IBRAHIM ALI DAN SANUSI JUNID PURA-PURA TIDAK FAHAM MAKSUD TERBANGSAT

on Thursday, August 27




DS Najib Semasa Merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kangar, Padang Besar dan Arau
Ucapan DS Najib (Najib) semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar, Padang Besar dan Arau tempoh hari menarik minat ramai pihak. Malangnya ada segelintir orang yang memberi maksud yang silap dan sengaja merosakkan maksud ucapan tersebut. Barangkali mereka pura-pura tidak faham!

Amat mengecewakan tiada sesiapa di dalam UMNO yang menjelaskan perkara ini. Baik Penerangan UMNO apatah lagi Naib Ketua Pemuda UMNO pusat dan exco sekongkolannya dengan pemikiran yang jumud ketika ini. 

Saya sangat bimbang Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaluddin belum lagi menyiapkan penggantinya yang sehebat dirinya, atau pun setidak-tidaknya sama hebat dengan Datuk Harun Idris atau barangkali DS Anwar Ibrahim pada zamannya. Keadaan ini sangat berbahaya kepada Pemuda UMNO pada masa hadapan!

Komen Datuk Ibrahim Ali, "Walaupun Umno dah memerintah sejak Merdeka, ada lagi Melayu yang bangsat. Faham tak? "Pada saya sekarang ini pun orang Melayu dah bangsat sebab orang Melayu yang layaknya rumah murah, PPR, rumah mampu milik."Tak boleh duduk di Seri Kembangan, TTDI, Mount Kiara dan pakai baju harga RM20,000". (mkdc)

Komen di atas penuh dengan emosi yang hebat, agaknya. Sebagai pemimpin yang berpengalaman, mungkin beliau boleh memberi ulasan yang lebih sesuai mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP berbanding ketika di bawah pemerintahan Gerakan. Sejak DAP memerintah. lebih daripada 20 kampung-kampung orang Islam dan Melayu di Pulau Pinang telah dirobohkan. Itulah nasib mereka. Bangsa menjadi bangsat apabila parti lain memerintah. 

Bekas Menteri TS Sanusi Junid (Sanusi) berkata, "Sekarang ini, ancaman Melayu itu bangsat kalau Umno itu kalah... jadi orang yang menyebabkan Umno itu kalah ialah punca ..yang harus dicari sebagai penyebab kepada bangsatnya bangsa. "Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat. Pemimpin yang menyebabkan Umno kalah itu adalah pemimpin yang bangsat !" (mkdc)

Oleh kerana UMNO tidak kalah semasa PRU13 sebaliknya berjaya menawan semula Kedah (21 kerusi) berbanding PR (15 kerusi) dan Perak kekal memerintah.

Manakala UMNO menambah jumlah kerusi di Kelantan daripada 6 (2008) kepada 12 (2013), maka ulasan Sanusi tersebut tidak relevan. Apatah lagi di peringkat Parlimen, UMNO berjaya menambah bilangan kerusi daripada 79 kepada 89.

Kita tidak boleh menyimpulkan UMNO akan kalah pada PRU14 kelak kerana pada tahun 1998 seluruh dunia menyatakan UMNO akan jadi pembangkang pada tahun 1999 (PRU10), namun hakikatnya tidak begitu. 

Begitu juga semasa PRU12 (2008) dan PRU13 (2013), seluruh dunia sudah bersedia untuk melihat DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, namun begitu mimpi hanya tinggal mimpi. 

Kerana apa? Kerana anda terlalu beretorik dan berilusi ! Khalayan tidak akan membentuk kerajaan. Seperti kata Datuk A. Kadir Jasin hari ini, demonstrasi BERSIH 4.0 tidak akan berjaya menjatuhkan Najib. Kerana mereka diberi mimpi indah kononnya jika ada 20,000 baju kuning di bandaraya Kuala Lumpur, Najib akan berundur.

Maksud 
Najib hanya memberi peringatan dan gambaran apa bakal berlaku kepada orang Melayu jika parti lain memerintah. Parti PAS pun mewakili majoriti orang Melayu dan Islam, tetapi PAS tidak dapat menghalang Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada merobohkan kampung-kampung Melayu dan gerai-gerai Melayu. Lebih malang lagi, ahli majlis daripada parti PAS dipecat dengan begitu amat mudah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Walaupun ada bantahan, tetapi tiada siapa di dalam kerajaan DAP memperdulikannya.

Hal seperti itu tidak berlaku semasa Gerakan memerintah Pulau Pinang kerana adanya UMNO yang turut sama memerintah kerajaan BN ketika itu. 

Kesimpulannya, orang Melayu bukan bangsa yang bangsat atau terhina. Namun, boleh jadi bangsa Melayu akan menjadi terhina atau terbangsat jika parti lain memerintah. Contoh yang paling nyata ialah nasib orang-orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang hari ini.







NAJIBCARE: 10 ALTERNATIF BANTU RAKYAT

on Tuesday, August 25




LAPORAN Bloomberg semalam menyatakan pergerakan Yuan di China dan USD di Amerika telah menyebabkan lebih 10 negara seperti Afrika Selatan, Rusia, Mesir, Turki, Ghana, Nigeria, Zambia, Turkmenistan, Armenia, Kygystan, Tajikistan, Arab Saudi, Vietnam dan Malaysia dilanda ketidakstabilan matawang di negara masing-masing.

Bloomberg turut menyatakan pasaran saham di New York, London, Paris dan Frankfurt menjunam. Dow Jones sendiri jatuh 1000 mata!

Di Kedah, Menteri Besar mencadangkan supaya cukai GST dikurangkan kepada 3%. Ianya bukan perkara baharu, saya telah menulisnya pada bulan April yang lalu di http://www.al-azharrisiddiq.com/2015/04/alternatif-kepada-gst-jawapan-kepada.html?m=1

Untuk meringankan beban rakyat, saya mencadangkan 10 alternatif baharu yang saya cadangkan dengan alternatif NajibCare:-

1. Tambang bas percuma kepada OKU, pencen (kerajaan dan swasta), bekas tentera, pelajar bawah 12 tahun dan pesakit kronik.(Kerajaan hendaklah memperkenalkan kad tambang percuma kepada mereka)

2. Pengecualian cukai pendapatan diberikan kepada mereka yang baru bekerja dalam tempoh yang wajar seperti setahun.

3. GST dikaji semula dengan pengenalan sistem yang lebih berjiwa rakyat "win-win situation". Rujuk semula cadangan asal saya ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2015/04/alternatif-kepada-gst-jawapan-kepada.html?m=1

4. Menaikkan lagi cukai rokok sebagai kempen gaya hidup sihat tanpa rokok. 

5. Membenarkan pendeposit KWSP mengeluarkan simpanan mereka 2 kali setahun di dalam akaun 2 untuk keperluan mendesak seperti kesihatan, kematian keluarga, pendidikan dan keperluan sukan anak-anak.

6. Memperkenalkan NajibCare yang meliputi pelan insuran kesihatan dan pendidikan. Pelan insuran NajibCare tidak perlu meniru pelan insuran ObamaCare tetapi idea membantu rakyat itu diberi penekanan. Negara kita memiliki ramai pakar insuran.

7. Membuka kawasan tanah baru seperti FELDA untuk tujuan pertanian berskala besar di mana hasilnya boleh dipasarkan ke dalam pasaran domestik dan antrabangsa. Jika FELDA menumpukan kepada perladangan, FELDA BAHARU ini pula fokus kepada pertanian.

8. Mengekalkan perubatan percuma kepada rakyat di mana rawatan perubatan dan ubat-ubatan diberikan percuma kepada rakyat Malaysia sahaja.

9. Agensi peminjam seperti bank dan koperasi (Bank Rakyat) diminta mengurangkan jumlah potongan dalam satu jangkamasa yang munasabah 6 bulan-12 bulan jangkaan masalah ekonomi global selesai.

10. Mengecualikan pembayaran PIBG kepada ibubapa yang berpendapatan RM1,000 ke bawah di kawasan kampung dan RM3,000 ke bawah di kawasan bandar. (Walaupun pembayaran PIBG dikategorikan sebagai derma/sumbangan, kebanyakan sekolah seolah-olah meletakkan status wajib bayar).

Dengan 10 cadangan ini, saya berharap Kerajaan akan mengambil perhatian.

Janganlah berlaku seperti kes GST, saya telah mencadangkan lebih awal cara yang tidak membebankan rakyat, akhirnya MB Kedah menyuarakan pengurangan cukai GST kepada 3% selepas GST dilaksanakan. 

Apapun kerajaan belum terlambat membuat penambahbaikan.

NAJIB DAN 1MDB DISIASAT BAGAI NAK RAK, KENAPA AZMIN DAN DEIG MEMBISU SERIBU BAHASA?

on Friday, August 21

Sebelum ini ramai orang menjadi gila-gila kerana tetiba menjadi penyiasat tidak bertauliah, pakar kewangan, pakar bank, pakar polis kepada polis dan sebagainya. 

Perdana Menteri dikoreksi, dimalukan,diaibkan luar dan dalam, sehingga ada sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang. Akhirnya ada yang hilang jawatan gara-gara termakan hasutan.

Tetapi, keghairahan menyerang Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini terpelanting kepada syarikat kontrovesi yang baru ditubuhkan DEIG di bawah Menteri Besar Selangor.

Di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor minggu ini, MB Azmin Ali terkapai-kapai, tersekat-sekat dan merah kemerah-merahan wajahnya kerana gagal menjawab soalan TS Khalid Ibrahim dengan yakin. Soalannya sangat-sangat mudah! Di mana wang RM7.65 Bilion? Sehingga ke hari ini Azmin gagal menjawab dengan betul.

Pertanyaan Rakyat 
1. Di pihak rakyat pula, mereka bertanya kenapa tidak ada siasatan ke atas kes-kes berProfil Tinggi melibatkan RM7.65Bilion Dan RM30Bilion? 

2. Kenapa tidak ditubuhkan Pasukan Petugas Khas? Kenapa pihak berkuasa kelihatan senyap dan berdiam diri dalam kes Azmin tetapi berkejar-kejar siang dan malam menyiasat 1MDB dan derma RM2.6 Billion? 

Rakyat melihat perkara ini tidak adil. Jika terus berdiam diri, rakyat akan mempersoalkan integriti dan kredebeliti pihak berkuasa dalam negara kita. Siasatan sangat perlu untuk mencari kebenaran.

3. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994?

4. Apa tujuan DEIG yang kelihatan seumpama bisnes rahsia? 


5. Apa yang dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat?

6. Adakah MB Azmin sekaligus sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan Pengerusi DEIG mempunyai kuasa veto?

7. Adakah DEIG anak syarikat MBI atau syarikat yang berasingan? 

8. Apakah kaitan dengan nama dua individu yang dikaitkan dengan syarikat berstatus RM2 DEIG? Siapakah mereka?

9. Adakah MB Azmin menubuhkan DEIG kerana ragu kepada MBI? 


10. Adakah kerana MBI pernah diketuai oleh Faekah bekas Pegawai TS Khalid Ibrahim ? 

11. Bagaimana pula peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC)? Nampaknya bisnes kerajaan Selangor bertindan-tindan antara MBI, DEIG, SSIC dan Perbadanan ikhtisas yang lain.

12. Paling menarik sekali ialah kenapa wakil rakyat DAP Selangor dan kumpulkan GHB turut mempersoalkan DEIG? Apakah yang mereka tahu dan apakah yang mereka sembunyikan?

Kesimpulan
1. Pihak berkuasa perlu menunjukkan tindakan yang adil. Jika 1MDB disiasat berbulan-bulan lamanya bagai nak rak, gara-gara laporan-laporan palsu dan dokumen yang diubahsuai di dalam Sarawak Report, kenapa MB Azmin dan DEIG tidak disiasat walhal ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor oleh ahli-ahli kerajaan negeri Selangor sendiri?

2. Jika derma RM2.6B disiasat sehingga ke lubang cacing mengapa kes RM7.65Bilion yang dibangkitkan oleh bekas MB Selangor, TS Khalid Ibrahim tidak disiasat? 

Untuk makluman, TS Khalid adalah pakar ekonomi manakala MB Azmin adalah bekas guru di Shah Alam. Kepakaran mengurus ekonomi dan wang serta aset berkapasiti besar sudah tentu berpihak kepada TS Khalid. 


Penns, USA.
August 21, 2015.

58 TAHUN MERDEKA: SISTEM FEDERALISME MALAYSIA TERGUGAT

on Tuesday, August 18

Tidak lama lagi negara kita akan menyambut sambutan rasmi hari kemerdekaan yang ke-58 tahun. Namun begitu, semalam saya agak tertarik apabila seorang guru Sejarah dalam satu group whatsApp mengemukakan soalan berikut:-

1. Bilakah negara Malaysia merdeka? Jawapan yang tercatat dalam buku teks sekolah ialah pada 31 Ogos 1957. 

Namun, murid-muridnya di peringkat UPSR tidak berpuashati dan mengemukakan soalan, bukankah 31 Ogos 1957 itu hari kemerdekaan Tanah Melayu? Kata mereka lagi, bukankah Sabah hanya merdeka pada 31 Ogos 1963 dan Sarawak pada 22 Julai 1963?

Rakyat Malaysia mesti faham bahawa sambutan rasmi hari kemerdekaan negara kita telah ditetapkan pada 31 Ogos setiap tahun. Memang benar Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963 tetapi apabila Sarawak dan Sabah menyertai Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia, maka dalam konteks satu negara Malaysia, satu bangsa Malaysia, satu persekutuan Malaysia maka sambutan rasminya telah ditetapkan pada setiap 31 Ogos setiap tahun.

Para pembuat soalan sama ada di peringkat UPSR hendaklah membina soalan dengan tepat dan tidak mengelirukan. Contohnya,

a. Bilakah negara Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ? Jawapannya jelas setiap 31 Ogos.

b. Bilakah Tanah Melayu merdeka? Jawapannya jelas pada 31 Ogos 1957.

c. Bilakah Sarawak mencapai Kemerdekaan? Jawapannya pada 22 Julai 1963.

d. Bilakah Sabah merdeka? Jawapannya ialah 31 Ogos 1963.

e. Sudah tentu tidak wajar soalan bilakah Malaysia merdeka? Jawapannya tiada! Anda bersetuju atau tidak?

f. Soalan yang betul ialah, bilakah Persekutuan Malaysia ditubuhkan? Jawapannya pada 16 September 1963.

2. Apakah sudah berlaku kepada negara kita? Murid-murid tahun 6 sudah tahu mempersoalkan tarikh hari kemerdekaan negara? Guru-guru sejarah juga sudah mencari-cari tarikh sebenar? Maknanya, buku teks sejarah negara kita perlu diubah? Ataukah generasi negara kita sudah dipengaruhi oleh anasir subversif bentuk baharu? 

3. Kita mesti memperbetulkan perkara ini sebelum terlambat.  Saya sangat bimbang kerana sentimen kenegerian semakin diperbesar-besarkan di negara ini. Elemen perpaduan tidak lagi menjadi perkara mustahak. Nation Building negara kita menuju kehancuran. Ketatanegaraan rakyat kita lemah dan lumpuh.

3. Senario sebegini semakin berkembang. Di negeri Johor yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah jua kini sudah mempopularkan istilah Bangsa Johor. Sudah tentu orang Johor akan mempertahankannya kerana mereka juga mempunyai sejarah yang agung.

4. Di negeri Pulau Pinang, wakil rakyat DAP bercakap isu autonomi kepada negeri Pulau Pinang. Dengan kata lain, niat mereka adalah untuk memiliki kuasa mutlak sendiri tanpa kawalan kerajaan persekutuan. Mereka tidak mewar-warkan hal berpisah dengan persekutuan Malaysia, di mana Singapura pun tidak bercakap hal berpisah dengan persekutuan Malaysia. Namun, tindak-tanduk mereka berbeza. Akhirnya, Singapura berpisah dari Malaysia.

5. Di Sarawak tidak perlu diperkatakan lagi kerana usaha untuk berpisah dengan persekutuan Malaysia telah digerakkan oleh gerakan seperti Sarawak for Sarawakian (S4S). Mereka membawa bendera lama Sarawak sebelum kerajaan penjajah berundur dari Astana di Kuching pada 22 julai 1963. 

6. Di Sabah juga terdapat aktiviti yang seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan pelbagai lagi. Saya sempat bertemu dengan salah seorang penggerak utamanya sebelum beliau meninggal dunia. Anda boleh membacanya semula di sini

Kesimpulan

Dengan keadaan-keadaan seperti ini, saya meramalkan Persekutuan Malaysia akan berhadapan masa depan yang gelap sekiranya kerajaan gagal menangani isu-isu ini dengan segera. 

Rakyat perlu diberi kefahaman sejarah yang betul mengenai pembinaan negara Malaysia. Rakyat perlu dididik bahawa pembentukan negara Malaysia melalui pelbagai proses teknikal dan undang-undang.

Contohnya kenapa Tanah Melayu menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun 1957 sedangkan Tunku Abd Rahman telah menandatangani Perjanjian Merdeka di London pada tahun 1956? Secara undang-undangnya Tanah Melayu sudah pun merdeka pada tahun 1956, tetapi secara teknikalnya bendera Union Jack diturunkan pada malam 31 Ogos 1957 sebagai lambang berakhirnya penjajahan British ke atas Tanah Melayu. 

Adakah generasi baharu mengetahui berapa hari Tunku Abd Rahman akan sampai dari London ke Tanah Melayu menaiki kapal terbang pada tahun 1956 dahulu? Hari ini, dengan menaiki MAS anda boleh terbang langsung dari KLIA ke London lebih kurang 14 jam sahaja.

Begitulah jua, hari keputeraan DYMM Sultan Kedah ialah pada 18 Januari setiap tahun. Namun, begitu sambutan rasmi Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong disambut setiap tahun pada 6 Jun. 

Begitulah jua isu dan persoalan sambutan rasmi hari kemerdekaan negara kita dan juga hari sebenar negara kita bebas daripada penjajahan.

Isu
Adakah sistem federalisme negara kita semakin goyah? Adakah anda sanggup melihat Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak terpisah dari persekutuan Malaysia? 

Selamat membaca.







PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU YANG GOBLOK

on Saturday, August 15










USUL PEMUDA UMNO SEMPORNA TIDAK RELEVAN, KEBUDAK-BUDAKAN

on



Persidangan Pemuda UMNO Semporna semalam bagaikan melalak kepada bukit, bukit tak runtuh, suara kehabisan. Emosi menguasai kematangan. Persepsi menguasai kebenaran. Malang kepada UMNO jika memiliki pemimpin berstatus third class leadership.

Dalam sahsiah berjamaah, jika anda tidak boleh bersama jamaah, anda mempunyai pilihan untuk mencari platform yang baharu. Ini political fundamental yang menjadi asas kepada mana-mana first class leadership. Dalam konteks ini, satu contoh paling bermaruah ialah tindakan Datuk Khairul Anwar Rahmat, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor (Pengerusi Sukaguam) yang meletak jawatan dalam parti dan menumpukan perkhidmatannya kepada social responsibility di samping bisnes perundangan beliau. 

Khairul tidak melalak seperti anda, kerana dia amat memahami Presiden parti mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar.

Situasinya serupa dengan amanat terbaharu YB Nik Abduh Nik Aziz kepada Mat Sabu dan rakan-rakannya di dalam GHB supaya lebih baik keluar daripada PAS jika tidak senada lagi dengan kepimpinan PAS. 

Amalan ini berlaku jua di dalam DAP, di mana Tunku Aziz (mantan Naib Pengerusi DAP) dan yang terbaharu mantan ADUN Bercham (semalam) mengisytiharkan keluar daripada DAP kerana tidak senada dengan kepimpinan DAP.

Berlaku juga kepada PKR, apabila TS Khalid Ibrahim, DS Zaharin, Datuk Zulkifli Noordin dan ramai lagi keluar daripada PKR kerana tidak senada lagi dengan kepimpinan parti.

Jika anda pun kelihatan tergolong dengan mereka, tidak seiringan dengan kepimpinan parti. Kata Nik Abduh, lebih baik keluar daripada menjadi kuman dan penyakit yang merosakkan jamaah.

Saya percaya UMNO Semporna mempunyai ramai pemimpin-pemimpin lain yang lebih berkaliber, bijaksana dan berpandangan jauh. Bukannya pemimpin yang jumud dan undur ke belakang. Hanya saja mereka disekat, tidak dapat naik kerana tidak diberi peluang.

Kenapa Perlu Seiringan
Bahasa mudahnya adalah sebuah kapal tidak boleh dinakhoda oleh dua orang. Janganlah baharu berjawatan Ketua Pemuda sudah menunjukkan keegoan kononnya mengetahui segala-galanya di dalam urusan tertinggi kepartian. Inilah masalah Pemuda UMNO Malaysia, saya telah banyak kali menyentuh hal beberapa exco Pemuda UMNO Malaysia yang buruk kepimpinan mereka. 

Saya sangat bimbang kerana Khairy Jamaludin (KJ) masih tidak mempunyai Naib dan Exco yang berkualiti tinggi.

Baharu menjadi exco dan Ketua Pemuda, ada yang merancang hendak menjatuhkan Presiden. Baharu setahun jagung menjadi Ketua Pemuda, sudah berlagak lebih berpengalaman daripada Presiden parti. Baharu berhadapan isu besar, sudah kalah ketahanan diri dan kalah kepada pengaruh luaran. 

Nasib baiklah UMNO hari ini bukan dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir. Jika tidak, mana-mana Bahagian yang tidak sealiran dengannya akan menerima nasib yang lebih buruk. Methodlogy leadership Tun M adalah, penyakit tidak boleh disimpan lama-lama dalam badan, ianya mesti dihapuskan segera sebelum ianya menjadi racun dan akhirnya menjahanamkan seluruh badan parti. Namun begitu, anda beruntung kerana mempunyai Presiden parti yang sabar.

Apabila Perdana Menteri memecat DS Shafie Afdal (DSSA) sebagai Menteri, itu adalah hak pregroratif sesiapa pun Perdana Menteri. Jika anda tidak lagi seiringan mengemudi negara, memang wajar anda dipecat. Itu adalah hukum politik. 

Jika anda sebagai CEO syarikat, dan anda dapati Timbalan CEO anda tidak senada dengan anda malah bertindak bertentangan dengan polisi syarikat, sudah pasti anda mengalami kesukaran dan sudah pasti anda akan memecatnya dan menggantikan kepada Timbalan CEO yang mempermudahkan visi syarikat mencapai kejayaan.

Namun begitu, jika esok DS Shafie dilantik semula sebagai Menteri, itu jua hak Perdana Menteri. Tiada siapa boleh menghalang hatta musuh-musuh politik Shafie di Sabah pun.

Usul Pemuda UMNO Semporna Tidak Relevan
1. Memberi usul Perdana Menteri bercuti adalah usul kebudak-budakan. Apabila TS Muhyiddin Yassin (TSMY) ditukarkan kepada DS Zahid Hamidi sebagai TPM, bermakna Kerajaan sedang melalui fasa baharu pentadbiran untuk menghadapi cabaran-cabaran sedia ada dan akan datang. 

Negara perlu diurus dengan betul kerana pelbagai isu dalam dan luar negara perlu ditadbir dengan berkesan. Di hadapan kita ada pelbagai agenda besar seperti ASEAN, TPPA, MH370, Pilihanraya Negeri Sarawak, PRU-14 dan fenomena global ekonomi yang perlu dikemudi oleh seorang Perdana Menteri yang berpengalaman, tenang dan berwawasan. 

DS Zahid orang baharu nombor dua  dalam kepimpinan Kerajaan yang memerlukan masa untuk membantu Perdana Menteri.

Peristiwa TSMY dan DSSA sudah berlalu. Sudah menjadi sejarah. Anda perlu bersabar dan mengakui bahawa ianya sudah menjadi bahan sejarah. Saya pun turut bersedih kerana sebagai ahli asal USNO yang membawa masuk UMNO ke Sabah, Shafie adalah satu-satunya generasi USNO yang masih ada.

2. Siasatan 1MDB. Terdapat beberapa pasukan yang sedang menjalankan siasatan ke atas perjalanan 1MDB. Di antaranya PAC, Pasukan Petugas Khas dan Jabatan Akauntan Negara. Kita perlu memberi mereka masa menyiasat dengan betul dan tertib. 

Janganlah anda menjadi hakim tanpa ilmu untuk menghakimi 1MDB berdasarkan dakwaan-dakwaan di dalam media sosial dan suara-suara sumbang. Jika anda terpengaruh dengan dakwaan pihak musuh, anda sangat tidak layak berada di arus kepimpinan Ketua Pemuda kerana menjadikan dakwaan-dakwaan tidak berasas sebagai asas untuk menghukum kepimpinan Perdana Menteri. 

Orang Islam dan orang Melayu patut menyokong 1MDB. Sepuluh dan dua puluh tahun akan datang, sejarah akan membuktikan 1MDB adalah lambang kejayaan orang Islam dan orang Melayu. Kamu perlu mengoreksi dengan ilmu dan minda terbuka. Jangan jadi Ketua Pemuda yang jumud.

3. Pemilihan UMNO. Keputusan menangguhkan Mesyuarat Pemilihan UMNO adalah keputusan sebulat suara yang turut dihadiri TSMY dan DSSA ketika itu. Kenapa rumah sudah siap pahat masih berbunyi? Kenapa tidak menyuarakan bantahan semasa mesyuarat tersebut? 

Seseorang pemimpin yang baik kepada parti ialah apabila sesuatu keputusan telah dibuat dalam mesyuarat bersama, ianya harus akur. Ini fundamental leadership, tidak patut diajar kepada seorang Ketua Pemuda UMNO.

Kesimpulannya, janganlah jadikan pemecatan DSSA sebagai sentimen untuk memburuk-burukkan kepimpinan parti. Janganlah melebarkan lagi pintu kepada DSSA untuk terkeluar daripada saf kepimpinan parti. DSSA seorang pemimpin yang humble, malangnya anda membuat dia semakin malang.

Selamat Berhari Minggu
August 14, 2015.

Post by IPhone 












TUKAR PM SESUKA HATI, ADAKAH BERMAKNA SABAH/SARAWAK JUGA BOLEH MENENTUKAN MASA DEPANNYA SENDIRI?

on Tuesday, August 11

Saya bersetuju pandangan Datuk A. Rahman Dahlan bahawa tindakan segelintir pihak khususnya di Semenanjung Malaysia beria-ia sangat hendak menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara Tidak Demokratik, tidak pernah mengambilkira perasaan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Sabah dan Sarawak!
Adakah bermaksud pihak ini di Semenanjung hanya memikirkan diri mereka 'kesemenanjungan' sahaja? Kenapa hendak menentukan kepimpinan negara tidak mengambil kira pandangan Sabah dan Sarawak? Adakah mereka lupa atau takbur bahawa tanpa Sabah dan Sarawak, UMNO dan BN sudah menjadi Pembangkang sejak tahun 2008!

Pada tahun 1980an, semasa allahyarham Tun Datu Mustapha masih hidup, ada seorang pemimpin kanan di Semenanjung Malaysia berkata, "...tanpa Sabah, UMNO dan BN boleh memerintah Malaysia cukup dengan undi Semenanjung sahaja..."(rujuk buku Pak Habib). Agak-agaknya, apakah perasaan Allahyarham Tun Datu Mustapha yang duduk sebelah ketika itu? Sekarang ianya berulang lagi!
Di Semenanjung Malaysia, pemimpin-pemimpin yang bermatian-matian mahu menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara tidak Demokratik (tidak melalui Pemilihan UMNO/Pilihanraya) tidak pun mengambilberat suara-suara dari Sabah dan Sarawak. Mereka menutup mata sahaja! 
Apabila Datuk A. Rahman Dahlan bersuara akan hal ini, mereka memandang rendah, seolah-olah UMNO itu milik Semenanjung Malaysia sahaja. Seolah-olah negara ini hanya Semenanjung Malaysia sahaja. Seolah-olah menentukan Perdana Menteri hanya milik Semenanjung Malaysia sahaja. Cara itu adalah salah, tidak patriotik dan tidak bersifat nasional. 

Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak ada. Anda telah melebarkan sentimen Malaya, Sabahan dan Sarawakian. Tidak lagi Malaysian!

Jika mahu meneruskannya dengan cara tidak demokratik, Semenanjung Malaysia boleh meneruskannya tetapi saya percaya Sabah dan Sarawak juga mempunyai pandangannya sendiri.

A. Rahman Dahlan berkata
Sekiranya Datuk Seri Najib Razak ditukar tanpa mengambil kira perasaan negeri Malaysia Timur itu, akan berlaku akibat yang tidak diingini". Saya setuju.
"Saya dari Sabah. Tukar perdana menteri bukan saja urusan rakyat di Semenanjung, saya ingatkan, kami tulang belakang BN. Ada sesiapa yang bertanya kepada parti komponen?
"Jika dilakukan tanpa memikirkan perasaan kami, rakyat Sabah dan Sarawak, akan berlaku perkara yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas pra pelancaran Malaysia Day Ride 2015 di PWTC, Kuala Lumpur.
Rahman berkata, tiada perdana menteri yang mengutamakan Sabah dan Sarawak seperti Najib.
Beliau turut memuji pengumuman Najib semalam yang akan memberikan Sabah dan Sarawak autonomi, sesuatu ditunggu mereka sejak berdekad lalu.
Kedua-dua negeri itu kubu kuat BN walaupun parti itu berdepan laluan sukar sejak 2 pilihan raya lalu.
Sementara itu, Rahman turut mempertahankan kenyataan Najib yang berkata beliau bebas daripada rasuah.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan Najib dan Umno yakin dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri tidak melanggar mana-mana undang-undang.
"Biar SPRM siasat. Memanglah perdana menteri kata ia bukan rasuah. Jika tidak sudah pasti 'game over'.
"Kami tahu ia bukan rasuah, kami percaya ia bukan rasuah. Kami percaya ia dibenarkan Perlembagaan parti dan undang-undang negara,” katanya. (TMI)

post by iPhone


LIMA KELEMAHAN PASUKAN SIBER DS NAJIB

on Monday, August 10



1. Terlalu lambat membuat 'counter attack'
Salah satu kelemahan ketara pasukan siber pro UMNO ialah terlalu lambat menyerang balas fitnah. 

Sebagai contoh kes terbaharu DS Najib (Najib) menaiki kenderan plat nombor Singapura, diviralkan oleh tukang fitnah kononnya Sultan Johor murka dan tidak membenarkan Najib mendarat di lapangan terbang Senai, Johor.

Pegawai-pegawai Najib hanya menjawab fitnah tersebut selepas berjam-jam ianya menjadi bahan ditelan bulat-bulat oleh rakyat yang terpedaya dalam whatapps, FB, tweeter dan lain-lain genre siber..

Saya syak Najib tidak mempunyai pegawai yang cukup, kerana jika anda ditugaskan menjaga siber Perdana Menteri, anda sepatutnya membuka mata dan telinga setiap 24 jam. Sekelip mata anda terlelap akan merelakan fitnah meracuni ramai orang. 

Begitu juga fitnah ke atas Pandalela Riong dalam tweeter palsunya. Pandalela terpaksa membetulkan keadaan selepas beberapa jam ianya berjaya meracuni pemikiran rakyat.

Sepatutnya fitnah sebegitu hendaklah dijawab 'On The Spot' atau pun paling lewat 5-10 minit setelah tersebar. Bukannya selepas beberapa jam. 

Persoalan lain timbul, adakah pasukan Perdana Menteri kekurangan pasukan siber yang mahir dan berpengalaman?

2. Banyak Blog/Portal Pro UMNO Sudah Mati
Dalam kajian saya, selepas UMNO memenangi PRU-13 lebih daripada 100 Blog/Portal pro UMNO telah tidak aktif. Bermakna lebih 100 FB, tweeter dan sebagainya turut juga mati bersama-sama kematian blog dan portal itu. 

Persoalannya, adakah mereka berpuas hati selepas memenangi PRU-13? atau Adakah pasukan siber UMNO mengalami masalah leadership

3. Kelemahan Koordinasi
Peperangan di alam siber memerlukan kemahiran yang tinggi dari aspek Pemikiran, Organisasi dan Strategi.

Dari aspek Pemikiran, jentera siber akan bertambah lemah apabila menghadapi masalah kepimpinan, sebagaimana yang berlaku sekarang.

Apabila saya menyatakan lebih 100 blog/portal/tweeter/fb dan sebagainya pro kerajaan mati, itu adalah isu Organisasi pasukan yang lemah dan tunggang-langgang.

Strategi pasukan siber pro kerajaan bukanlah lemah tetapi kebanyakannya tidak bekerja sebagai satu pasukan. Dalam peperangan siber, unit-unit yang kecil tidak akan mampu melawan pasukan yang sudah establish. Tetapi jika unit-unit yang kecil itu digabungkan, ianya boleh menjahanamkan pasukan yang establish tadi. 

4. Komponen BN Tidak Aktif
Masalah utama pasukan siber pro kerajaan ialah tidak mempunyai pasukan siber yang kuat di dalam komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain yang sehebat pasukan siber DAP.

Adakah juga berkaitan leadership? Sepatutnya Pemuda UMNO mengetuai pasukan siber ini, malangnya secara peribadi saya melihat mereka tidak mempunyai kepimpinan siber yang berkaliber. Belum ada pemimpin siber yang boleh manage sebuah team siber sekurang-kurangnya seperti Unit Media Baru (UMB) seperti dahulu. 

Apatah lagi sebagaimana yang terdedah dalam perbualan group whatapps Pemuda UMNO, mereka sendiri kelihatan tidak mempunyai kemahuan 100% untuk bersama-sama dengan Presiden UMNO. Maka, lupakan pasukan siber Pemuda UMNO.

Isu-isu semasa tidak boleh diurus dengan cara 'touch n go'. Sehingga ke hari ini, pasukan siber komponen BN tidak wujud sebagai satu organisasi. Maka janganlah bermimpi mahu mengatasi Red Bean Army DAP.

5. Pengalaman Di Amerika Syarikat
Saya bertemu beberapa individu yang membantu calon-calon Gabenor di sini. 

Saya harus berterus-terang bahawa kebanyakan mereka yang membantu calon Gabenor masing-masing bekerja secara sukarela. Mereka pula adalah generasi yang mahir dan kreatif dalam IT dan terlatih di universiti. Leadership pasukan siber mereka memang terserlah dari pelbagai aspek seperti organisasi, pemikiran, strategi dan 'kemahuan untuk memenangi' peperangan.

Walaupun satu negeri terdapat lebih daripada 10 calon Gabenor, tidak ada calon-calon yang memburukkan atau memfitnah sesama mereka. Berbeza di Malaysia, pihak pembangkang kreatif mencipta fitnah sebaliknya pihak kerajaan "lidut" menjawab fitnah.

Fitnah Ke Atas Perdana Menteri ini Lambat Diperbetulkan.

Akaun Palsu: Fitnah Ke Atas Pandela Riong Dan PM terpaksa Dijawab Sendiri Oleh Pandalela.


Post by iPhone.

'lidut' - lambat/lewat

TIDAK MANIS DESAK DAN TIDAK MANIS KEKAL

on Sunday, August 9


SAMBUTAN LUAR BIASA UMNO PASIR GUDANG (AHAD, 9/8/2015)

UMNO telah ditubuhkan hampir 70 tahun dahulu (1946). Generasi baharu dalam UMNO bukanlah semuanya tahu sejarah perjalanan UMNO sehingga kini, kerana itulah  terdapat ahli UMNO, walaupun baharu sahaja menjadi exco Pemuda UMNO, sudah berlagak besar mahu menjatuhkan Presiden partinya sendiri.

Dato' Onn Jaafar (1946-1951)
Cabaran UMNO yang paling besar ketika awalnya ialah apabila ditinggalkan Dato' Onn Jaafar kerana keterbukaannya membuka keahlian parti kepada bangsa lain tidak diterima. Maka, Dato' Onn Jaafar berkelana dengan parti baharu seperti IMP (1951) dan parti Negara (1954). Namun begitu, UMNO tetap utuh tidak tergugat kerana orang Melayu sedar mereka tidak boleh beremosi dengan sentimen individu.

Tunku Abdul Rahman (1951-1971)
Seterusnya, UMNO menghadapi cabaran lebih besar ketika Pilihanraya tahun 1969 apabila masyarakat Cina di bandar-bandar bersatu memenangkan parti chauvunis DAP. Akhirnya, tragedi 13 Mei 1969 berlaku kerana sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pemimpin-pemimpin DAP semasa memenangi pilihanraya tersebut. Parti Buruh yang mempunyai ramai penyokong pro Komunis turut terlibat.

Tun Razak (1971-1976)
Setahun kemudian, Tunku Abdul Rahman terpaksa meletak jawatan kerana keadaan anarki tersebut. Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan membawa imej baharu menukar Perikatan kepada Barisan Nasional. Melihat kepada ancaman chauvunis DAP, pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO mengambil keputusan berani untuk bersatu. 

Tun Razak mengambil tindakan berani mengambil Tun Dr. Mahathir yang telah dibuang oleh Tunku Abdul Rahman (1974).

Namun begitu, berlaku konflik Kerajaan di Kelantan pada tahun 1978 di mana PAS pula terpecah kepada BERJASA dan HAMIM. Sama situasinya hari ini di mana PAS berpecah kepada kumpulan GHB yang mendapat sokongan kuat DAP. Kenapa DAP?

Tun Hussien Onn (1976-1981)
Apabila Tun Razak meninggal dunia di Amerika Syarikat kerana sakit, Tun Hussien Onn mengambil alih kepimpinan UMNO dan kerajaan. Tun Hussien Onn seorang yang tenang, maka UMNO dan kerajaan berjaya menenangkan politik negara seadanya.

Juga kerana masalah kesihatan yang dialami oleh Tun Hussien Onn, maka Tun Dr. Mahathir diberi peluang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir (1981-2013)
Tindakan awal yang penting dilakukan Tun Dr. Mahathir adalah menjemput DS Anwar Ibrahim pemimpin belia ketika itu. Sebenarnya, terdapat sumber lain bahawa beberapa individu daripada Amerika Syarikat dan negara Arab berjumpa Tun M memberi pandangan (tekanan?) supaya Tun M menerima DS Anwar memasuki UMNO dan Kerajaan.

Namun begitu, Anwar disingkirkan di dalam UMNO dan Kerajaan pada tahun 1998 selepas isu Krisis Ekonomi Asia yang turut menyerang negara. Tun M memberi alasan moral Anwar untuk memecatnya.

Tun Abdullah (2003-2009)
Pada tahun 2003 (Oktober), Tun M bersara dengan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Setahun kemudian, Pak Lah menang besar denganmeninggalkan sedikit ahli parlimen pembangkang di dalam Parlimen. Namun begitu, pada tahun 2008, UMNO dan BN mengalami tsunami Cina kerana parti-parti pembangkang bersatu di mana DAP betul-betul bersedia di antara tahun 2004-2007. DAP mendaftar pengundi baharu dengan sangat aktif, sebaliknya UMNO dan BN leka.

Pada tahun 2009, Pak Lah melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas didesak oleh Tun M dengan tekanan-tekanan melalui surat terbuka Datuk Mukhriz dan Tun M sendiri keluar daripada UMNO.

DS Najib (2009)
DS Najib Razak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. Namun begitu, Najib berjaya mengambil semula Kedah dan Perak. Di peringkat nasional, Najib berjaya menambah jumlah kerusi UMNO di dalam Parlimen. Hanya parti-parti komponen Cina seperti MCA, SUPP dan Gerakan sahaja masih gagal menarik kembali semula sokongan Cina.

Dan, kemelut UMNO seterusnya berlaku baru-baru ini apabila TS Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO) dan DS Shafie Apdal (Naib Presiden UMNO) dikeluarkan dalam Rombakan Kabinet 2015. Ianya sesuatu yang baharu apabila Timbalan Presiden UMNO tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri. Manakala tidak luarbiasa kepada Naib Presiden UMNO kerana Pak Lah sendiri bertahun-tahun tidak dilantik dalam kabinet semasa menjadi Naib Presiden UMNO.

Serangan 24 Jam
Hari ini Malaysia diserang dari segenap penjuru.

Pertama, di dalam negara DAP dan PKR mengetuai menyerang imej Najib selepas gagal menjatuhkan imej agensi-agensi kerajaan seperti MARA, BTN, Tabung Haji, 1MDB, Felda dan sebagainya. PAS mengurangkan serangan kerana mereka sudah memahami permainan politik DAP.

Kedua, media antarabangsa seperti WSJ, The Sydney Morning Herald Australia, Washington Post, New York Times digunakan untuk merosakkan reputasi Najib dan Kerajaan. Tekanan disambung melalui rangkaian media dalam negara seperti The Edge, Malaysiakini, The Malaysian Insider yang memberi laporan tidak adil dengan memberi banyak gambaran buruk yang melampau-lampau kepada Najib dan Kerajaan.

Ketiga, menjatuhkan ekonomi negara melalui paksaan TPPA dan menjatuhkan Ringgit Malaysia. Usaha ini dilakukan musuh-musuh di luar negara. Membangkrapkan Malaysia adalah cita-cita mereka. Mereka bukan mahu menjatuhkan Ringgit Malaysia kepada 1USD: RM4.00 tetapi mereka tidak kisah sekiranya mencecah 1USD: RM5.00. Apabila Najib jatuh dan Kerajaan bertukar tangan kepada pemimpin boneka mereka, nilai Ringgit akan pulih semula kepada 1USD: RM3.00 untuk memberi gula-gula manis kepada kerajaan boneka.

Keempat, merosakkan dan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam. PAS telah hampir berjaya dipecahkan kepada GHB. Manakala, UMNO juga sedang dirosakkan. Jika kedua-dua parti orang Melayu dan Islam ini berjaya dilemahkan, maka DAP berpeluang memerintah Malaysia melalui peti undi pada tahun 2018.

Walaupun sudah lebih 24 bulan berusaha merosakkan reputasi Najib dan Kerajaan dilakukan, ianya masih lagi gagal.

Separuh
Dalam sejarah UMNO, seseorang yang tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri biasanya tidak lagi akan meneruskan tugasnya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Dia akan mengundur diri dengan cara yang terhormat. Perkara ini berlaku kepada Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, dan juga Anwar. 

Tujuannya, supaya UMNO dapat mengorak langkah ke hadapan dengan wajah baharu dan keazaman baharu melalui satu pasukan baharu. UMNO perlu meneruskan semangat berpasukan untuk terus berkuasa. UMNO tidak boleh separuh-separuh pasukan seperti  sekarang ini. 

Presiden dan Timbalan tidak sepatutnya berbeza pendapat secara terbuka, contohilah DAP. Sesiapa yang berbeza pandangan dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng akan menerima nasib seperti Tunku Aziz dan PAS. Dibuang tanpa belas kasihan walaupun pernah berjasa kepada DAP.

Di dalam budaya politik UMNO, tidak manis mendesak meletak jawatan, tidak manis juga terus kekal dengan jawatan itu, kerana menyukarkan UMNO untuk bekerja sebagai satu pasukan yang diyakini rakyat. 

UMNO harus sedar jika tidak seiringan jika tidak senada jika tidak bersuara sebagai satu suara, rakyat tidak akan konfiden kepada anda.

Begitulah sejarah UMNO dan sejarah kekuatan UMNO. 

Selamat Berhujung Minggu.
USA. 
August 8, 2015.

Post by IPhone. 














Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan