PROFESOR JAYUM JAWAN DI USA, BUKAN SEKADAR NAMA

on Wednesday, December 30

Dari Kiri: Saya, Prof Jayum Jawan (Ohio University, USA) dan Prof Madya Dr. Hizam (Wharton School, University Pennyslavania, USA)
Pada 24 Disember 2015, saya dan Prof Madya Dr Hizam dari Wharton School, University Pennyslavania telah memulakan perjalanan yang panjang dari Philadelphia menuju ke Ohio University. Kami melalui jalan kampung sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan, kemajuan dan kebersihan di kampung-kampung tersebut. 

Dr Hizam sekeluarga, mereka adalah rakan baru saya di USA yang sangat baik, bijak dan berpandangan jauh. Secara peribadi, keputusan kerajaan Malaysia dan UKM menghantar beliau di Wharton School sangat tepat !

Kami berjaya tiba di Ohio University selepas melalui kira-kira 10 jam perjalanan. Di tengah perjalanan, kami singgah di Islamic Center Of Johnstown di sebuah perkampungan moden, malang ianya berkunci. Namun, kami mengambil keputusan solat di tepi bangunan itu sahaja dengan mengambil wuduk menggunakan air mineral water. 

Umat Islam di Malaysia perlu bersyukur kerana di mana jua anda berada masjid dan surau bukan satu masalah besar di negara kita. 

Sepanjang di USA, di antara pengalaman yang saya pernah lalui seperti solat di dalam stor di bawah tanah ketika di New York, di celahan gantungan baju di dalam pasaraya, di stor kasut, di bilik pameran, di kerusi stesyen keretapi. Di negara orang, bukan mudah mencari masjid/surau dan isu waktu seperti perbezaan waktu solat yang berdekatan, masa siang yang pendek dan sebagainya. Di sekolah, anak-anak saya bersolat di dalam stor yang sangat kecil muat untuk satu orang sahaja, dengan mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu (Masa persekolahan : 8.09 pagi hingga 3.09 petang)
Singgah Di Islamic Center Of Johnstown untuk Solat Zohor dan Asar (Maghrib 4.40 petang)
Oleh Kerana Berkunci, Kami Solat Di Tepi Bangunan Islamic Center. (Gambar Oleh Anak Dr. Hizam)
Kira-kira pukul 6 malam kami berjaya sampai di rumah Prof Jayum di Ohio University. Kami disambut dengan begitu mesra oleh Prof Jayum dan isterinya. Beliau sekeluarga beragama Kristian, namun nilai-nilai murni yang mereka miliki amat mulia.

Kami disediakan bilik yang sangat baik. Seakan berada di dalam sebuah bilik hotel. Pada malam pertama, kebetulan Prof Jayum membuat jamuan sempena Hari Krismas, beberapa keluarga Melayu dan pelajar turut hadir. Maka meriahlah rumah Prof Jayum malam itu dengan kehadiran kami rakyat Malaysia di perantauan.

Kami dihidangkan makanan nasi ayam, mee goreng, bubur kacang, kuih lapis, buah-buahan dan pelbagai kuih. Suasana malam itu sangat ceria dan nilai perpaduan, national identity, a sense of ownership sangat tinggi. Ada pelajar Cina dan Melayu. 

Selepas selesai majlis malam itu, kami masuk ke bilik masing-masing melepaskan letih seharian dalam perjalanan.

Sebenarnya, dua hari sebelum kami tiba, Prof Jayum ada menghantar whatsapp bahawa beliau dan isterinya hendak ke bandar Columbus untuk membeli makanan halal. Saya ingatkan jarak dari Ohio University ke bandar Columbus itu hanyalah dalam masa 10-15 minit sahaja. Rupa-rupanya, apabila saya melalui bandaraya itu baharulah saya sedar jaraknya mencecah 2 jam! Hanya semata-mata mencarikan kami makanan halal! Di pekan kecil Ohio University tiada makanan mentah yang halal.

Keesokan harinya Prof Jayum membawa kami melawat sekitar tempat-tempat menarik di sekitar Ohio. Pendek kata, selama 2 hari berturut-turut kami menerima layanan yang sangat baik.

Kesimpulan
Apa yang saya hendak sampaikan ialah perpaduan rakyat Malaysia sebenarnya sangat-sangat baik. Perbezaan agama tidak menjadikan rakyat Malaysia bermusuhan, bersikap prejudis dan prasangka. Sebaliknya sikap hormat-menghormati menjadi amalan yang terpuji.

Prof Jayum dan keluarganya menjadi contoh terbaik bagaimana beliau seorang penganut Kristian amat memahami keperluan penganut agama Islam. 

Beliau telah menyediakan kami makanan halal, tempat solat yang bersih, pengorbanan dan persefahaman. Malah ketika kami hendak meninggalkan rumah mereka, isterinya menyediakan kami bekalan makanan untuk dimakan di tengah perjalanan yang dia dan isteri Dr Hizam sama-sama memasak di dapur pagi itu.

Semoga rakyat Malaysia memasuki tahun baharu 2016 dengan keazaman yang lebih baik untuk mempertahankan keamanan yang kita nikmati selama ini melalui toleransi dan hormat-menghormati. 

Agama yang berbeza, bangsa dan warna kulit yang berbeda, fahaman politik yang tidak sama, bukanlah penghalang kepada kehidupan yang aman, damai dan harmoni !

Terimakasih Prof Jayum, isteri dan Karl.

Selamat Tahun Baharu 2016.

Al-Azharri Siddiq.
Pennyslavania.
30 Disember, 2015.
Bergambar Kenangan Di Rumah Prof Jayum Di Ohio University, Nombor 45.
Syabas Malaysia !







3 Komen:

Anonymous said...

THORBAEEK bos!

Anonymous said...

setuju kekalkan keamanan di Malaysia, nice to read. Tq

Anonymous said...

Assalam en azzahri..dh di US ke...bestnya..balik nanti dtg2x la btn.. ☺ from haida btn..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan