SIAPA DAN MENGAPA JATUHKAN TS MUHYIDDIN DIDEDAHKAN

on Wednesday, December 9

DS Ahmad Zahid Hamidi (Naib Presiden UMNO) Bersama TS Muhyiddin Yasin (Timbalan Presiden UMNO)
TS Muhyiddin memulakan Perhimpunan Agung UMNO tahun 2015 dengan membuat perhimpunan awal di Kelab Sultan Sulaiman. Perhimpunan itu mudah difahami adalah untuk mempertahankan diri dan memberi tekanan kepada Presiden dan perwakilan UMNO.

Pada pandangan saya, tindakan itu wajar dari aspek peribadi tetapi suatu kesilapan politik di pihak TS Muhyiddin. Ianya mengulangi himpunan-himpunan DS Anwar Ibrahim tahun 1998 dahulu. Cuma TS Muhyiddin tidak cukup kekuatan untuk menggerakkan massa bersifat reformasi.

Yang Tersirat
Sebenarnya, ramai pemerhati politik tidak melihat konflik ini di belakang tabir apa sebenarnya yang tersirat.

Di dalam sejarah UMNO, semua Presiden UMNO selepas Tunku Abd Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn daripada anak-anak kepada mantan Presiden UMNO. Contohnya, Dato Onn Jaafar mempunyai legasi Presiden iaitu Tun Hussien. Tun Razak berjaya melegasikan Presiden kepada DS Najib. Di pihak Tun Abdullah Ahmad Badawi, hanya Khairy Jamaluddin diharap boleh meneruskan legasi itu. Di pihak Tun Dr. Mahathir pula, sudah tentu Datuk Mukhriz diharapkan akan menjadi Presiden UMNO suatu masa kelak. Inilah UMNO !

Tun Musa Hitam satu-satunya Timbalan Presiden yang berkaliber dahulu, tewas di tengah jalan. DS Anwar Ibrahim juga gagal di saat-saat hampir melangkah kaki sebagai Presien UMNO. Terbaharu, TS Muhyiddin turut terbantut di tengah jalan walaupun sebelumnya ramai yang optimist beliau sudah bersedia.

Ramai terlupa persaingan giliran di dalam kepimpinan utama UMNO pada masa hadapan bukan lagi kepada DS Zahid Hamidi dan DS Hishammuddin kerana kedua-dua pemimpin ini nampaknya semakin selesa selepas ketiadaan TS Muhyiddin dan DS Shafie Apdal di dalam jamaah kepimpinan tertinggi UMNO.

Ramai orang tidak melihat, sebenarnya persaingan yang tersirat adalah antara Khairy Jamaluddin dengan Datuk Mukhriz Mahathir iaitu penerusan legasi Pak Lah dan legasi Tun Dr. Mahathir. Sudah pasti Khairy tidak mahu kerugian masa selepas gagal menyiapkan dirinya sebagai Perdana Menteri sebelum berusia 40 tahun.

Dengan menjatuhkan atau kejatuhan TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Apdal juga, maka persaingan ke jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun hadapan semakin selesa kepada DS Hishamuddin, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz.

Ramalan saya ialah TS Muhyiddin dan DS Shafie Apdal akan sukar mempertahankan jawatan mereka pada tahun hadapan. Di dalam sejarah UMNO, apabila anda tidak berada di dalam jamaah anda pasti sukar untuk bertahan. Lihat sahaja kisah DS Anwar Ibrahim vs Tun Ghafar Baba dahulu. DS Anwar Ibrahim menang besar sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana pada masa itu jamaah 'wawasan' bersamanya. Situasi TS Muhyiddin sekarang samalah seperti situasi Tun Ghafar Baba dahulu.

Di dalam Pemuda UMNO sekarang, selepas Khairy Jamaluddin tidak nampak pemimpin-pemimpin Pemuda yang berkaliber dan berkarismatik. Ini sangat berbahaya kepada UMNO pada masa hadapan.

Apa Berlaku Kepada TS Muhyiddin ?
Daripada pengamatan saya, TS Muhyiddin sebenarnya dikeluarkan oleh orang lain. Bukan oleh DS Najib. 

TS Muhyiddin sebenarnya terpaksa dan dipaksa untuk turut sama memainkan isu dana politik RM2.6 Billion dan isu 1MDB oleh orang lain. Apakah tujuannya mengenakan TS Muhyiddin dan DS Shafie Apdal? Sepertimana saya sebutkan tadi, supaya orang lain pada pertandingan tahun hadapan akan menaiki kerusi Naib Presiden dengan mudah. Supaya jua, Naib-Naib Presiden kini berada di dalam kedudukan dan giliran yang stabil untuk menaiki takhta Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Lanjutan itu jua, usaha menjatuhkan DS Najib digerakkan juga dengan menggunakan isu yang sama (dana politik dan 1MDB) untuk mempermudahkan laluan mereka menaiki takhta. Jika anda bertanya 10 ahli perniagaan, saya tidak hairan jika 9 daripada 10 daripadanya bersetuju dengan syarikat 1MDB. Jika anda bertanya 10 orang ahli politik tidak kiralah daripada UMNO, DAP, PAS saya tidak hairan jika 9 daripada 10 ahli politik itu bersetuju perlunya dana politik. Mereka yang tidak bersetuju pada hari ini kerana mereka bukan pemerintah. Jika mereka menjadi pemerintah, semua akan menjadi halal semula. 

Lihatlah kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PKR di Selangor, mereka hanya top up apa yang sudah dijayakan oleh kerajaan sebelum mereka. Lihatlah kerajaan PAS di Kelantan, semasa Husam menjadi Exco, semua betul belaka. Apabila Husam tidak menjadi Exco, semua salah belaka.

Usaha menjatuhkan Najib dan usaha menjatuhkan TS Muhyiddin digerakkan oleh orang yang sama. Siapakah orang itu? Saya akan buktikan hipotesis saya pada masa yang akan datang. Namun, untuk step pertama tahun ini, menjatuhkan TS Muhyiddin. Paling malang adalah DS Shafie Apdal yang terikut-ikut dan tersalah ikut.

Saya teringat ucapan Tun Dr. Mahathir pada tahun 1985 dahulu. Anda boleh membacanya semula di dalam buku ini. Kata Tun Dr. Mahatir, "UMNO tidak akan hancur kerana serangan musuhnya, tetapi UMNO boleh hancur kerana pecah-belah di dalam parti, kerana sengketa ahli-ahli UMNO".

Pada tahun 1976, Tun Dr. Mahathir turut menulis di dalam bukunya begini, "Perpaduan di kalangan orang Melayu bukanlah suatu perkara yang mudah. Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu lebih mudah berpecah-belah dari bersatu-padu".

Selamat Bersidang.

USA.
Disember 8, 2015.
-----------------------------------------------------------
*artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis.












8 Komen:

Anonymous said...

KAWE SERO LAGU TU JUGOK DAN KAWE SERO TOK NAJIB TIDAK AKAN JATOH DALE MASO TERDEKAT.

Anonymous said...

Thorbaikk Dato' !

Anonymous said...

baik ulasan penulis... syukur sebab rasa hati Dan jangkaan saya tentang kemelut yg berlaku Sekarang ini telah penulis Bantu terjemahkan dgn jelas. itulah strateginya.

Anonymous said...

Saya tertarik penulisan saudara. Mungkin juga ada agenda rahsia kelompok tertentu yg mahu menjatuhkan pemimpin senior spt TSMY. Saya akan tunggu sambungannya..

Wlaupun apa yg kita faham mmg ada wujud perseteruan antara mantan PM dgn DSNR sejak 2013 lg. Tetapi hal2 lain spt ini juga kita tak boleh ambil mudah. Sbb kita faham pemilihan semakin hampir dan pd usia TSMY, boleh dikatakan sudah sepatutnya dia berehat utk beri laluan org yg lebih muda.

Ramai pemerhati berpendapat isu ini terlalu lemah dan pd akhirnya hanya menguntungkan kepimpinan yg ada. Tambah lg model penentangan yg digunakan juga model lapok yg telah digunakan ramai pemimpin yg gagal sblm ini.

R

Anonymous said...

pembetulan ...
kejatuhan Ghafar Baba adalah disebabkan Politik wang yng dilakukan oleh Anuuar... masih ingat lagi ade perwakilan dari kampung den dapek duit supaya menyokong beliau... Sekarang ni sejarah macam berulang lagi apabila derma politik 2.6 bilion mengalir kebawah kepada individu tertentu..... AUDIT PENGURUSAN KEWANGAN PERLU dilakukan keatas Derma 2.6 bilion ini.....

Anonymous said...

Ha..Selangor dan pulau pinang lebih maju dan sejahtera sekarang banding dgn dulu..

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terimakasih komentar yang diberikan, semoga memberi manafaat kepada negara

Anonymous said...

Assalam,aku rasa tidak ada masalah dalam UMNO ni.Cuma yang bermasalah ialah Najib.Najib yang membawa masalah ke dalam UMNO.Untuk selamatkan diri dia,macam-macam isu yang dia timbulkan seolah-olah ada ancaman terhadap UMNO dan kerajaan BN.Isu utama ialah RM2.6 billion tu.Cuba tanya dia mana yang betul.Duit tu untuk UMNO ke untuk dia ?Sudah pasti jawapannya berbelit-belit.Bila orang bertanya dia menuduh orang itu nak menentang dia pulak.Sebaiknya rehatkan Najib,semua masalah selesai !

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan