HUKUM HUDUD AKAN DIREALISASIKAN DI BAWAH KABINET BAHARU

on Friday, July 31


Satu perkara yang semakin jelas adalah Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan (1993) 2015 akan direalisasikan. Itulah janji dan azam Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang baharu Datuk Dr. Asraf Wajidi Dusuki (Dr. Asraf).

Saya secara peribadi berharap Dr. Asraf akan mengotakan kata-katanya dan azamnya dengan berusaha bersungguh-sungguh kerana Hukum Hudud adalah undang-undang yang ditetapkan di dalam agama Islam. Jika Kerajaan Persekutuan di bawah Kabinet baharu ini berjaya membantu Kerajaan Kelantan merealisasikan impian ini, saya percaya ianya akan menjadi titik mula kepada perlaksanaan perundangan Islam di negeri-negeri lain. 

Islam adalah agama untuk seluruh alam. Islam adalah agama yang aman dan damai. Islam bukan agama permusuhan, sebaliknya agama persaudaraan. 

Firman Allah SWT, “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara , kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkanmu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”. (QS.3 Ali-Imran: 103).

Jika ada pihak yang menentang usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan ini, mengapa hendak takut dan mengalah. UMNO dan PAS hendaklah Istiqamah dalam mendaulatkan syariah Islam.

USA.
July, 31, 2015.


TIADA REFORMASI, MUHYIDDIN BUKAN ANWAR

on Wednesday, July 29

Akhirnya, DS Najib menamatkan teka-teki rombakan kabinet sejak beberapa bulan. 

TS Muhyiddin Yassin (Muhyiddin) 'direhatkan' sebagai Timbalan Perdana Menteri, begitu juga DS Shafie Afdal, Datuk Hassan Malek, Datuk A. Rahim Bakri, Datuk Dr Ewon Ebin dan DS G. Palaneval. Direhatkan kerana Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden UMNO.

Perdana Menteri memang mempunyai kuasa pregroratif untuk melantik dan menggugurkan sesiapa yang dikehendakinya berdasarkan kriteria-kriteria umum sebenarnya.

Seseorang anggota kabinet hendaklah mempunyai kesatuan yang kuat sepanjang masa supaya memberi gambaran kepada rakyat bahawa pentadbiran kerajaan berada dalam satu suara, tidak berpecah-belah dan menyakinkan.

Jika terdapat anggota kabinet yang mempertikai secara terbuka di hadapan umum sedangkan mereka telah maklum keputusan bersama di dalam mesyuarat kabinet, maka ianya boleh menjejaskan kepercayaan rakyat malah pelabur kepada negara. Ianya tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akan menjejaskan ekonomi negara dan memberi kesan negatif kepada rakyat sendiri.

Tun Dr Mahathir adalah contoh terbaik dalam isu ini, di mana Tun M menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya di dalam kerajaan dan parti dengan memecat sesiapa yang berbeza pandangan dengannya. Sebagai contoh, Anwar dipecat sebagai ahli UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Pak Lah sendiri pernah diketepikan dalam kabinet walaupun berjawatan Naib Presiden UMNO. Namun, akhirnya Pak Lah dipilih jua oleh Tun M sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Ramai Menteri Besar di zaman Tun M ditukar.

Malah, tidak berapa lama dahulu, Tun M berkata jika beliau adalah Najib, beliau akan memecat sesiapa yang tidak sehaluan dengannya. Najib melaksanakan perkara itu dengan menggugurkan Muhyiddin dan Shafie.

Sebagaimana kenyataan media Muhyiddin dan Shafie sesudah digugurkan, mereka memahami akan kuasa pregroratif seorang Perdana Menteri. Dalam hal ini, mereka boleh dipuji kerana tidak bertindak seperti Anwar dengan membuat gerakan reformasi dahulu.

Bukanlah suatu perkara yang pelik jika mereka dibawa masuk semula ke dalam kabinet. Ianya bergantung kepada banyak faktor.

Sokongan PAS
Presiden PAS memberikan reaksi positif mengenai rombakan kabinet ini. Amatlah menarik kerana pemimpin-pemimpin tertinggi PAS bukan sahaja memberi sokongan kepada Najib dalam isu 1MDB, juga dalam hal rombakan kabinet ini. Kepimpinan UMNO khususnya hendaklah memberi kredit kepada PAS atas sokongan yang bermakna ini.

Sebagaimana kata DS Hj Hadi Awang semalam, rakyat hendaklah memberi peluang yang adil kepada pasukan baharu ini untuk membuktikan kemampuan mereka sebelum memberi komen.

Sent by IPhone .




GERAKAN MENGHANCURKAN NAJIB DAN HADI AWANG SEKALIGUS

on Thursday, July 23

DS NAJIB DAN TG HJ HADI AWANG:
HARAPAN UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU
Intro
Kenapa mereka menggunakan istilah Gerakan? Ianya adalah istilah popular oleh pencatur antarabangsa dengan satu cita-cita besar iaitu dunia dengan satu kerajaan, satu kawalan dan satu arahan. Istilah 'new hope' seringkali digunakan di negara-negara yang ingin dijatuhkan.

Gerakan hebat menghancurkan kerajaan-kerajaan Islam sudah hampir berjaya dilakukan di Timur Tengah. Kehancuran kerajaan-kerajaan Islam seperti Iraq, Libya, Mesir, Afghanistan dan kini Syria serta Yaman bukanlah suatu pelan jangka pendek. Ianya sudah dirancang sejak sekian lama oleh musuh-musuh Islam yang berada di belakang kuasa-kuasa utama dunia.

Gerakan itu kini memasuki negara-negara Islam di Asia Tenggara dengan serangan tanpa henti ditujukan ke atas kerajaan-kerajaan di Brunei, Indonesia dan Malaysia. Perkara ini disahkan tidak lama dahulu, oleh seorang pakar keselamatan antarabangsa di Indonesia dengan menyebut dengan terang bahawa selepas Timur Tengah, sasaran seterusnya adalah Indonesia dan Malaysia.

Kerana itulah mereka menggunakan istilah gerakan harapan baharu tanpa mereka menyedari ianya adalah modus operandi musuh-musuh Islam yang sangat terancang.

KENAPA PAS ?
Perpecahan PAS adalah angkara fitnah dan adu-domba. Siapakah yang memfitnah PAS? Tangan-tangan tanpa tangan menghulurkan pelbagai racun kepada pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya progresif dan harapan baharu, walhal ajaran Islam hendaklah taat kepada pemimpin. Adakah Islam agama tidak progresif? Adakah Islam agama harapan lama?

PAS dipimpin oleh Dewan Ulama, pemimpinnya kini berada di atas landasan ulama, namun racun-racun yang sudah meresap itu memandang ulama-ulama itu sebagai penghalang kemajuan, penghalang untuk berkuasa. Semua ini istilah musuh Islam.

Adakah anda pernah membayangkan orang-orang kanan PAS, bertahun-tahun menikmati kekananan dan berpeluang menjadi wakil rakyat menggunakan jenama PAS, akhirnya membelot kepada kepimpinan parti sendiri. Inilah kejayaan musuh Islam memfitnah sesama mereka, mengadu-dombakan sesama mereka sehingga sukar lagi disatukan.

Baru-baru ini, YB Nik Abduh Nik Aziz turut menyedari hal ini dengan berkata musuh-musuh Islam sedang menyerang negara dan umat Islam di Malaysia.

KENAPA UMNO ?
Begitu juga UMNO, sebagai parti yang mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu, UMNO turut diserang dari dalam dan luar parti. 

Kepimpinan UMNO difitnah, diburuk-burukkan dan diganyang dengan harapan mereka mahu menggantikannya dengan orang baru yang 'yes sir men'. Walhal mereka tidak sedar, gerakan itu sebaliknya akan menghancurkan sebuah kerajaan yang didominasi oleh Islam dan Melayu.

Menjelang PRU14, bukan musuh-musuh Islam hendak menghancurkan UMNO semata-mata. Bukan juga nak menghancurkan gerakan Islam PAS semata-mata. Tetapi mereka mahu menghancurkan kedua-duanya sekaligus.

Media barat siapapun dia, tidak sepatutnya dipercayai kecuali berita bola sepak. Media seperti Wall Street Journal, New York Times, Sydney Morning Herald dan lain-lain sekongkolannya hendaklah anda sudah selidiki siapakah di belakang mereka?. Apakah tujuan utama mereka?. Siapakah pemegang saham terbesar mereka?. Adakah media-media seperti itu pernah membela Islam?

Mengapa kita rakyat Malaysia yang merdeka hendak tunduk percaya kepada musuh-musuh utama negara?.

Rakyat Malaysia, khususnya umat Islam mesti bersatu. Sebab itulah, UMNO dan PAS kena berhenti berpolemik, berhenti berpersepsi, sebaliknya kembali kepada ajaran Islam sebenar iaitu bersatu. Islam adalah agama perpaduan. 

DS Najib adalah individu yang boleh menyatupadukan UMNO dengan PAS. DS TG Hj Hadi Awang adalah individu yang boleh menerima perpaduan Islam PAS dengan UMNO. Kerana itulah, musuh-musuh Islam mahu segera menamatkan riwayat politik kedua-duanya sekaligus.

Kerana perpaduan yang dirancang ini, musuh-musuh Islam merasakan masa semakin singkat. Maka, harus segera dibunuh dua karakter ini. Najib perlu dijatuhkan dengan apa sahaja cara. PAS mesti dilemahkan dengan apa sahaja cara.

Di luar negara, percubaan dibuat untuk mengaitkan Hj Hadi sebagai terrorist apabila Presiden Persatuan Ulama Sedunia Sheikh Dr. Yusof Qardawi dikeluarkan waran tangkap oleh Interpol. Hj Hadi adalah Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia.

Malah Israel, turut mengaitkan Malaysia sebagai pusat latihan HAMAS selepas sahaja lawatan DS Najib ke Semenanjung Gaza.

Di Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah tidak tunduk kepada desakan kumpulan-kumpulan musuh Islam di Barat. Rakyatnya bersatu di belakang pemerintah.











RINGGIT MALAYSIA SEMAKIN KUKUH 3.79

on Tuesday, July 21


Kenaikan Ringgit Malaysia 1USD: RM3.797 pada 21 Julai 2015 berbanding 1USD: RM4.03 (14 Julai 2015) sebagaimana disebarkan dalam group whatsapp memberi gambaran negara kita Malaysia kini kembali berada di atas landasan yang betul ketika berhadapan ketidaktentuan globalisasi.

Kejayaan pengurusan Kerajaan menyerap tekanan global bukanlah suatu kerja yang mudah. Negara kuasa besar seperti Rusia masih tidak dapat mempertahankan matawangnya Rubel berbanding Ringgit Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia, kejayaan kita melepasi cabaran ini adalah kejayaan anda yang memberi kepercayaan kepada Kerajaan dalam menghadapi pelbagai serangan dari dalam dan luar negara.

Nota: posting ini adalah percubaan menggunakan aplikasi IPhone. 


KETUANAN MELAYU BERPERLEMBAGAAN

on Monday, July 20

Perdana Menteri Dan Menteri Besar Kedah 
Dalam Majlis Berbuka Puasa Di Kedah Baru-Baru Ini
Betul kata DS Najib ini

1. BTN bukan perjuang ketuanan Melayu perkauman. 

2. BTN perjuang Ketuanan Melayu Berperlembagaan iaitu Kedaulatan Raja-Raja orang Melayu sebagai Raja kepada semua rakyat Malaysia.

3. Agama orang Melayu iaitu Islam sebagai agama negara persekutuan Malaysia, dan

4. Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara persekutuan Malaysia. 

5. Ianya diperjuangkannya di Malaysia bukan di negara Republik orang China atau negara Berparlimen India.  Pihak yang mempersoalkan hal itulah yang perkauman.

BTN Tak Pernah Suruh

6. BTN tak pernah ajar rakyat sembah Ketua Pengarah BTN atau sembah sesiapa pun. BTN minta semua orang Malaysia menghormati daulat Raja-Raja Melayu sahaja. 

7. BTN tak suruh semua rakyat mesti masuk Islam. BTN hanya mengajar semua rakyat menghormati agama Islam sebagai agama negara dan jika di luar negara orang bertanya apakah agama negara persekutuan Malaysia? Orang yang bukan Islam mesti tidak teragak-agak menjawab ISLAM. 

8. BTN tak pernah memaksa orang Cina atau Tamil mesti bercakap bahasa Melayu di pasar atau semasa berniaga atau semasa di sekolah pun. BTN ajar supaya dalam urusan pentadbiran, bahasa perantaranya ialah bahasa Melayu. Itulah maksud 'ketuanan Melayu".

9. Malaysia seperti Britain negara beragama, bukan seperti Amerika Syarikat (USA) negara republik. Kepercayaan negara ialah Raja terpilih secara takdir keturunan. Ini sebahagian daripada agama.  Di negara seperti USA atau PRC hal seperti ini tiada.  Bolehkah hal ini diubah? Boleh, di dalam sistem politik yang lain daripada dokumen undang-undang pokok perlembagaan yang sekarang.

Kemahuan Dan Kelemahan Orang Melayu

10. Yang penting sistem bukan individu pemimpin. DS Najib atau bukan DS Najib setakat ini masih memberi peruntukan untuk mentadbir sistem Raja Melayu, memberi istana dan senggaraannya, masih memberi peruntukan kepada MARA untuk membiayai pendidikan dan perniagaan startups Melayu, masih membelanjakan wang untuk kemajuan Islam melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), masih membina sekolah dan universiti khas untuk orang Islam, masih membiayai perkembangan bahasa Melayu (DBP) dan sebagainya . 

11. Berbilion wang negara dibelanjakan untuk sekolah rendah dan menengah kebangsaan yang dinikmati umumnya orang Melayu kerana umumnya masyarakat Cina dan India bersekolah di SRJK. Baguslah kerana ianya kepelbagaian yang sudah termaktub dalam perjalanan sejarah nation-building negara Malaysia. 

12. Cuma mereka mungkin semakin pemurah kepada kaum lain kerana conscience mereka rasa bersalah/berdosa  kepada kaum lain macam orang Eropah nak tebus dosa mereka kepada holokos yahudi. Itu saja.

13. Orang yang bijaksana sampai sekarang disediakan biasiswa melambak untuk sambung belajar di luar negara. Hanya kerana toefl, gre atau ielts, mereka memilih sambung belajar dalam negara. Maka hasrat negara beri kelebihan kepada Melayu tidak disahut.  

14. Rasanya wang negara terus dibelanjakan untuk orang Melayu tapi orang Melayu tidak ambil peduli untuk mengiranya kerana berterusan dapat secara percuma. Bahkan apa yang dapat itu kerap pula dibazirkan.  

15. Kaum lain pula ambil berat mengira dan tahu pula cara mengira apa yg mereka dapat dan mahu apa yg dapat itu ditambah setiap masa. Apa yang mereka dapat pula dimanfaatkan secara maksimum.  Itulah beza yang nyata antara orang awam Melayu dengan orang awam yang lain.

16. Orang Melayu selalu mendesak untuk dapat pemimpin yang bersih, berani dan dinamik malangnya pemimpin mendapati orang Melayu yang dipimpin kebanyakannya yang hendak itu hendak ini itu tak bersih, penakut, berkecamuk fikiran, tak teratur kehidupan dan lembab. Mereka berkendakkan pemimpin baik tapi diri sendiri sangat buruk.


Nota: 16 idea di atas adalah pandangan seorang Profesor yang berpandangan jauh.

Bacaan ulangan ini adalah berkaitan.

PENDEDAHAN 1MDB: POLIS HENDAKLAH TAHAN PASPORT ELAK LARI KE LUAR NEGARA

on Saturday, July 18


Belum Disahkan Adakah Tony Pua Antara 10 Orang Itu. Semua Pihak Perlu Menunggu Laporan Penuh Polis Thailand dan Polis Singapura

Laporan dari Singapura:-

Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang akan didakwa kerana memeras ugut bekas majikannya, mendakwa kira-kira 10 orang telah membeli dokumen daripadanya untuk menyerang Perdana Menteri.

“Dia telah mengaku segala-galanya. Dia telah memberikan kita kerjasama yang sangat baik…setiap dokumen, walaupun dari dalam telefon bimbitnya,” kata jurucakap polis Thailand Lt Jen Prawuth Thavornsiri kepada The Straits Times.

Justo dilaporkan menjual data yang telah diambil dari PetroSaudi kepada kumpulan tersebut, termasuk tokoh-tokoh media dan seseorang daripada pihak Perdana Menteri sendiri.

Antaranya adalah seorang wanita yang dilahirkan di Malaysia dan telah berpindah ke Britain.

Beliau mempunyai blog berita,” kata Lt Jen Prawuth.

Ditanya sama ada blog itu adalah laman Sarawak Report, beliau berkata: “Mungkin. Saya tidak menyebutnya, anda menamakannya.”

“Laman web itu mempunyai data yang diubah untuk menjatuhkan PM,” katanya.

Lt Jen Prawuth berkata beliau tidak boleh menyebut namanya.


SIAPAKAH DIA DARI PARTI YANG SAMA ITU?

Tetapi beliau berkata Justo telah bertemu dengan ‘ramai orang, kira-kira 10 orang, daripada media dan dari kalangan politik, walaupun daripada parti yang sama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lt Jen Prawuth berkata Justo bertemu wanita yang dilahirkan di Malaysia selama tiga kali di Thailand, dan juga di Singapura, untuk ‘rundingan’.

Pada tahap terakhir rundingan, apabila kumpulan itu mengesahkan bahawa fail Justo terkandung maklumat yang mereka mahu, mereka membincangkan bagaimana untuk membuat bayaran kepadanya.

Bukti yang didakwa daripada Justo termasuklah transkrip penuh dengan semua perbualan WhatsApp beliau dengan kumpulan itu semasa rundingan dan perbincangan mereka tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Beberapa pertemuan dilaporkan telah diadakan di Singapura.

“Cara pembayaran adalah cara yang sama seperti yang dilakukan kumpulan pengubah wang haram”, kata Lt Jen Prawuth.

Semua butiran ini ‘semestinya berguna’ kepada polis Malaysia, katanya.

“Kes ini sepatutnya perlu dilaporkan di Singapura kerana pengubahan wang haram untuk menyerang PM bermula di Singapura,” katanya.

“Jika polis Singapura meminta saya untuk keterangan (melalui) protokol hal ehwal asing, saya boleh menghantarnya.”

Polis Thailand menahan Justo di rumah mewah beliau di pulau peranginan Koh Samui pada 22 Jun lalu.

Lelaki berusia 49 tahun itu telah bekerja untuk PetroSaudi pada 2010-2011, kata Lt Jen Prawuth.

“Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu adalah kawan rapat Xavier. Saya tidak tahu apa konflik mereka. Dia (Justo) meninggalkan syarikat dan meminta wang daripada syarikat.

“Syarikat itu membayarnya kira-kira empat juta franc Switzerland pada masa dia meninggalkannya.

“Selepas dua tahun Xavier menghubungi CEO itu lagi dan meminta sedikit wang lagi. Sebelum dia pergi, dia telah membuat salinan setiap e-mel syarikat dari pelayan.

“Pada tahun 2013 dia menghubungi syarikat itu dan berkata, saya tahu semua rahsia anda, dan saya mahu AS$2.5 juta.”

“Apabila PetroSaudi menolak permintaannya, Justo kemudian menghampiri kumpulan yang lain,” kata Lt Jen Prawuth.

Justo akan didakwa kerana peras ugut, kata Lt Jen Prawuth kepada The Straits Times.

“Ugutan itu berlaku di Thailand, jadi kami hanya mempunyai skop untuk itu.”

-The Straits Times/Asia News Network

Ulasan:- 

1. Sekiranya 10 orang yang disebut itu berada di dalam Malaysia, pihak polis hendaklah bertindak segera menahan pasport mereka supaya tiada yang cuba melarikan diri ke luar negara. 

2. Mereka perlu dibicarakan dengan adil kerana dakwaan menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dengan cara tidak demokratik dan kelihatan mempunyai unsur-unsur jenayah seperti pengubahan wang haram dalam laporan itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

3. Hari ini, semakin ramai yang menjauhkan diri dari mengulas isu 1MDB selepas satu demi satu pendedahan penipuan WSJ, SR dan mereka yang sewaktu dengannya terdedah.

4. Patutlah 80,000 rakyat hadir ke rumah terbuka Hari Raya DS Najib di sini. Rakyat pun tahu menilai kebenaran.



ULASAN LOW YAT: CINA MALAYSIA DAN CINA BOSTON

on Wednesday, July 15

KETUA POLIS NEGARA - MENGUTAMAKAN PERPADUAN & KEHARMONIAN
ULASAN Low Yat. Masyarakat Cina di mana-mana sahaja, sama ada di tanah besar negara China, Malaysia, Singapura, Indonesia, di negara-negara barat, Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Amerika Selatan, Afrika dan sebagainya adalah masyarakat perniagaan yang berjaya.

Majoriti mereka mewarisi kemahiran berniaga sejak turun-temurun. Mereka tidak begitu suka bekerja dengan sektor kerajaan, bukan kerana kerajaan tidak menyediakan pendapatan yang sesuai dengan keinginan mereka, tetapi mereka mempunyai kemahuan yang lebih besar, mereka mempercayai kemahuan itu boleh dipenuhi dengan bekerja keras.

Ada 4 perkara yang sangat diberi perhatian oleh masyarakat Cina di mana-mana sahaja. Pertama, perniagaan. Kedua, pertubuhan. Ketiga, bahasa ibunda. Keempat pendidikan Cina.

Keempat-empat perkara ini jika tercabar akan menyebabkan mereka bersatu, walaupun berbeza parti politik. DAP, MCA, Gerakan dan mana-mana parti yang berlatarbelakang masyarakat Cina akan bersatu sekiranya isu pendidikan mereka dipersoalkan. Mereka akan mempertahankannya.

Dalam kes pergaduhan di plaza Low Yat. Sebenarnya ianya memberi kesan negatif kepada perniagaan di situ khususnya kepada peniaga Cina. Pada tahun 1990an dan 2000an, peminat gajet HP dan sebagainya biasanya akan ke Pertama Complex, Kuala Lumpur. Namun begitu, plaza Low Yat telah mengambil alih kemashyuran Pertama Complex menjelang tahun 2010an. 

Pelancong luar negara turut bertandang ke Low Yat. 

Namun begitu, insiden baru-baru ini sudah pasti memberi kesan yang buruk kepada perniagaan HP dan komputer di Low Yat.

Ianya memberi keburukan bukan sahaja kepada peniaga, tetapi juga kepada negara. 

Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya dipertemukan semula kedua-dua pihak yang bergaduh sebelum ini. Kedua-dua pihak hendaklah saling maaf-memaafkan, buang yang keruh ambil yang jernih. Mereka yang masih mengapi-apikan sentimen perkauman hendaklah dikenakan tindakan undang-undang sedia ada.

Jika tidak, ikon Low Yat sebagai pusat HP, komputer dan sebagainya akan merosot dan akhirnya perniagaan mengalami kerugian.

Walaupun majoriti peniaga di Low Yat dimonopoli oleh peniaga Cina tidaklah bermakna masyarakat Melayu dan sebagainya tidak mendapat manafaat. Kita mesti sedar, majoriti pemandu teksi dan kereta sewa di Kuala Lumpur adalah orang Melayu. Majoriti syarikat perkhidmatan pembentungan, lori sampah, pembekal kuih tradisi, restoran roti canai dan sebagainya juga orang Melayu. Kemakmuran di Low Yat sudah pasti dinikmati juga oleh orang Melayu.

Negara kita adalah negara pelbagai kaum. Benar majoriti adalah Melayu. Benar majoriti adalah Islam. Namun, kita telah hidup bernegara bersama-sama sejak sekian lama dengan aman dan damai.

Cina Boston
Di Boston, Amerika Syarikat. Masyarakat Cina hidup dengan aman dengan mengekalkan entiti mereka sebagai masyarakat peniaga yang berjaya.

Di China Town, Boston serupalah dengan Petaling Street di Kuala Lumpur. Anda boleh mendapatkan apa sahaja keperluan harian. 

Dari sekecil-kecil keperluan harian seperti ikan segar, udang, ketam, sayur-sayuran segar, nangka, durian, buah manggis, biskut dari Malaysia, nescafe triple one, teh tarik Malaysia, mee hun halal, kicap dari Malaysia semuanya ada dijual menyebabkan rindu orang Melayu kepada keperluan-keperluan harian ada di jual di pasaraya China Town. Kerana apa? Kerana masyarakat Cina sememangnya masyarakat peniaga. 

Jika mereka bersifat buruk, sudah pasti mereka tidak menjual barangan halal di pasaraya mareka, namun bukan itu tujuan mereka, tujuan mereka hanyalah semata-mata perniagaan.

Itu belum lagi saya ceritakan kemampuan masyarakat Cina Boston dalam bidang hartanah, perkhidmatan, perumahan dan pendidikan. Kompleks pendidikan sekolah Cina mereka sangat mengkagumkan. 

Sepuluh tahun dahulu, saya pernah mengajar di dua buah sekolah 90%-99% pelajarnya serta pentadbirnya adalah orang Cina. Semasa saya mengajar di Kota Kinabalu High School (2002), pelajar-pelajarnya memang tidak minat kepada subjek Sejarah yang saya ajar, namun saya mengajar juga dengan bersungguh-sungguh.

Semasa saya mengajar di SMK Kepong Baru (2003), pelajar-pelajar Cina dalam kelas yang bijak bersungguh-sungguh memberi perhatian kepada apa yang saya ajar. Sebaliknya, pelajar yang lemah di dalam kelas lemah menunjukkan kecenderungan yang tinggi kepada bidang perniagaan. 

Kesimpulannya, pergaduhan, permusuhan, rasisme, prejudis, buruk-sangka hendaklah ditukar kepada hormat-menghormati, bersatu dan berbaik-sangka.

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin,
USA.
Julai-15-2015.









TUN DR. MAHATHIR, KAMI TIDAK PERNAH LUPA

on Tuesday, July 14


MALAYSIA DAN BRUNEI JADI SASARAN BARAT, IDEA BERGABUNG JADI PILIHAN TERBAIK ?

on Saturday, July 11

MALAYSIA DAN BRUNEI JADI SASARAN
RAHSIA NAJIB DISERANG BERTUBI-TUBI, RAMPASAN KUASA GAGAL, NAJIB MUNCUL HERO. 

1. Di luar negara, salah satu yang mereka anggap dosa DS Najib dan menimbulkan kemarahan yang membuak-buak ialah apabila Najib melawat Semenanjung Gaza pada 22 Januari, 2013. Anda bayangkan, selama 6 tahun tiada sesiapa pemimpin negara luar berani memasuki Semenanjung Gaza yang dikepung dari luar, tiba-tiba Najib mengejutkan dunia khususnya Israel dan sekutu-kutunya apabila mendarat di bumi Gaza yang dikepung. 

Beberapa bulan selepas lawatan tersebut, Israel dan konco-konconya menuduh Malaysia melatih pejuang Hamas di Malaysia? Anda nampak? 

Sama seperti tuduhan Barat kononnya ada senjata Kimia dan Nuklear di Iraq untuk menghalalkan serangan mereka ke atas Iraq! Apa sudah jadi dengan Iraq sekarang? 

Profesor Francis Fukuyama dalam bukunya 'Nation-Building Beyond Afghanistan And Iraq' menyebutnya sebagai penipuan dan kesilapan pentadbiran Bush, yang akhirnya memunculkan gerakan terrorist yang tidak terkawal pada hari ini.

2. Di dalam negara, idea Najib menubuhkan 1MDB dan membeli pengeluar tenaga bebas (IPP) telah menimbulkan kemarahan kepada pemain-pemain IPP. Penerangan bebas ini menjelaskannya. 

Najib tidak hendak bergantung kepada 'orang lain' menjelang PRU14. Tidak seperti sebelum ini, UMNO dan BN bergantung kepada sumbangan pihak-pihak tertentu semasa pilihanraya, dan sebagai timbal balasnya, mereka diberikan pelbagai peluang perniagaan.

Najib mahu UMNO dan orang Melayu berdikari sendiri. Najib mahu mengurangkan pergantungan kepada pihak lain. Akibatnya Najib diserang bertubi-tubi. Memang tidak mudah menganjak paradigma.

3. Hari ini serangan ke atas Najib dalam isu 1MDB semakin kurang. Apabila ramai orang menyedari maklumat-maklumat dalam WSJ dan SR itu palsu belaka, semua mula mendiamkan diri dan menjauhkan diri. Semua mula ketakutan apabila Najib bertindak untuk menyaman. Tranding di tweeter dan pelbagai media sosial berkenaan 1MDB semakin jatuh. Rakyat sudah tahu ia fitnah belaka. 

Tak kanlah Lim Guan Eng lebih baik daripada TG Dato' Dr. Haron Din dan Hj. Hadi dalam menilai isu 1MDB? 

Malahan pakar-pakar perbankan mentertawakan maklumat-maklumat WSJ itu. Anda boleh baca tulisan Azmi Arshad (FB), The Star dengan tajuk "Dokumen Tuduhan WSJ "Sampah" - Ahli Perbankan, Badlisyah Abdul Ghani, CEO Islamic Bank CIMB, dan anda boleh melayari www.theswiftcodes.com untuk melihat penipuan WSJ.

4. Hari ini di Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah menjawab orang-orang Barat yang mengancam negaranya (rujuk akhbar di atas). 

Sememangnya laporan antarabangsa awal tahun ini melaporkan ada 4 negara yang sukar dijatuhkan. Negara-negara itu adalah China, India, Brunei dan Malaysia.

Di Malaysia, Najib terpaksa menggunakan segala diplomasi yang ada untuk memastikan Malaysia kekal berdaulat, tidak dijajah dari segi ekonomi dan politik. Mereka memaksa Malaysia menandatangani TPPA, tetapi syarat kita ialah ianya tidak boleh membebankan rakyat Malaysia. 

Musuh negara menyerang matawang Ringgit Malaysia secara serentak. Beberapa minggu lalu, di sesetengah bank di negara jiran, mereka memaksa bank tidak menerima Ringgit Malaysia untuk urusan pertukaran. 

Musuh negara ini menggunakan sesiapa sahaja di dalam negara untuk menjatuhkan Perdana Menteri, sebenarnya untuk menjatuhkan kerajaan dan negara kita. Ada orang menyebutnya sebagai pengkhianat.

Selepas Najib mengeluarkan surat untuk menyaman WSJ, tiba-tiba keyakinan pasaran meningkat, nilai matawang Ringgit Malaysia naik sedikit berbanding USD. 

Matawang Russian Rubel (RUK) lebih buruk berbanding Ringgit Malaysia, namun mereka masih boleh bertahan, kerana jati diri, nasionalisma dan patriotik yang tinggi.  Kita juga mesti begitu dalam menghadapi serangan Barat. (Baca definisi Barat daripada kacamata Samuel Huntington, Prof).

5. Namun, percayalah kata saya, musuh-musuh negara tidak akan berhenti selagi kerajaan Malaysia tidak runtuh. Mari Bersatu.
PESANAN MUFTI MEKKAH
6. Adakah sudah sampai masanya Brunei bergabung dengan Malaysia untuk berhadapan cabaran globalisasi yang semakin mencabar di rantau Laut China Selatan? 

7. Adakah Malaysia dan Brunei boleh bertahan dengan asakan kuasa baharu yang sedang menguasai Laut China Selatan? 

Salam perantauan,
USA, 
Julai-11-2015.






ANGIN PERUBAHAN - HJ.HADI, DR. HARON DIN, ANWAR

on Tuesday, July 7

Selepas sokongan terbuka TG Dato' Dr. Haron Din kepada DS Najib, hari ini TG Hj. Hadi Awang pula memberi sokongan terbuka kepada Najib dalam tuduhan ASWJ dan SR.

Sudah tentu kedua-dua ulama besar ini mempunyai ilmu yang jauh mendalam untuk menilai isu dan kebenaran.

Hj. Hadi menegaskan, “Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil," kata Hadi merujuk kepada laporan ASWJ.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya mengulas kenyataan Dato' Dr. Haron pada Ahad yang mempertahankan Najib.

Walaupun mendapat sindiran daripada Lim Guan Eng dengan menyatakan PAS sudah jauh berubah, tetapi kita sebagai umat Islam dan orang Melayu hendaklah meraikan dengan gembira sokongan daripada saudara seagama apatah lagi daripada kepimpinan Utama parti PAS.

DS Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara juga tidak menyerang Najib. Sudah dua kali Anwar membuat perutusan dari penjara melalui peguamnya, tidak ada satu pun desakan supaya Najib meletak jawatan. Ianya sesuatu yang luar biasa. Barangkali Anwar memahami musuh-musuh di luar negara sedang berusaha menjatuhkan kerajaan. (Anwar memahami permainan rangkaian antarabangsa). 

Adakah Anwar sudah insaf dengan percaturan pengkhianat dan musuh negara? Wallahu'alam. Semoga Allah SWT mengampuni kita semua di bulan suci Ramadan ini.

Kenapa Malaysia?
Rakyat Malaysia hendaklah bersatu, kerana negara kita sedang menerima serangan terancang dan tersusun daripada kuasa-kuasa besar melalui proksi-proksi dan pengkhianat-pengkhianat negara. Rakyat Malaysia hendaklah bersyukur kerana Perdana Menteri tidak kalah kepada tekanan musuh, demi memastikan kedaulatan negara dan kebebasan rakyat tidak terikat.

Seperti kata Presiden George Bush apabila ditanya, kenapa kamu membawa tentera Amerika ke Iraq? Bush menjawab, ‘‘I don’t think our troops ought to be used for what’s called nation-building.  Think our troops ought to be used to fight and win war”.(2001)

Tiga tahun kemudian, Bush berkata, ‘We meet here during a crucial period in the history of our nation, and of the civilized world. Part of that history was written by others; the rest will be written by us.(2003)

Pada tahun 2004, Presiden George Bush sekali lagi menekankan mengenai kekuatan negara-bangsa apabila beliau berkata, “I sent American troops to Iraq to make its people free, not to make them American. Iraqis will write their own history, and find their own way".(2004)

Rakyat Malaysia mari bersatu. Jangan jadi alat musuh. TK.

USA.
Julai-7-2015.

SHAFIE AFDAL KETUAI JAWATANKUASA SIASATAN DALAMAN ?

on Sunday, July 5

Pada 2 Julai 2015 hari Khamis yang lepas, hanya sehari selepas agensi penarafan antarabangsa Fitch Rating menaikkan taraf ekonomi Malaysia daripada negatif kepada Stabil (A- dan A), ianya dicemburukan dengan kilat oleh musuh-musuh negara AWSJ dan Sarawak Report dengan satu pendakwaan yang tidak masuk akal kata Mursyidul Am PAS. 

Tuan Guru Dato Dr. Haron Din berkata tidak masuk akal wang sebesar itu dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Ternyata Dr. Haron Din berfikir di luar kotak.

Tuduhan terkini AWSJ dan SR mengesahkan bahawa selama ini mereka mencipta isu demi isu untuk memastikan momentum mereka tidak sejuk. Jelas sekali, perbuatan mereka adalah bermotif politik.

Ramai orang bertanya, jika benar laporan AWSJ dan SR itu, kenapa tidak mendedahkan siapakah penyiasat itu? Sesiapa pun boleh menulis "...penyiasat percaya...", "...investigator believe..." 

Bagaimana jika penyiasat tanpa nama itu adalah pengkhianat negara? Bagaimana jika penyiasat tanpa nama itu bekerja membeli dan menjual maklumat palsu? Bagaimana jika dia berniat memanupulasi maklumat palsu untuk tujuan menghancurkan kestabilan negara? Kenapa takut mendedahkan diri jika penyiasat tanpa nama itu seorang penyiasat yang berkredebeliti dan berintegriti?

Tak kanlah rakyat Malaysia mudah sekali diperbodohkan oleh rakyat asing yang mendapat maklumat dari 'seseorang penyiasat tanpa nama?' Ulama Dato' Haron Din pun tidak mempercayainya!

Pak Lah
Pada tahun 2008, Pak Lah diberi gambaran sangat terok dengan tujuan untuk menjatuhkannya, ada di antara pemimpin UMNO menulis surat kepada Pak Lah mendesak Pak Lah turun. Malah ada yang sanggup keluar UMNO bertujuan menggambarkan kesungguhan betapa teroknya Pak Lah. 

Hari ini, situasi yang sama berulang lagi. DS Najib digambarkan dengan begitu teruk, lebih teruk daripada gelaran Maha Firaun dan Maha Diktator atau anjing kerajaan semasa era reformasi. 

Malah lebih teruk daripada gambaran Pak Lah kononnya flip flop dan tidor. Namun begitu, seteruk-teruk Najib dihentam tiada seorang pun pemimpin UMNO menulis surat mendesak Najib meletak jawatan? Dan tiada seorang pun pemimpin UMNO keluar parti? Dan tiada seorang pun Menteri Kabinet menumbuk meja mendesak Najib meletak jawatan?

Kenapa mereka tidak melakukannya? Jawapannya mudah, kerana mereka pun tahu semua itu adalah bermotifkan politik.

Jawatankuasa Dalaman
Oleh kerana DS Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO begitu bersungguh-sungguh mahukan siasatan telus dilakukan, saya ingin mencadangkan supaya Kabinet menubuhkan pasukan siasatan dalaman dengan melantik Shafie yang kelihatan bersih untuk menyiasat kebenaran tuduhan AWSJ dan SR. 

DS Zahid Hamidi tidak sesuai kerana beliau telah memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Najib. DS Hishamuddin juga tidak sesuai kerana beliau adalah sepupu kepada Najib. Orang yang paling sesuai adalah Shafie, kerana Shafie tidak jelas sokongannya kepada Perdana Menteri !

Salam Perantauan,
Selamat Berhari Minggu,
USA.
Julai-5-2015.




MESYUARAT PERTAMA PRA-UG UMNO-PAS

on Thursday, July 2

DS TG Hj. Hadi Awang
UMNO dan PAS perlu segera mengadakan pertemuan untuk melihat kerjasama yang sesuai dimulakan di antara dua buah parti terbesar orang Melayu dan umat Islam ini.

Kedua-dua parti tidak perlu terlalu berapalogik dan berlapik-lapik lagi. Ianya membosankan umat Islam dan orang Melayu yang mahu melihat perpaduan dua buah parti ini segera menjadi kenyataan. 

Di pihak PAS, DS Tg. Hj. Hadi Awang sudah berjaya membersihkan partinya daripada kumpulan berjenama progresif, G18, Anwarista, PAS pro-DAP yang kesemuanya sering menentang kepimpinan Ulama. Kini, tiada lagi gangguan untuk membuat keputusan penting.

Di pihak UMNO pula, penundaan pemilihan UMNO selama 18 bulan merupakan signal ianya hanya akan diadakan menjelang PRU14.

Di pihak DAP pula, Lim Kit Siang sudah menutup buku kepada PAS dengan ucapan "PAS is past". Manakala anaknya Lim Guan Eng dengan tegas berkata, Kerajaan Pulau Pinang sekarang bukan lagi Kerajaan Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya dikenali sebagai Kerajaan Pulau Pinang. Maknanya 100% dikuasai DAP.

Nik Abduh Nik Aziz semalam mendedahkan konspirasi Yahudi dan orang luar untuk melemahkan dan menghancurkan PAS dari dalam.

Jadi, apakah yang ditunggu lagi oleh UMNO dan PAS?
Bersegeralah ke arah kebaikan. Mesyuarat Pra-UG UMNO-PAS perlu diadakan segera barangkali di peringkat jawatankuasa dahulu, sebelum ke peringkat pembuat dasar parti masing-masing.

Semua orang sudah tahu. Mesyuarat boleh diadakan di luar negara. 


Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan