KEBERANIAN-KEBERANIAN DS NAJIB DAN CERITA DANA USD103,222,384

on Saturday, December 5

Gentlemen
Saya melawat rumah kayu DS Najib (Najib) di Pekan pada tahun 2008 ketika beliau masih sebagai Timbalan Perdana Menteri. Rumah itu sangat sederhana, barangkali rumah peninggalan ayahandanya Tun Abdul Razak. Baca ulangan anda di sini

Ada orang kelihatan pura-pura tidak melihat keberanian Najib ketika mengendalikan pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO.

1. Najib menghadapi PRU-13 berhadapan dengan jentera terhebat Pakatan Rakyat diketuai DS Anwar Ibrahim. Ketenangan dan kebijaksanaan Najib telah membawa kejayaan bilamana berjaya merampas semula Kedah, menambah kerusi UMNO di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Malah mengekalkan kemenangan BN di Perak. Manakala di peringkat Parlimen, menambah kerusi UMNO daripada 77 kepada 88.

2. Najib, adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang memijak kaki di Semenanjung Gaza, Palestin di bawah Perdana Menteri HAMAS. Tahukah anda, HAMAS adalah dalam senarai pengganas oleh Amerika Syarikat? Namun, demi persaudaraan Islam, Najib merelakan nyawanya ke Semenanjung Gaza untuk memberi sokongan dan bantuan kepada rakyat Palestin yang dikepung, dibom dan disekat berbulan-bulan lamanya.  

3. Pada tahun 2012, Najib dengan tegas dan berani membatalkan cadangan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Sebaliknya beliau mengarahkan penambahbaikan skim Sistem Saraan Malaysia (SSM).  

5. Keberanian Najib menukar* Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar walaupun kedua-duanya berstatus Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO sangat berseni. Kalaulah Najib penakut, kedua-dua mereka boleh sahaja dipecat daripada keahlian UMNO dan seterusnya secara automatik jawatan mereka turut gugur.Namun, Najib mengambil risiko tinggi tidak memecat keahlian mereka walaupun ada suara-suara nakal dalam UMNO mahu mereka dipecat.

(*Najib tidak menggunakan istilah pecat/memecat sebagaimana pemimpin lain sering menggunakannya. Istilah yang digunakan ialah rombakan kabinet. Rombakan kata dasarnya rombak atau tukar. Mana-mana Perdana Menteri mempunyai kuasa pregroratif untuk menukar mana-mana anngota kabinet yang difikirkannya perlu untuk meneruskan agenda pembangunan negara).

Entiti POLITIK Dan Entiti KERAJAAN
6. Ada orang berkata kenapa bukan Najib menjawab isu dana politik di dalam parlimen. Sebenarnya ramai orang berpura-pura bermain politik bahawa dana politik atau sumbangan politik berlaku sejak sekian lama kepada mana-mana parti pun. Tidak kiralah siapa pun penyumbangnya, ianya tetap dikategori sebagai dana politik. Tujuannya mudah, untuk membiayai aktiviti-aktiviti politik semasa pilihanraya. 

Tujuan mereka membangkitkan dalam parlimen hanyalah untuk memperbesar-besarkannya supaya isu tersebut tidak mati. Itu sahaja. Cuba lihat Tony Pua, berbulan-bulan dia menghentam 1MDB. Namun, selepas takut berdebat dengan Arul Kanda, cuba anda kira berapa hari Tony Pua tidak pernah lagi bercakap mengenai 1MDB! Kenapa? 


Di dalam isu ini, Najib secara tidak langsung menunjuk kepada rakyat bahawa sebagai ketua adalah menjadi tugasnya untuk mencari dana politik untuk menghadapi pilihanraya. 

Dalam hal ini juga, Najib berjaya mengasingkan di antara entiti Parti dan entiti Kerajaan. Parti adalah parti. Kerajaan adalah Kerajaan. Parti tidak boleh menggunakan dana Kerajaan kerana dana Kerajaan adalah untuk semua rakyat jelata. Sedangkan dana parti adalah untuk ahli parti sahaja.

Bolehkah anda mempercayai parti-parti lain tidak menerima dana politik?

Di Amerika Syarikat, jumlah dana politik kepada calon Presiden Amerika dari parti Demokrat dan Republikan diumumkan setiap masa. Mengapa mereka boleh mengumumkannya? Kerana politik mereka sangat matang.

Dalam catatan rasmi bertarikh 15 Oktober 2015 oleh Federal Election Commission, calon Presiden Amerika, Jeb Bush dari parti Republikan menerima donation dari luar sebanyak $103,222,384

Manakala, pesaing terdekatnya Hillary Clinton dari Demokrat menerima donation dari luar sebanyak $20,291,679 

Di Malaysia, nampaknya parti-parti politik sangat takut mendedahkannya. Hanya Najib satu-satunya Presiden parti politik berani mengaku menerima dana politik. Sangat telus. Sebagai orang politik nombor satu negara, Najib tahu adalah menjadi risiko besar jika mengakuinya. Namun, Najib dengan berani dan tenang mengaku menerima dana politik.

Sekarang rakyat mahu tahu, beranikah presiden parti-parti politik yang lain lama atau baharu, mendedahkan jumlah dana yang mereka terima semasa menghadapi pilihanraya? Tidak kiralah RM1 juta kah, RM100 juta kah, RM1 Billion kah atau barangkali lebih besar daripada RM2.6 Billion !

Jadi kembali kepada isu pokok, siapakah yang sebenarnya Penakut?

Selamat Berhujung Minggu.

1 Komen:

Anonymous said...

Ulasan yang baik. tq

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan