KEMBAR OBAMA DI MALAYSIA SOKONG NAJIB

on Thursday, April 30


Presiden Obama of United States dengan kembarnya Obama Malaysia
Presiden Obama di United States tidak bersendirian. Dia mempunyai 'kembar' di Malaysia. Saya namakan dia Obama Malaysia. Berbeza dengan Presiden Obama di US, Obama Malaysia hanyalah seorang pekerja di ladang sawit yang dedikasi. Persamaannya pula, kedua-dua Obama ini ahli politik. Seorang Obama sudah menjadi President of the United States, manakala Obama Malaysia seorang ahli politik grassroots yang dedikasi, setia dan tenang.

Dalam perbualan saya dengan Obama Malaysia, dia menyatakan sokongan 100% kepada DS Najib. Walaupun serangan peribadi ke atas DS Najib semakin buas, tetapi Obama Malaysia tidak terpengaruh malah Obama Malaysia mempertahankan DS Najb dengan jujur, rasional dan tenang. 

Kesetiaannya kepada DS Najib melebihi 100%. Saya terkejut apabila mengetahui anaknya yang lahir pada 30 Mac 2008 juga bernama Najib. Wow...ketika itu (2008) DS Najib baharu menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi Obama Malaysia sudah meramalkan DS Najib akan menjadi Perdana Menteri, lalu menamakan anaknya dengan nama Najib. Fantastik!

Obama Malaysia ini sangat mengkagumkan saya. Dia adalah penerima BR1M, kerana anda pasti tahu pendapatan seorang pekerja di ladang sawit. Kenapa dia mengkagumkan saya? Kerana sana-sini orang bercakap, jika anda mahu menang pertandingan AJK Bahagian UMNO anda perlukan seguni wang untuk membeli undi perwakilan!

Tetapi teori itu tidak berlaku kepadanya. Saya pernah menumpang keretanya, hanya sebuah proton Iswara lama. Saya terkejut dia hampir-hampir memenangi pertandingan AJK Bahagian UMNO dua tahun lalu. Obama Malaysia 
menduduki tangga ke-28 daripada 50 orang. Apakah rahsianya? Katanya dua sahaja, iaitu ikhlas dan senyum. Pada tahun 2012, pencapaian terbaik Obama Malaysia ialah terpilih mewakili UMNO Bahagian Tawau ke Persidangan UMNO di PWTC, Kuala Lumpur. 

Saya terkenang perjuangan ayah saya ketika itu AJK Penaja UMNO Bahagian Tawau, hanya berjalan kaki ke Cawangan Felda Umas-Umas daripada simpang jalan utama, untuk menunaikan tanggungjawab merasmikan mesyuarat sebuah cawangan di sana ketika itu (1991). Sehingga ke hari ini, satu sen pun ayah saya tidak pernah menerima apa-apa projek daripada UMNO Bahagian kerana bukanlah tujuan menyertai UMNO untuk mendapatkan sesuatu. Tujuannya hanyalah untuk menjaga agama, bangsa dan negara.

Pada hari ini, adakah lagi pemimpin-pemimpin UMNO sedemikian rupa? 

Bercakap hal isu semasa, walaupun Obama Malaysia duduk di dalam estate, tetapi kesetiaannya kepada kerajaan Malaysia, UMNO dan PM DS Najib sangat luar biasa. Baginya, jika ada kesilapan dan kekurangan marilah bersama-sama memperbetulkannya, bukan menjatuhkannya.

Pada 10 Mei, 2015 DS Najib Perdana Menteri Malaysia akan melawat bumi Tawau. Saya berharap DS Najib akan berkesempatan bertemu Obama Malaysia dan anaknya Najib kerana saya diberitahu anaknya Najib itu sangat berkeinginan bertemu DS Najib dan akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Kepada pembaca budiman di tanah air ku,
Selamat Bercuti Sempena Hari Pekerja.

Pennyslavania, USA.
April, 30, 2015.
Najib Bin Sarifuddin @ Obama Malaysia, Tahun 1
Di Sekolah  Rendah Kebangsaan Balung, Tawau. 
Sijil Lahir Najib, 30 Mac 2008
Najib Bersiap Ke Sekolah Agama Negeri Balung,Tawau
(Besarkan Untuk Melihat Tag Nama 'Najib')

TIMBALAN MENTERI TOLAK CABARAN DEBAT, BIKIN TERKEJUT RAKYAT AMERIKA

on Wednesday, April 29

Elemen Patriotik Dan Kenegaraan Kurang Ditekankan 
Latar belakang
Sejak beberapa minggu ini, Timbalan Menteri Kewangan yang dipertanggungjawab memberi penerangan GST telah menerima kritikan dan sindiran yang bertalu-talu daripada rakyat.

Apabila beliau menyatakan tidak kisah dibaling dengan batu di sini, saya amat kasihan. Di negara luar, seseorang menteri dibaling dengan kasut, telur, botol air dan sebagainya adalah perkara biasa. Namun, di Malaysia perkara itu adalah luar biasa. 

Negara kita masih memiliki tatasusila berpolitik yang baik walaupun di plarform siber seperti FB dan tweeter kata-kata carut kelihatan sudah menjadi perkara rutin.

Apabila Tun Dr. Mahathir berucap secara spontan supaya batalkan sahaja GST, Timbalan Menteri memberikan komen seperti ini . Ianya kemudian dipopularkan secara negatif di siber media. Termasuklah ahli akademik seperti Profesor Mohammad Aguss Yusoff dan Profesor Madya Dr. Mohd. Asri (sekarang mufti Perlis) turut mengkritik kenyataan Timbalan Menteri itu.

Sementara itu, laporan ini menyebut Timbalan Menteri menolak jemputan debat oleh PKR . Jikalau saya dijemput, sudah pasti saya akan menyahut cabaran itu, seperti kata Perdana Menteri di TV semalam "... dalam berjuang, jikalau perahunya telah kita kayuh ke tengah, ia tidak boleh bersurut pulang, meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tengelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang...". Rujuk di sini

Ada banyak lagi kata-kata Timbalan Menteri yang telah dipetik oleh pelbagai pihak antaranya isu masak dalam kampus. 

Saya percaya, media akan terus mendengar dengan teliti ucapan-ucapan beliau dan akan highlight kata-kata beliau yang boleh dibuat modal. Media mahu mempopularkan beliau sebagai seorang Timbalan Menteri yang melucukan. Sungguh sadis.

Saya berpendapat, Timbalan Menteri yang dulunya seorang pendebat semasa bersekolah dengan reputasi CGPA 3.85 kini mengalami serangan tahap gaban ketika memberikan penerangan mengenai GST.

Cadangan
1. Ayat 'GST berjaya menurunkan harga' nampaknya tidak 100% relevan kepada semua jenis barang dan perkhidmatan. Ayat itu tidak sesuai digunakan. Realitinya terdapat banyak juga barang dan cukai perkhidmatan mengalami kenaikan harga selepas GST. Tiada siapa boleh menafikannya, kita mengalaminya sendiri sama ada di bank, restoran mamak, yuran pengajian, pusat membeli-belah dan sebagainya. Kerajaan tidak mampu mengawal semua peniaga dalam masa singkat.

Apa yang perlu diterangkan kepada rakyat ialah anda mempunyai banyak pilihan seperti membeli di Mydin tetapi tidak semua tempat ada Mydin. Saya telah memberikan cadangan ini . Dalam cadangan tersebut Kerajaan dan Rakyat akan menang-menang untuk kebaikan negara kita.

2. Pendidikan kepenggunaan juga perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah hinggalah ke universiti. Dalam pendidikan ini, rakyat perlu dididik hal-hal kenegaraan seperti tanggungjawab dan sumbangan seseorang rakyat kepada negaranya. 

Penerangan GST boleh diserapkan semasa di perhimpunan pagi oleh guru-guru ekonomi dan perdagangan yang sudah tentu mahir dalam hal-ehwal pengiraan. Sementara guru-guru Sejarah boleh mendidik hal-hal kenegaraan. 

3. Apabila rakyat sudah memahami tanggungjawab membangunkan negara, maka isu GST tidak akan sukar diterangkan. Di Amerika Syarikat, walaupun GST mencapai 8%-13% tetapi rakyatnya tidak bising untuk membayar kerana mereka faham tanggungjawab mereka kepada pembangunan negara.

4. Di samping itu, kerajaan perlu memperbanyakkan lagi program-program kebajikan kepada golongan pesara, orang kurang upaya, orang tua, pelajar sekolah, kesihatan percuma, pendidikan percuma dan sebagainya. Perkara ini sangat perlu untuk menyeimbangkan di antara pungutan GST dan penyaluran dana kepada rakyat. 

Contohnya, semua pesara kerajaan dan warga emas tidak dikenakan bayaran semasa menaiki bas awam dan hospital kerajaan. 

Bikin Terkejut
Rakyat Amerika sangat terkejut apabila diberitahu kerajaan Malaysia memberikan perkhidmatan 99% percuma semasa bertemu doktor(termasuk specialist dan consultant) dan 100% percuma diberikan ubat. Kebanyakan rakyat Amerika yang saya temui, kesemuanya terkejut dan spontan berkata 'What?', 'Free!', impossible!' dan sebagainya dengan air muka sangat terkejut.

Di Amerika, rakyat terpaksa membayar mahal untuk mendapatkan konsultasi doktor dan membayar lagi untuk membeli ubat. Anda perlu memiliki insuran dan wang tunai. Di Malaysia, alternatifnya adalah Hospital Kerajaan di mana hampir kesemua perkhidmatannya percuma.

Oleh itu, dalam kes GST rakyat mahu tahu apa mereka dapat selepas membayar GST? Kita mesti menerangkannya dengan betul, tepat dan segera.

Nota: artikel terdahulu di sini.
















KASIHANILAH WAN AZIZAH

on Tuesday, April 28

KAJANG BANJIR BESAR SETIAP TAHUN
Washington DC - Pada tahun 2004, peratus pengundi yang turun dalam PRU ke-11 di Permatang Pauh sebanyak 80.93%. Keputusan amat mengejutkan bilamana Datuk Pirdaus Ismail, mantan Imam Besar Masjid Negara yang mewakili BN mendapat undi 21,147 (49.1%) dan Datuk Wan Azizah Ismail menerima undi 21,737 (50.47%) . Majoriti hanya sekecil 590 undi sahaja.

Apakah rahsianya? Adakah kerana calon BN seorang mantan Imam Besar Masjid Negara? Adakah kerana suasana politik ketika itu berpihak kepada BN selepas baharu sahaja peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi? Pokok persoalannya, mengapakah pengundi-pengundi di Permatang Pauh ketika itu hampir-hampir memberikan kemenangan kepada Datuk Pirdaus Ismail?

1. Jawapannya mudah, pada ketika (PRU 2004) itu Pirdaus Ismail berusia 39 tahun berbanding Wan Azizah 52 tahun. Kali ini (PRK 2015), calon BN berusia 43 tahun manakala Wan Azizah berusia 63 tahun. Bermakna pengundi Permatang Pauh mahukan calon muda yang bertenaga dan bermotivasi tinggi.

2. Di pihak Wan Azizah, percubaan kedua di Permatang Pauh kali ini diketahui ramai hanyalah untuk menyambung legasi suaminya DS Anwar Ibrahim. Mahu tidak mahu, kerusi Permatang Pauh sudah menjadi seolah-olah milik kekal keluarga Anwar walaupun sebelum tahun 1982, kerusi tersebut ditandingi oleh PAS sejak tahun 1955.

Pengundi-pengundi di Permatang Pauh juga perlu sedar, apabila Anwar dibebaskan daripada penjara kelak, Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pasti diadakan semula untuk memberi laluan kepada Anwar pula menduduki kerusi tersebut.

3. Tiada siapa boleh lupa bahawa, Wan Azizah memberikan alasan beliau sudah tua, mahu bersara dan mahu menjaga cucu menjadi alasan mengapa beliau meletakkan jawatan dahulu (2008) untuk memberi laluan kepada PRK Permatang Pauh supaya suaminya Anwar boleh bertanding semula. Baca semula alasan Wan Azizah ini

4. Hari ini,  Wan Azizah muncul semula sebagai calon PKR di Permatang Pauh pada ketika yang sama beliau juga adalah wakil rakyat negeri Selangor di DUN Kajang. Ironinya, satu di Kajang dan kini satu lagi sedang mencuba di Permatang Pauh. Mampukah Wan Azizah memikul amanah yang maha berat di kedua-dua tempat yang berjauhan itu? 

Kepada pengundi di Permatang Pauh, kasihanilah Wan Azizah, berikanlah dia masa rehat yang cukup, janganlah menghukum Wan Azizah sekejap berlari ke Kajang sekejap berlari ke Permatang Pauh. Biarlah dia mempunyai masa yang cukup untuk bermesra dengan cucu dan melawat Anwar di penjara. Memenangkan Wan Azizah bermakna anda menyiksa dirinya, memberi kemenangan kepada calon BN bermakna anda memberi kasih sayang kepada Wan Azizah!

5. Lim Guan Eng memberi amaran kekalahan PKR di Permatang Pauh akan menjadi penamat kepada Pakatan Rakyat. Maka, pengundi PAS di Permatang Pauh gunakanlah peluang ini untuk menegakkan Hukum Hudud. Tanpa PAS pun, PR sudah mempunyai pelan kecemasan (emergency plan) dengan mendaftarkan PASMA sebagai parti politik yang akan bergabung semula dengan PR. 

6. Walaupun golongan Ulama di dalam PAS tawar hati untuk membantu PKR di Permatang Pauh, tetapi golongan lain yang dipengaruhi oleh elemen DAP dan elemen Anwarisma di dalam PAS memberi sokongan kepada Wan Azizah. Sekali lagi, mereka sebenarnya mahu menyiksa Wan Azizah !

Saya meramalkan 70% pengundi PAS yang memberi sokongan kepada Hj Hadi Awang akan memboikot kerana pendirian PKR menolak Hukum Hudud adalah mandatori. Hanya 30% ini sahaja pengundi PAS yang berpihak kepada PASMA akan mengundi Wan Azizah.

7. Akhbar-akhbar Cina dua hari lepas meramalkan Wan Azizah akan mengalami kemerosotan undi yang besar di Permatang Pauh.

Kesimpulan
1. Sekiranya pengundi di Permatang Pauh memilih Wan Azizah lagi, maka mereka harus bersedia untuk suatu PRK kecil semula apabila Anwar dibebaskan daripada penjara. 

Perbandingannya, sekiranya mereka memilih calon muda daripada BN, mereka mempunyai peluang besar untuk menikmati bantuan seorang wakil rakyat yang betul-betul wakil rakyat di kawasan Permatang Pauh.

2. Pengundi-pengundi Permatang Pauh hendaklah beringat bahawa Wan Azizah adalah Wakil Rakyat Kajang sedia ada. Kawasan Kajang adalah kawasan yang setiap tahun dilanda banjir besar yang maha dashyat menenggelamkan sekolah, jalanraya, kedai-kedai dan pejabat-pejabat kerajaan. Setiap kali banjir besar di Kajang, Wan Azizah hanya mampu menonton sahaja seperti di sini

3. Kepada pengundi di Permatang Pauh mengapa memperjudikan masa hadapan anda?

Pesan saya dari jauh, berubahlah, Ini Kalilah!
Akhbar-Akhbar Cina Meramalkan
Wan Azizah Akan Mengalami Kemerosotan 








ISI LAPORAN ISU KOMPLOT JATUHKAN PERDANA MENTERI

on Monday, April 27

Dalam laporan kepada Presiden UMNO ini, salah satu isu yang ditimbulkan dalam kes komplot Rompin ialah mereka tidak faham isu 1MDB dan mereka tidak mengerti bagaimana untuk menjawab isu-isu 1MDB di peringkat grassroots

Dari segi moral, bermaksud Pergerakan Pemuda UMNO bersifat jumud dan malas. Dari segi politik, ianya membuktikan Pergerakan Pemuda UMNO tidak memiliki bahan dan tidak mempunyai sistem kerja yang sistematik untuk menangani isu-isu besar. Dari segi dasar, bermaksud Pergerakan Pemuda UMNO bergerak secara one man show bukannya berkoordinasi.

Oleh yang demikian, sebagai permulaan kita kongsikan 2 bahan kepada Naib Ketua Pemuda UMNO dan rakan-rakannya di bawah ini. 

Bahan dalam negara ini sangat simple dan mudah difahami. 

Bahan luar negara  ini sangat sesuai dengan masa dan keadaan. Ianya kredible dan menggunakan instrumen ekonomi dan fundamental ekonomi semasa yang diperakui di peringkat global.

Jika unit media siber Pergerakan Pemuda UMNO bijaksana, jadikan bahan-bahan tersebut sebagai slaid powerpoint dan poster ringkas yang mudah difahami oleh rakyat jelata. Sudah tentu ianya sangat berguna di PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh.

Jika YB Khairy Jamaluddin berpandangan pasukan Pemuda UMNO tidak mampu melakukannya, saya sedia membantu, mengapa tidak? 

Isu Maklumat
Saya telah menyatakan dalam entri sebelum ini supaya pasukan kerajaan hendaklah memberi maklumat yang tepat dan betul kepada Tun Dr. Mahathir dalam isu-isu yang dibangkitkan khususnya maklumat daripada Bank Negara, Kementerian Kewangan dan 1MDB sendiri sementara menanti hasil siasatan Jabatan Akauntan Negara dan PAC.

Jangan biarkan Tun M diberikan maklumat daripada mana-mana pihak yang tidak tepat dan dipersoalkan kredibilitinya. Jangan biarkan portal asing memberikan maklumat yang bersifat hipotesis dan diketahui peranannya mengadu-domba politik negara. Kasihanilah Tun M, kerana angka-angka yang dipersoalkan oleh Tun M kini sudah berubah-ubah. Mungkin Tun M mendapati berlaku banyak kesilapan daripada laporan terdahulu yang diberikan kepadanya.

Bayangkan jika satu portal mendabik dada kononnya dia memiliki beribu-ribu emel mengenai 1MDB. Sudah tentu dalam hati Tun M berkata, portal lain pun boleh berkata dia ada beribu-ribu maklumat mengenai 1MDB. Soalnya, mana dia dan apa dia? Janganlah memberikan bahan yang sama yang pernah dikitar oleh pihak pembangkang untuk dikitar semula oleh Tun M.

Hikmah Di Sebalik Kritikan Tun M 
Namun begitu, kita bersyukur kerana kritikan Tun M ke atas DS Najib membolehkan kita mengenali musuh dalam selimut, sebagaimana tragedi Rompin itu. 

Hari ini, strategi mereka berubah di mana mereka tidak lagi bercakap banyak mengenai isu 1MDB, barangkali sudah kehabisan bahan. Sebaliknya mereka menggunakan pendekatan rayuan, yakni merayu supaya DS Najib berundur.

Ingatlah, jangan menyerang peribadi Tun M kerana Tun M kekal sebagai Negarawan kita. Jawablah isu yang dibangkitkan dengan fakta yang betul. 

Saya mencabar Naib Ketua Pemuda UMNO mendapatkan ulasan 1MDB secara terperinci daripada Gabenor Bank Negara! Janganlah tunjuk kelemahan tidak mampu melakukannya, anda bukan ahli biasa UMNO, anda Naib Ketua Pemuda.


KOMPLOT JATUHKAN PM: DIA TUDUH PM TIDAK JUJUR DAN DIA KATA PENJARAKAN DS NAJIB

on Saturday, April 25

Portal Malaysiakini Turut Beri Perhatian Komplot Jatuhkan PM
Intro
Artikel ini telah dibaca hampir 20K dalam tempoh 48 jam, tetapi ianya masih belum dapat mengatasi entri ini kerana ianya dibaca hampir 30K dalam tempoh yang sama. 

Bukan itu pun tujuan saya menulis, saya tidak pernah menerima satu sen pun daripada orang-orang politik baik ketika saya bertemu bapak Jusuf Kalla, sekarang wakil Presiden Indonesia di Jakarta, Indonesia di sini. Di antara akhbar yang menyiarkannya ialah Berita Harian, Utusan Malaysia, The Malay Mail, NSTP, Kosmo dan banyak lagi termasuk portal/blog pro-kerajaan serta pro-pembangkang. 

Walaupun ada orang-orang akhbar menyatakan kepada Setpol Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Perdana Menteri, kononnya mereka membayar saya sejumlah wang yang besar ketika akhbar-akhbar perdana menyiarkan rencana pertemuan saya dengan bapak Jusuf Kalla itu. Ada di kalangan mereka menipu dengan memberitahu Setpol Perdana Menteri kononnya mereka sudah membayar saya sejumlah wang. Saya menafikannya kepada Setpol Perdana Menteri dan beliau sangat-sangat terkejut!

Malahan, mantan Ketua Pengarah JASA, allahyarham Datuk Fuad Hassan turut terkejut kerana usaha saya yang sukar ketika bertemu bapak Jusuf Kalla tidak diberikan saguhati, kerana ramai beranggapan saya sudah diberikan bayaran beribu-ribu ringgit setelah terbang jauh mempertahankan DS Najib dan mempertahankan keputusan PRU-13 tempoh hari.

Begitu juga ketika saya menerangkan legasi perjuangan Dato' Seri Hishammuddin di sini, sini, sini dan siniSahabat lama saya Tun Faisal mantan Pengerusi UMB UMNO juga terkejut apabila mengetahui saya tidak dibayar satu sen pun ketika akhbar perdana menyiarkan artikel saya mengenai sejarah perjuangan Dato' Seri Hishammuddin tiga hari berturut-turut ketika pemilihan Naib Presiden(Berita Harian;2013). 

Jawapan saya kepada anda, satu sen pun tiada! Jika ada saya ucapkan Alhamdulillah, bolehlah saya menerbitkan tesis sarjana saya yang bertajuk "UMNO Di Sabah 1990-2004" yang kini masih tersimpan di Universiti Malaya di sinisupaya boleh menjadi rujukan kepada generasi baharu akan perjuangan suci UMNO. 

Tujuan
Maka saya ingin tegaskan, bahawa tujuan sebenar saya tetap sama, supaya kita mempertahankan kerajaan yang dimenangi secara demokrasi, mempertahankan institusi Perdana Menteri dan institusi kePresidenan UMNO daripada dirosakkan secara membabi-buta oleh nafsu-nafsi seolah-olah negara ini tidak punya undang-undang. 

Jikalau di Indonesia, kumpulan komplot yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri di Rompin itu diberi gelaran sebagai 'Warganegara Sial' (sila baca bibliografi perjuangan Presiden Soekarno dalam buangan).

Kamu Mahu Penjarakan DS Najib ?
Saya sangat pelik mengapa pemimpin Pemuda UMNO setaraf Naib Ketua Pemuda UMNO mempunyai pemikiran yang sangat cetek, buruk dan busuk hati untuk menjatuhkan Presiden parti sendiri. 

Satu Malaysia mengetahui bahawa DS Najib sedang memberi peluang kepada PAC, SPRM dan khususnya Jabatan Akauntan Negara untuk menjalankan siasatan mereka secara terperinci terhadap apa jua salahlaku jika ada dalam pengurusan 1MDB. Malahan, DS Najib berjanji jika sesiapa sahaja di dalam 1MDB melakukan salahlaku, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sudahlah Rompin adalah kerusi parlimen allahyarham TS Jamaluddin Jarjis, dan kematiannya pula sangat menyedihkan, anda semua tidak menjaga sensitiviti keluarga allahyarham apatah lagi sensitiviti keakraban DS Najib dengan allahyarham TS JJ. Perbuatan anda semua tidak beradab, di luar norma dan amat menyinggung kenangan DS Najib-allahyarham TS JJ. Sedangkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang menghormati allahyarham TS JJ, apakan lagi kamu pemuda-pemuda UMNO yang buruk perangai itu.

Jika kamu mengatakan kamu tidak pandai menerangkan isu 1MDB kepada rakyat bermakna kamu memang satu-satunya generasi Pemuda UMNO paling goblok dalam sejarah Pemuda UMNO. 

Cabaran kamu sangat mudah, jika Perdana Menteri bersalah kamu hendak penjarakan Perdana Menteri. Baiklah, bagaimana kalau Perdana Menteri tidak bersalah?

Tuduhan Perdana Menteri Tidak Jujur ?
Saya tidak pernah membaca mana-mana buku bibliografi Pemuda UMNO akan adanya pemimpin Pemuda UMNO mempersoalkan Presiden parti sendiri sebagai tidak jujur. 

Refleksikan soalan itu kepada diri anda, siapakah yang tidak jujur dalam perjuangan? Adakah kamu berada di dalam Pemuda UMNO untuk mendapatkan sebidang tanah dan apabila kamu gagal mendapatkan tanah itu maka kamu berkata Perdana Menteri tidak jujur? 

Jika kamu mahu tahu, ada beribu-ribu permohonan geran tanah di Sabah belum mendapat geran tanah walaupun sudah 40 hingga 50 tahun dipohon! Sepatutnya itulah yang kamu pergi perjuangkan kerana itulah masalah rakyat!

Jangan tegakkan benang yang basah, kelak kamu akan kebasahan
Setelah pokok bergoyang kuat, ketika pokok hampir tumbang, baharulah kamu dengan muka yang tidak tahu malu menafikan apa yang berlaku di Rompin itu.

Pemuda yang hebat ialah Pemuda yang berani mengakui perbuatannya yang salah dan yang benar. Pemuda yang buruk ialah Pemuda yang berani mempertahankan dirinya walaupun dia tahu dia bersalah.

UMNO tidak perlu Pemuda seperti ini. Ada pun tidak berguna, tidak ada pun tiada diguna. Pemuda seperti ini hanya akan merosakkan parti dan negara. Saya nasihatkan nontonlah semula filem allahyarham P.Ramlee 'Sarjan Hassan'.

Kesimpulan
UMNO mesti mengambil tindakan segera membersihkan parti daripada anasir-anasir komplot yang tidak setia ini lagi merosakkan. 

Kalaulah Tun Dr Mahathir masih Presiden UMNO sekarang ini, sudah pasti mereka sudah digantung kalaupun tidak dipecat. Kepada Tun M, sebelum virus dan kuman bermaharajalela merosakkan sesebuah organisasi, elok dibuang segera untuk menyelamatkan parti yang perjuangannya belum lagi selesai memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.


Selingan: Filem Sarjan Hassan Memberi Peringatan 
Dan Pendidikan Sejarah Generasi Akan Datang

Bersambung...di zaman kecanggihan smartphone hari ini, mustahil tiada seorang yang merakam pertemuan itu?

KOMPLOT JATUHKAN PM: NAIB KETUA PEMUDA UMNO DICADANG LETAK JAWATAN

on Friday, April 24

Eksklusif Daripada MY.KMU.NET
SAYA amat terkejut dengan gelagat Pergerakan Pemuda UMNO di Rompin sebagaimana yang didedahkan di sini. Nampaknya, sindiran saya di sini berasas.

Sekiranya anda melakukan perkara ini di dalam DAP anda akan menerima nasib serupa Tunku Aziz. Jika anda membelakangkan Presiden parti seperti di dalam PAS, anda akan menerima nasib serupa Dato' Dr. Hassan Ali. Manakala, jika anda bertindak serupa Datuk Zulkifli Noordin di dalam PKR, anda juga akan dikenakan tindakan disiplin. Pendek kata, semua parti mempunyai peraturan dan aturan yang perlu dikuti oleh ahli-ahli parti supaya jamaah dalam parti itu teratur.

Lembaga Disiplin UMNO hendaklah mengambil tindakan menyiasat perkara ini dengan serius. Jika UMNO boleh menggantung keahlian Datuk Jumat Idris selama 6 tahun kerana mengkritik kepimpinan UMNO negeri Sabah, mengapa ada tindakan yang berbeza kepada mereka yang dikhabarkan sedang berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

Siapa Yang Berkata Penjarakan Najib?
Pertama, Naib Ketua Pemuda UMNO dan beberapa exco Pemuda UMNO sudah pun menafikan akan perkara yang tersebut di atas. Namun begitu, mereka tidak menafikan membincangkan isu 1MDB dalam pertemuan itu. 

Ketika fokus perlu diberikan kepada PRK Rompin, mengapakah dan apakah rasional pertemuan itu berbicara agenda 1MDB? Rompin adalah kubu kuat UMNO dan lima hari lalu Tun Dr. Mahathir sendiri menyuarakan keyakinan UMNO akan memenangi semula kerusi Rompin. 

Kemudian pula, Tun M semalam dalam artikel terbaharunya mengenai 1MDB telah mengurangkan angka persoalannya daripada RM42 Billion kepada RM27 Billion. Saya meramalkan Tun M akan meletakkan angka sifar Billion selepas mendapat semua maklumat yang sahih. 

Kedua, saya diberitahu oleh seorang ahli Pemuda UMNO di pusat bahawa terdapat ramai saksi yang mendengar ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO itu? Bermakna, Jawatankuasa Disiplin UMNO mempunyai ramai saksi untuk disoal-jawab.

Ketiga, saya juga dimaklumkan bahawa terdapat seorang dalam pertemuan itu berkata, "penjarakan Najib". Siapakah yang berkata sedemikian rupa? Jika perkara ini benar-benar berlaku, saya fikir Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak harus berdiam diri sebaliknya perlu segera memulakan siasatan. 

Janganlah 'Double-Standard'
Janganlah bersikap 'double-standard'. Wakil Rakyat UMNO di Sabah digantung keahlian 6 tahun kerana bertanya hal-hal keperluan rakyat, manakala Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan mereka yang terlibat di dalam isu maha besar ini tidak disiasat!

Saya amat kasihan kepada Pergerakan Pemuda UMNO dalam kategori ini. Perjuangan mereka belum pun menunjukkan apa-apa yang boleh dibanggakan oleh bangsanya tetapi sudah pula mendabik dada sendiri. Perjuangan mereka belum ada yang cantik dipandang mata, sudah pun berlagak hebat mempersoal Presiden sendiri. Perjuangan mereka sangat jelek dipandang masyarakat, tetapi tidak segan silu mengangkat bakul di bahu sendiri.

Kepada Pemuda UMNO yang bukan tergolong di kalangan mereka, anda perlu teruskan perjuangan anda. Namun, kepada Pemuda UMNO jenis yang sedemikian, eloklah bermuhasabah diri.

Tatkala Presiden parti memerlukan sokongan, kamu berlagak Kitul menikam dari hadapan bukan lagi dari belakang. Tatkala Presiden menerima sokongan daripada menteri-menteri, mantan menteri, pelbagai NGO dan komponen-komponen BN, kamu pula bagaikan petualang di siang hari. Tatkala Presiden tenang dan bersabar dengan segala fitnahan, kamu rakus serakus-rakusnya tidak punya kematangan dan kesabaran.

Benarlah kata Tun Dr. Mahathir semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO dahulu (1988), bahawa UMNO tidak akan lemah oleh musuh dari luar, tetapi UMNO akan lemah disebabkan oleh ahli parti sendiri. 

Nota: 
Jika anda memang benar bersalah dan sanggup memikul tanggungjawab ini dengan meletak jawatan, maka ada dua kesannya. Pertama, nama baik Khairy Jamaluddin akan terselamat. Kedua, nama baik Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan tercalit.

Sebaliknya, jika anda mengambil pendekatan berdiam diri, maka akan ada tiga pula kesan yang lain. Pertama, andaian politik akan berlaku di mana perbuatan anda adalah dengan restu Khairy Jamaluddin. Kedua, nama baik keseluruhan Pergerakan Pemuda UMNO rosak satu negara. Ketiga, seolah-olah perkara itu benar-benar terjadi kerana itu anda tidak mampu mempertahankan diri.

Kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, jika perkara ini tidak benar, anda perlu membersihkan nama anda dengan membuat laporan polis dan menyaman portal yang memulakan cerita ini. Namun begitu, sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, saya mencadangkan anda meletak jawatan!

ALTERNATIF KEPADA GST, JAWAPAN KEPADA TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

on Thursday, April 23

Gambar Hiasan
Sebelum GST dilaksanakan di Malaysia, saya telah berdiskusi dengan beberapa pelajar Malaysia di Amerika Syarikat ini. Walau bagaimanapun, diskusi kami agak terlewat kerana kami hanya bertemu dua minggu sebelum GST dilaksanakan di negara kita. 

Namun begitu, semalam Timbalan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab berkenaan GST telah mencabar pihak pembangkang supaya mengemukakan alternatif lain yang boleh meringankan beban rakyat dan pada masa yang sama dapat memajukan negara. Anda boleh rujuk di sini .Saya fikir cabaran itu juga perlu diambilpeluang oleh kakitangan kerajaan dengan memberikan idea alternatif untuk kebaikan negara kita.

Maka, saya berfikir inilah masanya untuk saya mencadangkan idea ini. Saya mendapatkan semula pandangan mereka dan hasil diskusi kami di bawah ini dicadangkan penambaikan GST di Malaysia.

Saya yakin dan percaya, anda pakar-pakar ekonomi di peringkat mana pun mempunyai idea yang lebih baik untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan idea ini. Silakan beri komentar anda.

Tujuan saya hanya dua sebagaimana cabaran oleh Timbalan Menteri Kewangan iaitu untuk meringankan beban rakyat dan pada masa yang sama mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Menurut rekod EPU (rekod 2012), pendapatan penduduk di bandar-bandar yang melebihi RM5,000 sebulan ialah 41%. Manakala mereka yang berpendapatan RM4,000-RM4,999 sebanyak 12.4% . Hanya 3.2% penduduk di bandar-bandar mempunyai pendapatan di antara RM499-RM999 sebulan. Anda boleh rujuk di sini

Tafsiran pendapatan penduduk di bandar itu pula telah dinilai semula dengan pengenalan istilah miskin bandar kerana faktor-faktor harga barang dan perkhidmatan yang lebih mahal berbanding di bandar-bandar sederhana dan kecil. 
Sekadar Contoh: Cadangan Penambahbaikan GST Berdasarkan Pendapatan Perkapita & Kawasan
          
Nota:
1. Saya tidak mempunyai data yang terkini Pendapatan Perkapita bandar-bandar di atas. Oleh yang demikian, saya hanya meletak perkataan Tinggi, Sederhana, Rendah dan Sangat Rendah sahaja. Sekiranya idea ini boleh digunapakai untuk penambahbaikan GST, pasukan pemikir GST di Kuala Lumpur sepatutnya memiliki data-data yang lebih terkini. Namun begitu, ideanya ialah GST dikenakan secara berperingkat-peringkat mengikut Pendapatan Perkapita penduduk di sesebuah kawasan.

2. Kaedah GST sekarang dikenakan secara samarata iaitu 6% kepada semua peringkat pendapatan dan semua kawasan tanpa mengambilkira Pendapatan Perkapita penduduk di sesebuah kawasan. Kesannya, rakyat yang berpendapatan rendah atau tidak mempunyai pendapatan merasa beban yang sangat berat.

3. Cadangan 7% dan 8% itu untuk menampung kawasan-kawasan yang hanya dikenakan 0% hingga 5%. Ini hanyalah idea dan mekanisme yang boleh ditambahbaik lagi. 

Isunya adalah bagaimana GST ini boleh meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah atau langsung tidak mempunyai pendapatan. Kedua, bagaimana rakyat boleh terus memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Ketiga, saya ingin mencadangkan supaya perlaksanaan GST sekarang dikategorikan sebagai percubaan sahaja, di mana pada bulan ketiga ianya perlu dinilai semula sekiranya terdapat kelemahan.

Bahagian 2 akan menyusul... berkenaan GST makanan dan GST perkhidmatan.


TRANSAKSI BANK 1MDB

on Tuesday, April 21

DS Najib Semasa Majlis Bacaan Yassin Baru-Baru Ini
Tun Dr. Mahathir menulis kritikan terbaharunya semalam di sini. Selepas lebih sebulan mengkritik DS Najib dengan harapan Perdana Menteri akan bertukar, nampaknya ianya tidak kemenjadian. Rakyat kelihatan tenang, barangkali mereka juga menunggu hasil laporan PAC dan Jabatan Akauntan Negara supaya isu ini turut memberi keadilan kepada DS Najib juga. 

Namun begitu, Tun M menjanjikan kritikan terbaharunya tidak berapa lama lagi untuk menambah lagi tekanan ke atas DS Najib, kata Tun M ianya khusus berkenaan 1MDB pula.

Sebenarnya kritikan ke atas DS Najib sudah dimulakan sejak beberapa bulan lamanya, namun ianya tidak berjaya. Kini Tun M mengambilalih sendiri tugas tersebut.

Kini ramai orang sudah mula bertanya, sampai bila Tun M akan mengkritik DS Najib? Sekiranya Tun M selesai menulis semua hal-hal yang berkaitan DS Najib tetapi tidak juga berjaya, apakah agaknya yang akan ditulis oleh Tun M lagi?

Sementara itu, Tun M memasukkan elemen baharu iaitu isteri DS Najib dalam kritikan terbaharunya. Walaupun suatu ketika dahulu, ketika ditanya oleh pemberita berkenaan gaya isteri DS Najib, jika saya tidak silap Tun M berkata adalah hak mana-mana isteri Perdana Menteri untuk bergaya.

Semasa menjatuhkan Pak Lah dahulu, Tun M telah menghubungi semua komponen BN untuk menerangkan kenapa perlu menjatuhkan Pak Lah. Rujuk di sini .

Keadaan politik di Malaysia bukanlah huru-hara. Tiada sesiapa yang membaling Presiden UMNO dengan botol air. Tiada sesiapa yang menanggalkan gambar Presiden UMNO di PWTC. Tiada sesiapa lagi memanggil polis dengan kata-kata anjing kerajaan.

Tidak ada demonstrasi sebesar 50,000 hingga 100,000 orang seperti tahun 1998 dahulu.

Kerajaan berfungsi seperti biasa. Gaji kakitangan awam dibayar tepat pada masanya. Kerajaan masih berupaya menghantar pelajar-pelajar ke luar negara dalam pelbagai bidang. Terbaharu kerajaan akan menghantar mereka pada bulan Ogos tahun ini. Tun M masih dijemput ke majlis-majlis anjuran jabatan-jabatan kerajaan, tiada sekatan termasuklah oleh media.

Seorang pelajar di Amerika Syarikat di sini memberitahu saya, pengkritik patut menunjukkan sekurang-kurangnya sekeping cek, bukan setakat menulis angka kerana semua orang boleh menulis angka? Ianya perlu angka yang tepat dan spesifik. Katanya, barangkali satu transaksi bank 1MDB

Dia berkata, bukti seperti beribu-ribu emel yang kononnya disimpan oleh pengendali Sarawak Report patut didedahkan, namun sama ada kita sedar atau tidak, cerita beribu-ribu emel itu sudah tidak disentuh lagi. Jika cerita beribu-ribu emel itu tidak dibuktikan, maka tuduhan ke atas DS Najib jatuh kepada taraf cerita ilusi sahaja. Katanya lagi, kritikan-kritikan ke atas DS Najib tanpa bukti kukuh hanya menjadi seronok dibaca sebagai penghibur gossip sahaja. Saya berkata kepadanya okey saya akan tulis.

Saya mendapati, kebanyakan pengkritik 1MDB sendiri memberikan angka yang berubah-ubah. Tony Pua dan Rafizi Ramli sendiri memberikan angka yang tidak sama setiap kali bercakap isu 1MDB. 

Manakala, di dalam hal lain, saya sangat terkejut apabila Tun M dan Datuk Kadir Jasin sendiri berbeza cakap di sini . Barangkali mereka tersilap tulis.

Semalam, saya membaca sebuah portal yang mengkritik peribadi Tun M. Saya tidak bersetuju dengan cara itu, jika anda tidak bersetuju dengan kritikan Tun M, anda patut berlawan fakta. Tun M kekal Negarawan Malaysia, manakala DS Najib Perdana Menteri semasa.

Bersambung seterusnya: Rombakan ...




SOKONGAN PEMUDA UMNO KEPADA NAJIB SETIPIS KULIT BAWANG ?

on Sunday, April 19

KJ Ketika Berucap Di University of Pennyslavania,
Amerika Syarikat Baru-baru Ini (Mac, 7, 2015)
BARU-BARU ini Khairy Jamaluddin (KJ) yang mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO telah melambung DS Najib di sini sebagai tanda sokongan. Ianya berlaku ketika selesai taklimat oleh DS Najib kepada Pemuda UMNO mengenai isu-isu semasa.

KJ adalah seorang yang bersifat opportunist. Sifat seorang opportunist adalah akan berada di tempat yang sesuai dan pada masa yang tepat. Semasa masih belajar dahulu, diberitakan dalam banyak media sosial kononnya KJ pernah meminta Tun Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu, tetapi saya belum mendengar sendiri rakaman video itu. Mungkin tidak benar.

Semasa memenangi kerusi Pergerakan Pemuda UMNO dahulu (2008), KJ telah melompat daripada tempat duduknya untuk merayakan kemenangannya, kerana Pak Lah ketika itu menerima tekanan yang amat kuat daripada Tun M supaya meletak jawatan. 

Hari ini, apabila DS Najib dilanda gelombang besar sekali lagi KJ muncul di tempat yang sesuai dan pada masa yang tepat. KJ memberikan komen yang bermakna di awal-awal kritikan Tun M dan seterusnya KJ menyerlahkan lagi sokongan itu ketika peristiwa melambung DS Najib.

Secara peribadi, tindakan KJ itu okey dalam mempertahankan Presiden UMNO, tetapi bagi saya ianya tidak mencukupi. Apa yang dilakukannya itu boleh dilakukan oleh persatuan-persatuan pelajar di peringkat sekolah dan universiti. Malah, NGO-NGO juga boleh melakukan yang lebih berkesan daripada itu. Janganlah merendahkan level Pemuda UMNO ke tahap persatuan siswazah atau NGO di kampung.

Saya ingin memberi cabaran kepada KJ dan Pergerakan Pemuda UMNO supaya mengumpulkan 100,000 Pemuda UMNO seluruh negara berhimpun di Stadium Bukit Jalil untuk menunjukkan sokongan sebenar Pemuda UMNO kepada Presiden. Baharulah dinamakan Pemuda yang hebat! Jikalau setakat 191 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian sahaja, ianya umpama sokongan tahi kuku. Tidak berkesan dan bersifat olok-olok sahaja, sebab itulah Tun Daim dan ramai lagi mentertawakannya.

Sehingga sekarang ini, saya masih sangsi apakah KJ mampu mengumpul 100,000 Pemuda di dalam stadium. Rekod menunjukkan semasa himpunan Bersih dahulu (2011), ketika KJ dengan kumpulan pemuda yang diberikan nama Patriot itu, KJ hanya mampu mengumpul lebih kurang 300-500 orang sahaja berbanding NGO Bersih yang berjaya mengumpul puluhan ribu orang. Ianya sangat memalukan di sini .

Kepada KJ, saya memberi cabaran dengan ikhlas, buatlah, tunjukkan sokongan yang sebenar Pemuda UMNO kepada DS Najib bukannya sokongan dalam dewan berukuran 40 X 100 kaki sahaja. Itu kerja NGO yang tidak punya wang. Saya tidak percaya KJ tidak mempunyai sumber kewangan untuk melestarikannya.

Janganlah Pemuda UMNO memalukan diri di hadapan Datuk Ibrahim Ali. Kalaulah Datuk Ibrahim Ali masih muda, dia boleh mengumpul 70,000 orang dalam tempoh 24 jam sahaja. Dia sudah membuktikannya beberapa kali ketika zaman mudanya.

Saya bukan anti KJ, saya cuma mahu KJ membuat lebih daripada itu. Saya mahu KJ membuat 3 dan 4 langkah ke hadapan, bukannya jumlah yang ciput dan statik. Saya sudah berbisik kepada KJ dua tahun lalu ketika bertemu di sini, saya akan mengkritik anda jika perlu untuk masa hadapan parti, kerajaan dan negara. Saya sangat bimbang bilamana saya diberitahu oleh seorang pemimpin Pemuda bahawa tidak ada satu pun exco-exco Pemuda UMNO berani mengkritik KJ atau berbuat sesuatu yang lebih baik daripada KJ, walaupun untuk kebaikan. Ini adalah masalah besar!

Perbandingannya adalah, sokongan sejumlah 191 Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO adalah umpama setipis kulit bawang, namun sokongan 100,000 Pemuda UMNO tiada bandingan lagi.

Bagaimana KJ ?, mampukah Pemuda UMNO mengumpul 100,000 orang di dalam stadium Bukit Jalil, barangkali pada 1 Mei 2015 ini. Jika berjaya, ramai orang mahu melihat KJ berucap dengan hanya sehelai kertas A4 di tangannya. Seorang peguam menyatakan kepada saya, beliau dan rakan-rakan sukakan cara simple and steady begitu.

Nota: Pada tahun 1998, semasa Tun Dr Mahathir menerima tentangan maha dasyat daripada penyokong Anwar dan pihak pembangkang, Tun Dr Mahathir telah membuat acara yang memenuhi stadium Bukit Jalil. Acara tersebut sempena Sukan Komanwel di mana seluruh rakyat memenuhi setiap inci stadium Bukit Jalil tanda sokongan kepada Tun Dr Mahathir.

Acara-acara lain yang pernah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk menunjukkan sokongan rakyat adalah perhimpunan menyokong Yasser Arafat, perhimpunan menyokong Presiden Saddam Hussien melawan kekejaman tentera bersekutu Amerika, perhimpunan SEMARAK dan sebagainya. 

Semua perhimpunan tersebut berjaya menyatukan rakyat untuk menyokong Perdana Menteri dan kerajaan!.

Selamat Berhujung Minggu.

Washington DC, USA.
April, 18, 2015,


Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan