Dalam bahagian pertama di sini, saya telah menjelaskan dengan panjang lebar isu Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN). Namun begitu, saya ingin menjelaskan pula isu seterusnya berkaitan tuduhan diktator.
Beberapa
pihak di luar sana memberikan pandangan yang salah kerana kebanyakan pandangan
mereka hanyalah berbau persepsi dan sentimen politik semata-mata. Pengalaman
sangat penting tetapi tidak semestinya bersesuaian dengan tafsiran terkini
keadaan dunia yang pantas berubah. Kita mesti sedar, isu-isu keselamatan
semakin bertambah kompleks sekarang.
Saya ambil
satu contoh mudah, dahulu pasukan keselamatan boleh menghantar PDRM dan ATM ke
Memali dan menyelesaikan kes di sana dengan mudah. Namun, hari ini, pengganas
seluruh dunia berada di dalam komuniti masyarakat, mereka bergerak di dalam
siber, mereka mempunyai sumber kewangan yang besar, malahan mereka mempunyai
kepakaran persenjataan yang sangat tinggi.
Jika di
Memali dahulu, mereka hanya menggunakan parang dan tombak sahaja tetapi kini
pengganas yang tidak dikenali memiliki senjata moden yang sangat canggih.
Seluruh dunia menghadapi isu keselamatan. Anda perhatikan negara maju seperti
Perancis sendiri gagal mengesan mereka. Inikan pula Malaysia jika kita tidak
berwaspada, sudah pasti mereka boleh menghuru-harakan negara kita bila-bila
masa dan di mana-mana jua di hadapan anda.
Saya ingin
menjelaskan bahawa RUU MKN tidak akan menjadikan mana-mana Perdana Menteri
seorang yang bertindak sebagai diktator.
Ini kerana
di dalam Kawasan Keselamatan, yang berkuasa ialah organ negara seperti PDRM,
ATM dan mana-mana agensi penguatkuasa awam. Bukannya Perdana Menteri.
Adalah
menjadi common sense
bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan perlu melalui proses undang-undang.
Jumlah maksima denda dan penjara ditentukan oleh Hakim bicara bukan Perdana
Menteri.
Perdana
Menteri tidak ada kuasa menangkap orang tanpa bicara. Prinsip demokrasi sangat
terserlah di dalam RUU MKN yang saya jelaskan di sini.
Cuba anda
nyatakan di mana kuasa yang diperuntukkan dalam RUU MKN Perdana Menteri
diberikan kuasa diktator?
Di
Malaysia, kelihatan jelas hanya DAP mengamalkan prinsip Diktator. Contohnya di
dalam isu terbaharu Tony Pua dengan Gobind Singh di Konvensyen DAP Selangor,
siapakah yang mendapat undi terbanyak tetapi siapakah pula yang dilantik
memegang JetBlue oleh DAP ?
Begitu
juga dalam kes-kes lain seperti tidak menghormati lagu Negaraku (lagu Negara),
tidak mengaku sebagai warganegara Malaysia, tidak hendak berucap dalam Bahasa
Malaysia, menterbalikkan bendera Negara dan sebagainya. Semua itu adalah
ciri-ciri diktatorisme dan nilai-nilai itu dididik secara salah kepada rakyat Malaysia.
Itu belum
lagi negara kita berperang untuk mempertahankan kedaulatan negara ! Seandainya esok negara kita diserang, negara memerlukan rakyatnya ke medan perang, cuba
tanya diri anda, adakah anda akan mempertahankan negara ini atau anda akan berhijrah
ke negara lain?
Maka,
sebelum ianya berlaku, Kerajaan memandang ke hadapan dengan membuat RUU MKN
demi mempertahankan kedaulatan rakyat dan negara kita. Itu sahaja. Tiada niat
lain !
0 Komen:
Post a Comment