AHLI PKR TANYA DS NAJIB, BOLEHKAH MEREKA MENYERTAI UMNO SEMULA?

on Tuesday, March 31

PERKEMBANGAN politik semasa tanah air nampaknya memasuki landskap baharu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara di Sungai Buluh. Kedua, selepas Lim Kit Siang kelihatan menyerah kalah dengan mencetuskan idea gabungan baharu parti-parti politik.

1. Saya telah menerima beberapa pertanyaan di luar negara, di antaranya mereka bertanya tidak adakah ruang untuk ahli-ahli PKR yang hendak kembali ke pangkuan UMNO?

2. Kedua, mereka bertanya jika dahulu ahli-ahli Semangat 46 boleh diterima semula menyertai UMNO mengapa mereka tidak diberikan peluang? 

3. Sambung mereka lagi, kebanyakan bekas ahli-ahli Semangat 46 yang menyertai semula UMNO menjadi ahli yang lebih baik kepada UMNO dan negara? Mereka memberikan contoh Tengku Razaliegh Hamzah, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Shabery Chik.

4. Keempat, mereka berkata jika Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zaharin Mohd. Hashim dan ramai lagi yang merupakan antara orang-orang penting DS Anwar boleh diterima menyertai UMNO, mengapa mereka ahli-ahli biasa tidak boleh ditawarkan untuk kembali kepada UMNO?

Saya berkata OK, kita tulis dan lihat apakah respon pemimpin-pemimpin UMNO. Jika mereka memberikan respon yang positif, maknanya anda ada peluang untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Secara peribadi, saya berpendapat sekiranya pucuk pimpinan UMNO memandang serius hal ini eloklah dibawa berbincang di dalam Majlis Tertinggi UMNO. 

Atas nama perpaduan orang-orang Melayu dan umat Islam di negara kita, saya fikir elok mereka diberikan peluang. Sedangkan Allah SWT Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNYA, inikan pula hanya sekadar kehidupan di dunia semata-mata.

Barangkali akan ada proses kaunseling, ceramah kesedaran dan seminar-seminar pemutihan sebelum mereka diterima menyertai semula UMNO selepas bertahun-tahun mereka terpedaya.

Apa kata anda?







TS KHALID IGP PALING 'STEADY' DI MALAYSIA, 'RAFIZI THE STANDARD OPPOSITION LEADER'

on Saturday, March 28

Di Malaysia, sebuah negara dengan pelbagai kaum dan sentimen, kita mempunyai seorang Ketua Polis Negara KPN) yang sejuk mata memandang, mudah melemparkan senyuman dan kelihatan lemah-lembut.

Saya tidak pernah menulis hal KPN, malah saya mengadu kepada seseorang, saya berkata, "susahlah nak tulis mengenai KPN kita ini, tiada wajah dia yang garang!". 

Semasa saya menemuramah mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, allahyarham Jen (B) Tun Ibrahim Ismail di sini, ketegasan dan sifat tentera beliau masih ampuh. Begitu juga ketika saya bertemu mantan-mantan KPN yang lama, aura tegas polis mereka masih terserlah.

Namun begitu, KPN TS Khalid Abu Bakar membuktikan beliau bukanlah seorang yang boleh diperkotak-katikkan walaupun memiliki wajah dan perawakan yang lembut.

Seperti yang ditulis portal Malaysiakini, Rafizi ditahan di dalam lokap semalam kerana wujudnya elemen hasutan ke atas keamanan negara. Apabila menyebut isu keselamatan negara dan keamanan negara, jawapannya sangat mudah 'Tiada Kompromi!'.

Saya telah menyebut di sini, bahawa kesilapan besar Rafizi ialah dia mengandaikan semua rakyat Malaysia bodoh belaka dan boleh dperbodohkan bila-bila masa.

Maka, janganlah menganggap KPN berwajah ceria, tenang dan senyum memanjang tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menghasut keamanan negara. Nampaknya anda silap besar.

Tiada perkataan yang paling sesuai kepada Rafizi melainkan di bawah ini.
Lari
Rafizi adalah seorang yang suka membuat gempak selepas menerima sesuatu maklumat yang boleh di 'spin'. Rafizi suka spin di siber media. Tetapi apabila pihak kerajaan sudah bersedia dengan fakta jawapan, dia lari tidak muncul. 

Contohnya, apabila sesi penggulungan di parlimen baru-baru ini mengenai isu 1MDB dan GST, Rafizi hilang tiada di dalam Dewan Rakyat! Tetapi apabila akhbar Sinar membuat debat mengenai 1MDB dia hadir kerana dia tahu lensa kamera akan memberikan dirinya popular berbanding mendengar jawapan di dalam parlimen.
Catatan Di Parlimen
Polis Singapura
Nasib baiklah Rafizi bukan di Singapura, jika tidak sudah sangat jelas Rafizi akan diISAkan di Singapura. Malahan akan menerima nasib yang serupa dengan pemimpin-pemimpin pembangkang di Singapura yang jatuh bankrap dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.

Namun begitu, untuk mengharapkan Rafizi bersyukur kepada Allah SWT kerana mempunyai sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia ini adalah mustahil. Rafizi adalah lambang warganegara Malaysia yang tidak bagus kepada negara, kerana dia tidak dapat membezakan di antara kepentingan negara dengan kepentingan matlamat politiknya. 

Seseorang rakyat yang bagus akan menghormati ketatanegaraan negara sendiri. Jika misalnya para hakim sudah membuat keputusan, jalanraya dan demostrasi bukanlah jalan yang betul. Cara itu adalah cara kuno politik zaman gelap di Eropah. Malaysia bukanlah berada di zaman gelap, hanya Rafizi sahaja merasakan dirinya berada di dalam kegelapan. 

Adakah gambaran kepada sikap Rafizi ini betul ?

Siapa dia pengganti KPN?
Sejak dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada pertengahan Mei, 2013 beliau telah menunjukkan toleransi yang amat tinggi khususnya kepada ahli-ahli politik pembangkang yang melampaui batas. Hari ini mereka melangkah jauh lagi daripada batas kenegaraan dengan mendesak KPN dipecat. 

Soalan saya, siapa pula pengganti yang anda cadangkan dan adakah KPN baharu itu boleh membebaskan seseorang di dalam penjara? 

Jika anda berkata bebaskan seseorang daripada penjara, kemudian anda berkata pecat KPN, anda sebenarnya syok sendiri bak kata pepatah 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong', kerana daripada 30 juta rakyat Malaysia hanya anda segelintir sahaja yang kelihatan kurang siuman. Lebih 99% rakyat Malaysia masih menghormati undang-undang negara.

Contohilah Hj Hadi Awang, Presiden PAS yang tenang. Janganlah mencontohi 'burung kakak tua'!

Selamat Berhujung Minggu.

Penns, USA.
Mar, 27, 2015.













HJ HADI BERPELUANG MENDAPAT 121 SOKONGAN AHLI PARLIMEN ISLAM

on Thursday, March 26

Cabaran Hukum Hudud di Parlimen Malaysia
Saya telah membuat sedikit kajian berdasarkan perkembangan semasa dan faktor-faktor lain yang akan menjadi penentu kepada kejayaan pengundian Hukum Hudud di parlimen tidak berapa lama lagi.

UMNO
Walaupun UMNO tidak mengeluarkan arahan rasmi, tetapi petunjuk di Dewan Undangan Negeri Kelantan menunjukkan ahli-ahli parlimen UMNO tidak menghairankan akan memberikan undi 100% kepada rang undang-undang Hukum Hudud di parlimen. 

Walaupun seorang ahli parlimen UMNO berkata tidak bersetuju tetapi tidak bermakna beliau tidak akan mengundinya. Situasinya begini, anda tidak bersetuju anak anda berkahwin dengan si polan, tetapi akhirnya anda bersetuju menerima pinangannya kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

PAS
Wakil rakyat PAS pula terikat kepada bai'ah dan wala' kepada kepemimpinan tertinggi PAS. Sekurang-kurangnya 7 wakil rakyat PAS kelihatan tidak menyokong kerana mereka terikat dengan perkawanan dengan Pakatan Rakyat. Namun begitu, saya mellihat ketujuh-tujuh mereka adalah pemain silap mata zaman moden. Percayalah ketujuh-tujuh mereka akan mengundi menyokong bill private ini. 

Saya sungguh-sungguh tidak percaya mereka tidak akan menyokong Hukum Hudud. Bagi saya, hanya orang gila di dalam PAS sahaja yang tidak akan menyokong Hukum Hudud. 

PKR
Parti PKR telah membuat pendirian awal bahawa semua wakil rakyat Islam PKR tidak akan mengundi menyokong Hukum Hudud. Namun, anda harus melihat bahawa mereka yang menentang Hukum Hudud di dalam PKR hanya segelintir ahli parlimen sahaja. Tetapi ahli-ahli parlimen lain tidak menyatakan bantahan rasmi mereka! 

BEBAS
Apa lagi yang hendak diperjuangkan oleh TS Khalid Ibrahim? Kekayaannya melimpah ruah, kemasyhurannya sudah pernah menjadi Menteri Besar Selangor. 

Hanya satu sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim belum menunaikannya ketika umat Islam di dalam kesempitan dan memerlukan sokongannya, iaitu membantu agama Allah SWT. Adakah kamu fikir TS Khalid Ibrahim tidak akan mengundi Hukum Hudud?

PBB
Manakala 10 ahli parlimen PBB (Sarawak) sudah pasti akan bersama-sama UMNO menyokong Hukum Hudud.

DAP
Bagaimanakah wakil rakyat DAP? Sehingga sekarang hanya Zairil sahaja secara rasmi menentang Hukum Hudud. Sebaliknya ahli parlimen DAP yang lain belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi. 

Jika dilihat daripada latarbelakang wakil rakyat ini, beliau dikhabarkan pada mulanya cenderung kepada parti PAS. Oleh kerana semasa PRU13, beliau tidak mempunyai tempat di dalam PAS, maka beliau bernasib baik kerana diberi peluang bertanding di atas tiket DAP, di mana kejayaannya banyak dibantu oleh jentera dan pengundi PAS.

Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan 113 undi yang bakal diterima oleh PAS di parlimen kelak, saya tidak percaya 8 ahli parlimen lagi (1 daripada UMNO dan 7 daripada PAS pro PASMA) akan membiarkan agama Islam ini diperkotak-katikkan.

Saya percaya, di saat-saat akhir, kelapan-lapan ahli parlimen ini akan mengubah sikap, di mana private bill Hukum Hudud ini akan menikmati 113 + 8 = 121 undi majoriti mudah. 

Tidak ada umat Islam yang akan membiarkan saudaranya tersepit di kala bantuannya diperlukan.

Pada pandangan saya, Hj. Hadi perlu teruskan pembentangan Bill Private ini dengan penuh yakin, tidak gentar dan istiqamah sebagaimana telah dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan.







KRONOLOGI HUBUNGAN AKRAB DS NAJIB- HJ HADI

on Wednesday, March 25

TG Haji Hadi Awang, Presiden PAS
SEJAK DS Najib menjawat Presiden UMNO dan Perdana Menteri (2009), hubungan UMNO dengan PAS malah hubungan kerajaan negeri Kelantan khususnya dengan kerajaan Persekutuan semakin hari semakin bertambah akrab.

Saya ingin memberi pandangan bahawa, keikhlasan DS Najib menjalin hubungan akrab dengan kepimpinan PAS hendaklah konsisten dan diterjemahkan. 

Wakil-wakil rakyat UMNO mesti membuktikan bahawa mereka adalah saudara seagama yang ikhlas untuk turut sama menjayakan Hukum Hudud tanpa ada apa-apa niat di sebalik sokongan itu. 

Contohilah UMNO Kelantan, menyokong 100% tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Mari kita imbas semula rentetan hubungan akrab DS Najib dengan TG Hj Hadi Awang.
Keakraban DS Najib dan Hj Hadi 
June, 2009 - Keikhlasan DS Najib dan Kejujuran Hj Hadi 'senada', malah disambut oleh majoriti orang Melayu dan umat Islam bahawa sudah sampai masanya UMNO dan PAS bekerjasama dan memikirkan secara serius mengenai perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

June, 2009 - Hj Hadi dalam Muktamar Agong PAS buat pertama kali bercakap tentang 'Kerajaan Perpaduan', malah tidak menolak wujudnya usaha-usaha ke arah kerajaan perpaduan.

Disember, 2010 - Hj Hadi menafikan idea beliau bercanggah dengan allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat (Dalam laporan "Islam, Politics and Youth in Malaysia: The Pop-Islamist Reinvention of PAS")

April, 2011 - Hj Hadi dan DS Najib saling berpelukan ketika bertemu di Sarawak. Mereka kelihatan sangat-sangat mesra, akrab dan intim bagaikan saudara yang sekian lama berpisah (sila perhatikan dakapan mesra Hj Hadi yang sangat 'Islamik' kepada DS Najib lihat https://www.youtube.com/watch?v=Km-XX8Cg0oc).

Februari, 2012 - Hj Hadi bersedia mempertimbangkan permintaan beberapa journalist supaya debat dan perjumpaan dibuat antara beliau dengan DS Najib untuk membincangkan isu-isu dalam negara.

Februari, 2012 - 'Sajak Khas Buat Tuan Guru' ini telah dicipta.

September, 2013 - Hj Hadi berkata PAS sedia bekerjasama dengan UMNO termasuklah dialog dalam pelbagai isu.

June, 2014 - DS Najib menghubungi sendiri Kedutaan Malaysia di Turki supaya memberikan bantuan yang terbaik kepada Hj. Hadi yang dimasukkan di hospital Istanbul.

June, 2014 - DS Najib melawat secara peribadi ke atas Hj Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) tanpa sebarang protokol rasmi kerajaan.

September, 2014 - Hj Hadi turut menyenaraikan calon Menteri Besar Selangor yang baharu akibat daripada kemelut ciptaan PKR dalam Langkah Kajang yang gagal dan berkecamuk itu.

September, 2014 - Hj Hadi memberi Amaran Keras kepada PKR dan DAP supaya menghormati tahaluf siyasi dengan PAS. Jika berlaku perlanggaran, PAS tidak teragak-agak keluar daripada Pakatan Rakyat.

Mac, 2015 - Kemuncak kepada segala usaha perpaduan ini, Hj Hadi nekad untuk menjayakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 (Hukum Hudud) dan usaha tersebut telah disokong 100% oleh wakil rakyat UMNO di DUN Kelantan.

April, 2015 - Dijangka PAS akan sekali lagi menikmati sokongan 100% daripada wakil rakyat UMNO dan PBB apabila Hj Hadi membentangkan private bill Hukum Hudud di parlimen tidak berapa lama lagi.

Bersambung...'The True Story of United Government'

PAKATAN BAHARU PEMBANGKANG= DAP-PKR-MCA-GERAKAN ?

on Tuesday, March 24

SAYA tertarik dengan artikel terbaharu Lim Kit Siang ini. Sebenarnya saya sudah membaca buku Lim Kit Siang bertajuk Malaysia: Crisis Of Identity ketika saya berumur 20 tahun. Dalam buku terbaharu ini, saya turut menulis ulasan mengenai buku Lim Kit Siang itu.

Tegas Lim Kit Siang, “Untuk menyelamatkan Malaysia, mungkin masa telah tiba untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen dari parti kerajaan dan pembangkang yang mahu mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dengan seorang Perdana Menteri baru”.

Lim Kit Siang sudah tahu apa akan berlaku kepada Pakatan Rakyat selepas pembentangan Hukum Hudud di Parlimen tidak lama lagi. Lim Kit Siang tahu UMNO akan menyokong private bill ini kerana UMNO sudahpun sebulat suara menyokongnya di DUN Kelantan. Ianya tiada perbezaan.

Lim Kit Siang membangkitkan isu baharu katanya Hukum Hudud ini bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkenaan ‘Kesamarataan di sisi undang-undang’. Lim Kit Siang lupa bahawa kepada PAS khususnya, alasan itu tiada ketakutan kebimbangan sedikit pun kepada PAS.

Pakatan Baharu: DAP-PKR-GERAKAN-MCA
Jika dilihat semula cadangan Lim Kit Siang itu, bermakna mana-mana parti yang menentang Hudud akan berdiri di sebelah DAP. Sudah tentu dalam hal ini, parti-parti itu ialah MCA dan Gerakan di Semenanjung Malaysia dan PRS di Sarawak. Parti-parti lain di Sabah dan Sarawak belum menyatakan pendirian rasmi mereka.

Soalnya MCA dan Gerakan adalah dua buah parti pro Cina yang lemah dan dilemahkan sendiri oleh DAP. Mereka sudah terperangkap. Sekiranya MCA dan Gerakan memiliki 21 kerusi parlimen, maka mereka bernilai dan berharga. Malangnya mereka hanya memiliki 7(MCA) dan 1 (Gerakan) kerusi sahaja, maka mereka meninggalkan BN satu kerugian besar dan mereka menyertai DAP juga satu kerugian yang besar. 

Manakala BN boleh menambah kelompangan baharu yang ditinggalkan MCA dan Gerakan di atas dengan penyertaan baharu daripada parti PAS yang memiliki 21 kerusi parlimen sekarang. 

Komen Lim Kit Siang kepada PAS, “Dengan mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi pelaksanaan hudud tanpa mempedulikan sama sekali keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu bahawa sebarang rang undang-undang persendirian berkaitan hal itu perlu terlebih dahulu dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, serta sebagai satu lagi pelanggaran setelah PAS Kelantan melanggar Kerangka Kerja Dasar Bersama Pakatan dengan mengemukakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang kemudiannya diluluskan oleh DUN Kelantan, Pakatan seolah-olah tidak lagi wujud di mata Presiden PAS,” 

Sekiranya idea ini menjadi kenyataan, umat Islam dan orang Melayu di Malaysia akan bernazar. 

Pengajaran Kepada UMNO dan PAS
Sementara itu, Malaysia akan memasuki era baharu dengan landskap politik baharu. Jangan menyalahkan sesiapa mengapa ianya berlaku, ini semua salah Lim Kit Siang sendiri. Teori politik Lim Kit Siang telah memakan dirinya sendiri, kerana membunuh habis-habisan bangsanya sendiri (MCA dan Gerakan), namun Lim Kit Siang tidak rugi 100% kerana dia sudah memiliki Pulau Pinang.

Kepada UMNO jangan habis-habisan menentang PAS. Kepada PAS janganlah jua habis-habisan menentang UMNO. Pelajarilah apa yang telah berlaku kepada DAP, MCA dan Gerakan !

WILAYAH PERSEKUTUAN KE-4, PULAU SEBATIK ? PRO DAN KONTRA

on Saturday, March 21

Pulau Sebatik (2015)
Apakah maksud Wilayah Persekutuan?
Secara umum, Wilayah Persekutuan adalah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan tidak ditadbir oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan.

Setakat ini, terdapat tiga Wilayah Persekutuan dengan nilainya yang tersendiri, iaitu:-

1. Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia

2. Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC)

3. Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Ketiga-tiga wilayah persekutuan ini Makmur, Maju dan Membangun. Orang Labuan khususnya sudah pasti tidak menafikannya.

Mengapa Wilayah Persekutuan?
Ada dua sebab mengapa saya memberikan idea ini kepada anda. Sama ada anda bersetuju dan tidak bersetuju masih boleh diperdebatkan.

1. Isu Keselamatan
Pulau Sebatik dari sudut geografi merupakan pembahagian dua kawasan daripada satu pulau. Sebahagian pulau Sebatik ditadbir oleh kerajaan Indonesia dan sebahagian lagi dikuasai oleh negara kita Malaysia.

Pada bulan Disember,1969 ketika tentera-tentera kita sedang bersolat subuh di Kalabakan, mereka telah diserang oleh tentera Indonesia. Walaupun berjaya mengusir tentera penceroboh tetapi serangan itu telah mengorbankan 7 anggota tentera Malaysia. Ianya sudah menjadi lipatan sejarah akibat daripada dasar politik ketika era itu.

Pada tahun 2005, isu Ambalat berdekatan Pulau Sebatik tercetus kerana kepentingan ekonomi dan keselamatan di kawasan tersebut. Sukarelawan Indonesia dilapor mendaftar diri untuk suatu ulangan "Ganyang Malaysia" malah gambar penyanyi Malaysia Datuk Siti Norhaliza menjadi mangsa kemarahan mereka telah dibakar semasa demontrasi.

Pada tahun 2013, ketika tragedi di Lahad Datu, kapal-kapal perang Indonesia dalam kedudukan 'standby' mengawal wilayah mereka di perairan pulau Sebatik.

Baru-baru ini pula 2015, berlaku insiden beberapa orang daripada wilayah Indonesia memasuki wilayah kita di Pulau Sebatik di mana mereka dilaporkan membawa senjata. Apa pun motifnya, kita melihatnya ianya suatu peristiwa yang boleh mengancam keselamatan negara kita pada masa hadapan. Pendek kata, kita telah dibolosi dan berhadapan dengan pembolosan bila-bila masa.
Pulau Sebatik: Perjanjian Inggeris-Belanda 1891
Pulau Sebatik adalah wilayah strategik negara kita, kedaulatannya mesti dipertahankan. Dari segi sejarah, ianya dipecah dua kepada Indonesia dan Malaysia kerana hasil daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1891 di mana di bahagian selatan pulau Sebatik diberikan kepada Belanda, dan di wilayah utara pulau Sebatik diberikan kepada Inggeris.

Perjanjian susulan ialah pada tahun 1915 dan 1928. Manakala selepas merdeka, Perjanjian Republik Indonesia-Malaysia 1978 juga menjadi rujukan penting. 

*Nota: Tesis-tesis sarjana telah mendedahkan, Belanda pernah memerintah wilayah-wilayah pantai timur Sabah iaitu di Tawau sebelum tahun 1891. Pada ketika itu, penjajah British hanya memerintah Borneo Utara bermula dari Kent (Sandakan) ke bahagian atas di Jesselton (Api-Api/Kota Kinabalu). 

Dicatat dalam catatan rasmi Belanda bahawa seorang Bugis yang diberi gelaran 'puado' telah menjadi Ketua Daerah pertama Tawau sebelum kedatangan penjajah British. Dia dilantik oleh penjajah Belanda. Puado ketika itu merekodkan mereka mentadbir Tawau dengan aman damai dengan komuniti masyarakat Bugis, Bolongan, Tidung, Suluk dan Banjar (1891-1902).

2. Isu Pembangunan
Berkenaan aspek pembangunan, anda boleh melihat sendiri kemakmuran yang dinikmati oleh penduduk pulau Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Semasa saya duduk di Labuan tidak lama dahulu, anda boleh merasai jalanraya yang sangat menakjubkan sehingga ke kaki lima rumah anda! Anda boleh menikmati kereta berkualiti dari luar negara dengan harga jauh lebih murah daripada tanah besar. Kebersihan pulau Labuan saya catatkan sebagai nombor satu dalam negara ketika itu.

Tiada apa-apa yang hilang kepada masyarakat tempatan pulau Labuan. Mereka kekal memiliki tanah mereka sendiri, mereka kekal menjawat jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan dan swasta, mereka kekal memainkan peranan penting di dalam aspek politik di mana sejak Labuan menjadi wilayah persekutuan tidak pernah ada orang dari Semenanjung Malaysia menjadi wakil rakyat. Malah tidak mungkin ianya akan berlaku.

Pembangunan pulau Labuan jauh meninggalkan pembangunan bandar-bandar besar di tanah besar negeri kita di Sabah kecuali bandaraya Kota Kinabalu.

Hanya satu sahaja saya masih menunggu-nunggu iaitu hal jambatan. Bilakah agaknya jambatan menghubungkan pulau Labuan dengan tanah besar Sabah dimulakan?

Masa Hadapan Pulau Sebatik
Di wilayah Indonesia pulau Sebatik, saya diberikan gambar-gambar pembangunan insfrastruktur mereka lebih ke hadapan berbanding di kawasan kita.

Lihatlah jeti moden pulau Labuan? lihatlah lapangan terbang pulau Labuan? Dahulu, mantan wakil rakyat Pulau Sebatik Datuk Dr. Patawari Patawe pernah menghasilkan idea mendaratkan kapal terbang kecil di permukaan laut pulau Sebatik. Ianya menggabungkan teknologi daripada luar negara. Ianya tidak menjadi kerana beliau tidak lagi menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Sekiranya saya wakil rakyat pulau Sebatik, saya akan membina 3 perkara iaitu jeti moden, jambatan pulau Sebatik menghubungkan tanah besar Sabah atau lapangan terbang sederhana. Hukum pembangunan ialah, jika terdapat lapangan terbang di sesebuah kawasan, maka kawasan itu akan bernilai tinggi dan membangun dengan cepat.

Kawasan Apas/Balung membangun dengan cepat kerana ianya diwakili oleh YB Datuk Taufiq Titingan yang bijaksana memasukkan elemen pembangunan seperti lapangan terbang baharu dan bandar baharu. Pulau Langkawi, pulau Tioman dan pulau Labuan membangun dengan pesat kerana mereka memiliki lapangan terbang sendiri.

Ada orang bertanya, di mana hendak mendapatkan bajet? Beberapa tahun dahulu, semasa berdiskusi hal-hal politik, Datuk Dr. Patawari sering berkata kepada saya 'gunakan akal'.

Itu bukan jawapan saya, jawapan saya ialah dengan menjadikan pulau Sebatik sebagai Wilayah Persekutuan yang ke-4. Dengan kedudukan ini, maka setiap tahun pulau Sebatik akan mendapat bajet yang lebih besar langsung daripada kerajaan Persekutuan.

Lagi satu, tahukah anda bahawa pulau Labuan, pulau Tioman dan pulau Langkawi merupakan bebas GST? Mungkinkah pulau Sebatik boleh menjadi pulau bebas GST jika anda menyokong idea ini?

Bagaimana pandangan anda? Jika bersetuju kenapa? Jika tidak bersetuju mengapa?

Selamat Berhujung Minggu.

Penns, USA.
Mac, 20, 2015.

*GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan)







5 YB PAKATAN RAKYAT DIJANGKA SOKONG BILL HUDUD DI PARLIMEN

on Thursday, March 19

KEJAYAAN Menteri Besar Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah (Hukum Hudud) di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam adalah satu langkah permulaan kepada negeri-negeri lain melaksanakan undang-undang Islam yang adil kepada semua pihak.

Walaupun menerima tentangan bukan alang-alang daripada DAP dan PKR, diugut berbulan-bulan, dicerca berhari-hari namun ianya tidak menjejaskan istiqamah Menteri Besar Kelantan untuk meneruskan pembentangan tersebut. Semua ugutan dan cercaan itu tidak ada setitik nilai ketakutan pun kepada Menteri Besar Kelantan.

Ianya satu permulaan yang baik, sudah pasti kejayaan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan nanti akan membuka ruang kepada perlaksanaannya di negeri-negeri lain pula dan juga di peringkat persekutuan. Masyarakat Cina dan bukan Islam di Brunei hidup dengan aman dan damai selepas perlaksanaan Hukum Hudud !

Tun Dr Mahathir
Sebenarnya, di dalam melaksanakan dasar-dasar Islam di Malaysia bukannya dipelopori oleh PAS sahaja. Sejarah membuktikan, beberapa minggu sebelum Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam fundamentalis. Negara pertama yang mengkritik dan menyerang Tun Dr Mahathir ialah negara Israel. Adakah anda sudah lupa?

Malah, 20 tahun sebelum itu Tun Dr Mahathir melaksanakan dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam. Pada ketika itu, penerangan telah disampaikan di dalam Parlimen bahawa dasar tersebut bukan bermaksud mengIslamkan orang yang bukan Islam tetapi ianya lebih kepada membawa nilai-nilai Islam yang universal di dalam pentadbiran kerajaan dan kehidupan rakyat Malaysia. Di antara nilai-nilai itu seperti menepati masa, bertanggungjawab, jujur dan amanah.

Semasa zaman Pak Lah pula, dilaksanakan dasar Islam Hadhari yang tidak jauh bezanya dengan dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam.

Kejayaan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan akan memberikan dua implikasi besar:-

1. Negeri-negeri lain juga boleh melaksanakan undang-undang Islam di negeri masing-masing dengan sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri masing-masing;

2. Kejayaan negara Brunei dan negeri Kelantan merupakan dua contoh yang sangat sesuai di mana undang-undang Islam yang adil boleh dilaksanakan di peringkat persekutuan. Sudah tentu rakyat bukan Islam di Brunei dan Kelantan mendapat keadilan, keselamatan dan kebahagiaan.

4 Ahli Parlimen PKR, 1 DAP
Pada pandangan saya, DAP menentang Hukum Hudud kerana bimbang dua kesan besar itu. Ianya adalah kebimbangan politik semata-mata. 

Jika UMNO telah membantu PAS di negeri Kelantan, saya yakin PAS juga boleh membantu UMNO di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti UMNO.

Di peringkat Parlimen nanti saya juga yakin ahli-ahli Parlimen daripada UMNO dan PAS akan sama-sama menyokong bill Hudud ini. 

Dengan sokongan 4 ahli parlimen daripada PKR (TS Khalid Ibrahim menyertai Bebas) dan 1 orang ahli parlimen daripada DAP, sudah mencukupi untuk meluluskan bill Hudud ini dilaksanakan di negeri Kelantan. 

UMNO dengan kekuatan 88 orang dan PAS pula 21 orang akan menghasilkan 109 undi. Ia belum termasuk 10 orang daripada parti PBB Sarawak. Bill private Hudud hanya memerlukan 114 undi majoriti mudah sahaja untuk dilaksanakan di Kelantan.

Terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sama ada menggunakan undi sulit atau secara terbuka.



















JAWAPAN KEPADA TUN DR MAHATHIR

on Sunday, March 15

Perdana Menteri Dan Timbalan Perdana Menteri Berbual Mesra Semalam
Dalam Majlis Meraikan Presiden Myanmar Di Ibu Negara
Ironinya, Jho Lo dan Petrosaudi malah isu pelaburan di Pulau Cayman semuanya telah dijawab dengan jelas.

Namun begitu, sangat-sangat menghairankan kerana para penyerang DS Najib dan 1MDB sehingga sekarang belum ada yang berani untuk membawa Jho Lo, Petrosaudi dan Ananda Krishnan atau sesiapa sahaja yang terlibat ke muka pengadilan. 

Mereka hanya berani menyerang DS Najib sahaja kerana pegangan mereka berpandukan kepada kata pepatah orang China bahawa 'kalau hendak menghancurkan lawan, hancurkan kepalanya dahulu'. Dalam konteks sekarang, kepala kerajaan adalah DS Najib.

Kerana itulah mereka mengulang-ulang (repetition) isu 1MDB yang telah pun dijelaskan sendiri oleh 1MDB, Jho Lo, Petrosaudi dan sebagainya. 

Begitu juga Arul Kanda Kandasamy (CEO 1MDB) telah menafikan 1MDB meminjam wang daripada jutawan Ananda Krishnan. Adakah Ananda Krishnan mengiakannya?

Semua tuduhan-tuduhan yang dilakukan ke atas 1MDB ternyata bersifat spekulasi dan persepsi sahaja. Perhatikan artikel ini, ianya tidak meletak nama siapakah pemberi maklumat itu. Mereka hanya berkata dari 'satu sumber'. Siapa dia 'satu sumber' itu? Sumber primier atau sekunder atau sekadar hear say? Atau dia ialah sang spekulator dan sang persepsi.

Serupa juga dengan kononnya beribu-ribu dokumen dan emel berkaitan transaksi 1MDB yang diperap selama dua tahun oleh Sarawak Report. Di manakah dokumen dan emel-emel itu? Dedahkanlah! Bukankah ini kes berprofil tinggi. Jika tidak didedahkan bagaimana rakyat hendak mempercayainya? Serahkannya kepada PDRM, SPRM, Jabatan Audit Negara dan PAC.

Seperti yang saya katakan di sini, kesilapan Rafizi dan Tony Pua adalah mengandaikan semua rakyat Malaysia bodoh belaka dan mudah diperbodohkan dengan permainan politik mereka. 

Benarlah kata blogger ini bahawa, "Pakatan leaders will never ever say good things about Malaysia. Even if the economy is good, they will say it is bad. It is just not in their interest to praise Malaysia or say the govt has done a good job. It is their job to continue saying bad things even if these are lies. That's just the way the standard of our Malaysian opposition leaders are."

Jawapan
Entri terbaharu Tun Dr. Mahathir ini merupakan pertanyaan dari seorang mantan Perdana Menteri yang masih peka kepada perkembangan semasa negara. Kita berasa beruntung kerana Tun Dr Mahathir masih mengambiltahu hal-ehwal negara.

Jawapan bersifat negarawan di sini dan juga ini telah diberikan. Seseorang rakyat yang berjiwa Negarawan akan faham maksud jawapan itu.

Seperti kata Profesor Dr Jayum Jawan (Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara) tidak lama dahulu, bahawa belum ada pengganti yang sesuai kepada DS Najib kerana mereka yang lain tidak memiliki kesederhanaan, ketenangan, kesabaran dan wisdom.

Nampaknya, percubaan melaga-lagakan DS Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak kesampaian dan tidak kemenjadian. Kekecewaan mereka akhirnya membawa pula kepada serangan ke atas TS Muhyiddin dengan kata-kata menteri tunggul dan hilang kewibawaan. 

Selamat membaca.

Penns, USA.
Mac, 15, 2015.

Nota: Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia atas Anugerah Antrabangsa ini di University of Pennyslavania, Amerika Syarikat. Kebetulan saya berada di sini, ianya sungguh membanggakan kita rakyat Malaysia. 


LANTIK BUNG MOKHTAR MENTERI HAL-EHWAL KHAS SABAH

on Saturday, March 14

SAYA sangat terkejut kerana artikel saya ini dibaca hampir 30,000 pembaca dalam tempoh 48 jam. Manakala semalam dalam tempoh 24 jam sahaja ianya dibaca oleh lebih 20,000 orang.

Nampaknya, YB DSP Bung Mokhtar tidak perlu berkempen setengah mati dalam PRU14 kelak, cukup dengan saya menulis beberapa artikel sahaja. Jika saya masih berada di tanahair, barangkali Bung Mokhtar boleh belanja saya minum secangkir kopi.


Elaun Perumahan & Elaun Cola
Berkenaan isu-isu perkhidmatan awam di Sabah, saya telah berjuang melalui penulisan beberapa kali. Namun, Cuepacs khususnya yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kakitangan awam khususnya isu-isu Elaun Cola dan Elaun Perumahan yang adil dan saksama kepada Sabahan dan Sarawakian 100% Gagal. 

Cuepacs jelas kelihatan hanya memperjuangkan kakitangan awam dari Semenanjung sahaja. Cuepacs sendiri tidak ada jawapan dalam isu ini, mereka sengaja memekakkan diri mereka atas kemarahan kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak. 

Dari segi politik, sikap Cuepacs ini merugikan kerajaan Barisan Nasional. Saya percaya, mereka tidak ada kemampuan dan tidak ada kebijakan menyelesaikan isu ini. Cuepacs sengaja membiarkan sokongan kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak beralih angin kepada Pakatan Rakyat.

Anda boleh membaca semula artikel-artikel yang berkaitan di bawah:-




Kebetulan pula hari ini di dalam parlimen, saya membaca Bung Mokhtar bercakap hal Elaun Perumahan yang berbeza di antara kakitangan Sabah/Sarawak dengan kakitangan dari Semenanjung Malaysia. Perkara ini sudah terlalu lama diperkatakan dan diperjuangkan tetapi tidak pernah diambilpeduli termasuklah oleh menteri-menteri dari Sabah di peringkat persekutuan, barangkali kerana isu ini bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Maka, sebab itulah amat wajar dicadangkan kepada Perdana Menteri supaya mempertimbangkan seorang Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah (khusus menjaga portfolio kebajikan kakitangan awam Sabah). Nampaknya, Bung Mokhtar wajar dipertimbangkan ke jawatan tersebut. Sudah lama kementerian ini tidak diwujudkan, kali terakhir diduduki oleh allahyarham Bapa Kemerdekaan negeri Sabah Tun Datu Hj. Mustapha Datu Harun. Anda bersetuju?

Kita janganlah lupa, bahawa semasa DS Anwar membuat tawar-menawar dengan wakil-wakil rakyat UMNO supaya melompat ke Pakatan Rakyat (16 September 2008), Bung Mokhtar lah ketika itu mengetuai Barisan Nasional BackBenchers Council (BNBBC) telah menyelamatkan Kerajaan Persekutuan daripada bertukar tangan.

Isu-isu yang kita perjuangkan seperti tulisan-tulisan saya di atas, hanya akan mencapai kejayaan apabila kita memiliki Menteri yang vokal seperti Bung Mokhtar. UMNO Sabah patut mempertimbangkan cadangan ini.

Bagaimana pandangan anda?

Selamat berhujung minggu,

Pennyslavania, USA,
Mac, 14, 2015.



TONY PUA TIDAK BERANI SERANG JHO LOW KERANA

on Friday, March 13

DENGAN pendedahan Jho Low di sini maka secara moralnya berakhirlah sudah cereka drama dan tuduhan-tuduhan ke atas DS Najib (Najib) dan 1MDB. 

Pendedahan Jho Low kepada South China Morning Post semalam menutup semua cereka politik Tony Pua dan mereka yang sewaktu dengannya. Namun, menariknya Jho Lo mendedahkan pula kelompangan pihak yang mengkritik berbulan-bulan 1MDB.

Beberapa persoalan baharu kini muncul, di antaranya:

1. Kenapa menyerang Najib sahaja, kenapa Tony Pua tidak berani menyerang Jho Low? Ada orang bertanya, adakah kerana Tony Pua sebangsa lalu dia hanya menyerang Najib sahaja? 
Saya berkata saya tidak tahu.

2. Jho Low menyatakan "I've nothing to hide". Bermakna segala maklumat yang diperolehi pihak pembangkang termasuklah beribu-ribu emel kononnya diperap oleh Sarawak Report secara moral dan automatik hilang kredebiliti, diragui dan tidak boleh dipercayai lagi. Sarawak Report pun sudah berdiam diri sekarang.

3. Kenapa tiada seorang pun daripada mereka berani membuat laporan polis ke atas Jho Low jika mereka yakin Jho Low terlibat dalam isu penyelewengan di 1MDB? Adakah mereka bimbang Jho Low akan bercakap benar dan membuka pekung di dada mereka?

4. Ternyata mengaitkan Jho Low hanyalah bahan perisa sahaja kepada cereka drama 1MDB ciptaan pihak pembangkang supaya nampak lebih pedas sahaja. Mereka hanya berani menyebut nama Jho Low sahaja tetapi tidak berani membawa Jho Low ke medan perang.

5. Tidakkah Tony Pua dan mereka yang sewaktu dengannya tidak terasa dengan sindiran ini, "I feel i'm a victim of the cross-fire of Malaysian politics, which is getting more polarized. I'm a target".

6. Ternyata serangan satu pihak yakni ke atas Najib sahaja hanyalah propaganda kuno untuk menjatuhkan politik Najib. Mereka tidak berani menyerang dua pihak iaitu ke atas Jho Low. Rakyat Malaysia kini telah melihat bahawa Tony Pua dan lain-lainnya hanya mempolitikkan 1MDB sahaja untuk tujuan politik mereka.

7. Ada orang berkata barangkali elok Jho Low menyaman mereka yang memfitnahnya. Jika Jho Low melakukan perkara ini, maka isu 1MDB dikira sudah tidak relevan lagi.

8. Khabarnya selepas kegagalan mengisukan 1MDB, Tony Pua sudah bersedia dengan isu baharu pula minggu hadapan.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan