LIMA CERITA MENARIK DI AMERIKA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

on Saturday, January 31

SEDANG MAKAN "BURASAK" YANG DIBEKAL DARI MALAYSIA KETIKA TRANSIT DI AIRPORT LONDON, DI HADAPAN BILIK SOLAT MUTLI FAITH PRAYER ROOM*
Kehidupan di Amerika Syarikat, kita sering disajikan dengan kehebatan negara kuasa besar ini di dada akhbar dan di kaca TV.

Sejak saya menjejakkan kaki di negara ini, saya melalui pelbagai pengalaman baharu yang mencuit hati, saya fikir elok dikongsikan bersama dengan pembaca blog saya khususnya di negara Malaysia.

1. Security System di pintu masuk negara
Semasa transit di London, saya mengalami pengalaman melalui pemeriksaan keselamatan yang sangat teliti di kaunter Imigresen. Segala barangan dalam beg saya dikeluarkan seperti colgate, ubatan-ubatan dan makanan diperiksa satu persatu menggunakan mesin pengimbas biasa dan mesin pengimbas kedua.

Minuman seperti air mineral dan minuman kotak Dutchlady yang diberi semasa di dalam kapal MAS diambil, diperiksa dan melalui special scan di mesin pengimbas kedua yang lebih kecil.

Semasa di Amerika Syarikat, jabatan kastam dan keselamatan mereka menunjukkan profesionalisme kerja yang tinggi. Ketika mereka memeriksa borang perisytiharan kastam yang diisi semasa di dalam kapal terbang, mereka menyoal apa yang kita tandakan dan mereka memeriksa barang makanan mentah satu persatu. Jika kita bercakap benar, maka urusan menjadi sangat mudah.

Pengalaman saya di beberapa buah negara yang pernah saya lawati, saya mendapati pemeriksaan di pintu masuk negara kita perlu dipertingkatkan lagi.

2. Homeless (Warga Tanpa Rumah)
Di negara kita, amat sukar untuk melihat rakyat Malaysia tidur bergelimpangan di tepi-tepi kedai dan di lorong-lorong. Sebabnya mudah, kerana kita mempunyai Kerajaan yang prihatin dengan memberikan bantuan tempat tinggal di rumah-rumah Kebajikan Masyarakat ataupun di rumah-rumah NGO yang menyediakan perkhidmatan tersebut dengan bantuan kerajaan, juga private sector melalui program social responsibility mereka.

Amerika Syarikat jelas mengamalkan sistem kapitalis, jika anda rajin berusaha, bijak berusaha anda boleh berjaya. Kebankrapan anda, kemiskinan anda, kesusahan hidup anda di sini perlu anda tanggungi sendiri tanpa mengharapkan bantuan pihak Kerajaan. Kelihatannya fungsi kerajaan di sini lebih kepada fasilitator (mempermudahkan urusan).

3. Harga Minyak
Di Amerika Syarikat, stesen minyak mempunyai kuasa sendiri untuk meletakkan harga minyak di stesen-stesen mereka. Kerana itu harga satu gallon RON95 ada yang mencecah USD2.26 (RM8.21) satu gallon malah ada juga mencecah USD2.30 (RM8.36) satu gallon. Maka, anda boleh menilai sendiri hal ini dengan apa yang dimomokkan oleh Rafizi khasnya seperti ini .

4. Halal Food
Makanan halal yang menjadi kebanggaan kita di Malaysia, sayangnya tidak dikembangkan di sini. Kebanyakan makanan halal di sini diusahakan oleh komuniti Arab dan India Muslim itupun dalam jumlah yang sangat kecil dan tidak banyak pilihan. Saya percaya, jika syarikat-syarikat makanan di negara kita mengembangkan makanan halal ke Amerika Syarikat, saya percaya keuntungan akan berlipat ganda.

5. Patriotisme
Saya kebetulan bertemu dengan beberapa warga Indonesia keturunan Cina. Satu perkara yang sangat membanggakan ialah, walaupun mereka berada di Amerika Syarikat dan mereka keturunan Cina, tetapi perbualan mereka menggunakan bahasa nasional iaitu bahasa Indonesia (kita sebutkan sebagai bahasa Melayu) dengan penuh rasa bangga. Bagaimanakah patriotisme rakyat kita di luar negara?

Bersambung akan datang...

Penns, USA.
5.30 pagi waktu tempatan.

*Multi-Faith Prayer Room - berkongsi tempat sembahyang seperti penganut agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Jews dan sebagainya.





PUISI KHAS KEPADA KETUA MENTERI SABAH

on Friday, January 23


Penemuan Baharu, Hasil Kajian Baharu

ANWARISASI MENYUSUP

on Wednesday, January 21

Ramai orang sudah lupa, mungkin kerana mereka mudah lupa. Apabila TV3 memberi nafas kepada DS Anwar Ibrahim, ramai yang terkejut.

Sebabnya mudah, selain daripada lupa, ianya juga disebabkan mereka tidak belajar sejarah atau lupa kepada sejarah.

Anwar Ibrahim adalah seorang yang bersifat revolusioner. Semasa belia, Anwar berlatih pelbagai taktik, teknik dan modus operandi yang berkesan dalam kepemimpinan di Indonesia.

Apabila pulang ke Malaysia, Anwar menjadi hero di Universiti Malaya, di jalanan Kuala Lumpur hanya dengan isu bahasa Melayu di iklan dan papan tanda. 

Walaupun Anwar bukan pengasas ABIM tetapi Anwar menguasai ABIM atas kekurangan pengasas-pengasasnya. 

Di peringkat antarabangsa, Anwar beruntung kerana seringkali mewakili NGO Islam seperti ABIM, IIIT ke persidangan belia Islam dan NGO Islam khususnya di Arab Saudi. 

Ada dua orang yang pernah membantu Anwar. Pertama ialah TS Sanusi Junid ketika Anwar memulakan perniagaan Yayasan Anda dan juga ketika Anwar mengambilalih (ada yang berkata merampas) ABIM. Sebenarnya, salah seorang pengasas ABIM ialah TS Sanusi Junid.

Kedua pula ialah Tengku Razaliegh Hamzah yang mencadangkan nama Anwar kepada kerabat diraja Arab Saudi yang ketika itu sedang mencari pemimpin NGO Islam untuk diberikan dana menjalankan aktiviti-aktiviti Islam di Malaysia.

Dalam tempoh 28 tahun (1970-1998), Anwar berjaya merekrut pemimpin-pemimpin bawahannya dan meletakkan mereka di tempat-tempat yang strategik. Apatah lagi di dalam media. Saya tidak hairan apa yang berlaku di TV3 baru-baru ini!

COGANKATA ANWAR
Sejak dahulu lagi Anwar membahasakan perjuangannya sebagai 'Ubah'. Anwar mahu mengubah segala-galanya. Sebab itu jika kita kaji kenapa Anwar menggunakan istilah Reformasi (1998), kerana sebelum itu pada tahun 1985, Anwar menggunakan istilah 'Menangani Perubahan'. Empat tahun sebelum kejatuhannya, Anwar membawa mesej Renaisance.

Pada tahun 1998, Anwar sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri tetapi tidak menjadi kerana kesnya itu. Kesempatan kedua Anwar menjadi Perdana Menteri ialah selepas PRU-13 (2013), juga tidak berjaya. Saya melihat, Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri melalui pilihanraya. Satu-satunya cara untuk Anwar menjadi Perdana Menteri ialah melalui penyusupan, penyerapan, dan rekonsiliasi.

Adakah anda berfikir TV3 sedang menyusup dan menyerap semula Anwar di dalam arus perdana? Adakah anda mengetahui sejarah kepemimpinan TV3 dengan sebenar-benarnya? Apa yang hendak dihairankan, wakil rakyat UMNO sendiri mahu Anwar dibawa masuk semula ke dalam UMNO. Nampaknya, pada tahun 2015 ini, Anwar sangat lemah-lembut dengan kerajaan yang ada sekarang. Malah, ada ketua jabatan yang terang-terang berkata jika Anwar berucap, seluruh pegawai kerajaan akan berpusing 360 darjah untuk menyokongnya. 

Semua ini bermaksud, Anwarisasi sedang mengembangkan sayapnya melalui dalam. 

bersambung...









PENGKRITIK NAJIB TIDAK MENYAKINKAN

on Monday, January 19

LAPORAN SEBUAH BERITA UTAMA DI TV
DS Anwar Ibrahim kelihatan mula masuk campur dalam isu yang dibangkitkan oleh Tun Daim Zainuddin baru-baru ini. Adakah Anwar memberi signal rekonsiliasi siri 2015? 

Nampaknya, Ketua Pemuda kelihatan menjauhkan diri dalam percaturan politik yang terkini. Beliau kurang menunjukkan keprihatinan perkembangan politik semasa, begitu juga dalam isu banjir besar pun beliau bersikap agak pasif. Adakah itu play save?

Apa pun, saya faham orang-orang politik mempunyai sebab untuk berdiam diri dalam banyak isu dan mereka juga mempunyai sebab tersendiri untuk tiba-tiba menjadi hero walaupun bukan dalam bidang kuasa mereka. 

Ada pihak mahu melihat supaya perdebatan 1MDB ini menjadi lebih besar dengan harapan DS Najib mengalah dengan tekanan yang diberikan kepadanya. Sebenarnya inilah  kesilapan besar mereka, iaitu tidak mensasarkan kritikan utama mereka kepada orang yang betul. Mereka menembak orang yang salah!

Dalam kita mengukuhkan nation building, rakyat tidak boleh dilibatkan dengan persaingan peribadi, persaingan politik dan khususnya persaingan perniagaan kerana kesannya akan merugikan kedua-dua pihak. Kesannya, rakyat menjadi fed up dan mereka boleh mengubah sokongan sekelip mata dalam PRU14 nanti kerana mereka mahukan kestabilan berterusan, masa hadapan yang meyakinkan dan kesejahteraan yang berkekalan.

Nampaknya di sini pun terdapat 18 soalan:-

1. Jika Pak Lah ditolak kononnya flip flop dan sebagainya, kini DS Najib pula dituduh perkara yang sama, maka namakanlah siapakah pengganti DS Najib itu? Sebutkanlah kerana rakyat mahu tahu siapakah dia? 

2. Jika Anwar dibebaskan dalam keputusan rayuannya tidak berapa lama lagi, adakah Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas PRU14, itukah kemahuan anda?

3. Dalam artikel saya yang lepas, wakil rakyat UMNO sendiri 
mahukan Anwar menyertai semula kerajaan. Adakah mustahil Anwar menyertai semula kerajaan jika masih lagi wujud simpatisma Anwar dalam kerajaan dan parti UMNO sendiri.


4. Soalan umum, adakah negara kita dalam kucar-kacir, porak-peranda dan kacau-bilau sekarang?

5. Berterus-teranglah kepada rakyat, anda marah kepada DS Najib atau marah kepada orang-orang di sekeliling DS Najib? Kerana itu saya nyatakan janganlah memarahi orang yang salah, marahilah orang yang betul?

6. BR1M memang merugikan kata orang yang ada banyak wang! Betul atau tidak? Semasa saya ke pasar tani pagi tadi, dua orang rakyat biasa sangat bersyukur dan berterimakasih kepada DS Najib kerana dengan BR1M dan bantuan RM100 kepada anak sekolah, mereka boleh membeli pelbagai keperluan untuk keluarga mereka. Orang Utan di Sepilok akan pengsan kalau ada bisnesman pun turut berbaris menerima BR1M !

7. Dengan segala momokan ke atas ekonomi negara kita, saya hanya terbayang keadaan negara kita sepatutnya sudah collapse, rakyat huru-hara, ramai orang terjun bangunan membunuh diri kerana kononnya bursa saham di Malaysia merudum teruk berbanding negara Pakistan. Ironinya, ia agak pelik bilamana semakin ramai rakyat Malaysia makan dan minum di luar rumah, sebaliknya semakin ramai pekerja asing Pakistan membanjiri negara kita. Amat kontradiksi sekali di antara laporan dan realiti. 

8. Adakah Pilihanraya Umum ke-14 perlu disegerakan untuk memuaskan hati semua pihak? Atau untuk memberi peluang kepada parti pemerintah memperolehi 2/3 majoriti? 

9. Pengkritik DS Najib kurang meyakinkan, kerana mereka tidak berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia salahsatu cabang pelaburan kerajaan yang dihentam terok iaitu 1MDB itu benar-benar akan membuatkan rakyat jatuh miskin, bankrap dan hidup menderita. Jika mereka boleh membuktikan pelaburan 1MDB itu benar-benar mengalami kerugian total kepada rakyat, maka sudah pasti rakyat akan bersama mereka. Malangnya, 1MDB masih boleh menunaikan tanggungjawab sosial mereka membantu mangsa banjir, menunaikan haji, memberikan biasiswa kepada semua kaum dan sebagainya. Sebab itulah kritikan ke atas 1MDB tidak menggegarkan Kerajaan dan DS Najib.

10. Apa yang ditonton oleh rakyat hanyalah perebutan, persaingan, ketakutan, kerisauan, permainan, kerugian, keuntungan, ringgit, wang Amerika, saham, musuh, tuduhan, menjatuhkan, menekan, visualisasi, hipotesis, kebencian, melulu, melalak, berbanding rakyat tidak melihat kesyukuran, terimakasih, ketenangan, kesabaran, kenegaraan, masa hadapan, kehebatan, kehormatan dan kecantikan. Di manakah semua itu menghilang secara tiba-tiba?

11. Adakah ekonomi Malaysia akan bertambah baik jika melantik Tony Pua ataupun Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi yang baharu? Atau adakah ranking kebebasan akhbar di Malaysia akan bertambah baik jika melantik Nurul Izah atau Tian Chua sebagai Menteri Penerangan yang baharu? Yang pasti, Anwar akan lebih rela menjadi pensyarah di University Washington berbanding jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua. Politik matang, politik dendam dan politik bentuk baharu (new politic), anda pilih yang mana?

12. Adakah anda percaya Anwar akan menyerahkan bukti kepada SPRM? Masalah Anwar sekarang ialah integritisasi, rakyat bukan mahu mendengar ugutan, silakan bawa bukti itu segera kepada SPRM jika ada. Seseorang berkata kepada saya, kenapa baru sekarang, kenapa tidak 17 tahun dahulu?

13. Siapakah di TV popular sekarang? Siapakah di dalam konglomerat media perdana sekarang? Saya sangat yakin wartawan negara lebih dahulu makan garam dalam persoalan ini. Hanya dalam tempoh tidak sampai 20 tahun, dunia media di Malaysia sudah terbalik 360 darjah kepada si sang gelojoh.

14. Sebab itulah saya katakan sebelum ini, Kerajaan tidak statik. Sebaliknya pengkritik Najib kelihatan statik. Jika wang disimpan bawah bantal wang itu statik dan merugikan. Pengkritik Najib membuat silap besar kerana menyerang orang yang salah. Seranglah orang yang betul. Masalahnya anda tahu atau tidak orang yang betul itu?

15. Di manakah saudara A. Nazri Abdullah sekarang? 

16. Adakah UMNO Selangor akan menerima Tan Sri Khalid Ibrahim? 

17. Najib adalah Jokowi Malaysia, adakah anda bersetuju?

18. Untuk menjatuhkan DS Najib, seseorang perlu mengumpulkan 100 pengkritik yang berkualiti kerana kelihatannya majoriti rakyat tidak terpengaruh dengan kritikan angka 18. 

Barangkali Allah SWT memuliharanya. Wallahua'lam.

Selamat menjawab.
KLIA.




MENJAWAB KADIR JASIN

on Tuesday, January 13

Datuk A. Kadir Jasin
P. Ramlee adalah tokoh dalam bidangnya yang tahu bila masa untuk berdiam diri. Zaman kegelapan P. Ramlee bermula apabila irama Pop Yeh Yeh menguasai muzik tanah air. Namun begitu, sumbangan besar P. Ramlee dalam penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sangat membanggakan. 

Hari ini, sangat malang apabila seseorang tidak tahu bila masa yang sesuai untuk berhenti dan berehat. Mereka ini tidak menyelami nasihat Tun Dr. Mahathir, supaya berhenti makan sebelum kekenyangan. 

Inilah masalah di dalam negara kita, mereka selalu mahu mencipta news of the year

Kewartawanan Era DS Najib
Kewartawanan hari ini sangat-sangat berbeza dengan era tahun 1960an hingga ke hujung 1990an. Keberuntungan para pengarang pada zaman sebelum DS Najib ialah mereka kurang keberanian untuk mengkritik Perdana Menteri sebagaimana yang mereka lakukan sekarang.

Ada satu cerita oleh wartawan lama, seandainya anda sedang bertanya kepada seseorang menteri soalan yang sukar, tiba-tiba kaki anda akan dipijak sebagai tanda anda tidak boleh meneruskan soalan itu.

Malang kepada mereka kerana, pada hari ini kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak menghalang dirinya dikritik, walaupun rekabentuk kritikan itu kelihatan sangat hodoh malah menelanjangi kekurangan si pengkritus. 

Mereka tewas kepada kesederhanaan Perdana Menteri yang menerima sebarang bentuk kritikan, dan mereka sangat sakit hati kerana Perdana Menteri boleh bersabar, tenang dan kelihatan hebat di tengah-tengah kritikan yang menggila.

Apalah sangat ketohoran idea wartawan kunos (bukan kuno) yang merasakan diri sebagai pemikir terhebat konon, walhal mereka sering lupa tanpa peranan Kerajaan yang memberikan peluang kepada kita bersuara dan berbisnes, ianya hanya umpama kertas-kertas hangus yang diterbang angin ke ruang kotor udara. 

Saya sangat yakin bahawa kerana semakin vacumnya mereka dengan pemikiran lama, dan tidak berada di dalam cycle kerajaan, mereka menjadi syok sendiri hinggakan berperasan merekalah pengkritik tersohor dekad ini walhal kritikan-kritikan itu tidak signifikan kerana tidak up to date. Mereka ingat Kerajaan hari ini sebuah Kerajaan yang statik. Sedarlah zaman sudah berubah.
Tun Daim Zainuddin
Sejak tahun 2009, DS Najib secara peribadi tidak pernah pun menyinggung apa yang dibuat oleh Tun Daim Zainuddin (Tun Daim) hinggalah sekarang ini. Sumbangan Tun Daim tidak pernah pun dipertikaikan oleh Kerajaan. Mengapakah merasakan kerajaan mempertikai atau mengenepikan sumbangan Tun Daim? Mengapa ada orang lain terasa sangat? Hubungan kerajaan dengan Tun Daim Zaindudin dan Tun Dr Mahathir sentiasa dalam keadaan baik sepanjang masa. Jika mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan Kerajaan, bukanlah bermakna Kerajaan bermusuhan dengan mereka.

Baru-baru ini saya terserempak dengan Tun Daim di IJN, walaupun ketuaan beliau sangat jelas, saya tidak fikir Tun Daim mempunyai apa-apa masalah dengan Kerajaan dan DS Najib. 

Kita kena sedar DS Najib tidak mempunyai pegawai tingkat 4 untuk bermesyuarat di luar waktu pejabat atau di luar kawasan.

Saya tidak tahu kepada siapakah Datuk A. Kadir Jasin (Kadir Jasin) menujukan kritikannya, jika orang muda yang berdampingan dengan Perdana Menteri yang dimaksudkan, maka saya bukanlah orangnya. Saya menerima sebahagian kritikan Kadir Jasin, tetapi saya menolak sebahagiannya juga. 

Sebagai ahli Kerajaan yang baik, dan sebagai warganegara yang baik, saya mesti mempertahankan Kerajaan, Negara dan Perdana Menteri. Tetapi percayalah, saya tidak akan mempertahankan menteri yang bertanggungjawab di bawah bidang kuasanya terhadap penganjuran K-Pop baru-baru ini.

Inilah jawapan saya terhadap 18 soalannya.

1. DS Najib telah memberikan jawapan sebab mengapa Darurat tidak diisytiharkan semasa banjir besar baru-baru ini, di antaranya kerana isu insurans sebagaimana dalam laporan Malaysiakini. Majoriti rakyat menerimanya dan pengamal insurans tidak menolak alasan itu, di mana keputusan tersebut dilakukan demi kebaikan rakyat yang ditimpa musibah.

Tanpa Darurat pun, kebijaksanaan kerajaan lebih terkehadapan di mana langkah-langkah pro aktif seperti kerjasama Kerajaan PAS dan Kerajaan UMNO dilihat lebih berkesan. Di peringkat Kerajaan persekutuan pun, agensi-agensi Kerajaan sudah all out sepanjang masa. 

Saya sedar terdapat kekeliruan bilamana angka RM800juta disebut kononnya telah dibelanjakan sepanjang banjir besar baru-baru ini. Walhal, faktanya peruntukan wang itu belum pun dibelanjakan pun, di mana agensi-agensi kerajaan masih menggunakan peruntukan bencana banjir tahun 2014. 

DS Najib seorang Perdana Menteri yang sangat teliti, kerana itulah dua hari lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara (JAN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menubuhkan Jawatankuasa Memastikan Pengurusan Bencana Banjir sebanyak RM500 juta itu dibelanjakan mengikut cara yang betul, telus dan bertanggungjawab. Satu sen pun daripada RM500 juta itu akan menjadi kawalan ketat oleh pihak SPRM, JAN dan MKN. Sudah pasti rakyat sangat gembira dengan kerjasama Integriti ini

Kerana itulah, jika anda duduk di Kuala Lumpur dan menulis soalan mengapa tidak diisytiharkan Darurat, ianya sama keadaan apabila anda duduk di Brickfields dan seseorang menghantar wassap gambar Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Barrack Obama sedang bermain golf, dan anda membuat pemikiran sendiri kononnya mereka bermain golf selama 8 jam. Saya sudah jelaskan kisah sebenar di Hawai di sini .

2. DS Najib adalah CEO kepada Kerajaan Malaysia. Negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh. Pemain bisnes minyak di Arab Saudi dan Rusia sedikitpun tidak terganggu dengan kejatuhan harga minyak yang dilaporkan di New York itu. Mereka sangat yakin ianya akan kembali menaik mencecah USD105 ataupun lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang. 

Laporan Reuters dan The Economy tidak boleh dijadikan asas untuk menjatuhkan hukuman awal kononnya Kerajaan akan mengalami kesukaran untuk sustain. Orang luar yang duduk di luar kerajaan boleh bercakap apa sahaja mitos dan hipotesis, yang akhirnya ianya akan menjadi tidak relevan. Sebelum ini, saya sudah menyatakan bahawa kita mesti bersatu mempertahankan PETRONAS, kerana salahsatu sumber ekonomi negara kita ialah melalui PETRONAS. Di sini

3. Kita janganlah terlalu American nice apabila terpikat sangat dengan harga minyak yang dispekulatorkan di New York. Anda harus mengubah sisi tempat duduk anda kerana harga minyak yang sebenar berada di Beijing, Moscow dan Riyadh bukan semata-mata di New York. 

New York adalah pemikiran lama kata Profesor Samuel P. Huntington. Katanya 20 tahun dahulu, bahawa New York dan Barat adalah pemikiran lama, kuno dan ketinggalan zaman. Pemikiran baharu itu berada di Timur Jauh dan Asia Barat. Pemain bisnes minyak di Amerika sengaja melambakkan simpanan minyak mereka untuk memastikan harga setong minyak itu turun ke paras USD40.00 setong tetapi simpanan mereka sendiri sudah pasti hanya mampu bertahan dua tiga bulan. Selepas itu mereka terpaksa menyembah semula negara-negara pengeluar minyak utama dunia, kerana itulah negara-negara Arab tidak peduli permainan harga minyak di New York malah Arab Saudi memberi amaran akan menambah pengeluaran minyak beberapa juta tong sehari tanpa memperdulikan kejatuhan harga yang disengajakan itu. Adakah ada sesiapa tidak mempercayai Kerajaan Malaysia masih boleh sustain?

4. GST telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Kerajaan, jika ada seseorang tidak mampu memahaminya, ianya adalah kerana beberapa sebab. Pertama pemikiran sudah tepu dan keras, kedua terlibat dengan bisnes jua, dan ketiga sudah tahu tetapi bertanya semula. Yang saya sangat pasti adalah "penjual pisang goreng tidak dikenakan GST", tetapi saya yakin dakwat, kertas dan bisnes percetakan akan mengalami GST, barangkali kerana itu harga Berita Harian naik 30 sen. 

Saya tidak sangka ada rakyat Malaysia sangat takut dengan GST sedangkan Indonesia sudah lama melaksanakannya, kalaulah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya percaya Anwar akan melaksanakan GST paling lewat pada tahun 2000.

5. Dua keadaan yang mencengkam mana-mana negara di seluruh dunia. Pertama kejatuhan harga minyak dan kedua kejatuhan nilai matawang masing-masing. Malaysia sudah pasti tidak terkecuali, melainkan Malaysia terletak di planet Marikh. 

Dengan soalan ke-5 itu, saya ada satu jawapan untuk kita fikirkan iaitu, Kalendar Formula 1 tahun 2015 di Korea Selatan ditutup kerana penganjurnya bankrap, banyak hutang dan Kerajaan mereka tidak mampu membantu. Manakala, Formula 1 di Malaysia terus sustain pada tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya.

Soalan 6 dan 7 saya memberi peluang kepada pembaca untuk menjawabnya kerana saya harus bersikap terbuka dan realistik. Soalannya di sini

8. Berita terkini hari ini (13/1/2015) melaporkan pasaran saham di negara-negara Asia Tenggara khususnya Indonesia, Filipina dan Thailand menjunam. Di Malaysia kita sangat malang kerana ada orang menulis pasaran saham Malaysia lebih buruk daripada negara-negara itu. Jika anda tidak lagi membaca Berita Harian kerana harga sudah naik kepada RM1.80, bacalah Jakarta Post, Manila Times dan Bangkok Post di layar internet supaya gambaran yang lebih adil boleh diberikan.

9. Seseorang wartawan, adalah lumrah bagi mereka membandingkan angka tahun 2012 dengan angka semasa pada tahun 2015. Tetapi wartawan yang rajin akan membuat sedikit homework untuk melihat pula semakan kenaikan harga IPO saham FGVB pada tahun 2016 hingga tahun 2020. Angka-angka pada tahun mendatang menjadi kebiasaan diramal oleh pakar-pakar pelaburan di mana mereka memberikan justifikasi masa hadapan yang sangat tepat dan jelas.

Soalan 10 dan 11 merujuk kepada Bank Negara, di mana tidak mungkin saya boleh memberi gambaran yang tepat. Saya lebih suka mengulasnya dalam bentuk yang lain. Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 20 tahun ini menerima pelbagai Pengiktirafan/Anugerah Antarabangsa telah memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa ekonomi Malaysia tidak akan bankrap, prestasi ekonomi Malaysia tidak akan sampai memberi kesan yang buruk kepada negara, di mana ianya terbukti di mana tatkala Malaysia mampu menurunkan harga minyak negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura tidak mampu melakukannya.

Soalan 12 hingga 17 berkaitan kes 1MDB. Oleh kerana saya bukan ahli ekonomi saya tidak berani untuk memberikan angka kerana angka yang baik hendaklah tidak statik. Saya telah menjawab dengan cara saya sendiri isu 1MDB di sini. Saya percaya gambaran saya sangat mudah, malah saya percaya amatlah tidak adil kepada sesiapapun untuk menilai 1MDB di bawah pengurusan baharu Arul Kanda tanpa memberikannya masa tetapi dia sudah pun ada kejayaan terpantas, iaitu mengembalikan wang pelaburan keseluruhannya berjumlah US$2.318 Bilion di Pulau Cayman (US$1.215 Bilion + US$1.103 Bilion)

Dengan kejayaan terbaharu ini, keenam-enam soalan itu menjadi tidak relevan. Saya juga percaya Kadir Jasin akan lebih memuji Arul Kanda berbanding Rafizi.

18. Soalan nombor 18 elok dijawab oleh pelajar tingkatan 6 kerana mereka boleh menjawab dengan tepat. Saya juga percaya DS Anwar Ibrahim pun akan menjawab dengan mudah. Semasa DS Najib berada di Hawai kerana menghormati jemputan Presiden Barrack Obama, pada masa yang sama pula di tanah air situasi banjir khususnya di Kelantan semakin kritikal. Maka sudah pasti DS Najib menggunakan apa jua kemudahan kapal yang ada dan selamat untuk segera pulang ke tanah air selepas menjadi tetamu Presiden Amerika. Sama ada Perdana Menteri pergi menggunakan kapal rasmi dan pulang ke Malaysia menggunakan kapal tentera dan sebagainya, itu adalah secondary. Keutamaan ialah rakyat mahu DS Najib pulang segera bersama-sama mereka dan itulah yang dilakukan oleh DS Najib setiap hari. Kita jangan lupa, menghormati jemputan dan menghormati tetamu adalah ajaran agama Islam. 

Kesimpulan
Akhir sekali, selepas bersoal jawab di sini, suka saya membuat kesimpulan, bahawa amarah, kebencian kalau ada dan kekecewaan Kadir Jasin adalah kerana kebimbangannya melihat DS Najib dikelilingi musuh dalam selimut, ataupun musang berbulu ayam. Namun, pada saya Kadir Jasin perlu mendedahkan siapakah mereka itu?

Jika di sini saya bertanya siapakah pengganti DS Najib itu? Kali ini saya bertanya pula, siapakah musang-musang berbulu ayam itu?

Selamat Membaca. 

ISU DS NAJIB BERUNDUR, 3 PILIHAN

on Sunday, January 11

SAYA membaca dengan teliti pandangan sahabat blogger saya ini , kami mempunyai pandangan yang berbeza, anda boleh terus membandingkan pemikiran kami.

Pengaruh Tun Dr. Mahathir dalam pemikiran rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan, pertama kerana beliau seorang yang mempunyai seni politik dan seni mentadbir yang bagus, kedua Tun Dr. Mahathir seorang yang sangat yakin apa yang difikirkan dan dilakukannya adalah benar, ketiga Tun Dr. Mahathir telah memerintah lebih dua dekad, dan keempat Tun Dr. Mahathir seorang yang patriotik. 

Kesimpulan pertama, seorang doktor perubatan akan berusaha tidak melakukan kesilapan semasa manage pesakit mereka walaupun dalam kalangan doktor ada pelbagai management yang berbeza ke atas pesakit mereka. Maksud saya, lumrahnya seorang doktor tidak akan merosakkan atau membunuh.

DS Najib melalui zaman yang sangat-sangat mencabar dalam sejarah 6 Perdana Menteri Malaysia. Kejadian pesawat MAS MH370 dan MH17, banjir maha besar khususnya di Kelantan, pencerobohan di Lahad Datu dan pelbagai ancaman luar dan dalam yang sangat kompleks kejadiannya. 

Pendek kata, zaman DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir adalah dua zaman yang sangat berbeza.
Perbezaan DS Najib dan Tun Dr. Mahathir
Perbezaan di antara DS Najib dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah, apabila anda menulis surat kepada Tun Dr. Mahathir surat anda akan dijawab sendiri oleh Tun Dr. Mahathir. Setpol Tun Dr. Mahathir sangat cekap, cepat dan cerdas. 

Saya teringat kisah seorang Maharaja negara China. Pada masa itu, terdapat seorang anggota tentera yang bijaksana telah menulis surat berpuluh kali kepada Maharaja dengan tujuan untuk menyelamatkannya daripada anasir musuh. Malangnya surat itu tidak pernah disampaikan kepada Maharaja. Pegawai-pegawai di Istana tidak menyampaikannya kepada Maharaja. Sehinggalah suatu hari Maharaja terjumpa surat-surat itu, tetapi sudah terlambat. 
Pilihan DS Najib
Berbalik kepada pandangan supaya DS Najib berundur oleh kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir. Dari sudut politik, DS Najib mempunyai sekurang-kurangnya 3 pilihan.

1. Pilihan pertama, menerima kemasukan PAS khususnya kepimpinan Ulama PAS yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyertai kerajaan gabungan. Allah SWT telah memberikan petunjuk yang jelas dengan menurunkan ujian banjir besar khususnya di Kelantan. Alhamdulillah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan bersatu menyelesaikan isu-isu banjir di Kelantan. 

Dalam bahasa mudahnya, mereka sudahpun bersatu padu daripada segi syahadah, pemikiran, kewangan dan sebagainya walaupun masih berbeza pakaian. Saya percaya perpaduan kedua akan lebih tersirna semasa perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tidak lama lagi.

2. Pilihan kedua, menerima kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Kerajaan Persekutuan sekaligus menamatkan sengketa politik yang sudah berlangsung lebih dua dekad. Jika kita kembali kepada sejarah 1988, tentangan pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah berpindah sekejap ke Semangat 46 lebih besar cabarannya berbanding cabaran ahli-ahli UMNO yang membentuk PKR. 

Sebenarnya terdapat wakil rakyat UMNO yang mahukan Anwar diterima semula masuk ke dalam UMNO, katanya jika ianya menjadi kenyataan kedudukan agama Islam dan orang Melayu akan bertambah kuat. Saya tidak tahu pandangan anda pula?

Rekonsiliasi  adalah pilihan atas pilihan yang sukar ditolak. Saya menerima banyak pertanyaan mengenai pertemuan saya di Jakarta tempoh hari. Off Record.

3. Pilihan ketiga, menerima dan menghadapi cabaran dalam UMNO seperti biasa. Saya memandang berat pandangan DSP Salleh Said Keruak ini bahawa,

"It does not matter whether Najib or whoever it may be heads Umno and becomes the Prime Minister of Malaysia. As long as Umno does not see that it is its own worst enemy and start executing reforms, Umno will face the risk of being rejected by the voters. It is very convenient to blame Najib for all the problems that Umno is facing. 

Do these people really think that by kicking out Najib Umno is going to be saved? Umno can only be saved once it realises that the voters are not opposed to the Prime Minister as much as they are angry about the Umno culture, which can no longer be accepted in a civil society." (SSK).

Kesimpulan saya ialah, sebagaimana yang disebut oleh Profesor Jayum di sini, bahawa sehingga ke saat ini, belum ada lagi pengganti DS Najib yang paling sesuai. DS Najib masih perlu meneruskan satu dua penggal lagi sehingga pengganti yang benar-benar layak telah mencapai tahap layak itu.

Jika anda berpandangan sudah ada pengganti yang layak, siapa dia?  

Selamat Berhari Minggu.
KLIA.


















SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA PEMBALAKAN HARAM

on Wednesday, January 7

Saya mencadangkan supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk tujuan-tujuan yang berikut:-

1. Menyiasat secara terperinci sebab-sebab berlakunya Banjir Luar Biasa di negeri Kelantan yang mengakibatkan Kematian besar, Kerosakan harta awam dan persendirian, Kerugian berbillion Ringgit akibat banjir luar biasa, malah mengganggu emosi mangsa-mangsa banjir.

2. Menyiasat Individu-individu yang terlibat di dalam pemberian kontrak balak, kontrak penebangan hutan supaya keadilan boleh diberikan kepada si penerima dan si pemberi kontrak. Siasatan perlu dijalankan melibatkan prosedur kontrak sama ada dipatuhi atau berlakunya perlanggaran.

3. Menyiasat supaya dapat membersihkan nama Kerajaan Negeri Kelantan daripada dituduh bersubahat dalam kes penggondolan hutan secara luar biasa yang mengakibatkan kerosakan ekosistem dan sistem saliran air bawah tanah dan sistem saliran sungai, seterusnya menjadi punca utama Banjir Luar Biasa di Kelantan.

Beberapa sejarah berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja:-

1. Pada tahun 1999, Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kes mata lebam DS Anwar Ibrahim. Suruhanjaya tersebut telah bersidang sebanyak 8 kali. Dalam laporan suruhanjaya berkenaan, tercatat tindakan spontan ke atas DS Anwar Ibrahim berlaku apabila berlakunya penggelaran 'Ni Bapa Anjing'. 

2. Satu lagi Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan pada tahun 2007 demi untuk memuaskan desakan sesetengah pihak akan hal video klip VK Lingam yang dikatakan kononnya mengatur kedudukan hakim-hakim. 

3. Berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock, Kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan Inkues (2011) untuk menyiasat kalau-kalau terdapat apa-apa perbuatan yang tidak wajar semasa siasatan ke atas mendiang berkaitan kes rasuah oleh pihak SPRM.

4. Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang terkini (2012) adalah mengenai kononnya pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing di Sabah. Hasil daripada Suruhanjaya Siasatan DiRaja tersebut, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah susulan khususnya penubuhan Jawatankuasa Tetap untuk mengurus hal-hal yang berkaitan warga asing.

RASIONAL
Isu penting sekarang pula mengenai banjir luar biasa yang melanda negeri Kelantan khususnya di Kuala Krai, Manik Urai, Gua Musang, Tanah Merah dan banyak lagi tempat. Banjir besar ini telah mengakibatkan setakat ini 11 kematian di Kelantan sahaja. 

Pelbagai pihak khususnya rakyat jelata heboh memperkatakan mengenai penggondolan hutan-hutan di negeri Kelantan dalam skala yang besar dan sangat luar biasa. Malaysiakini telah berjaya menunjukkan gambaran yang jelas di sini 

Persoalannya, saya fikir tidak adil kita menuding jari kepada sesiapa pun. Kita mahu membersihkan nama mereka yang dikaitkan sepertimana disebutlah bahawa berlakunya penglibatan Kerajaan Negeri Kelantan yang terdahulu, disebut juga dalam media sosial dan media suratkhabar nama Datuk Husam Musa, Ngeh Kor Ming, Nga Koh Him dan sebagainya. 

Jika kita rajin sedikit, akan melihat juga terdapat tuduhan kononnya terdapat individu-individu dan syarikat-syarikat dari luar Kelantan terlibat dalam kemusnahan dan penggodolan hutan-hutan itu.

Jalan penyelesaiannya ialah, tubuhkanlah Suruhanjaya DiRaja Pembalakan Haram. Mengapa tidak? Saya sangat yakin DS Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli sangat bersetuju dengan cadangan ini kerana ianya melibatkan kepentingan awam dan keselamatan rakyat di Kelantan pada tahun-tahun mendatang. Hanya mereka malu untuk mencadangkannya!

Kita bimbang jika tidak ditangani, banjir pada tahun hadapan akan lebih buruk lagi setelah kemusnahan hutan-hutan tersebut yang melampau-lampau tanpa adanya pemulihan, pemuliharaan dan tanam semula. 

Dengan adanya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini, maka tindakan susulan seperti pemuliharaan hutan dan penanaman semula boleh diambil hasil daripada laporan suruhanjaya tersebut. 

Kerajaan Kelantan boleh mencontohi cara Yayasan Sabah memelihara hutan di Sabah dengan proses penanaman semula yang sangat teratur dan diperakui Bank Dunia.



AIR MATA MENITIS MELIHAT DS HISHAMMUDDIN

on Monday, January 5

Subhanallah, Semoga Allah SWT Memberkatimu
KELANTAN tanah serendah kebun bunga, 
Belum sembuh daripada luka dan keperitan, 
Lantaran dugaan maha dahsyat
Banjir yang sungguh luar biasa
Tidak mungkin bisa dilupakan 
Barang seminggu dua,

Bersabarlah Dato' Seri,

Bersama mereka di lapangan
Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul,
Perdana Menteri turun setiap hari 
Sebelum dan selepas bah besar, 
Dato' Seri turun bukan sejam dua, 
Bukan sehari dua, tetapi jua berhari-hari... 

Air mata menitis melihat DS Hishammuddin

Kerana berkorban jiwa dan raganya
Demi rakyat agar tenang di lautan derita,
Ingatkah lagi ayahnya Tun Hussien meredah Lautan 
Membebaskan Negara dari Jepun durjana,
Ingatkah lagi Dato' Onn Jaafar mengayuh basikal
Membebaskan Negara dari Malayan Union...

Biar foto itu berbicara
Biar airmata mentafsir jiwa dan nurani 
Seorang Menteri menghambakan dirinya 
Kepada rakyat dan negara.

Tiada kata seindah bahasa, 

Terima kasih Dato' Seri,
Hanya kepada Ilahi kami berdoa
Keperitan ini menjadi penawar,
Kepada mereka yang derita
Di tanah serendah taman bunga...

Al-Azharri Siddiq.

KLIA.

PERTAHANKAN PETRONAS DARIPADA KEJAHATAN

on Saturday, January 3

TAHUN 2014 baru sahaja meninggalkan kita, sepanjang tahun itu kita dikejutkan dengan tiga peristiwa besar iaitu tragedi MH370, MH17 dan syarikat penerbangan kedua terbesar negara AIRASIA beberapa hari sebelum menutup jendela 2014.

MAS dan AIRASIA merupakan dua syarikat penerbangan Malaysia. Kedua-duanya terkenal di seluruh dunia. Perkhidmatan MAS terkenal sangat bagus sehingga menerima anugerah sekian tahun. AIRASIA dalam kategorinya juga menerima anugerah setiap tahun. Kedua-duanya trademark yang mengkagumkan di mata dunia. Pada tahun 2014, musuh-musuh yang tidak berhati perut telah berjaya merosakkan MAS dan AIRASIA, tetapi mereka masih gagal menghancurkannya.

Kelihatan, apa yang berlaku sepanjang tahun 2014 seperti bunga-bunga sahaja, di mana sasaran sebenarnya ialah tahun 2015 dan seterusnya.

Namun begitu, negara kita masih boleh bertahan kerana perpaduan rakyat kita masih utuh. Musuh-musuh negara telah gagal beberapa kali untuk merosakkan negara kita, namun mereka tidak pernah berhenti mahu memperdayakan rakyat Malaysia. 
PETRONAS
Apa jua kos yang dikeluarkan oleh PETRONAS sama ada kos di pelantar, kos produk, bahan mentah, pentadbiran, insuran dan sebagainya, Kerajaan tetap mengambil langkah yang sangat berani dengan mengurangkan harga RON95, RON97 dan diesel. Walaupun kos ketiga-tiga produk ini tidaklah jauh berbeza dan boleh menampung kerugian akibat penurunan harganya, namun kerajaan mengambil langkah berani menurunkan semua harga produk tersebut pada kadar yang berpatutan, demi rakyat.

Setelah mengambil kira trend harga minyak di pasaran dunia USD60 setong sekarang, cadangan Rafizi di sini  supaya harga RON95 itu diturunkan lagi kepada RM1.60, ianya adalah satu cadangan yang tidak boleh diterima walaupun formulanya ke arah itu, kerana ianya akan membunuh PETRONAS dan memusnahkan masa hadapan generasi dan negara kita. Saya percaya Rafizi tidak sedar akan hal ini.

Adakah anda sedar bahawa 'Teras' ekonomi negara kita sekarang ialah PETRONAS. Hasil pendapatan PETRONAS kepada kerajaan sangat besar. Pada tahun 2014, sumbangan PETRONAS kepada kerajaan kira-kira RM68 Billion. Jika trend harga minyak terus menurun, PETRONAS dijangka hanya mampu memberi sumbangan kepada kerajaan lebih kurang RM43 Billion sahaja iaitu kurang 37%. 

Bayangkan, setiap USD1 penurunan harga minyak dunia, PETRONAS akan kehilangan RM1 Billion. Rafizi tidak melihat kehilangan ini suatu ancaman besar kepada negara, kerana fokus Rafizi ialah menurunkan harga minyak kepada RM1.60 dengan dua tujuan. Pertama supaya dia popular, dan kedua supaya pendapatan kerajaan merosot atau sumbangan PETRONAS kepada kerajaan dikurangkan. Implikasinya ialah rakyat akan merana.

Sekarang mari fikirkan, dengan harga USD60 setong atau kurang lagi, adakah pendapatan PETRONAS bertambah atau berkurang?

Kedua, jika berkurang adakah PETRONAS boleh memberi sumbangan yang sama banyaknya kepada pembangunan negara pada tahun 2015 ini?

Ketiga, dengan pendapatan PETRONAS dijangka berkurangan bagaimana nasib syarikat-syarikat Bumiputera yang bernaung di bawah PETRONAS?

Bayangkan jika musuh-musuh negara menurunkan lagi harga setong minyak kepada USD40 ? Apakah kesannya kepada PETRONAS dan negara? 
Siapakah Musuh-Musuh Negara?
Itulah sasaran musuh-musuh negara kita. Mereka mahu menghancurkan Teras ekonomi negara kita. Mudah kata, mereka mahu menghancurkan PETRONAS. Hancur PETRONAS maka hancurlah ekonomi Malaysia. Apabila hancur ekonomi Malaysia, maka menjadi peminta sedekahlah negara kita.

Sedarlah bahawa, ramai yang cemburu dengan kejayaan PETRONAS, dan musuh-musuh di luar sana mencari masa yang sesuai. Kini, masa itu seperti sudah tiba bilamana serangan menurunkan harga minyak di pasaran dunia menjadi trend yang semakin panjang. Ianya tidak pernah berlaku. 

Siapakah musuh-musuh utama negara kita ini? Sedar atau tidak sedar, mereka adalah segelintir sahaja di dalam dunia dengan memiliki kuasa untuk mencatur sesiapa sahaja. Mereka berada di belakang seseorang pemimpin. Mereka mencatur pemimpin-pemimpin di seluruh dunia supaya menuruti jalan yang mereka sudah tentukan. 

Mereka inilah yang menyerang sistem kehakiman negara kita, ekonomi negara, Perlembagaan Persekutuan, apa sahaja hatta sistem Raja-Raja, sistem Kerajaan Persekutuan, kesucian agama Islam, sistem Bumiputera dan sebagainya. Ramai di kalangan kita melihat hal ini biasa-biasa sahaja kononnya keadilan atau human right, walhal mereka lupa ianya adalah rentetan peristiwa yang mempunyai matlamat yang tersembunyi.

Apabila DS Najib bercakap soal "Kesederhanaan" ramai orang tidak sedar ianya adalah senjata kepada keselamatan negara kita. Apabila DS Najib bercakap mengenai "Wasatiyyah" ramai tidak melihat hakikat dalamannya. Apabila DS Najib bermain golf mereka hanya melihat kayu dan bola golf sahaja, kerana kita dibutakan oleh alatis bernama TV dan internet. Walhal TV dan internet tidak dapat menayangkan apa yang ada di dalam hati dan perjuangan Perdana Menteri kita.

Sejarah sahaja yang akan membuktikan, bahawa tindakan DS Najib itu adalah untuk memastikan rakyat Malaysia terus hidup dengan sejahtera.

Kepada rakyat Malaysia, percayalah, bahawa kita mesti bersatu untuk menghadapi semua ini. Kita mesti bersatu hati menentang kejahatan.






RAFIZI SUDAH TIDAK RELEVAN, TIDAK PUNYA IDEA YANG BAGUS UNTUK NEGARA

on Thursday, January 1

RAKYAT MULA BENGANG DENGAN RAFIZI
KEPUTUSAN Kerajaan menurunkan harga minyak kali kedua dalam tempoh sebulan minyak petrol RON95 daripada RM2.26 kepada RM1.91 disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh rakyat Malaysia.

Namun begitu, Rafizi Ramli yang baru balik dari luar negara tidak punya a sense of belonging kepada penderitaan rakyat Kelantan sekarang. Pulang ke Malaysia dan terus memomokkan usaha Kerajaan menurunkan harga minyak. 

Saya percaya satu-satunya isu yang Rafizi akan elakkan ialah bercakap hal pembalakan haram dan penerokaan hutan secara besar-besaran di Kelantan. Saya tidak percaya Rafizi akan mengkritik Kerajaan Kelantan berkenaan isu ini. Di dalam banyak isu persengketaan dasar Pakatan Rakyat, Rafizi paling takut mengkritik PAS, DAP dan Kerajaan Kelantan. Sangat-sangat takut. Malaysiakini lebih berani di sini

Tatkala Malaysia berjaya menurunkan harga petrol di pasaran, negara-negara lain tidak mampu menurunkan harga. Kita ambil contoh pengeluar minyak terbesar di rantau kita negara jiran Indonesia, mereka sendiri tidak mampu melakukannya. Jika ditanya semula kepada Rafizi, saya percaya dia akan menjawab 'oh Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Indonesia, kerana penduduk Indonesia berjumlah 237 juta orang dan Malaysia hanya 30 juta orang'. Ini adalah jawapan pelajar tingkatan 5.

Negara kaya Singapura dan Brunei turut tidak mampu menurunkan harga minyak petrol.
Tidak Punya Idea Yang Bagus Kepada Negara
Rafizi tidak mempunyai idea yang bagus untuk membangunkan negara kita. Tatkala Kerajaan telah berada di landasan untuk memberikan pendapatan tinggi kepada sektor awam dan sektor swasta, Rafizi mempunyai pandangan yang kontradik. Rafizi berpandangan Kerajaan patut memulangkan subsidi katanya berjumlah RM633 Juta kepada rakyat Malaysia. Soalnya adakah angka itu tepat, statik atau boleh ubah. 

Angka yang sebegitu sering dimainkan oleh Rafizi, kononnya Kerajaan rugi sekian juta, subsidi sekian juta, bisnes itu sekian juta tetapi Rafizi tidak pernah berjaya mendetailkan angka-angka itu. Pemikiran ekonomi seperti ini sering diutarakan oleh Adam Smith, seorang pakar ekonomi kuno dari barat.

Saya tidak pernah membaca atau mendengar Rafizi memberikan cadangan yang terperinci semasa mengkritik dasar-dasar Kerajaan. Adakah anda pernah membacanya? Rafizi di dalam PKR, hanya dilatih untuk menjatuhkan usaha kerajaan, memburukkan dasar-dasar kerajaan, dan merosakkan usaha kerajaan membela rakyat.

Rafizi sudah jelas lagi terbukti adalah mantan Penasehat Ekonomi Selangor yang gagal. Rafizi adalah promo Langkah Kajang yang gagal. Anda bersetuju atau tidak?

Oleh itu, saya tidak hairan apabila membaca komentar daripada rakyat jelata yang semakin momok dan memandang buruk kritikan-kritikan Rafizi. Saksikanlah di FB dan sebagainya, rakyat semakin marah dan meluat dengan kritikan-kritikan Rafizi yang tidak kena pada masanya. Sangat jelas, rakyat lebih tahu bersyukur dan Rafizi tidak tahu bersyukur.

Jika Rafizi membaca artikel ini, saya mencabar beliau mendetailkan angka RM633 juta itu. Jelaskan latarbelakangnya, puncanya, undang-undangnya, pembolehubahnya, risikonya, nilai percukaiannya dan yang paling penting di mana RM633 juta itu disimpan, dalam bentuk apa, securitynya, insuran dan implikasinya. Pernah anda mendengar Rafizi menghuraikan seperti ini apabila dia membuat apa-apa tuduhan? Soalnya, Rafizi tidak mampu melakukannya, kerana itu dia gagal sebagai Penasehat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor.

Rakyat Malaysia akan melalui tahun 2015 dengan lebih berani dan matang. Tidak lagi boleh diperdayakan dengan angka-angka dusta sebagaimana amalan lama Rafizi. 

Kepada rakyat Malaysia, kita mesti berdiri teguh mempertahankan negara daripada angka-angka dusta.  Kerana sekian lama, ianya tidak pernah dibuktikan di hadapan mata kita.








Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan