JAWAPAN KEPADA 9 SOALAN UMNO SEMPORNA, SHAFIE SUDAH TIDAK RELEVAN ?

on Sunday, November 1

1. Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
Sebelum saya menjawab soalan itu, marilah kita menyedarkan UMNO Semporna bahawa kepentingan rakyat itu hendaklah dilihat dari sudut makro dan mikro, internal dan external. Apabila anda mengkritik syarikat 1MDB bukanlah bermakna itulah satu-satunya suara rakyat. 

Satu contoh mudah kepentingan rakyat ialah, adakah UMNO Semporna sepanjang menjadi menteri kanan berjaya menaik taraf jalanraya Tawau-Semporna supaya lebih lebar, lebih rata dan lebih selamat. Atau adakah jalanraya itu kekal seperti tahun 1980an jua?

Janganlah apabila sudah tidak mempunyai kedudukan di dalam kerajaan maka semua kelihatan buruk salah sahaja, tetapi semasa berada di dalam kerajaan semuanya betul belaka.

UMNO Semporna patut membuka mata bagaimana idea DS Najib melancarkan Lebuhraya Pan-Borneo meliputi Semporna Tanpa Tol ! Itulah kepentingan rakyat yang tidak dilihat oleh UMNO Semporna tetapi dilihat oleh pemimpin atasan.


2. Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding UMNO?
Syarikat 1MDB adalah syarikat yang disokong dan dibantu oleh Kerajaan. Syarikat 1MDB bukan syarikat UMNO Sdn. Bhd. 

Dari segi undang-undang, UMNO tidak boleh mencipta peluang (to create opportunities) di dalam perniagaan/pekerjaan kerana UMNO bukan sebuah syarikat. Namun begitu, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Petronas, Tabung Haji, Felda, Sime Darby dan sebagainya termasuklah 1MDB ditubuhkan supaya kerajaan berjaya mencipta peluang, pekerjaan dan kejayaan khususnya untuk Bumiputera.  

Barangkali kerana sudah terlalu lama berjauhan dengan kepimpinan parti dan kerajaan maka UMNO Semporna ketinggalan zaman dan tidak mengetahui  perkembangan terkini di dalam kerajaan.

Sedangkan Tony Pua yang banyak mengkritik 1MDB pun sudah seminggu mengaku kalah tidak berani berlawan debat dengan Arul Kanda. Apakan lagi Rafizi Ramli sudah sekian lama menutup mulut. Itu menunjukkan pengkritik-pengkritik tegar 1MDB di luar kerajaan sudah mati kutu. Baca semula di sini

Maka, 1MDB sudah pasti mempunyai peranan secara direct dan indirect dalam kapasitinya yang tersendiri yang diberikan peluang oleh kerajaan untuk merealisasikan impian kepada Bumiputera yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi.

Tiap-tiap pemimpin mempunyai gagasan besar, 1MDB merupakan satu gagasan. 
 

3. Adakah 1MDB ini milik Umno?
Soalan yang sama ialah adakah UMNO Semporna milik seorang sahaja?

Jawapannya ialah syarikat 1MDB adalah milik rakyat Malaysia, milik negara Malaysia, milik kita semua. Jika 1MDB milik UMNO sahaja, sudah pasti tiada biasiswa 1MDB untuk bangsa lain juga. Kerjasama JAKIM dan 1MDB juga diwujudkan dalam mencakna pendidikan Islam melalui geran tahunan pendidikan. 

Perhatikan kepimpinan Lim Guan Eng yang tidak pernah mendedahkan polisi rahsia DAP dan kerajaan Pulau Pinang. Polisi pembangunan tanah, perniagaan antarabangsa, pembangunan ekonomi dan sebagainya tidak pernah didedahkan secara umum.


4. Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?
Syarikat 1MDB adalah untuk negara Malaysia, bahasa mudahnya untuk rakyat Malaysia. Terdapat dua jawapan kepada soalan ini. 

Pertama, syarikat 1MDB telah terlalu dipolitikkan dengan pelbagai dokumen doctorated, tuduhan tanpa fakta kata Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi PAC), dan segala serangan-serangan politik itu telah memberikan kesan negatif kepada UMNO dan kerajaan kerana tipikal kepada rakyat sukakan berita-berita yang sensasi. Kesedaran dan kebenaran hanya timbul di kemudian hari. Cuba baca semula di sini

Jawapan kedua, laporan ekonomi menunjukkan syarikat 1MDB semakin berjaya mengurangkan jumlah pinjamannya/hutang perniagaannya daripada RM42 Bilion kepada RM37 Bilion (Ogos, 2015). Manakala, rundingan Edra akan melangsaikan sekurang-kurangnya RM16 Bilion hingga RM20Bilion (dijangka Oktober/November 2015). Sementara IPIC akan menyelesaikan pula sekurang-kurangnya RM11 Bilion hingga RM12 Bilion (rujuk jawapan dalam parlimen kepada wakil PAS/Temerloh).

Sebaliknya, aset-aset tenaga 1MDB di Pakistan, Bangladesh, Abu Dhabi dan Mesir tidak tersentuh. Kerana itulah, syarikat 1MDB dan kerajaan yakin isu hutang 1MDB akan dapat dirasionalisasikan dan diselesaikan dalam tempoh 6 bulan.

Singapura, masih tersenarai penghutang terbanyak di dalam dunia (top ten) sejak bertahun lamanya. 


5. Adakah melalui penyingkiran, penggantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
Jawapannya mudah, kita kembali kepada sejarah UMNO itu sendiri. Semasa Tun Dr. Mahathir memecat dan menyingkirkan DS Anwar Ibrahim adakah UMNO tewas dalam PRU 1990, 2004, 2008 dan 2013? 

Banyak lagi contoh jika anda rajin menelaah sejarah UMNO antaranya peristiwa Tunku Abd. Rahman memecat Tun Dr. Mahathir (1969), perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar (1951). UMNO kekal mendepani cabaran. 

Serupa dengan PAS, apabila berlakunya perpecahan kepada AMANAH, PAS boleh mendepani cabaran dengan tenang kerana pengalaman lama telah mematangkan PAS. Begitulah juga UMNO.

Saya yakin jika esok UMNO Semporna diketuai oleh orang lain, UMNO tetap akan menang di Semporna walau siapa pun calon. Sebabnya mudah, rakyat Semporna tidak melihat kepada seseorang individu tetapi melihat kepada parti yang boleh memberi naungan kepada mereka pada masa hadapan. 


6. Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong UMNO sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
Apabila anda mengkritik syarikat 1MDB bukanlah bermakna itulah satu-satunya suara rakyat. 

Sebenarnya isu-isu rakyat Semporna sangat banyak seperti memerlukan sebuah kompleks pasaraya yang baru, sistem pembersihan dan kebersihan yang lebih moden, jalanraya yang selamat, jaminan keselamatan kepada pelancong, pemimpin yang seiring dengan kepimpinan negara supaya Bajet pembangunan dapat dibawa masuk ke kampung-kampung di Semporna.

Semua itu adalah suara rakyat. Semasa UMNO Semporna memegang kementerian-kementerian yang penting sepatutnya isu-isu itu sudah lama diselesaikan. 


7. Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?
Lemah sangatkah UMNO hari ini hinggakan anda memberi gambaran anda seorang sahaja menjaga kepentingan rakyat. 

Soalan berbalik, apakah KPI UMNO Semporna yang boleh dibanggakan? 


8. Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selari dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
Adakah DS Najib ada menyebutnya? Adakah DS Najib ada memberi arahan kepada sesiapa? Kenapa gundah-gulana? Kenapa menjadi caca-merba? Kenapa kelihatan ketakutan?

Pepatah Cina kuno ada menyebut, anda tidak boleh mempunyai dua mata di belakang apabila anda sudah mempunyai dua mata di hadapan! Maksudnya, anda tidak sepatutnya mengeji kepimpinan DS Najib dan pada masa yang sama anda masih mengharapkan simpati DS Najib !


9. Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyatakan kebimbangan terhadap parti?
Mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat Sabah ialah program pembangunan di negeri Sabah lebih penting daripada isu kepentingan diri sendiri. Jangan lupa, Ketua Menteri Sabah kini sudah bercakap mengenai keperluan LRT/MRT seperti di Semenanjung. Ianya boleh direalisasikan dengan bantuan kerajaan pusat daripada segi kewangan, kepakaran dan teknologi.

Pembangunan di Sabah sejak era USNO, BERJAYA dan PBS mengalami pelbagai bentuk. Namun begitu, sejak kemasukan UMNO pada tahun 1990 negeri Sabah mengalami pembangunan yang cepat dan pantas. Anda boleh mengambil sekeping gambar apa sahaja (jalanraya, sekolah, hospital, masjid dan sebagainya) pada tahun 1963, 1976, 1985, 1994 dan tahun 2015. Anda boleh membandingkan gambar-gambar itu untuk melihat perubahannya.

Kesimpulan
Sebagai rakyat Sabah, saya sangat bersedih kerana DS Shafie satu-satunya mantan pemimpin USNO yang penting semasa kemasukan UMNO ke Sabah. Allahyarham Tun Datu Mustapha sudah tiada, Tun Sakaran Dandai sudah bersara, hanya DS Shafie satu-satunya generasi pemimpin USNO yang masih berdiri di dalam UMNO.

Dahulu (1990) semasa UMNO hendak masuk ke Sabah, kita bercakap mengenai perpindahan daripada kapal kecil (USNO) kepada kapal yang lebih besar (UMNO). Soalan saya kepada DS Shafie, mengapa mahu kembali kepada kapal yang kecil? Kepada pembaca, adakah DS Shafie sudah tidak relevan lagi di dalam UMNO?


Selamat Membaca.
Selamat Berhari Minggu.


10 Komen:

Anonymous said...

Pandangan yang kritis !, Tahniah Dato'

Anonymous said...

good comment and we all should think it for our furture

Anonymous said...

As Salam.. merujuk kpd kesimpulan saudara bkenaan dgn peranan umno dlm pmbngunan sabah saya tidak nafikan.. tetapi kesan kmasukan umno di sabah secara tdak lngsung telah mybabkan sabah tdak dpt mmbuat kputusan sndiri utk kpntingan sabah kerana apa sahaja isu kita sabahan kena minta prsetujuan dan kbenaran dr putrajaya.. My point is tanpa umno,pkr,dap dan pas.. sabahan juga boleh mntadbir sndiri... Klu sarawakian tnpa umno boleh.. sabahan pun boleh ba..

Anonymous said...

Tahniah..lepas ni takkan undi umno lagi...umno akan berpecah belah kerana wujud golongan pemisah dalam umno itu tersendiri...namun, najib harus berundur..ada pihak yg menyatakan sokongan 100% kpd najib demi pangkat, pengaruh, tender/project/ dsbg nya.. Sedarlah golongan pemisah umno ini harus disingkirkan.

Anonymous said...

Tahniah..lepas ni takkan undi umno lagi...umno akan berpecah belah kerana wujud golongan pemisah dalam umno itu tersendiri...namun, najib harus berundur..ada pihak yg menyatakan sokongan 100% kpd najib demi pangkat, pengaruh, tender/project/ dsbg nya.. Sedarlah golongan pemisah umno ini harus disingkirkan.

Anonymous said...

Tahniah..lepas ni takkan undi umno lagi...umno akan berpecah belah kerana wujud golongan pemisah dalam umno itu tersendiri...namun, najib harus berundur..ada pihak yg menyatakan sokongan 100% kpd najib demi pangkat, pengaruh, tender/project/ dsbg nya.. Sedarlah golongan pemisah umno ini harus disingkirkan.

Anonymous said...

Tahniah..lepas ni takkan undi umno lagi...umno akan berpecah belah kerana wujud golongan pemisah dalam umno itu tersendiri...namun, najib harus berundur..ada pihak yg menyatakan sokongan 100% kpd najib demi pangkat, pengaruh, tender/project/ dsbg nya.. Sedarlah golongan pemisah umno ini harus disingkirkan.

Anonymous said...

Tahniah..lepas ni takkan undi umno lagi...umno akan berpecah belah kerana wujud golongan pemisah dalam umno itu tersendiri...namun, najib harus berundur..ada pihak yg menyatakan sokongan 100% kpd najib demi pangkat, pengaruh, tender/project/ dsbg nya.. Sedarlah golongan pemisah umno ini harus disingkirkan.

Anonymous said...

Adakah CM membuat tuntutan Hak Sabah? Adakah DSSA menteri Kipas? Perlukah bezakan zaman dahulu dgn zaman sekarang? Dahulu mmg xda jalanraya tp skrg ada.. bukan sebab UMNO tp peredaran masa.. hp kamu guna peruntukan UMNO ke? Zaman dahulu tiada hp..

Anonymous said...

Macamlah orang lain tidak boleh mentadbir dengan lebih baik.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan