MENJAWAB CEMUHAN KE ATAS RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

on Thursday, December 3




Sudahkah anda membaca ulasan-ulasan ini  dan ini  termasuklah yang ini ? Saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan-kesalahan persepsi dalam ulasan-ulasan itu, supaya rakyat mendapat maklumat yang lebih tepat. Adalah sangat tidak adil apabila semua perkara hendak dipolitikkan termasuklah hal ehwal keselamatan rakyat dan keselamatan negara.

Semalam, beberapa pihak menunjukkan kesalahan besar ketika mengulas Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) yang dibentangkan di Parlimen. 

Terdapat beberapa tuduhan liar kononnya RUU MKN ini akan memberikan kuasa diktator kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat dan sebagainya. Rakyat Malaysia hendaklah peka, di dalam kondisi di seluruh dunia menghadapi pelbagai ancaman dan risiko keselamatan, kita tidak perlu terlalu skapstik dan politicaligalitic dengan membuat tuduhan mudah kononnya RUU MKN ini memberikan kuasa politik yang lebih besar kepada Perdana Menteri. Ini persepsi sahaja. Keselamatan negara tidak boleh dibeli atau dibayar dengan persepsi !

Sebenarnya perbezaan definisi Darurat dan Kawasan Keselamatan adalah umpama langit dan bumi. Apabila Darurat diumumkan, bermaksud semua institusi politik tidak berfungsi, manakala Yang DiPertuan Agong boleh melaksanakan undang-undang tanpa merujuk kepada Parlimen. Dalam konteks ini, sesiapa yang didapati berperanan mengkucar-kacirkan keamanan dan keselamatan negara boleh ditahan tanpa bicara. Ianya terbatal apabila dimansuhkan.

Manakala RUU MKN mempunyai had masa 6 bulan sahaja dan perlu memaklumkan kepada Parlimen secepat mungkin. Selepas 6 bulan, jika Parlimen tidak melanjutkannya maka ianya terbatal dengan sendiri.

Jika kita melihat ke belakang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) ditubuhkan pada tahun 1971 kerana mengambil alih tugas MAGERAN. Punca kuasa MKN ketika itu dari EO (Emergency Ordinance).

Pada tahun 2011, EO telah dibatalkan menyebabkan MKN tiada punca kuasa undang-undang. Kewujudan MKN sebagai penyelaras agensi-agensi berkaitan keselamatan berjalan secara pentadbiran Eksekutif di bawah arahan Perdana Menteri.

Kita hendaklah sedar bahawa RUU MKN lebih baik dari ISA (Internal Security Act). Dalam RUU MKN, sesiapa yang melakukan kesalahan akan dibicarakan, tiada tahanan tanpa bicara dalam Kawasan Keselamatan. Manakala, semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen akan berkuatkuasa.

Di samping itu, RUU MKN lebih demokrasi kerana keputusan Majlis Keselamatan Negara adalah mengikut majoriti. Perdana Menteri tidak memutuskan sesuatu tindakan secara bersendirian, tetapi diputuskan oleh ahli-ahli Majlis Keselamatan Negara.

Kuasa pregroratif mana-mana Perdana Menteri adalah melantik Ahli-Ahli Majlis Keselamatan Negara, di mana perkara-perkara yang berkaitan dengan kawasan keselamatan negara,  Perdana Menteri akan bertindak atas nasihat Majlis Keselamatan Negara.

Satu perkara yang menarik ialah pemilik harta yang digunakan oleh pasukan keselamatan akan mendapat pampasan yang setimpal. Manakala jikalau masih tidak puas hati, ianya boleh dirujuk pula di mahkamah.

KUASA MKN
Kuasa MKN hanya menyelaras tindakan operasi untuk agensi kerajaan melaksanakan tanggungjawab. MKN tidak ada kuasa mendakwa seperti lain-lain agensi keselamatan. Tujuan penyelarasan ini semata-mata untuk keselamatan negara sahaja. Tiada unsur politik atau kepartian pun. Kalau pun tidak ada RUU MKN, kuasa akta lain boleh digunakan seperti akta yang terdapat di dalam JPJ, KPDNKK, PDRM dan sebagainya boleh dikuatkuasakan. 

Ini bermakna, RUU MKN akan memudahkan penyelarasan agensi keselamatan dengan lebih berkesan. Itu sahaja. Adalah tidak benar apa yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang mengaitkan kononnya RUU MKN memberi kuasa diktator kepada Perdana Menteri.

Malah sangat menarik, jika berlaku salahlaku oleh anggota keselamatan di Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan akan juga didakwa di bawah akta sedia ada seperti akta jenayah dan sebagainya.Ini membuktikan RUU MKN sangat baik kerana ianya akan memastikan tidak ada penyalahgunaan kuasa oleh anggota keselamatan sendiri.

Lebih telus lagi, semua tindakan yang dilakukan di kawasan keselamatan akan dilaporkan terus kepada Parlimen. Ianya hanya boleh dilaksanakan selama 6 bulan sahaja, sekiranya memerlukan lanjutan ianya mesti dibawa ke Parlimen semula.

Lagi satu perkara yang menarik ialah, undang-undang Awam masih berkuatkuasa di Kawasan Keselamatan yang telah diisytiharkan.

Dengan itu juga, maka RUU MKN sangat-sangat perlu kepada negara untuk mengurus ancaman extremis, terrorist dan sebagainya. 

Apakah kita mahu melihat kejadian terrorist seperti di Paris, ramai rakyat yang tidak berdosa terbunuh, baharu hendak bertindak? Kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam isu keselamatan, sebaliknya kerajaan perlu sentiasa berwaspada dan siap siaga mengurus keselamatan negara. RUU MKN merupakan suatu usaha kerajaan untuk memantapkan keselamatan rakyat dan keselamatan negara kita. Ianya tiada langsung berkaitan politik mana-mana pihak.

Dengan kewujudan RUU MKN ini nanti, mana-mana Perdana Menteri tidak akan memutuskan secara 'one man show' hal-hal yang berkaitan keselamatan negara di Kawasan Keselamatan. Sebaliknya, ianya diputuskan oleh Ahli-Ahli Majlis Keselamatan Negara secara demokrasi, musyawarah dan majoritis !

4 Komen:

Anonymous said...

TANGKAP kit-SIAL/gong eng BANGKAI BABI!

Yg. akan diKUBURkan dan diTERAJANG adalah DAPBANGKAI BABI-amat-SIAL-si EJEN/KULI YAHUDI ZIONIS-no-1!

Puak PENGGANAS DAJAL PORNO/HOMO, memang tak habis-habis nak MERAMPAS kuasa untuk MENJAHANAMkan NEGARA ISLAM kita ni dan MENGGULINGkan sewenangnya pemimpin BUMIPUTERA Islam/Melayu TERCINTA kita, YAB PM DS Mohd. Najib Tun Abd. Razak kita serta legasi GEMILANG Ayahanda beliau, Almarhum PM, Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita dan UMNO kita - dasar puak SYAITAN si PKRHOMO/DAPBANGKAI BABI ni! Mcm. si-Madey-satu lagi-puak SYAITAN tu!
.
Tengoklah kat Barat terutamanya Peranchis sekarang - HIPOKRIT betul! Dengan menggunakan MO-DAJAL depa spt. biasa termasuk keganasan IS/ISISIS (sedg.kan yg. sebenaqnya didedahkan bekas perisik US, Edward Snowden; adalah ciptaan MOSSAD-.ISrael/CIA - sebab itu IS/ISIS tak pula menyerang ISrael-KEPARAT) - undg-undg darurat sewenangnya dikenakan ke atas mana-mana umat Islam yg. disyaki 'Pengganas' ! Dasar si PENIPU-nak-MAMPOS, tulah asyik TERLOLONG pasal 'demokrasi-hak asasi'-SAMPAH depa kat Dunia Islam/Dunia Ketiga!

Sebab itu, puak VAMPIRE/KANIBAL (“Cannibal“) Zionis-FreemasonKEPARAT termasuk IS/ISIS depa, tak habis-habis MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam yg. amat kaya minyak/gas- Thorium/Uranium (utk. pembuatan senjata NUKLEAR) serta MEMBUNUH/MEROGOL umat Islam dlm. GENOSID yg. MENINGKAT sewenangnya – termasuk untuk sindiket pemerdagangan ORGAN dan PEDOPHILIA serta juga utk. DARAH/ORGAN anak-anak KECIL/MUDA (“young blood”) ! Lihat sajalah “obsession“ ZIONISHollywood dgn. cerita “Vampire“/Kanibalisma termasuk Hannibal!

Jadi RUU MKN ni sebenaqnya lebih demokratik dari di Barat sendiri! Jadi pedulikan ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO-RASIS-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS-SOROS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH-no-1!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

congrate, keep it up...

Megat Alam Gempita said...

Pembangang tak de modal semua nak dibangkangnya. Tapi ada jugak yg bangang siap dibangangkan oleh puak pengangkang.

Anonymous said...

talhah abdullah has left a new comment on your post "MENJAWAB CEMUHAN KE ATAS RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS...":

Baca seksyen 18 19 dan tafsiran entiti kerajaan khususnya pasukan keselamatan. Sejak bila cabang eksekutif melalui MKN melalui seksyen 19 akta (rang undang2)boleh perintah YDPA sebagai supreme commander pasukan keselamatan di bawah Federal Constitution? Belum masuk boleh memerintah POLIS DI RAJA MALAYSIA pula. DEWAN RAKYAT DAH GILA NAK BERI KUASA PERINTAH KEPADA RAKYAT. Malaysia bukannya republik. Kuasa perintah kuasa raja raja. Perintah eksekutif adalah bersifat republikan cirinya macam USA. EKSEKUTIF di malysia tiada kuasa perintah. Hanya ada kuasa PERLAKSANA. Nama pun eksekutif (execute) maka mana datangnya kuasa perintah. Kuasa to execute adalah. AKTA ini buka jalan ke arah repuliknya Malaysia. Harap Dewan negara tak luluskan. Rakyat melalui dewan rakyat nampaknya nak ambil alih kuasa Perintah Raja2.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan