RAHSIA ADIK-BERADIK NAJIB TIDAK MASUKKAN NAMA NAJIB

on Saturday, February 28

Isu Seperti Ini Sangat Mudah Dijawab
TINDAKAN Dato' Sri Najib (DS Najib) menyaman akhbar Harakah atau lebih tepat kepada penulis artikelnya adalah sangat tepat. 

Malah dengan serangan bertubi-tubi daripada portal-portal pro pembangkang ke atas DS Najib, isterinya dan keluarganya maka saman tersebut sangat bertepatan.

Seperti saya nyatakan di sini bahawa DS Najib terpaksa mempertahankan dirinya sendiri. Bahagian media di Jabatan Perdana Menteri hendaklah merangka idea baharu dan juga mengambil pakar-pakar media dalam bidang politik, ekonomi dan sosial yang berpengalaman dalam pengurusan media siber dan akhbar perdana supaya provokasi-provokasi dan tuduhan-tuduhan ke atas Perdana Menteri dijawab dengan cara yang betul, cepat dan tepat.

Contohnya dalam isu surat kepada media oleh adik-beradik DS Najib tanpa memasukkan nama DS Najib. Media pro pembangkang malahan ada juga wartawan veteran mentafsirkannya sebagai pergaduhan keluarga besar ini.

Sebenarnya, jika anda membaca buku-buku mantan Perdana Menteri terdahulu seperti allahyarham Tunku Abd Rahman dalam 'Looking Back' dan wawancara Tun Dr. Mahathir tidak berapa lama dahulu, bahawa ketika mereka menjawat jawatan Perdana Menteri, pelbagai perkara khususnya hal-hal yang melibatkan keluarga mereka tidak dicampuradukkan dengan isu-isu dan pentadbiran kerajaan.

Begitu jugalah dalam isu tindakan 4 adik-beradik DS Najib tidak memasukkan nama DS Najib itu adalah tepat kerana mereka faham bahawa abang mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia, tidak wajar dilibatkan dalam kes mereka mempertahankan nama besar ayah mereka Tun Abd. Razak.

Tetapi saya percaya, apabila DS Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, beliau sendiri akan menulis dalam bibliografinya menerangkan hal-hal peribadinya dan hal-hal keluarganya semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Ketika Saya Mengunjungi Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perkara seperti ini dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dalam bukunya 'A Doctor In The House', Tunku Abd. Rahman dalam bukunya 'Looking Back', Lee Kuan Yew dalam bukunya 'The Memoir Of Singapore', dan mantan Panglima ATM Jen (B) Tun Ibrahim Ismail  dalam bukunya 'Pahlawan Melayu'.
Saya Mengunjungi Jen (B) Tun Ibrahim Ismail, Mantan Panglima ATM Semasa Hayatnya Beberapa Bulan Sebelum Meninggal Dunia
Saya sangat yakin DS Najib juga akan menulis bibliografinya sendiri kelak.

Jadi kita sebagai pembaca yang bijak, usahlah terpedaya dengan hasutan seperti ini . Mereka ini terpengaruh idea lama kewartawanan dengan konsep 'jangan tulis lori itu melanggar seekor anjing tetapi tulislah 'seekor anjing telah melanggar sebuah lori'. Maknanya, apabila anda menulis mengenai DS Najib tulislah yang buruk sahaja walaupun sedikit, sebaliknya kebaikan DS Najib yang besar hendaklah disembunyikan.

Kesimpulannya, tindakan DS Najib menyaman akhbar Harakah satu bukti yang jelas DS Najib berada di pihak yang benar. Dengan tindakan drastik dan penuh tanggungjawab itu, DS Najib berada dalam kedudukan seorang individu yang berintegriti, berkredibiliti dan dihormati.

Namun, saya percaya jika pemfitnah dalam Harakah itu memohon maaf, saya sangat-sangat yakin DS Najib akan memaafkannya, kerana DS Najib adalah seorang pemimpin yang pemaaf. Beliau telah memaafkan ramai orang yang telah memfitnahnya selepas mereka menyedari kesilapan dan memohon maaf.

Bersambung...






KENAPA TIADA SIASATAN KEMUNGKINAN NYT DIBAYAR BURUKKAN DS NAJIB?

on Friday, February 27

New York Times (Bahasa Inggeris)
Satu perkara yang sangat-sangat jelas ialah bahasa Melayu bukannya bahasa utama di Amerika Syarikat. Malah kedudukannya di Amerika amat kerdil jika hendak dibandingkan dengan bahasa-bahasa utama di sini seperti bahasa Inggeris, bahasa Spanish dan bahasa Perancis.

Persoalan pertama, apakah logiknya artikel itu ditulis di dalam bahasa Melayu di New York Times (NYT)? 

Persoalan kedua, Sepanjang 58 tahun Malaysia merdeka dan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Amerika Syarikat, tidak pernah media Amerika Syarikat baik Washington Post, NYT, Penns Telegraph dan sebagainya menyiarkan berita mengenai negara kita dalam bahasa Melayu! Itulah satu-satunya sejarah telah tercipta!

Persoalan ketiga, adakah NYT dibayar untuk menyiarkan artikel dalam bahasa Melayu itu? 

Persoalan keempat, Adakah penulisnya Louise Story dan Stephanie Paul tahu berbahasa Melayu? 

Persoalan kelima, Sejak bila NYT ada ruangan berbahasa Melayu?

Saya berjalan berusaha mencari akhbar-akhbar di Amerika Syarikat sekiranya ada menyiarkan artikel-artikel negara kita dalam bahasa Melayu. Saya gagal menemuinya. Saya hanya menemui akhbar berbahasa Cina sahaja yang ada setiap hari.

Selepas siaran artikel tersebut dalam bahasa Melayu, NYT tidak ada lagi menyiarkan artikel berbahasa Melayu. Pelik bukan?

Malah semasa lawatan bersejarah Presiden Obama ke Malaysia tidak ada satu pun akhbar-akhbar perdana atau media online di Amerika Syarikat menyiarkan laporan lawatan itu dalam bahasa Melayu termasuklah NYT.
Berapa Ramaikah Rakyat Amerika Membaca Artikel Berbahasa Melayu Dalam NYT Di Atas?
Rakyat Malaysia Faham
Maka, difahamilah bahawa penyiaran artikel tersebut dalam bahasa Melayu di negara Amerika yang rakyatnya tidak tahu berbahasa Melayu adalah dengan tujuan buruk, iaitu memburuk-burukkan DS Najib.

Dalam satu artikel sahaja, dalam satu hari sahaja, artikel itu bukan sahaja menyerang DS Najib sebagai seorang individu, tetapi juga menyerang keluarga DS Najib keseluruhannya dan segala dasar-dasar kerajaan yang kelihatan berita-beritanya dipungut-pungut daripada artikel dari portal-portal pro pembangkang dalam negara.

Apapun, saya mendapati majoriti rakyat Malaysia faham permainan ini dan mereka tidak terpengaruh.

Pasukan Media PMO Usahlah Terikut-Ikut
Dalam hal ini, saya ingin menasihatkan pasukan media yang menjaga nama baik Perdana Menteri Malaysia supaya berhati-hati semasa memberi jawapan balas. 

Janganlah kelam-kabut kerana satu kesilapan perkataan atau ayat akan memberi kesan buruk yang berpanjangan. Janganlah terikut-ikut dengan permainan dan perangkap portal-portal pembangkang.

Media pro pembangkang yang menanti-nanti kesilapan anda seperti Malaysiakini akan melompat-lompat kegembiraan kerana kesilapan anda itu.

Kadang saya tertanya-tanya, adakah pasukan media Perdana Menteri diketuai oleh pakar media kerana kesilapan yang berlaku bukan sekali dua, tetapi terdapat juga isu lain turut menjejaskan nama baik Perdana Menteri Malaysia. 

Penns-NY, USA.
Febuari, 25, 2015.




SELEPAS DUA KALI BERTEMU PERDANA MENTERI, PAS SEMAKIN 'CONFIDENT'

on Wednesday, February 25

PERTEMUAN RASMI KEDUA, BERKEYAKINAN DAN ISTIQAMAH
DUA perkara bersejarah akan menjadi peristiwa penting dalam parti PAS. 

Pertama, perpecahan kepada PASMA tidak dapat dielakkan lagi terutama selepas PASMA mendapat sokongan kuat daripada DAP dalam bentuk sokongan politik dan dana kewangan.

Kedua, perpaduan PAS dengan UMNO sedang berlangsung sekarang khususnya antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Kelantan. Kepimpinan PAS pusat dan kepimpinan Kerajaan Kelantan benar-benar Istiqamah dalam perpaduan ini. Mufti Perlis menyifatkan perkara ini sebagai ajaran Al-Quran yang sebenar.

Selepas dua kali pertemuan dengan DS Najib, saya sangat yakin Kerajaan Kelantan dengan sokongan 100% UMNO di Dewan Undangan Negeri Kelantan, kanun jenayah syariah (Hudud) akan dilaksanakan seawal bulan April 2015. 

Amat memalukan jika tidak dilaksanakan selepas lebih 20 tahun dicanangkan. Kerajaan Terengganu pula baru-baru ini telah melaksanakan undang-undang syariah sedikit demi sedikit tanpa perlu mencanangkannya.

*Nota: Perpaduan bukannya penyatuan. UMNO dan PAS kekal sebagai dua entiti parti yang berasingan. Saya sendiri tidak bersetuju jika salah satu parti ini dibubarkan kemudiannya bersatu dalam satu parti. Lebih baik kedua-duanya berfungsi sebagaimana asalnya, hanya perlu bersatu sahaja. Tuan Ibrahim Tuan Man kelihatan keliru, beliau perlu sedar akan hal ini.

Kesilapan
Kesilapan-kesilapan besar pemimpin PAS sejak beberapa hari lalu merobekkan lagi hubungan kumpulan Ulama dengan kumpulan bukan Ulama. 

Pertama, rakaman perbualan Mat Sabu memperkecilkan Presiden PAS menggambarkan pemikiran sebenar Mat Sabu dan kumpulannya seperti PASMA.

Kedua, kesilapan Mahfuz memanggil seluruh media kononnya akan ada perbualan dengan Sirul di ibu pejabat PAS sebenarnya bukan sahaja memalukan Mahfuz, tetapi juga mengores nama baik parti PAS. 

Sepatutnya, Mahfuz tidak perlu terikut-ikut hal Sirul kerana ia urusan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Australia, bukannya urusan parti.  Jika di Jepun, menutup malu seperti ini mereka akan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan. Mahfuz kelihatan lemah dalam pentadbiran berkerajaan, mungkin kerana belum pernah menjadi Menteri. 

Mahfuz patut berhati-hati kepada perkara yang tidak pasti dan tidak mencipta risiko buruk kepada parti. Seorang wakil rakyat perlu ada winsdom.

A FRIEND IN NEED IS A FRIEND IN DEED
Kesimpulan penting
Sebenarnya PAS sudah pernah mengalami peristiwa perpecahan besar kepada BERJASA pada tahun 1978 dahulu.

Sebagai satu-satunya parti yang dikenali berlandaskan Islam, maka sewajarnyalah PAS terus dipimpin oleh kumpulan Ulama. 

PASMA adalah kumpulan serpihan sama seperti BERJASA. Begitu juga Semangat 46 dan PKR adalah serpihan kepada parti UMNO. 

Barang serpihan ini biasanya tidak kekal lama kerana fokus utama mereka biasanya bukan Ummah/Jamaah tetapi individu. Jadi, biarkanlah barang serpihan ini berpisah daripada induknya. Kenapa perlu gundah-gulana!

Saya percaya majoriti ahli PAS bersama kepimpinan Ulama. Sudah pasti segelintir sahaja akan terpedaya.










IDRIS JUSOH BETUL, ISU SEBENAR LIM DAN ONG TIDAK PATRIOTIK

on Sunday, February 22

APABILA Menteri Pendidikan kedua, DS Idris Jusoh menyatakan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia mendapat respon kelam-kabut daripada pemimpin-pemimpin DAP. Mereka kata mereka hendak ketawa. Saya percaya ketawa mereka adalah ketawa politik, tetapi saya bimbang mereka akan ketawakan diri mereka sendiri.

Soalan pertama, adakah mereka guru, pelajar universiti atau pensyarah di IPTA? Adakah mereka terlibat dalam perkembangan dan transformasi sistem pendidikan negara? Ternyata mereka orang politik yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

Dalam bidang perubatan, negara kita kini berjaya mengeluarkan lebih kurang 5,000 doktor perubatan setiap tahun (The Star). Doktor-doktor keluaran Univerviti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertebaran bukan sahaja di Singapura, Australia, Arab Saudi malah di United Kingdom. 

Dalam pada itu, doktor-doktor perubatan dari luar negara seperti Indonesia, Arab Saudi, Thailand, Burma, Vietname malah daripada Amerika dan United Kingdom menghantar doktor-doktor mereka untuk membuat attachment kerjasama dengan univerisiti-universiti di Malaysia dengan Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam bidang-bidang yang lain seperti sejarah, pendidikan, ekonomi dan farmasi anda boleh perhatikan di univerisiti-universiti tempatan seperti UPM, USM, UKM dan UM dipenuhi pelajar-pelajar dari luar negara. Mereka tidak akan datang jika kualiti pendidikan negara tidak bertaraf dunia.

Setiap tahun, mereka (pelajar dalam dan luar negara) berlumba-lumba untuk memasuki IPTA malangnya tempat tidak mencukupi. Adakah ini bukan gambaran kepada kualiti pendidikan di negara kita?

Isu Sebenar Mereka Tidak Patriotik
Adakah pemimpin-pemimpin DAP belajar di dalam negara ketika di universiti? Rujukan saya mendapati Ong Kian Ming tidak pernah belajar di Universiti dalam negara, maka tidak hairanlah dia memiliki Patriotisme yang tipis kepada pendidikan negara?

Begitu juga Lim Lip Eng, jika dia hanya belajar di United Kingdom dan tidak pernah merasai pendidikan di Universiti dalam negara, maka tidaklah menghairankan Patriotismenya kepada pendidikan dalam negara amat tipis!

Sebab itulah sebelum kita melanjutkan pelajaran ke luar negara, kita perlu melalui persediaan-persediaan awal di Biro Tatanegara (BTN) untuk memantapkan Patriotisme kepada negara. BTN tidak melatih kita untuk taat kepada Kerajaan sebagaimana dogma segelintir pihak, tetapi BTN membuka minda kita supaya menghormati Kerajaan-Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat sendiri. Yakni menghormati Kerajaan DAP di Pulau Pinang, menghormati Kerajaan PAS di Kelantan, Kerajaan PKR di Selangor dan Kerajaan Persekutuan. 

Semasa di BTN, kita akan diperkenalkan sejarah pendidikan negara, kenegaraan dan perkembangan sosioekonomi serta isu-isu semasa. Tujuannya sangat mudah, supaya cintakasih dan Patriotisme kepada negara akan bertambah kukuh. Apabila berada di luar negara kelak, tidaklah terpengaruh kepada agenda musuh seperti komunis, IS, pengganas, lgbt dan sebagainya.

Adakah Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming pernah mengikuti perbincangan-perbincangan bersama BTN. Jika tidak pernah, maka YB Tian Chua lebih bagus daripada mereka.

Semasa saya berkhidmat dengan BTN dahulu, saya mendengar dengan teliti idea-idea YB Tian Chua mengemukakan ideanya mengenai kenegaraan semasa sesi meja bulat anjuran BTN (2010). Pada pagi itu, kenderaan Tian Chua mengalami kemalangan di Jalan Persekutuan, tetapi ianya tidak menghalang Tian Chua menghadirkan diri dalam sumbang-saran itu.

Perbezaannya, Tian Chua memahami kepentingan negara manakala Ong Kian Ming dan Lim Lip Eng hanya melihat kepentingan politik DAP sahaja. 

Apabila saya melawat beberapa sekolah dan universiti di negara Amerika Syarikat ini, maka secara jujur saya perhatikan pendidikan di negara kita ada banyak kelebihan dan pembaharuan yang lebih baik.

Insha Allah saya akan terus memberikan anda berita-berita terbaik untuk negara semasa lawatan-lawatan saya seterusnya antaranya akan ke Iowa University, Harvard University di Boston dan Washington University. Oleh kerana saya tidak mempunyai penajaan dari mana-mana pihak, ianya pasti akan mengambil masa, yang penting saya tidak akan berhenti membantu negara saya.

Salam hormat,

Philly, Penns, USA.
Febuari, 23, 2015.

*Bacaan ulangan anda di sini














UMNO & PAS, TAK PERLU LAGI SEMBUNYI-SEMBUNYI

on Saturday, February 21

No Caption
Biarkan Datuk Ibrahim Ali
Sejak sekian lama saya ingin melihat UMNO dan PAS bekerjasama bukan sahaja sebagai dua buah parti, tetapi lebih jauh daripada itu.

Tidak perlu lagi sembunyi-sembunyi berdiskusi di belakang tabir. Tidak perlu lagi mengadakan pertemuan rahsia di London, Arab Saudi atau di dalam negara untuk mengatur perpaduan ummah.

Kita semua satu ummah, satu aqidah, bertuhankan Allah SWT yakni tiada tuhan selain daripada Allah SWT, kita beriman Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT yang menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh makhluk Allah. Tiada lagi nabi sesudah Rasulullah SAW.

Kelantan telah mengumumkan bahawa ia akan membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac semasa berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka.

Dengan pengumuman ini, UMNO Kelantan khususnya hendaklah menyokong 100% pembentangan tersebut. Sebagai bukti keikhlasan, UMNO janganlah bertanding di PRK Chempaka. Tiada gunanya bertanding kerana menang atau kalah, PAS kekal memerintah kerajaan negeri Kelantan.

Jika Datuk Ibrahim Ali mahu bertanding, biarkanlah dia kerana itu untuk kepuasan peribadinya sebagai seorang pemimpin. Selepas tewas PRU-13, beliau perlu merebut peluang yang ada. Kita pula perlu fokus kepada perpaduan Ummah.

Sebaliknya, di PRK Permatang Pauh, sebagai timbal balik keikhlasan UMNO, parti PAS yang masih dikuasai oleh kumpulan Ulama berbesarhatilah pula tidak bertanding.

No Caption
Sembunyi Ketahuan Juga
Sejak 2008, pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS bertemu secara rahsia atas satu sebab sahaja. Mereka faham mereka perlu bersatu untuk menghadapi musuh sebenar umat Islam. 

Musuh sebenar UMNO bukan PAS. Manakala musuh sebenar PAS bukan UMNO. 

Begitu juga, pertemuan-pertemuan tidak didedahkan sejak zaman Pak Lah lagi diadakan untuk mencari titik pertemuan. Kepimpinan tinggi parti UMNO dan PAS masing-masing menghantar 'utusan' untuk mencari kesepakatan.

Tidak perlulah saya detailkan siapakah yang terbang dari pantai timur terus ke Putrajaya suatu ketika dahulu. Tidak perlulah dikatakan lagi siapa pemimpin UMNO dan PAS berbincang untuk menyelamatkan ummah.

Begitu Juga PKR
Setelah ketiadaan DS Anwar Ibrahim, PKR tidak lagi mampu berfungsi dengan sebaiknya. Rumors sudah kedengaran Presiden PKR, Dr. Wan Azizah mungkin akan meletak jawatan di Kajang untuk memberi laluan kepada anaknya.

Pasukan khas Anwar di luar kerajaan dan simpatismanya di dalam kerajaan berusaha sejak sekian lama untuk membawa Anwar menyertai Kerajaan. 

Tidak berhenti di situ sahaja, pemimpin jiran digunakan untuk merekonsiliasikan. Sudah tentu saya melihat dokumen. KJ tidak melihatnya, maka KJ patut 'tutup mulut' kerana bimbang tersalah cakap.

Pertemuan pemimpin-pemimpin Melayu mewakili parti-parti UMNO PKR dan PAS diadakan di luar negara juga didedahkan oleh Raja Petra, namun saya melihat Raja Petra masih menyembunyikan hal sebenar yang lebih penting. Bacaan ulangan anda di sini .

Kesimpulan
Anda fikir sendiri. Pertama, siapakah musuh sebenar UMNO dan PAS? Kedua, siapakah yang rugi sekarang UMNO atau PAS atau kedua-duanya?

Selamat Berhujung Minggu.

Washington DC, USA.
Februari, 21, 2015.






POLIS DAN JURURAWAT SEPENUH MASA DALAM SEKOLAH ?

on Friday, February 20

Potensi
SEJAK pertengahan tahun 1990an, kita bercakap hal-hal pembaharuan sistem pendidikan, anjakan paradigma, dan penambahbaikan sistem pendidikan di negara kita.

Saya percaya guru-guru yang berada di sekolah lebih layak membicarakan isu ini kerana mereka berada di lapangan. Namun, izinkan saya memberikan beberapa pandangan daripada pengalaman saya di sini, barangkali ada yang boleh digunakan. 

Walaupun sudah lama saya meninggalkan bidang pendidikan, namun cinta saya pada keilmuan dan pendidikan tidak pernah pudar. Berikut adalah pemerhatian saya:-
Antara Isu Dan Cabaran Guru Disiplin Di Negara Kita
1. Polis Bantuan Dalam Sekolah
Guru-guru seringkali berhadapan dengan isu-isu disiplin di sekolah bermula daripada serendah-rendah kes kepada yang besar. Seringkali guru-guru menjadi mangsa kemarahan ibu bapa apabila anak-anak mereka didenda dan sebagainya.

Saya melawat 3 sekolah di sini, saya melihat tiada guru disiplin yang terpaksa berwajah bengis dengan tangan di rotan. Murid-murid sekolah kelihatan patuh kepada peraturan semasa di dalam kelas dan ketika di luar kelas. 

Peraturan sekolah 'berselari' dengan peraturan negara. Mereka sering bercakap 'this is the law in States' apabila mengaitkan peraturan sekolah.

Rupa-rupanya ada Polis bantuan di dalam sekolah. Saya melihat Polis bantuan tersebut lengkap dengan pakaian seragam, ada walkie-talkie dan ada pejabat khas di dalam bangunan sekolah.

Polis ini mengawal pintu masuk utama sekolah dan pintu utama di pejabat pentadbiran. Saya melihat mereka menyoal murid-murid yang berjalan tanpa tujuan, pelawat tanpa pas pelawat dan saya dapati murid-murid sangat 'respectable'.

Saya perhatikan, walaupun jumlah murid sekolah ini agak ramai kira-kira 600 orang, tetapi suasananya aman dan terkawal.

Guru-gurunya kelihatan fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Contoh Suasana Klinik Dalam Sekolah
2. Jururawat Sepenuh Masa Di Sekolah
Saya juga melihat sebuah sekolah mempunyai pejabat khas untuk jururawat (clinic/nurses). Jururawat tersebut bertugas sepenuh masa di sekolah setiap hari waktu persekolahan.

Antara tugas yang dapat saya perhatikan ialah murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan akan dirujuk kepada jururawat tersebut. Begitu juga anak-anak yang hendak masuk ke sekolah tersebut akan melalui tapisan kesihatan (memastikan imunisasi lengkap) di mana jururawat akan memeriksa laporan perubatan anak-anak sebelum dibenarkan memasuki kelas.

Di negara kita, terdapat juga sekolah-sekolah menyediakan Bilik Rawatan ataupun Klinik Kesihatan. Bezanya, bilik-bilik itu tidak digunakan sepenuhnya kerana tidak ada jururawat yang bertugas sepenuh masa. Hanya apabila terdapat jadual pemeriksaan gigi dan suntikan imunisasi barulah bilik tersebut akan digunakan. 

Saya mencadangkan supaya Kerajaan (Kementerian Pendidikan kerjasama Kementerian Kesihatan) mengubah sistem ini dengan menempatkan Jururawat sepenuh masa, supaya murid-murid yang mengalami masalah kesihatan boleh mendapatkan rawatan segera di dalam sekolah tanpa perlu lagi menghantar mereka ke klinik dan hospital (kecuali kes-kes berat).

Biarlah guru-guru menumpukan tugas mereka kepada proses pengajaran dan pembelajaran sahaja supaya mereka memiliki masa yang berkualiti di dalam kelas.
Contoh Inhouse Training Sepenuh Hati
3. Sekolah Tutup Jika Semua Guru Mengadakan Inhouse Training
Satu lagi perkara yang mungkin boleh difikirkan ialah apabila pihak sekolah mengadakan 'inhouse training' kepada semua guru, mereka menutup sesi persekolahan dengan dua alasan. 

Pertama, mereka mahu seluruh kakitangan sekolah terlibat dan memberi fokus. Kedua, mereka tidak mahu murid-murid berada di dalam kelas tanpa guru. Mereka tidak membenarkan pengawas atau ketua kelas menjaga kelas ketika ketiadaan guru.

Kebajikan guru-guru daripada aspek masa berkualiti mereka dan cuti hujung minggu mereka tidak diganggu. Hari Sabtu dan Ahad mereka tidak dibenarkan diganggu kerana ianya adalah masa untuk bersama keluarga dan aktiviti komuniti.Seperti di atas tadi, alasan mereka ialah "this is the law in States"

Aktiviti ko-kurikulum diadakan pada hari persekolahan di mana masanya telahpun dijadualkan. Jika perkara ini hendak diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia, peruntukan masa hendaklah diubah daripada 8.30 pagi-3.30 petang berbanding amalan biasa kebanyakan sekolah harian di negara kita bermula 7.00 pagi-1.00 petang (ikut kesesuaian).
Contoh Program 3P
4. Program 3P
Program 3P bermaksud Parents Participation Programme.

Saya mendapat tahu perkara ini apabila saya bertemu ibu bapa yang sedang membeli buah-buahan. Beliau menyatakan buah-buahan itu untuk dibawa ke sekolah untuk murid-murid Tadika. Katanya setiap hari ibu bapa yang berbeza-beza akan membawa buah-buahan dan diserahkan kepada guru-guru kelas. Resit pembelian itu diberikan kepada pihak sekolah.

Dengan cara tersebut, dia menyatakan itulah cara mereka berhubung baik dengan pihak sekolah dan guru-guru. Kedua, murid-murid digalakkan makan buah-buahan setiap hari. Ketiga, guru-guru tidak perlu bersusah-payah keluar membelinya, sebaliknya mereka boleh menumpukan perhatian kepada anak-anak murid di dalam kelas.

Barangkali pihak PIBG di Malaysia boleh menggunakan cara ini untuk mengeratkan lagi hubungan guru-ibu bapa ke tahap yang lebih baik.

Pengiktirafan/Anugerah
5. Pendidikan Percuma
Di negara kita sejak beberapa tahun lalu, Kerajaan telah melaksanakan sistem pendidikan percuma tetapi tidaklah 100% percuma kerana 'yuran/sumbangan' PIBG masih perlu dibayar.

Satu perkara yang tidak disebut oleh mereka yang melaung-laungkan pendidikan percuma adalah cukai yang terpaksa dibayar oleh penduduk di negara-negara maju sangatlah tinggi. Contohnya di Amerika Syarikat, individu yang kaya dikenakan cukai setinggi 42% dan Presiden Obama sejak tahun 2012 menghadapi tekanan akan isu cukai pendapatan. Manakala dilaporkan hampir 45% isi rumah di Amerika tidak membayar cukai.

Jawapan Obama pula,"We can build an economy...where everybody has a fair shot, and everybody is doing their fair share, and everybody is playing the same set of rules". (Buffet Rule) 

Persoalannya ialah, adakah kita bersedia membayar cukai yang lebih tinggi untuk menikmati pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan percuma, air percuma dan sebagainya?

Kesimpulan
Tersebut peribahasa yang popular, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri'. Peribahasa kedua, jauh perjalanan luas pandangan.

Philly/Penns, PA, USA.
Februari, 19, 2015. 

Nota: Sekiranya ianya sesuai gunakanlah, sekiranya ia tidak sesuai tinggalkanlah.





KJ BIMBANG ANWAR ?

on Wednesday, February 18

Kebimbangan KJ 
SAYA melihat ada perkara pelik apabila YB Khairy Jamaluddin (KJ) memberi respon segera dan kelihatan bimbang terhadap kenyataan YB Nurul Izzah berkenaan dakwaan akan wujudnya tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada DS Anwar Ibrahim.

Adakah benar KJ bimbang Anwar menjadi TPM atau KJ sedang bermain silap mata? Kerisauan KJ nampaknya sangat menarik dikupas, kerana semua orang tidak lupa akan bantuan KJ selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2006 dahulu.

Nampaknya walaupun Anwar berada dalam penjara, Anwar kekal menjadi 'hantu' siang dan malam kepada mana-mana pemimpin UMNO yang bercita-cita menjadi Presiden UMNO atau Perdana Menteri. 

Adakah KJ ada membaca apa-apa dokumen Anwar ditawarkan sebagai TPM? Adakah KJ memberi tekanan kepada Nurul Izzah supaya mendedahkan perkara tersebut dengan lebih detail? Adakah KJ sedang memberi tekanan kepada pucuk pimpinan? 

Penulis-penulis politik boleh memberi pelbagai intrepetasi akan persoalan-persoalan tersebut. Tetapi akhirnya, "kebenaran berada di kedudukan yang istimewa". Saya menunggu masa yang sesuai.

Nampaknya KJ perlu mendapat maklumat yang lebih tepat supaya tidak merugikan kepimpinan parti dan diri sendiri. Isu tersebut pasti akan dimainkan di Permatang Pauh dan Kajang, sekiranya Presiden PKR 'move Kajang' lagi. 

Jika Nurul Izzah membangkitkan hal tersebut semasa PRK Permatang Pauh dan Kajang, KJ dan pasukan kempen UMNO akan berhadapan risiko yang getir untuk menjawabnya. KJ perlu dibantu oleh orang yang betul.
Seorang Guru Silat Tidak Akan Mendedahkan
Seluruh Isinya Dalam Satu Masa
Iklan: Selamat Datang diucapkan kepada KJ ke Amerika Syarikat bulan hadapan dengan ucapan, saya rindu teh tarik, nasi lemak dan roti canai.

*Sudah lama saya tidak menulis mengenai Ketua Pemuda UMNO. Kali terakhir pada Oktober, 11, 2014.













DAFTAR SEMULA PENDUDUK: SURAT TERBUKA KEPADA DSP PAIRIN KITINGAN

on Sunday, February 15

Yang Dihormati,
YB DSP Pairin Kitingan, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah,

Saya menerima beberapa emel berkenaan perkara di atas bertanyakan pandangan sama ada ianya akan memberi kesan yang positif atau negatif kepada isu kependudukan di negeri Sabah. 

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada DSP Pairin Kitingan atas perlantikan sebagai Pengerusi J/K Teknikal Pengurusan Warga Asing Sabah, salah satu daripada keputusan penting RCI Sabah tempoh hari.

Saya juga menerima beberapa emel daripada masyarakat KDM berkenaan artikel saya ini khususnya melibatkan sahabat saya mendiang Daniel Jebon Jenuan.

Berkenaan isu di atas, saya berpegang kepada pendirian memberi keutamaan kepada konsep keutuhan kenegaraan di mana kepentingan dan keselamatan negara mesti diberi keutamaan. Berikut adalah cadangan-cadangan saya:-

1. Perundangan Negeri
Pengurusan kependudukan di Sabah hendaklah diperjelaskan dengan tepat supaya memberi gambaran yang betul dan adil kepada semua pihak. 

Di antara kesilapan lama pengurusan warga asing di Sabah ialah tafsiran undang-undang negeri ke atas sesuatu masyarakat itu tidak jelas dan tidak adil yang akhirnya berlaku persepsi negatif. Kesan besar kepada perkara ini adalah isu Keselamatan kepada negeri dan negara.

2. Isu Sejarah
Masalah utama pasukan ini ialah adakah mereka akan membuka semula kitab Sejarah negeri Sabah? 

Sekiranya J/K ini masih kekal dengan minda lama yakni tidak memberi perhatian kepada aspek sejarah tempatan satu-satu masyarakat, saya percaya J/K ini akan mengulangi kesilapan yang sama.

'Apabila anda bercakap untuk mendaftar semula penduduk Sabah, maka anda tidak boleh lari daripada bercakap hal Sejarah'.

Beberapa ilmuan telah mencatatkan kewujudan sesebuah masyarakat di North Borneo yang boleh menjadi rujukan kepada J/K ini. Di antaranya, oleh sarjana Lee Yong Leong dalam kajian sosio-geografinya bertajuk "North Borneo, A Study In Settlement Geography" dari National University of Singapore. Beberapa catatan sejarah lain antaranya oleh K. G. Tregonnin, Ken Goodlet, Andrew Massey, Ben Stephen, Dr. Suraya Sintang, Prof Madya Dr. Asmiati Amat dan ramai lagi yang tidak saya sebutkan di sini.

J/K ini hendaklah berfikiran terbuka dan membuat sesuatu keputusan itu untuk jangkamasa panjang. Penyelesaian jangkamasa pendek amat merugikan dan tidak akan menyelesaikan masalah.

3. Undang-Undang Berubah-Ubah
Pengurusan lama penduduk di Sabah juga berubah-ubah. Undang-undang mengenai status Bumiputera, pribumi, anak negeri Sabah, Melayu dan sebagainya seringkali berubah-ubah mengikut dasar kerajaan-kerajaan yang memerintah.

Sebagai contoh, tafsiran undang-undang ke atas masyarakat Bugis di Sabah sentiasa berubah-ubah. Semasa USNO memerintah, Bugis Sabah diiktiraf sebagai Bumiputera. Sudah pasti pengiktirafan itu kerana semasa pentadbiran British dan Belanda, masyarakat Bugis Sabah sudah sedia diterima sebagai penduduk pribumi Sabah. Malangnya, status itu berubah samasa pemerintahan BERJAYA dan PBS. 

Hari ini, sebilangan besar masyarakat Bugis Sabah memiliki Sijil Anak Negeri Sabah. Ada sebahagian masyarakat Bugis Sabah memiliki status Bumiputera Sabah. Ada sebahagian diletak dalam kategori Bugis Sabah, "lain-lain", Melayu dan juga Bugis Indonesia. Hal seperti ini menunjukkan Kerajaan Negeri sejak sekian lama teraba-raba dalam hal ini.

Amat malang sekali, UMNO Sabah sendiri yang menguasai Kerajaan Negeri tidak mampu menyelesaikan isu tersebut. 

Akibatnya, ramai masyarakat Bugis Sabah menghadapi masalah dalam kehidupan mereka khususnya dalam aspek pendidikan, pemilikan tanah dan perjawatan khususnya dalam kerajaan negeri.

Perkara ini turut juga berlaku kepada masyarakat yang lain.

4. Stateless
Pengurusan yang diketuai oleh DSP Pairin hendaklah menyelesaikan isu-isu stateless dengan segera kerana ianya sudah berlarutan sejak bertahun-tahun yang lalu. Harapan kepada J/K ini menyelesaikan isu steteless amat tinggi.

5. Sijil Kelahiran Daftar Lewat
Kerajaan Negeri Sabah juga hendaklah segera memberi Keputusan dalam isu Sijil Kelahiran Pendaftaran Lewat. 

Pada hari ini, penduduk negeri Sabah yang lahir di Sabah dengan memegang Kad Pengenalan PR (Merah) dan Sementara (Hijau) tidak dapat menukarkan Kad Pengenalan mereka kepada Warganegara (Biru) walaupun mereka telah memegang Kad Pengenalan PR dan Sementara itu sudah menjangkau berpuluh-puluh tahun lamanya. 

Ramai di kalangan mereka mempunyai pendidikan yang baik di peringkat UPSR, PMR, SPM malah di peringkat universiti tetapi tidak melanjutkan pelajaran mereka atau tidak dapat memberi sumbangan kepada negeri dan negara kerana isu ini.

J/K ini hendaklah mencadangkan supaya sekatan yang berlaku sekarang dipermudahkan khususnya kepada mereka yang telah layak.

6. Wakil Masyarakat
Saya berpendapat J/K ini juga perlu mendengar pandangan wakil-wakil masyarakat lain yang kini mempunyai NGO masing-masing. Mereka perlu diberi peluang untuk membentangkan pandangan mereka.

Bagi saya, alang-alang kerajaan telah menubuhkan RCI Sabah dan kini J/K Pengurusan Warga Asing, lebih baik semua pihak diberi peluang bersuara supaya J/K ini akan mendapat hasil yang terbaik untuk masa hadapan negeri Sabah dan negara kita Malaysia.

Kesimpulan
Kita berharap J/K ini tidak lagi mengulangi kesilapan lama kerajaan-kerajaan terdahulu. Jika kita terus membuat keputusan secara 'one man show', ianya tidak akan menyelesaikan masalah. Kita juga berharap J/K ini tidak akan menganiaya mana-mana masyarakat di Sabah.

Seperti kata Sun Tzu, "Ketidakadilan adalah musuh kepada keamanan".

Salam hormat,

Al-Azharri Siddiq.
Pennys, USA.
Februari, 16, 2015.




PESANAN MENDIANG DANIEL KEPADA PM DS NAJIB

on Wednesday, February 11

Mendiang Daniel Jebon Jenaun Bersama Saya
TERLEBIH dahulu saya ingin merakamkan ucapan kesedihan dan takziah di atas pemergian mendiang Daniel Jebon Jenaun, seorang pejuang tulen hak-hak rakyat Malaysia di Sabah. 

Beliau adalah seorang bekas guru, yang meletak jawatan untuk bertanding dalam PRU13 atas tiket STAR, dengan niat untuk memperjuangkan hak-hak negeri Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam pertemuan enam mata pada 16/10/2014 di Kota Kinabalu, mendiang Daniel ditemani isterinya, saya cuba memahami apakah sebenarnya yang diperjuangkannya. Saya terkejut mendiang sempat menulisnya di sini  .

Pada mulanya saya tidak ingin menulis hal ini kerana menghormati mendiang. Namun, saya berpendapat saya perlu menulisnya supaya kita sama-sama memahami perjuangannya, terutama oleh kumpulan yang berhasrat membawa keluar Sabah dari Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut, mendiang memberitahu saya perjuangan 'Negara Sabah' bukanlah bermaksud untuk membawa negeri Sabah keluar daripada persekutuan Malaysia. Mendiang berkata, semasa pembentukan Malaysia 1963, negeri Sabah diberikan beberapa kuasa negeri sepertimana tertera dalam Perkara 20, kuasa-kuasa itulah yang mereka perjuangkan.

Mendiang telah menunjukkan bukti-bukti bersejarah akan kewujudan penggunaan perkataan Negara Sabah seperti matawang, cenderakenangan, perkataan Yang Dipertua Negara Sabah dalam surat-surat rasmi dan monomen sejarah tertera nama Negara Sabah.

Mendiang turut memberikan saya senaskah manuskrip buku bertajuk "Sabah Sebuah Negara" yang belum diterbitkan setebal hampir 300 halaman dengan menunjukkan bahan-bahan sejarah tersebut.

Manuskrip Buku "Sabah Sebuah Negara" Satu Realiti Sejarah Tulisan Mendiang Daniel Jebon Jenaun Masih Dalam Simpanan Saya
Pesanan Mendiang Kepada Perdana Menteri
Mendiang meminta supaya saya menyampaikan kepada DS Najib supaya mendengar suara mereka, kerana perjuangan mereka bukannya untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia. Ramai orang telah tersalah faham katanya kepada saya.

Beliau menyatakan kepada saya, "sekiranya DS Najib memberikan perhatian akan permintaan mereka, nescaya sokongan rakyat Sabah khususnya masyarakat KDM kepada Perdana Menteri dan Kerajaan akan bertambah kukuh".

Sebelum mendiang Daniel meninggal dunia, mendiang hendak sangat membaca ulasan saya mengenai manuskrip buku tersebut. Saya sangat bersedih kerana sehingga mendiang meninggal dunia, saya masih tidak sempat memberikan ulasan saya mengenai manuskrip bukunya yang belum diterbitkan itu.  

Secara jujur, saya berpandangan kita mesti mendengar pandangan mereka dengan teliti kerana saya mendapati gerakan-gerakan menuntut Sabah keluar dari Malaysia adalah bertentangan dengan idea-idea mendiang. 

Mendiang menyakinkan saya bahawa perjuangan mereka tidak sekali-kali akan membawa Sabah keluar dari Malaysia. Pertemuan dengan kumpulan-kumpulan yang berniat mengeluarkan Sabah dari Malaysia juga mesti diadakan supaya menghasilkan situasi menang-menang untuk keharmonian negara kita.

Dalam pada itu, agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pemupukan nilai-nilai Patriotisme dan Nasionalisme perlu nafas baharu. Kita memerlukan orang baharu yang patriotismenya kepada kerajaan dan negara bersifat negarawan.

Berkenaan manuskrip buku "Sabah Sebuah Negara", saya akan mengulas manuskrip buku mendiang itu pada masa yang sesuai. Ianya perlu berhati-hati kerana saya perlu memberi ulasan yang adil kepada mendiang dan perjuangannya. Pada masa yang sama, saya mesti menunjukkan kredebiliti patriotisme dan nasionalisme saya kepada negara.

Mendiang adalah seorang yang pejuang yang hebat, tenang dan rasional kepada negeri dan negara. 

JFK Blvd, PA.
Amerika Syarikat.
Januari, 10, 2015.




KETOKOHAN HJ HADI, BERJAYA ANGKAT IMEJ ISLAM DAN PAS

on Sunday, February 8

Sekeping Gambar 1000 Makna
Saya menjangka kemelut Pakatan Rakyat (PR) yang ditunjukkan dalam drama mesyuarat PR baru-baru ini akan memasuki episod baharu selepas keputusan rayuan DS Anwar Ibrahim dimuktamadkan pada 10 Februari ini.

Mari lihat di sebalik kemelut PR:-

Pertama, episod mesyuarat PR semalam menunjukkan dengan jelas kebijaksanaan Hj Hadi mengawal dan me'remute control' keceluparan pemimpin-pemimpin DAP. Hj Hadi berjaya memberi pukulan TKO kepada Lim Guan Eng (LGE). Gambar di atas jelas membuktikan LGE 'gabra' dan merah padam dengan pukulan TKO Hj Hadi.

Kedua, tetapi sebenarnya LGE tidak peduli pun akan hal-hal yang berlaku dalam PKR dan PAS. Sama ada Anwar berada dalam penjara atau di luar penjara, DAP hanya menggunakan Anwar sebagai mekanisme politik mereka sahaja. 

Simplinya, DAP sudah 70% berjaya menguasai politik Malaysia. DAP sudah menguasai banyak kerusi di Johor, Melaka, Sabah, Sarawak, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Kedah tidak termasuk Selangor, KL dan Pulau Pinang. 

Sama ada Anwar berada di dalam penjara atau di luar penjara, DAP sudah memiliki semua itu. Maka, Anwar sudah tidak berapa relevan kepada DAP lagi melainkan untuk meneruskan cita-cita PR menawan Putrajaya.

Ketiga, Hj Hadi telah berjaya meningkatkan imej PAS di mata orang Melayu dan umat Islam. Hj Hadi berjaya menaikkan imej PAS di mata DAP yang selama ini memandang rendah parti PAS. Paling penting, Hj Hadi berjaya meningkatkan imej Islam. Kini, imej Hj Hadi lebih terserlah berbanding Anwar.

Dalam kemelut PR itu, Anwar paling rugi. Bukan kerana Anwar berhadapan dengan kebarangkalian buruk 10 Januari ini, tetapi Anwar kehilangan banyak perkara khususnya sokongan rakyat. 

Sejak tamat PRU13, Anwar dan pasukan kempennya tidak lagi mampu mengumpul orang ramai untuk menyokongnya, terutama sepanjang perbicaraan di mahkamah. Pemerhatian saya mendapati hanya penyokong tegar sahaja kelihatan dalam 200-300 orang dan ada satu-satu ketika tidak sampai 50 orang. Ahli politik sehebat Anwar akan dilihat tidak berguna lagi oleh rakan-rakan politiknya dalam PR dengan jumlah sekecil itu. "Politics is related to the amount"

Cabaran
Percubaan kumpulan-kumpulan majoriti dalam PAS dan percubaan simpatisma Anwar dalam PKR dan kerajaan untuk mendekati DS Najib kelihatan berlumba-lumbaan. Bersambung akan datang...

Kecurigaan DAP kepada isu ini tidak pernah berhenti.

Selamat Berhari Minggu.
Washington DC
January, 08, 2015.


BUGIS SABAH MENJELANG PRU14 : KE MANA HALA TUJU ANDA?

on Thursday, February 5

Satu-Satunya Wakil Masyarakat Bugis Sabah
Dalam DUN Sabah
Masyarakat Bugis di Sabah tidak sepatutnya berasa selesa dengan kemajuan mereka dalam bidang perniagaan, pendidikan dan pekerjaan. Sebaliknya masyarakat Bugis Sabah hendaklah sedar bahawa masa hadapan mereka akan lebih berjaya sekiranya mempunyai wakil-wakil yang berkualiti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan juga dalam Parlimen (sama ada dalam Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara).

Satu orang wakil dalm DUN Sabah (khususnya di DUN Pulau Sebatik) sebenarnya tidak mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jumlah masyarakat Bugis Sabah sebesar 250,000 orang (Rujuk Laporan RCI Sabah). Yakni populasi Bumiputera Islam yang kedua terbesar di Sabah selepas masyarakat Bajau.

Saya percaya jumlah yang sebenar lebih besar kerana terdapat di kalangan Bugis Sabah tercatat sebagai Melayu dan sebagainya selepas melalui proses asimilasi seperti perkahwinan campur dan sebagainya.

Masyarakat Bugis di Sabah hendaklah tidak lupa bahawa sebelum UMNO, mereka memiliki dua wakil dalam DUN melalui allahyarham Datuk Salim Bacho (Kunak) dan allahyarham Datuk Hj Said Senang (Merotai).

Kemunculan PAS sebagai parti alternatif kepada UMNO oleh masyarakat terpelajar Bugis di Sabah seharusnya diambilkira oleh kepimpinan UMNO Sabah bahawa, meminggirkan masyarakat Bugis dalam arena politik boleh memberi kesan yang buruk kepada UMNO dan BN.

Ini kerana isu baharu telah muncul, di mana keputusan PRU13 baru-baru ini menunjukkan majoriti bijak pandai Bugis Sabah telah membuat penilaian sendiri. Generasi lama masih memberikan sokongan kepada UMNO tetapi generasi baharu nampaknya mempunyai pilihan yang berbeza.

Semasa PRU13, parti PAS di parlimen Kalabakan, DUN Merotai dan Tg.Batu telah menunjukkan jumlah undi yang sangat besar. Sekiranya PAS meletakkan calon-calon Bugis yang lebih berwibawa, saya khuatir UMNO akan menghadapi saingan yang perit.

Generasi baharu Bugis Sabah menghantar emel kepada saya persoalan-persoalan berikut;-

(1). Jika parti lain seperti PAS mencalonkan Bugis Sabah di parlimen Kalabakan, Merotai dan Tanjung Batu, sebaliknya UMNO/BN mencalonkan orang lain yang tidak majoriti di kawasan tersebut, agaknya ke manakah masyarakat Bugis akan memberi undi mereka?

(2). Jika masyarakat Bugis di Sabah mempunyai 3 atau 4 wakil dalam DUN (satu dari UMNO dan 2 atau 3 daripada PAS), sudah pasti suara masyarakat Bugis dalam Kerajaan Negeri akan lebih kuat untuk memperjuangkan keadilan kepada mereka dalam pelbagai isu yang sudah bertahun-tahun tidak berjaya  diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

Nota : Kerajaan Negeri bermaksud komponen parti pemerintah dan komponen parti pembangkang. Kedua-dua komponen ini memainkan peranan penting membangunkan negeri. Komponen parti pembangkang berfungsi sebagai "check and balance"

Penulis Bersalam Bersama TYT Sabah Semasa Kunjungan Hormat
Konsep 'New Politic' DS Najib
Pada tahun 2013, DS Najib dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO menyebut konsep 'new politic'.

Apakah yang anda faham konsep 'new politic'?

Pertama, pentadbiran DS Najib telah memberi layanan yang baik kepada ahli-ahli politik PAS dan PKR yang memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan. Mereka diberikan pelbagai peranan baharu seperti bergiat aktif dalam NGO, duta dan politik. 

Contohnya, Datuk Zulkifli Noordin mantan YB PKR kini aktif bersama NGO Perkasa malah diberi peluang menjadi calon UMNO Shah Alam. Datuk Seri Zaharin mantan YB PKR kini menjadi Duta Malaysia di Jakarta. Datuk Nasharudin Mat Isa mantan YB PAS/Timbaan Presiden PAS kini aktif dalam NGO Yayasan Nassar juga memainkan peranan penting dalam organisasi Islam Antarabangsa kepada kerajaan persekutuan. Malah mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim menjalin semula hubungan lebih erat dengan Kerajaan Persekutuan.

Itulah dia 'new politic'.

Sejarah UMNO Sabah sejak 1994, tidak pernah memberi lebih kerusi kepada masyarakat Bugis Sabah melainkan hanya satu sahaja, ianya tidak berpadanan dengan jumlah masyarakat Bugis Sabah sebagai Bumiputera Islam kedua terbesar di Sabah (rujuk Laporan RCI Sabah).

Tiga tahun dahulu sebelum PRU13, saya menyatakan bahawa masyarakat Bugis Sabah perlu ada Senator malangnya UMNO Sabah memandang sebelah mata cadangan tersebut. Baca ulang di sini 

Ada pembaca memberi komen dalam artikel saya sebelum ini bahawa lebih baik masyarakat Bugis Sabah bersatu di dalam kategori Melayu. Saya sangat bersetuju akan komentar itu, soalnya Kerajaan Negeri yang diterajui UMNO Sabah sendiri gagal berlaku adil kepada profesional Bugis Sabah yang telah terlatih dalam pentadbiran dan diplomatik. 

Tidak berapa lama dahulu seorang profesional Bugis Sabah telah dilantik memegang jawatan pengarah jabatan persekutuan di negeri Sabah, malangnya sentimen negatif, sikap prejudis dan persepsi negatif menyebabkan beliau dihalang untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Sabah atas alasan kesukuan. Hal ini sangat tidak adil.

Kita sudah lebih 50 tahun merdeka, kita sepatutnya sudah boleh memiliki kebersamaan dan mempercayai antara satu sama lain. Nampaknya, agensi ketatanegaraan perlu bekerja lebih keras untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu hati, bersama hati dan hormat-menghormati.

Salam dari Group Bugis Bersatu.
Penns, Pennsylavania, 
Amerika Syarikat.
January, 05, 2015.

Nota : Selamat bertugas di tempat baharu kepada Datuk Osman Jamal (Presiden PKBS) , dan selamat bersidang kepada Dato' Samsul Alang (Presiden PBRM). 

Bersambung tajuk 'Palemba'

New Politic  
New Politic

















Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan