SELEPAS MAS, CEO PROTON BANGSA ASING ?

on Wednesday, December 2

Proton Perdana Sungguh Cantik Menawan
Saya membaca dengan teliti kemelut yang sedang dihadapi oleh Proton jenama kereta nasional negara kita sebagaimana digambarkan oleh portal ini. Saya telah membuka ruang di sini bahawa Proton boleh dibawa masuk ke pasaran Amerika Syarikat, dengan hanya membuat sedikit kerja tambahan sahaja melibatkan isu-isu program pemasaran, perundangan dan standard kualiti.

Di Indonesia, terdapat artikel umum yang mengingatkan kerajaan Indonesia supaya tidak membeli Proton, sebaliknya mereka mahu supaya kerajaan Indonesia membangunkan sendiri kereta nasional mereka. Mereka memberi ulasan bahawa di Malaysia, kereta nasional Proton boleh gulung tikar jika tanpa sokongan Kerajaan Malaysia. Soal penulis itu, mengapa Indonesia mahu membantu menyelamatkan Proton? Sebab itulah di dalam tulisan saya yang terdahulu di atas, saya tidak berapa bersetuju dengan pergantungan Proton kepada pasaran ASEAN atau Indonesia semata-mata. Mereka juga mempunyai perancangan automotif sendiri. Proton mesti keluar dari kepompong ASEAN !

Cuba perhatikan jenama Petronas, di mana konglomerat minyak nasional ini telah menjelajah seluruh dunia atas nama prestasi, jenama, kepakaran dan persaingan yang sihat. Jadi, saya tidak nampak Proton tidak boleh melakukannya. 

Sebagai satu contoh, semalam saya membeli sebuah beg terpakai melalui online eBay. Harganya semurah USD7.00. Saya amat teruja apabila saya membaca detail beg itu rupa-rupanya ianya diterbangkan dari negara China ke Amerika Syarikat. Saya terbayang berapa banyak agaknya barang buatan China yang terbang setiap hari ke Amerika Syarikat !

Menerusi maklumat shipping, saya akan menerima beg tersebut di antara 9 Disember 2015-22 Disember 2015. Saya tidak perlu keluar rumah, tidak perlu memandu kereta, tidak perlu mencari outlet, hanya menggunakan bisnes online, duduk dalam rumah dan menunggu ianya sampai ke tangan saya. Fantastik.Bisnes masa hadapan adalah bisnes online. Rakyat Malaysia mesti mencubanya, kerana bisnes online amat mudah dan menjimatkan lagi menguntungkan.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya Proton meningkatkan program marketing, pembiayaan, insurans dan R & D supaya Proton lebih maju ke hadapan, tidak statik dan tidak lagi menggunakan cara ortodoks. Saya yakin, Proton boleh lebih maju ke hadapan jika tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata. Proton sudah berumur 30 tahun dan sudah sepatutnya memiliki perancangan yang lebih besar di luar negara. Proton sepatutnya mengambil peluang di atas dasar liberalisasi ekonomi di dalam TPPA untuk lebih berani memasuki pasaran yang lebih besar dan kompetetif..

Satu perkembangan dua hala yang baik di antara Malaysia-Amerika Syarikat ialah Amerika Syarikat akan memberikan kebenaran tanpa visa kepada rakyat Malaysia untuk memasuki negara tersebut pada tahun hadapan. Saya percaya Amerika Syarikat juga boleh menerima Proton kerana dasar terbuka Amerika Syarikat merupakan peluang terbaik kepada Proton untuk berkembang lebih gagah di persada global.

Saya ditanya apakah langkah pertama untuk mempromosikan Proton di negara luar? Jawapan saya amat mudah, Kerajaan patut mewajibkan semua kereta rasmi Kerajaan Malaysia di luar negara menggunakan kereta Proton sahaja. Apakah maknanya? Itu adalah Malaysian identity, nasionalisme, patriotisme dan jatidiri! Bukan semata-mata bisnes sahaja.

Soalan kedua, adakah Proton patut diketuai oleh CEO bangsa asing untuk menyelamatkannya daripada kerugian sebagaimana CEO baharu MAS? Ini saya tidak setuju, tetapi saya juga tidak setuju jika Proton tidak memperbaiki masa hadapan mereka sendiri.

Pennyslavania, USA.
Disember 1, 2015.









2 Komen:

Anonymous said...

R&D Proton makan belanja besar, market M'sia kecil. Dr segi teknologi permotoran Eropah, Amerika, Jepun, Korea, dah jauh ke hadapan, tak berbaloi utk Proton menghasilkan brand sendiri, hanya nak berbangga, konon produk anak tempatan. Bg saya, yg penting kilang produksinya di M'sia. Staf stafnya dr atas sampai ke bawah org M'sia. Vendor vendornya org M'sia. So, org M'sia dpt kerja, vendor M'sia dpt kerja, k'jaan M'sia dpt pungut cukai. Doesn't matter rebadge or not, yg penting the business run. Bukannya berbangga dgn kononnya hasil anak tempatan tp business rugi, mcm cerita pak pandir, bangga dan suka ayamnya menang tp kampungnya tergadai.

Anonymous said...

Di mana kah negeri Pennyslavania di Amerika Syarikat..
arjuna waspada
changkat lobak

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan