KEMPEN BEBAS ANWAR: TIDAK PERLU KE UN DAN EU, KERAJAAN BOLEH MEMOHON PENGAMPUNAN DIRAJA JIKA

on Tuesday, December 22

Wajah DS Anwar Ibrahim Beberapa Bulan Yang Lalu, Kelihatan Agak Kurus
USIA DS Anwar Ibrahim sekarang sudah mencecah 65 tahun. Menjelang tahun 2018, usia Anwar akan mencapai 67 tahun. Manakala, menjelang PRU15 pada tahun 2023, usia Anwar akan mencecah 72 tahun. Sahabat karib beliau di Indonesia, Jusuf Kalla menjadi Naib Presiden Indonesia kali kedua pada usia 72 tahun (2014). Tun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri ketika berusia 78 tahun (2003). 

Di Malaysia, pemimpin utama kerajaan dan parti utama UMNO tidak mempunyai isu peribadi dengan Anwar. Bukan DS Najib, bukan DS Zahid Hamidi, bukan DS Hishammuddin yang membuang Anwar dari UMNO dan Kerajaan. Mereka semua adalah pemimpin seangkatan dan satu regu ketika Anwar berada di dalam UMNO (1995/1996).

Sehingga ke hari ini, parti PKR masih dengan perjuangan bersifat peribadi iaitu membebaskan Anwar dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kelihatan DS Azmin Ali, mantan guru matematik (sarjana) sudah keluar daripada pemikiran Anwarisme.

Sebenarnya Nurul Izzah dan PKR tidak perlu mengunakan elemen United Nation (UN) atau Europen Union (EU) untuk mendesak kerajaan supaya membebaskan Anwar atas alasan human right, isu tahanan politik dan sebagainya. Kita hendaklah mengingati semula bahawa Anwar diwakili oleh peguam-peguam terhandal dan termahal di Malaysia, yang mana orang lain tidak akan mampu membayar perkhidmatan peguam-peguam ini. 

Keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah selepas perbicaraan yang sangat-sangat panjang, tidak boleh diubah sesuka hati oleh Eksekutif. Perdana Menteri tidak boleh mempengaruhi Hakim. Ianya dua bidang kuasa yang berbeza.

Namun begitu, keluarga Anwar dan PKR boleh memohon kepada Kerajaan untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada Anwar. Biasanya, kerajaan mempunyai mekanisme dan pengalaman kes lama yang boleh digunakan. Kebiasaannya pula, permohonan kerajaan akan diberi pertimbangan atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, perubatan, kemanusiaan dan sebagainya.

Saya percaya, DS Zahid Hamidi yang kini menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mempunyai elemen dan political will yang sesuai untuk memikirkan idea ini. DS Zahid adalah TPM yang bijak mengurus isu Anwar dengan mengiakan kebenaran Anwar untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Sebaliknya pula, saya percaya, mereka yang menulis '50 Sebab Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" dahulu dan kini menyokong Anwar semula ada sokongan berbentuk kepura-puraan hanya kerana kegilaan untuk menjatuhkan DS Najib sahaja.

Mesej Najib semasa Perhimpunan Agong UMNO sangat jelas bahawa Najib bukan jenis pemimpin  yang suka berkonfrontasi, bukan jenis pemimpin yang memusuhi sebaliknya Najib adalah pemimpin berjiwa besar yang menghulurkan salam kerahmatan, salam perpaduan dan salam ukhuwah. 

Kepada Najib, Anwar itu bukanlah musuh politiknya, bukanlah musuh peribadinya. Mereka hanya dipisahkan oleh sistem politik sahaja. Jika Najib boleh berlapang dada kepada Hj Hadi, adakah Najib tidak boleh berlapang dada kepada Anwar?

Pada November 6, 1865, kapten Henry Wirz telah menulis surat kepada Presiden Andrew Johnson semasa dia dipenjara di Old Capitol Prison, Washington DC. 

Katanya, "Mr. President, with a trembling hand, with a heart filled with the most conflicting emotions, and with a spirit hopeful one moment and despairing the next, i have taken the liberty of addressing you. When i consider  your exalted position; when i think for a moment that in your hands rest the weal and woe of millions-yea, the peace of the world-well may I pause to call to my aid courage enough to lay before you my humble position..."

Untuk kisah-kisah Anwar dari penjara, anda boleh membacanya di sini





1 Komen:

Anonymous said...

Seorang penjenayah liwat tegar (kerana kali kedua dan tidak dua kali kerana tidak tahu berapa banyak liwat yang tidak di dakwa), jenayah yang amat jijik di sisi orang melayu dan agama islam. Perangai jahat seperti hati kering yahudi yang tidak kira apa cara jua dibuat demi untuk menjatuhkan orang lain dan melindungi diri beliau dari dikena tuduh dan sabit. Beliau seorang yang tidak bermaruah sanggup menjual agama dan bangsa melayu demi mencapai matlamat diri dia. Orang seperto=I kalau disumbat dalam penjara selama-lama nya akan selamat lah Negara.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan