menteri, bagaimana kita hendak mempercayai NOW akan memberikan ulasan yang betul dan tepat? Atau ianya sekadar serangan serangan politik, atau si penyerang mahu mendapat nama? 

Sebagai rakyat Malaysia samada bekerja, belajar atau bermastautin di Amerika Syarikat, berita kehadiran menteri-menteri amatlah menggembirakan dan ditunggu-tunggu. Mereka boleh bersemuka tanpa protokol, meluahkan masalah dan seterusnya berkongsi peluang-peluang yang terdapat di Amerika Syarikat.

Dalam kes DS Jamil Khir, kehadiran beliau kerana mengikuti program-program yang telah disusun atur oleh penganjur di sini. Selain daripada acara utama bersama dengan pelajar dan komuniti rakyat Malaysia di sini, terdapat banyak aktiviti sukan dan permainan yang dianjurkan, bukanlah setakat bermain golf sahaja. Bukan juga setakat kursus kahwin yang diperbesar-besarkan itu. Bukan juga shopping itu acara yang khusus selama berhari-hari lamanya. Gambaran-gambaran seperti ini adalah gambaran-gambaran nakal, jahat dan tidak adil.

Apabila kita duduk di luar negara, kita akan mengalami beberapa kekangan yang tidak ada di Malaysia. Contohnya isu kekurangan dana untuk mengadakan aktiviti seperti hari keluarga Malaysia, seminar, forum dan sebagainya. Apabila seseorang Menteri hadir dengan rombongan mana-mana agensi kerajaan atau bukan agensi kerajaan, kita amat bersyukur apatah lagi sekiranya terdapat bantuan seperti sumbangan kewangan diberikan kepada persatuan-persatuan pelajar di sini.

Isu sumbangan kerajaan kepada persatuan pelajar universiti bukanlah isu di Malaysia sahaja. Di Indonesia, ada pihak turut mempersoalkan sumbangan dana kepada sebuah persatuan pelajar. Namun, Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mempertahan tindakan itu kerananya ianya sebahagian daripada peranan kerajaan menyediakan aset kepimpinan untuk negara pada masa hadapan. Nampaknya, pemikiran dan methodologi kepimpinan NOW dalam hal ini berundur ke belakang! NOW seolah-olah menghalang bakat dan kesuburan pemimpin-pemimpin muda untuk digembleng melalui aktiviti-aktiviti pelajar.

Contoh kes yang lain, saya mengambil kes terbaharu baru-baru ini. Seorang pelajar kematian ayah. Manakala, ibunya juga sudah meninggal tidak berapa lama sebelum ayahnya pergi menemui Allah SWT. Malangnya, pelajar ini tidak dapat pulang untuk menatap ayahnya untuk kali terakhir kerana dia akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Juga jarak yang jauh Malaysia-USA mengambil masa 24 jam penerbangan itu pun jika tiada kelewatan. Lagipun dia juga baru sahaja sampai dari Malaysia. Kes-kes seperti ini sangat ad hoc dan memerlukan bantuan segera tanpa perlu kertas kerja. 

Begitu juga terdapat kes lain yang hampir serupa. 

Kesimpulan
Saya menasihatkan mana-mana NGO supaya membuat kajian yang lebih mendalam sebelum membuat tuduhan-tuduhan yang tidak adil ke atas DS Jamil Khir kerana tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh NOW sangat umum. Kita tidak boleh membuat satu kesimpulan mudah hanya melalui kertas-kertas memo daripada pejabat Yapiem atau pejabat Menteri yang dibocorkan itu sahaja.

Sesiapa pun boleh membuat kertas kerja dan permohonan untuk melakukan apa sahaja program yang bermanfaat kepada rakyat Malaysia di mana-mana. Namun begitu, seringkali bajet yang diluluskan tidak selari dengan perbelanjaan semasa program. Ianya disebabkan oleh faktor-faktor luar jangka seperti cuaca, perubahan nilai matawang, kenaikan kos, permohonan kecemasan ad hoc ketika majlis berlangsung dan sebagainya. Cuba perhatikan Laporan Audit Negara baru-baru ini, dilaporkan bahawa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan didapati berbelanja melebihi daripada bajet sebenar. Sudah pasti mereka mempunyai justifikasi tertentu akan kelebihan perbelanjaan itu.

Contoh lain dakwaan oleh ahli parlimen Sepang dalam isu tarif elektrik dihebohkan kononnya akan dinaikkan pada tahun 2016. Barangkali dia tidak membaca Bajet 2016 dengan teliti, di mana sekiranya dibaca dengan teliti sebenarnya kerajaan tidak menghapuskan subsidi bil elektrik. Sebaliknya kerajaan menggunakan peruntukan lain melalui bajet MOF B11 020500 di bawah tajuk 'Subsidi dan Bantuan Tunai' yang keseluruhannya berjumlah RM10.63 Billion. Ianya merupakan satu langkah rasionalisasi. Malangnya mereka tidak membaca habis !

Bab-bab seperti ini, NOW perlu lebih teliti, sensitif dan berlaku adil. Saya kasihan kerana DS Jamil Khir menjadi mangsa, walhal anda sebenarnya menyerang orang yang salah di tempat yang salah.

Jika melihat kepada dapatan saya sendiri, isu program DS Jamil Khir di Amerika Syarikat bukanlah kes salah guna wang Yapiem, bukan juga penyelewengan dan rasuah, sebaliknya isu ini lebih kepada isu dalaman pentadbiran sahaja. 

Oleh yang demikian, saya menyokong penuh tindakan mahkamah oleh DS Jamil Khir ke atas NOW kerana ianya perlu untuk membersihkan tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas diri dan keluarganya.

University City,
Philly, PA, USA.
November 27, 2015.











SUDAH 58 TAHUN MERDEKA, MCA MIC BTN MASIH GADUH PASAL 'PENDATANG', MARI LIHAT PATRIOTISME & NATIONAL IDENTITY RAKYAT MALAYSIA INI

on Wednesday, November 11

jayum-tar
Jayum Anak Jawan JBS (Sarawak)
B.A. (Individual Degree), University of North Carolina at Asheville, 1980.
M.A. (International Relations), Appalachian State University, Boone, NC, 1981.
PhD (Southeast Asian Studies), University of Hull, England, UK, 1990.
Jayum, the 15 th Tun Abd Razak Chair & Visiting Professor of Political Science, is senior Professor of Politics and Government at Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang (Malaysia) that he first joined in 1982. At UPM, he has been teaching various aspects of Malaysian politics, history and society. These areas have since the mid-1980s being developed into various required courses (liberal arts foundation) in public and private universities in Malaysia. In this, his involvement was to help developed the curriculum for Malaysian Politics and Ethnic Relations at UPM and also for the Malaysian Qualification Agency (formerly the National Accreditation Board), Malaysia that supervises and accredits universities in the country.
He researches, writes and presents papers on these themes focusing his anaysis on the ethnic dimension of development or lack of it, ethnic relations and the electoral process as well as governance. To date, he has successfully supervised not less than 35 graduate students who have receved their Master of Science and Doctor of Philospy in Politics and Government and comprised diverse nationalities from countries such as Iran, Libya, Nigeria, Indonesia, Bangladesh, Sudan, South Korea, Jordan and Algeria. Some of his foreign students have gone back to be diplomat and hold important positions in government of their respective countries. And some of his students from Malaysia are either presently holding or have held important positions in state and federal governments and its agencies as well as in national universities.
He currently sits in the sub-committee (as Deputy Head, Politics, Security & International Affairs Cluster) of the National Council of Professors, Prime Minister’s Department that engages both the government and non governmental organisations as the former seek to provide objective input to the process of governance. He has also sat in the National Science and Research Council, Malaysia (Ministry of Science, Technology & Innovation) (2011-2013) and the curriculum sub-commttee of the National Service Training Program of the Ministry of Defense, Malaysia (1997). Prior to coming to Ohio University, Jayum has also held visiting positions to the University of Hull (2004 & 2005), the Northern University of Bangladesh (2010) and was offered the same to the University of Leeds in 2011.
Outside of work, he is a member of the Sarawak Iban Annual Conference of the Methodist Church in Malaysian and represents the former in the Judicial Council of the Methodist Church in Malaysia.
Greetings
SELAMAT DATANG ( i.e. welcome) to the Tun Abdul Razak Chair’s website. This year marks about 35 years of collaboration between the government of Malaysia and the University of Ohio in promoting better understanding and goodwill between the peoples of the two great nation-states. Since its establishment in 1980, the chair has brought 14 senior Malaysian scholars to Ohio, including two women. All holders had come from various disciplines of the social sciences and humanities and they had each brought with them wealth of experiences to be shared with the academic and community of Ohio in particular and the United States at large. This is particularly so in various aspects of the Malaysian society and culture, political processes, economic development and ethnic relations and bargaining.
In my tenure as the 15 th Tun Abdul Razak Chair holder, I hope not only to organize and bring senior scholars on Malaysian studies from Malaysia to Ohio, but also non Malaysian scholars who have done extensive work on Malaysia, including those from various institutions in the United States here and including those from the other side of the North Atlantic, particularly the United Kingdom and Europe. In this way, we can generate wider empirical discourses and bring in non-Malaysian centric view of Malaysia and its role in the regional and world political stage. In the process, the audience could get a broader perspective of the issues and challenges facing the Malaysian nation-state and its plural society and its role in the wider regional and international community. Incidentally, Malaysia is chair of ASEAN, Association of Southeast Asian Nations, for 2015, the year in which ASEAN’s economic community is set to materialize.
Changes and transformation in Malaysia is getting very dynamic with each passing years and general elections. There appears to be some inertia as dynamic changes are poised to challenge the “business as usual” approach of promoting inter-ethnic relations that are also being besot by various discords related to religion, culture, economic and politics. While there may be people who would view these new challenges as retrogressive, but it must be recalled that it was a upheaval in the late 1960s that had propelled new ideas to the front and consequently had driven Malaysia to its economic success and political stability that had help shaped its new social structure.
Once again and after more than 50 years into its formation, Malaysia is once being challenged by new, unfolding events that it had never experienced before. Like it had done before, the country will emerge stronger when diverse and dissenting view have been properly managed and accounted for in arriving at new formula to propel the country ahead beyond 2020.
I thank you for visiting, and invite you to come back from time to time to check out our activities that are of interest to you.

ISU VAPE: DR. ABD. RAHMAN BETUL, EXCO PEMUDA UMNO SALAH

on Saturday, November 7

Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan mengenai budaya Vape yang hangat di Malaysia sekarang ini. Itu hak masing-masing, kerana walau apa bentuk kempen dan fatwa dikeluarkan, merokok dan vape masih menjadi amalan harian umat Islam walau di mana jua berada.

Namun begitu, kita mesti melihat daripada sudut Profesionalisme ilmu dan kesihatan. Keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan doktor-doktor pakar perubatan tidak boleh dipandang ringan. Mereka bukan penjual ubat di kaki lima, mereka adalah doktor-doktor pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai kesan negatif sesuatu produk.

Isu ini bukan isu politik. Isu ini isu kesihatan dan kesan negatif kepada masyarakat yang tidak merokok atau tidak ber'vape'. Vape bukan satu trend positif, bukan sesuatu yang kreatif atau berinovasi sebaliknya ianya adalah suatu budaya negatif yang perlu dielakkan oleh semua orang Islam.

Dalam isu ini, saya menyokong Dr. Abd. Rahman Abd. Kadir. Saya tidak menyokong Exco Pemuda UMNO. Jika peniaga Vape hendak berniaga teruskan sahaja kerana itu hak anda berniaga, tetapi anda tidak boleh menghalang maklumat kesihatan dan tindakan KKM yang benar. Apatah lagi jika anda tidak mempunyai ilmu kepakaran dalam bidang perubatan. 

Janganlah hanya mengambil kesempatan untuk menjadi glamour memperjuangkan perkara yang membawa lebih banyak kemudaratan kepada masyarakat. Banyak lagi isu lain yang lebih relevan yang sepatutnya diperjuangkan oleh Pemuda UMNO untuk menyediakan belia Malaysia menuju negara maju pada tahun 2020.

Mari kita baca semula pandangan Dr. Abd. Rahman Abd. Kadir di bawah:-

Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Armand Azha Hj Abu Hanifah, Exco Pemuda UMNO Malaysia yang mengkritik tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu vape. Kenyataan beliau itu mencipta persepsi seolah-olah KKM membuat keputusan kerana ada agenda tangan-tangan ghaib. Saya tidak tahu siapakah yang dimaksudkan dgn tangan-tangan ghaib tersebut. Kenyataan yang telah dibuat oleh Ybhg Datuk Dr Lokman Hakim dan YBhg Dato Dr Abdul Razak mewakili bagi pihak Ds Subramaniam Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan akhbar dalam isu kawalan tembakau, E-rokok dan vaping sudah jelas. (rujuk sidang media di link di bawah)

Ia satu keputusan yang telah dibuat berdasarkan pandangan kesihatan semata-mata. Dato Dr Abdul Razak adalah Pakar Perunding Perubatan Respiratori dan juga Ketua Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur. Beliau merupakan rujukan kesemua Pakar-pakar Perubatan Respiratori di Malaysia dan suara beliau membayangkan kesatuan para doktor dalam isu vape/ e-rokok. Datuk Dr Lokman Hakim pula adalah seorang Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan juga Pakar Kesihatan Awam. Bermaksud beliau adalah antara penjawat awam tertinggi yang berkhidmat di KKM. Ini adalah pandangan top doctors di Malaysia. 


Keputusan mereka adalah berpandu kepada hasil kajian WHO dan journal2 perubatan dunia berautoriti lain yang begitu banyak membangkitkan isu vape dengan penagihan nikotin, penyalahgunaan alat vape untuk menghisap dadah tanpa dikesan serta kesan jangka panjang vape yang mengandungi formaldehyde yang diketahui merupakan agen karsinogenik yang boleh mengakibatkan kanser.

Rokok sudah berada lebih dari 100 tahun dan dipasarkan secara bebas di dunia. Ia telah wujud sebelum sebuah negara bernama Malaysia dilahirkan. Satu ketika dahulu, para doktor sendiri tampil sebagai model iklan rokok dengan mengesyorkan brand rokok tertentu berbanding dengan yang lain. Ia merupakan satu kesilapan besar kerana kesan jangka panjang rokok terhadap kesihatan seperti pelbagai jenis kanser, penyakit jantung dan kardiovaskular lain serta seribu satu macam penyakit lain hanya diketahui selepas beberapa dekad dari penggunaan rokok.

Kesan rokok ini terasa hingga kini apabila hampir saban hari pesakit2 hadir ke hospital akibat penyakit yg berkaitan dengan rokok ini. Ia merupakan satu perbuatan yang menzalimi diri sendiri, memberikan impak kepada kos kesihatan dan merugikan wang negara.

Rokok sudah bertapak lama dan membudaya hingga kita tidak ada political will untuk menghentikannya kini.

Adakah kita mahu menambah satu lagi masalah dengan vape/e-rokok pula? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan apabila nasi sudah menjadi bubur, baru kita menyesal. Jangan kerana perjuangan berlandaskan nafsu, maka kita mengaut dosa kerana turut serta merosakkan generasi manusia di negara kita.
 

Api apabila dalam keadaan mancis mudah untuk dipadamkan dengan hanya meniupnya. Tetapi jika ia sudah marak seperti kebakaran di hutan, amat sukar untuk kita mengawalnya malah mencetuskan krisis kesihatan dengan jerebu kepada umat terbanyak yg tidak berdosa. Begitulah isu e-rokok ini. Ia menambahkan jumlah penagih nikotin dan malah membudayakan perbuatan ini sebagai aspirasi anak muda hingga kanak2 dan wanita muda juga menggunakannya. Apakah yg sedang kita cuba lakukan? Ia patut disekat pada peringkat awal ini sebelum terlambat.

Nikotin adalah merupakan antara dadah yang termaktub di bawah Akta Racun. Membenarkan penggunaannya utk menghasilkan liquid vape oleh orang ramai akan mendedahkan manusia kepada bahaya. Siapa tahu apa kandungan spesifik liquid tersebut? Justeru itu, nikotin perlu diregulate oleh badan profesional seperti jabatan farmasi bagi mencegah penagihan dan penyalahgunaan. Di US, vape digunakan untuk menghisap Flakka sejenis dadah sintetik yang berbahaya dan mempunyai kesan halusinogen dan menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Siapa tahu apakah Flakka, ganja dan lain2 najis dadah dimasukkan di dalam liquid vape sekarang ini? Itulah sebabnya kita perlu mencegah penjualan nikotin secara bebas tanpa regulasi seperti sekarang.

Saya kecewa melihat Pemuda UMNO memperjuangkan isu e-rokok ini sebenarnya. Ia seolah-olah menggambarkan Pemuda memperjuangkan kerosakan dari kaca mata saya sebagai seorang doktor. Saya melihat setiap hari kesan penagihan dadah dan kesan kerosakkan rokok terhadap pesakit2 saya. Tidak adakah agenda yang lebih baik yang boleh diperjuangkan pemuda? Vape bukan aspirasi anak muda! Ia adalah aspirasi penagih muda sebenarnya.

Keputusan KKM untuk merampas cecair nikotin adalah tidak membelakangkan kabinet kerana KKM hanya menggunakan peruntukan Akta Racun sedia ada yang termaktub dalam undang-undang negara. Apakah Pemuda tidak mahu menghormati undang-undang? Apakah mesej yang cuba disampaikan?

Keputusan KKM berkenaan isu ini adalah telus berdasarkan pandangan kesihatan dan perubatan semata-mata. Tolong jangan tuduh kami bermain politik kerana kami hanya penjawat awam yang melihat isu ini dari aspek kemudaratan kesihatan semata-mata. Keputusan YB DS Subramaniam adalah keputusan yang berani yang mencerminkan hasrat para doktor dan warga KKM sebenarnya.


Mencipta persepsi bahawa syarikat gergasi  rokok menjadi tangan-tangan ghaib dalam menentukan dasar dan tindakan sebuah kementerian yang terdiri daripada doktor-doktor profesional seperti KKM dalam isu ini adalah tidak patut dan lebih hampir kepada fitnah. Tolong hentikan perbuatan ini melainkan anda boleh mendatangkan bukti.

Apakah selepas ini Pemuda UMNO akan menuduh pula Majlis Fatwa dan mufti-mufti tunduk kepada syarikat gergasi rokok selepas ini dengan mengambil kira ramai para mufti yang sudah menyuarakan pandangan untuk mengharamkan e-rokok/vape?

Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153083020786237&id=373560576236&ref=bookmarks&soft=bookmarks

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan