LIMA PELUANG MASYARAKAT CINA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

on Saturday, September 26

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng
Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng adalah calon Perdana Menteri Malaysia daripada parti DAP. Beberapa tahun dahulu, ketika saya berjalan-jalan di Klang di sebuah gudang barangan dari negara China, saya bertemu sebuah keluarga Cina dan saya bertanya seorang anaknya siapakah Perdana Menteri Malaysia hari ini? Saya sangat terkejut apabila anak sekolah itu menjawab Mr. Lim Guan Eng!

Daripada jawapan anak kecil itu ada pelbagai perspektif. Pertama, masyarakat Cina di Malaysia sejak kecil telah diasuh bahawa pemimpin utama mereka ialah Lim Guan Eng. Kedua, cita-cita mereka di dalam politik sudah tentulah mahukan seorang daripada bangsa mereka menjadi Perdana Menteri di Malaysia. Ketiga, mungkin anda ada persepsi yang tersendiri. Silakan, nyatakan.

Di Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang, sejarah membuktikan pemimpin Cina pernah menjadi Ketua Menteri.

Peluang pertama - Sebenarnya peluang orang Cina menjadi Timbalan Perdana Menteri ialah semasa Tunku Abdul Rahman. Pada awal tahun 1960, Tunku telah memilih Tun Tan Siew Sin sebagai Menteri Kewangan dan kemudiannya bercadang mahu melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua. Malangnya, Lee Kuan Yew tidak bersetuju dan amat marah kepada Tunku Abdul Rahman. Menurut Lee Kuan Yew, PAP lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri (The Singapore Story, 1998, Lee Kuan Yew)

Peluang kedua - Ketika UMNO diharamkan, pengerusi Barisan Nasional dipegang sementara waktu oleh Tun Dr. Ling Liong Sik. Pada ketika itu, UMNO mengambil masa beberapa hari untuk ditubuhkan dengan nama UMNO (Baru). Walau bagaimanapun, saya percaya Tun Dr. Ling Liong Sik bukanlah seorang pemimpin yang rakus atau tamak. Beliau tahu batas dan sempadan. Jika tidak, beliau boleh sahaja merampas kuasa secara pentadbiran ketika itu (Syed Hussien Al-Attas)

Peluang ketiga - Ketika tsunami Cina berlaku (PRU12/2008), DAP telah menguasai negeri-negeri kaya seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Namun, ianya masih tidak mencukupi untuk mereka memerintah kerajaan persekutuan dengan satu parti dominan (DAP) melainkan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor sahaja. Mereka berjaya di peringkat negeri tetapi gagal di peringkat pusat. Kerana itulah mereka bersungguh-sungguh setelah melihat peluang yang semakin terbuka.

Peluang keempat - Jika mengikut gelombang 2008, DAP sepatutnya berjaya menguasai semula Perak dan mengekalkan Kedah, ianya juga gagal kerana kesedaran orang Melayu mempertahankan kuasa mereka mula timbul. Sebab itulah UMNO meningkat daripada 78 kerusi (2008) kepada 88 kerusi (2013) di parlimen.

Peluang kelima - Adakah masyarakat Cina mempunyai peluang lagi pada masa hadapan, setidak-tidaknya pada PRU14? Saya melihat ianya semakin sukar kerana sebab-sebab berikut:-

1. Apabila berlaku krisis DAP-PAS di mana sekarang ianya semakin buruk dengan perpecahan kepada parti serpihan PAN (Parti Pekerja/Parti Amanah Negara).  

2. Lim Kit Siang telah membayangkan masa hadapan yang gelap apabila beliau meluahkan kerisauannya mengenai masa depan politik Malaysia, malah mengajak mantan Perdana Menteri bersama-samanya untuk membina Malaysia baharu. 

2. Pakatan Harapan tidak mempunyai pemimpin Melayu yang karismatik di peringkat nasional. Belum ada pemimpin pembangkang yang boleh menandingi DS Anwar Ibrahim. Adakah anda bersetuju Mohd. Sabu sebagai pengganti DS Anwar Ibrahim ? 

3. Himpunan Merah adalah manifestasi dan reaksi orang Melayu terhadap sentimen baju Kuning. Malahan Himpunan Hijau oleh PAS adalah fraksi seregu Himpunan Merah yang berseteru dengan Himpunan Kuning. Maknanya Himpunan Kuning berdepan dua pasukan iaitu Himpunan Merah dan Himpunan Hijau. Kesilapan ini lebih kepada kesilapan strategi oleh DAP. Mereka tidak menjangka implikasi ini.

4. Implikasi pemikiran DAP dalam mengurus masyarakat Majmuk di Malaysia sebenarnya silap. Bagi saya, DAP boleh menguasai pemikiran sebahagian besar masyarakat Cina, tetapi DAP tidak boleh mengurus masyarakat Melayu dan Islam dengan cara DAP mengurus masyarakat Cina. Jawapannya pasti akan berantakan! Lihatlah sekarang, anda merasa tension dan stress. Saya bersetuju pandangan Profesor Heng dari American University dalam hal itu (September 11, 2015).

Solusi
Solusinya ialah anda perlu kembali ke (1) pangkal jalan. (2) Anda mesti membaca semula sejarah. (3) Anda mesti mengetahui perjanjian pemimpin-pemimpin sejarah anda di awal kemerdekaan. (4) Anda mesti mengekalkannya kerana itulah kunci keamanan. (5) Jika anda merubah asas kenegaraan, anda terpaksa bermula dari satu langkah yang baharu. 

Lim Kit Siang telah menulis hal 'Malaysian Malaysia' dalam bukunya yang saya baca sejak saya masih bersekolah lagi (Malaysia Crisis Identity). Saya suka membacanya tetapi 70% daripadanya saya tidak bersetuju. 30% lagi adalah human factor.

Selamat membaca.
Selamat Berhujung Minggu.

The University City,
PHA, PA, USA.
September 26, 2015.







SURAT DARI DS NAJIB RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

on Tuesday, September 22

Gandingan Mantap


Al-Azharri Siddiq yang dikasihi,

Salam 1Malaysia!

Terima kasih kepada semua yang telah mengemukakan cadangan untuk #Bajet2016 sepanjang kempen 'crowdsourcing' ini yang bermula pada 1 September dan telah pun tamat pada 18 September.

Jumlah cadangan yang diterima adalah hampir 39% lebih daripada tahun lepas dan saya akan meneliti cadangan-cadangan anda bersama Kementerian Kewangan Malaysia dalam masa terdekat.

Sementara itu, saya berharap anda dapat membantu saya mengenali dan memahami keutamaan anda dengan lebih baik lagi. Luangkanlah masa seminit untuk melengkapkan kaji selidik ringkas berkaitan #Bajet2016 di https://najibrazak.com/bajet2016/survey.

Terima kasih.

Najib Razak

Nota: Berikut adalah cadangan saya kepada DS Najib Razak, Perdana Menteri menjelang pembentangan Bajet 2016 sedikit masa lagi. Silakan http://www.al-azharrisiddiq.com/2015/08/najibcare-10-alternatif-bantu-rakyat.html


RAKAMAN PERJALANAN - DATO' DR. AWANG ADEK BERJAYA NAIKKAN IMEJ MALAYSIA DI USA

on Thursday, September 17


Gambar kenangan Bersama Duta Malaysia di Washington DC, Dato' Dr. Awang Adek


Rakaman Perjalanan - Kunjungan saya ke Washington kali ini akan memberikan beberapa perkembangan terbaharu untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia. Bukanlah ianya suatu yang bersifat peribadi, tetapi ianya gambaran betapa hubungan Malaysia-Amerika Syarikat telah berkembang semakin ke hadapan.

Saya tidaklah mengenali Dato' Dr. Awang Adek  secara peribadi walaupun sering terserempak di Parlimen ketika beliau menjadi ahli parlimen dahulu. Semasa pertemuan hampir sejam dengan Dato' Dr. Awang Adek di pejabatnya di Kedutaan Malaysia, Washington DC, beberapa perkembangan khususnya mengenai bidang pendidikan tinggi antara dua negara, ekonomi dan politik menjadi wacana yang sangat menarik.

Sebagai pengenalan, Dr. Awang Adek menerima pendidikan tinggi di Whartoon School, Universiti Pennyslavania sebuah universiti ternama dalam bidang ekonomi. Kini sebagai duta, saya melihat beliau sangat bersungguh-sungguh menjaga kebajikan dan pembangunan pelajar-pelajar Malaysia di USA. Komen pendek saya ialah, ibu bapa di tanah air tidak perlu bimbang anak-anak mereka di USA.

Saya melihat beliau bersungguh-sungguh mengunjungi pelajar-pelajar kita di seluruh Amerika Syarikat di mana sahaja terdapat pelajar-pelajar Malaysia. Malah keakraban, semangat kekeluargaan dan kesungguhan itu dapat dilihat semasa majlis dialog bersama YB Datuk Rohani Karim, Menteri Pembangunan Wanita selama dua hari berturut-turut. Kemudiannya, sebuah lagi talk melibatkan YB Datuk Anifah Aman, Menteri Luar negara kita.

Daripada pengamatan ini, saya percaya Dr. Awang Adek telah memainkan peranan yang sangat berkesan dalam membina hubungan baik Malaysia-Amerika Syarikat dalam suasana global yang sangat mencabar sekarang. 

Lawatan YAB Perdana Menteri ke New York minggu hadapan (26-09-2015) dalam rangka kerja Pengerusi ASEAN sudah pasti akan memberi banyak impak besar dan keuntungan kepada rakyat Malaysia di tanah air.

Begitu juga kehadiran kali kedua Presiden Obama ke Malaysia ketika ASEAN Summit di Kuala Lumpur bulan Oktober ini membuktikan hubungan akrab antara Malaysia-Amerika Syarikat sangat akrab dan istimewa.

Tanpa peranan Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat serta seluruh pegawai dan kakitangan  Kedutaan Malaysia, saya percaya hubungan sebegitu akrab ini tidak mungkin tercapai. 


Kita harus akui bahawa Amerika Syarikat adalah sebuah negara kuasa besar yang memiliki kepakaran dalam banyak bidang seperti pendidikan, perubatan, keselamatan, ekonomi dan sebagainya. 


Manakala, negara kita Malaysia sebuah negara yang sedang membangun sangat memerlukan hubungan diplomatik yang baik dengan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia dalam konteks global dan serantau. 
Gambar Kenangan Bersama Dr. Amin Mohd. Tapp, Pengarah Malaysian Student Department (MSD) di USA.

Nota: Terimakasih kepada Dr. Amin Mohd. Tapp, Pengarah, Malaysian Student Department (MSD) serta kakitangan dan pegawai-pegawainya di atas layanan sangat baik ketika di Washington DC. Juga terimakasih tidak terhingga kepada En.Mazwan, pegawai MSD atas bantuan selama berada di Washington DC.



PROFESOR JAYUM: MENJELANG PRU14, ULANGAN PERISTIWA MEI, 1969

on Tuesday, September 15


Profesor Jayum Jawan, Tun Abdul Razak Chair dan Visiting Profesor di Ohio University, United States America (2015)
WAHINGTON DC, 11 September 2015 – The ASEAN Studies Center dan Malaysia-America Society telah mengadakan seminar antarabangsa bertajuk “Political Dynamics in Malaysia: Recent Development” bertempat di University America, Washington DC, Amerika Syarikat.

Dua orang pembentang isu-isu semasa terdiri daripada Profesor  Dr. Jayum Jawan dari Tun Abdul Razak Chair and Visiting Professor Political Scienece di Ohio University, Athens. Manakala Profesor Madya Dr. Pek Koon Heng adalah Pengarah ASEAN Studies Initiative dan juga Profesor Madya di American Univeristy School Of  International Service.

Peserta terdiri daripada Profesor dalam bidang sejarah dan politik Malaysia daripada pelbagai universiti di Amerika Syarikat, NGO, pelajar dan pemerhati politik Malaysia yang berada di Amerika Syarikat.

Ulangan Peristiwa Mei, 1969
Dalam pembentangan tersebut, Profesor Jayum mengemukakan pandangan bahawa perkembangan politik yang berlaku di Malaysia sekarang adalah suatu ulangan kepada peristiwa Mei 1969 ( a replay of Mei, 1969).

Sebelum peristiwa 1969, perbezaan ketara di mana masyarakat Cina yang kaya menguasai ekonomi manakala masyarakat Melayu yang miskin menguasai politik. Selepas tahun 1969, perkembangan semasa sejak PRU12 sehingga sekarang menunjukkan masyarakat Cina dan Melayu telah berperang (fighting) untuk menguasai politik. Implikasinya sangat jelas menunjukkan masyarakat Melayu berusaha mempertahankan kuasa politik mereka sebaliknya masyarakat Cina bersungguh-sungguh untuk menguasai kuasa politik daripada orang Melayu.

Keadaan ini mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan di antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam bidang politik dan ekonomi. Jika masyarakat Cina meneruskan sentimen ini, maka ulangan kepada peristiwa 1969 sedang berlaku. Masyarakat Cina telah menguasai dan banyak menerima keuntungan daripada aspek ekonomi akibat dasar penjajah dahulu. Oleh kerana masyarakat Cina kini mengorak langkah untuk menguasai politik semula, maka ianya telah mendapat tentangan dan membangkitkan kesedaran kepada orang Melayu di Semenanjung dan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Pada hari ini, masyarakat Cina dan masyarakat Melayu berperang kerana merebut kuasa dalam politik dan ekonomi. Ianya adalah ulangan kepada peristiwa Mei 1969. Walaupun keadaan di Malaysia masih lagi aman dan masyarakat berbilang kaum masih bertoleransi tetapi suasana stress dan tension boleh dirasai.

Lupakan Pengundi Cina
Satu perkara yang mesti disedari ialah kerusi majoriti masyarakat Cina hanyalah dalam lingkungan 35 hingga 39 sahaja. Oleh itu, adalah amat merugikan kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya membuang masa menumpukan masa dan bajet kepada kerusi-kerusi tersebut. Sebaliknya adalah lebih baik BN memberi tumpuan lebih kepada kerusi-kerusi parlimen di Sabah yang lebih menjamin kemenangan BN. Jumlah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak sebanyak 53 kerusi merupakan jumlah yang sangat penting kepada BN sekiranya ingin memenangi Pilihanraya Umum ke-14.

Profesor Jayum berpendapat, BN perlu berani membuat perubahan tersebut jika mahu survival pemerintahan mereka berterusan di peringkat persekutuan. Lupakanlah pengundi Cina di 35 hingga 39 kawaan tersebut kerana Pakatan Rakyat khususnya DAP sudah pasti akan mengekalkan kerusi mereka di kawasan tersebut. Sebaliknya, BN perlu memberikan tumpuan masa, tenaga dan bajet ke negeri Sabah dan Sarawak.

Belum terdapat petunjuk yang jelas bahawa masyarakat Cina sudah kembali memberi sokongan kepada kerajaan BN, apatah lagi sejak himpunan Bersih 1.0 hingga Bersih 4.0 ianya dimonopoli oleh masyarakat Cina. Ianya terserlah lagi dengan kehadiran 80-90% masyarakat Cina semasa himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Profesor Heng menyuarakan kebimbangan beliau terhadap suhu politik semasa di Malaysia yang dilihatnya agak panas walaupun masih terkawal. Beliau berpendapat isu-isu yang sedang dihadapi oleh kerajaan seperti 1MDB, derma RM2.6 Billion, GST dan pelbagai isu lagi perlu diselesaikan dengan segera kerana ianya merupakan isu-isu yang memberi kesan besar kepada negara.

Walaubagaimanapun, beliau kelihatan bersetuju dengan pandangan Profesor Jayum bahawa kerajaan persekutuan yang akan dibentuk setiap kali selepas pilihanraya akan diketuai oleh seorang Perdana Menteri berbangsa Melayu. Ianya merupakan sejarah dan landskap politik yang sukar diubah berdasarkan komposisi kerusi masyarakat Cina dengan hanya kekuatan 35-39 kerusi sahaja.

Persoalan
Pelbagai persoalan ditanyakan oleh peserta seperti kemenangan undi popular dan kemenangan undi berdasarkan kerusi semasa Pilihanraya Umum Ke-13. Terdapat juga persoalan mengenai peranan dan sumbangan masyarakat India dalam politik di Malaysia.

Satu perkara yang jelas adalah walau bagaimana besar isu yang melanda kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Razak, tetapi rakyat masih memberi kepercayaan kepadanya kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik.

Menjawab satu soalan kenapa rakyat Malaysia tidak menolak DS Najib Razak kerana pelbagai isu yang melanda kepimpinannya. Profesor Jayum menyatakan dengan tegas, “rakyat Malaysia akan membuat perubahan  jika mereka yakin perlu membuat perubahan. Bukannya bergantung kepada laporan yang anda (orang luar) berikan kepada rakyat Malaysia”. 

Mengambil contoh masyarakat Dayak di Sarawak yang merupakan masyarakat majoriti di Sarawak, mereka tetap memberi sokongan kepada BN sejak tahun 1963 kerana mereka melihat kemajuan yang dibawa oleh kerajaan kepada masyarakat mereka sehingga ke hari ini.

Bukanlah persoalan berapa banyak jumlah wang dituduh ke atas DS Najib Razak, sama ada RM2.5Billion atau berapa Billion lagi, ianya tidak akan menjejaskan sokongan kerana yang penting kepada masyarakat Dayak di Sarawak bukan isu politik itu tetapi lebih penting ialah survival hidup mereka terjamin, aman dan damai sejak tahun 1963 hingga sekarang.

Orang luar seperti Sarawak Report dan akhbar-akhbar luar negara tidak boleh memaksa rakyat untuk menolak Kerajaan sedia ada dengan hanya bersumberkan berita-berita dari luar yang tidak diketahui niatnya. Sebaliknya perubahan itu akan berlaku kerana rakyat Malaysia memang mahu berubah, bukannya oleh faktor luar.

MALAYSIA-AMERICA SOCIETY TALK: PRU14 LUPAKAN UNDI CINA

on Sunday, September 13




Gambar Kenangan Bersama Profesor Don Howitz
Baru-baru ini, saya telah menghadiri talk mengenai perkembangan politik dinamika di Malaysia (Political Dynamics in Malaysia: Recent Developments) anjuran The ASEAN Studies Center dan Malaysia-America Society di American University, Washington DC.

Banyak isu yang telah dibincangkan dengan peserta yang terdiri daripada para profesor di pelbagai universiti, pelajar, wakil NGO, dan pemerhati politik Malaysia di Amerika Syarikat.


Saya sangat gembira dapat bertemu dengan Profesor Don Howitz dari Duke University, USA yang sangat akrab dengan sejarah politik Malaysia sejak sekian lama. Beliau masih boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Namun begitu, saya sangat tertarik dengan pandangan Profesor Jayum Jawan dari Tun Abdul Razak Chair and Visiting Professor of Political Science di Ohio Univeristy, Athens.

Salah satu pandangan Profesor Jayum yang sangat menarik adalah berkenaan pengundi Cina. Sejak dua pilihanraya umum yang lalu (2008 dan 2013), majoriti pengundi Cina didapati tidak lagi memberi undi mereka kepada mana-mana parti berteraskan Cina di dalam BN. Beliau berpandangan, trend ini akan berterusan sehingga PRU14. Sehingga ke hari ini, tidak ada tanda-tanda yang jelas masyarakat Cina akan kembali kepada BN.

Statistik menunjukkan kerusi majoriti masyarakat Cina ialah 39. Dalam talk tersebut, Prof Jayum berpandangan, parti-parti Cina di dalam Pakatan Rakyat khususnya DAP akan mengekalkan kemenangan mereka di antara 35-39 kerusi parlimen semasa PRU14.




Tiga Kesimpulan 

Persoalannya, mengapa BN perlu membazirkan masa, tenaga dan peruntukan di kawasan majoriti Cina tersebut? Bukankah lebih baik peruntukan tersebut disalurkan ke Sabah dan Sarawak yang menjadi fix deposit kepada BN. Bukankah lebih baik menjaga kerusi-kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak yang boleh memberikan kemenangan dan pertambahan kerusi kepada BN?


Isu seterusnya, adakah BN khususnya UMNO celik dan peka dengan kondisi ini? Bukankah PRU12 dan PRU13 menunjukkan pengundi Cina masih kekal memberi undi mereka kepada DAP? Sehingga ke hari ini tidak ada tanda-tanda dan petunjuk yang boleh diyakini bahawa pengundi masyarakat Cina sudah kembali kepada BN. 

Sebaliknya angka 80-90% masyarakat Cina telah menunjukkan solidariti mereka semasa Bersih 4.0 merupakan petunjuk terbaharu mereka menolak BN.

Persoalannya, adakah pemimpin-pemimpin BN menyedari situasi ini? Atau adakah mereka masih mengambil pendekatan memujuk masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN?

Jika berdasarkan talk tersebut, tiga kesimpulan paling kuat untuk BN ialah:-

1. Lupakan pengundi Cina semasa PRU14! 
2. Tumpukan perhatian kepada Sabah dan Sarawak!
3. Tidak perlu membuang masa, tenaga dan peruntukan memujuk masyarakat Cina untuk kembali kepada BN. 


Bersambung Bahagian 2 dengan tema 'Replay Of May, 1969'.

Washington DC,
September 11, 2015.

SEPULUH SEBAB KENAPA BOLASEPAK MALAYSIA MUNDUR

on Sunday, September 6

1. Pemilihan pemain berdasarkan reputasi bukan berdasarkan performance semasa
    Perkara ini menjadi amalan jurulatih Malaysia sejak sekian lama. Mungkin kerana pemain tersebut masih hebat di liga tempatan, mungkin kerana dia masih menjaringkan gol di liga tempatan, maka dia kelihatan hebat namanya masih menjadi sebutan.
    Sedangkan kita lupa, masih ramai pemain pelapis dan pemain muda yang lebih gagah, lebih hebat tetapi tidak diberi peluang di peringkat sukan serantau dan antarabangsa akhirnya bakat mereka tidak dapat diteruskan.
    Saya tidak faham kenapa ada pemain yang sudah 5 atau 10 tahun atau lebih berada dalam  pasukan kebangsaan masih disenaraikan. Tidak adakah bakat baharu? Rooney England dan Beckham pernah diketepikan daripada skuad England kerana prestasi mereka merudum walaupun memiliki reputasi yang besar. Di Malaysia, jika anda pemain yang ada sedikit reputasi, anda masih disenaraikan walaupun pancit di tengah padang.

2. Jurulatih 
    Perhatikan jurulatih Lim Teong Kim yang melatih pemain Jerman dan baru-baru ini dia berjaya memberikan kejuaraan kepada pemain muda di Eropah. Kenapa tidak lantik Lim Teong Kim yang lebih berpengalaman di peringkat Eropah? 
    Jurulatih tempatan yang hanya berlegar-legar di liga tempatan dan setakat sukan serantau seperti SEA games, Piala Tiger akan hanya berada di takat itu pengalaman dan kemajuan mereka. 
   Dolah Salleh bukannya tidak bagus. Dollah Salleh sangat bagus untuk liga tempatan, tetapi kita memerlukan jurulatih yang lebih bagus untuk saingan antarabangsa. Dahulu kita ada Claude Le Roy, malangnya apabila dia melatih dengan tegas dan keras dia diberhentikan. Apabila Claude Le Roy melatih pasukan Afrika, pasukan itu pula layak masuk Piala Dunia!

3. Stamina 
    Jika saya melihat semula perlawanan UAE-Malaysia baru-baru ini, daripada kacamata TV kita boleh menyaksikan pemain Malaysia tidak memiliki stamina yang tinggi. Adakah mereka kurang stamina mengharungi 90 minit perlawanan? Semasa latihan kecergasan, berapa orang pemain Malaysia yang berjaya mengelilingi padang tanpa henti selama 90 minit? Jika ada pemain yang tidak mampu berlari selama 90 minit tanpa henti, dia tidak layak menyertai pasukan kebangsaan! Itulah amalan pemain pasukan China.

4. Pemain Malaysia Kurang Tinggi
    Di Jepun sebelum pasukan bolasepak mereka menjadi bertaraf dunia, mereka telah menjalankan kajian sains untuk menghasilkan pemain-pemain yang tinggi dan berbadan sasa seperti pemain bola sepak di Eropah.
    Akhirnya, mereka telah mencadangkan beberapa perkara seperti menggalakkan perkahwinan campur dengan orang Eropah, mengawal pemakanan (sains pemakanan) dan hanya memilih pemain yang tinggi dan berbadan sasa sahaja yang akan mewakili negara.
   Jika ada pun pemain yang rendah, daripada 11 pemain di tengah padang barangkali hanya ada satu dan dua sahaja yang berbadan rendah. Selebihnya semua tinggi belaka.
   Cuba bayangkan jika pasukan bola sepak Malaysia mempunyai 11 pemain berbadan tinggi dan sasa seperti Beckam di tengah padang!

5. Kebajikan pemain
    Di Malaysia tiada isu kebajikan jika berkaitan jersey, makanan, padang bola dan stadium. Persoalannya, adakah mereka dibayar gaji tetap setiap bulan? Adakah potongan EPF mereka setiap bulan dibayar tetap? Saya sangat sangsi berkenaan hal ini kerana laporan akhbar sejak dahulu malah hingga sekarang, liga Malaysia masih dihantui isu ini.

6. Semangat Patriotik
    Apakah makna semangat patriotik di tengah padang bola sepak? Adakah dengan hanya berdiri tegak ketika lagu Negaraku dimainkan? Bagaimana dengan semangat mengejar bola? Bagaimana dengan semangat mempertahankan serangan? Bagaimana dengan semangat menjaringkan gol? Bagaimana dengan penyokong?
    Semasa Dollah Salleh menyarung jersi kebangsaan, beliau adalah pemain yang terkenal dengan skil menggelecek. Dalam zaman sekarang, kita perlukan jurulatih yang pernah menyerang dan menjaringkan gol. Bukan jurulatih yang pernah bermain sebagai pemain pertahanan atau pemain tengah.
   
7. Rasuah
    Adakah gejala rasuah sudah selesai? Adakah gejala mengatur perlawanan sudah selesai? Adakah gejala pemain senior tidak sehaluan dengan pemain junior masih berlaku? Adakah gejala pemain senior hanya memberikan bola kepada pemain senior masih berlaku, tidak kepada pemain junior yang berpeluang? Semua isu-isu ini diperkatakan oleh mereka yang rapat dengan pasukan bolasepak di peringkat negeri dan kebangsaan. Sama ada ianya masih berlaku atau tidak hanya mereka di tengah padang boleh mengesahkannya. Kritikan ini supaya anda berhenti mengamalkannya jika ianya masih berlaku.

8. Pengurus Pasukan
    Pasukan Malaysia memerlukan seorang Manager yang ada kemahuan untuk menang dan tidak mahu kalah. Kenapa tidak lantik TMJ? Jika ada pengurus pasukan yang boleh menendang tiang corner, itu adalah ciri-ciri Manager yang dicari-cari, yang ada kemahuan untuk menang. Pasukan Malaysia perlukan manager itu.

9. Cina
    Pada era kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan tahun 70an dan 80an, pasukan negara dibarisi pemain berbangsa Melayu, India dan Cina. Sejak hujung tahun 1990an hingga sekarang, saya tidak nampak pemain Cina Malaysia bermain untuk pasukan kebangsaan mahupun pemain negeri? Kenapa?
     Lim Teong Kim, Soh Chin Aun, Lee Kin Hong dan ramai lagi adalah contoh pemain berbangsa Cina yang memiliki kemahuan untuk menang.

10. Penaja
      Kenapa Malaysia yang kaya dengan syarikat-syarikat besar tidak membantu pasukan kebangsaan? Anda boleh membeli pasukan Liga England, tetapi anda tidak mampu menaja pasukan kebangsaan berlatih di luar negara. 
      Daripada kita menaja pasukan formula one negara asing, lebih baik menaja pasukan bola sepak kebangsaan! Tolonglah taja pasukan kebangsaan kita bermain di Eropah, liga Amerika Syarikat, Liga Jepun dan Liga China. Dengan sokongan kewangan anda, ianya akan menjadi kenyataan.

Selamat Berhari Minggu.
    

TS MUHYIDDIN YASSIN DAN DS SHAFIE AFDAL DILANTIK PENGERUSI GLC ?

on Saturday, September 5


BEKERJA TANPA HENTI
Pada bulan Februari, 2015 portal Sarawak Report telah memadamkan "delete" artikel fitnah mereka kepada 1MDB. Kenapa dia delete? Sudah tentu mereka pun sedar bahawa berita fitnah itu telah menjatuhkan kredebiliti mereka. Walaupun sudah dipadamkan, tetapi rakyat sudah tahu Sarawak Report sudah tidak boleh dipercayai lagi sampai bila-bila. 

Hari ini, jika ada isu baharu oleh Sarawak Report, rakyat sudah tidak mempercayainya lagi, malah ada yang terus menutup portal itu daripada terus membacanya. Rakyat sudah bosan dengan penipuan oleh Sarawak Report.

Berbalik kepada UMNO. Hari ini terdapat pemimpin UMNO yang masih berjawatan tinggi tetapi tidak mempunyai kedudukan di dalam kerajaan. Ianya bukan fenomena baharu, kerana Pak Lah dan Ghafar Baba pernah melaluinya ketika mereka manjawat Naib Presiden UMNO dahulu. 

Namun begitu, sebaik-baik kerajaan ialah apabila pemimpin-pemimpin kanan parti turut menduduki jawatan dalam kerajaan supaya hubungan parti-kerajaan berjalan lancar. 

Oleh itu, ada dua pilihan kepada mereka yang tidak dilantik ke dalam kerajaan. Pertama, bersabar dan tunjukkan kesetiaan. Kedua, berundur. Tetapi, kelihatannya mereka yang telah dipecat tidak bersabar kerana masih berterusan mengkritik kepimpinan utama kerajaan dan mereka juga sudah pasti tidak akan berundur walaupun ketua-ketua bahagian yang bersama dengan mereka hanya tinggal beberapa orang sahaja.

Jadi, apakah pilihan seterusnya?

Jika anda bertanya saya, maka saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mereka dilantik sebagai Pengerusi mana-mana GLC. Sebagai contoh, Tun Musa Hitam pernah menjadi Pengerusi Sime Darby sebuah pelaburan besar kerajaan. Tun Dr. Mahathir sendiri memegang jawatan Pengerusi Proton. Tun Abdullah Badawi menjadi Pengerusi IKIM.

Apa kata lantik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal sebagai Pengerusi mana-mana GLC kerajaan. Bagi saya, itulah jalan yang masih ada untuk mengamankan ahli-ahli UMNO yang sedang bergelora.

Jika anda melihat kembali realiti semasa, mendesak DS Najib (Najib) meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri tidak relevan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Hanya melalui Pemilihan Agung UMNO dan Pilihanraya sahaja ianya boleh dilakukan. Demonstrasi, undi tidak percaya dan tuduhan demi tuduhan ke atas Najib tidak akan menjatuhkannya, malah akan menambahkan lagi simpati pengundi silent majoriti kepada Najib.

Walaupun portal-portal pro pembangkang seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan akhbar asing bermati-matian setiap hari membantu menjatuhkan Najib, tetapi realitinya di bahagian-bahagian UMNO majoriti masih setia kepada Najib. Silent majoriti melihat Najib masih relevan. Maka usaha menjatuhkan Najib sangat sia-sia.

Bagi saya, menjelang PRU14, UMNO mesti diamankan dengan segera. Fokus hendaklah diberikan kepada PRU14.

Bagaimana pandangan anda?

Pandangan ini berkaitan.

Selamat Berhujung Minggu.


TUJUH KESILAPAN PENYERANG DS NAJIB

on Friday, September 4

1. Kesilapan paling besar penyerang-penyerang DS Najib adalah menggunakan dan mengharapkan sangat dengan portal-portal asing seperti Sarawak Report, Wall Street Journal dan sebagainya. Kedua-dua portal asing itu tidak mempunyai kredebeliti yang tinggi. 

Anda boleh search sejarah Wall Street Journal, banyak negara telah menjadi mangsa berita palsu mereka. Malahan, semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kita dididik supaya berhati-hati dengan anasir dan subversif asing untuk menghancurkan negara kita.

Sarawak Report sendiri dalam beberapa kes, anda boleh search di dalam portal itu, terdapat artikel yang telah dibuang dan terdapat janji yang tidak ditepati seperti menyimpan beribu-ribu emel. Rakyat bertanya mana emel beribu-ribu itu? Rakyat akan kaitkan pula adakah ianya berkaitan dengan deal dengan Justo? Rakyat pun bijak juga menilai berita dan keadaan.

2. UMNO dan Kerajaan berdiri kuat di belakang DS Najib. Sebagai orang politik, semua orang akan faham bahawa ada banyak cara untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri. Ada yang menggunakan alasan fitnah rasuah, salah guna kuasa, moral dan sebagainya. 

UMNO mempunyai 222 bahagian di seluruh negara, jika hanya 10 atau 20 bahagian sahaja yang tidak bersetuju dengan DS Najib, ianya hanyalah gigitan semut yang nakal. 

Jika hanya satu dua menteri sahaja yang bersuara nakal, ianya hanya kicau burung yang akan berhenti sendiri.

Maka, penyerang-penyerang DS Najib tidak mempunyai kekuatan luar dan dalam untuk menjatuhkannya.

UMNO dan Kerajaan telah melalui pengalaman-pengalaman serupa pada tahun 1969, 1978, 1988 dan 1998. Pengalaman-pengalaman itu telah menjadikan UMNO dan Perdana Menteri mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran sedemikian.

3. Sekarang ini ada orang-orang yang telah kecewa dan kalah di mahkamah telah mengelilingi dunia untuk menyemarakkan lagi fitnah ke atas DS Najib. Rakyat pun bijak juga, mereka bertanya adakah orang itu mempunyai kredebiliti? Akhirnya, usaha itu hanya pembaziran tenaga, wang dan masa.

4. Dalam menghadapi serangan-serangan ini, Najib kelihatan tenang dapat mengemudi kerajaan berjalan dengan sukses. Terdapat isu penurunan nilai matawang Ringgit, mereka tuduh disebabkan oleh Najib, tetapi rakyat pun bijak juga. 

Rakyat pun bertanya jika semuanya kerana Najib, bagaimana pula kemerosotan matawang Dollar Kanada, Dollar Australia, Rubel Rusia, Turkey, Mesir dan lebih 10 buah negara? Adakah kerana Najib juga?

Maka sekali lagi, usaha mengaitkan Najib dengan penurunan nilai matawang negara gagal.

5. Langkah paling drastik ialah menggunakan demonstrasi BERSIH 4.0. Malangnya himpunan BERSIH 4.0 mendedahkan lebih banyak kemuyskilan dan kesan buruk. Penganjur mendedahkan mereka menerima sumbangan RM1.5juta. Namun, mereka juga enggan mendedahkannya. Adakah wang itu telah diaudit masuk dan keluar? Adakah anda ada melihat penyata wang itu dibentangkan? Tetapi itu hak mereka untuk tidak mendedahkan senarai nama penyumbang. Begitu juga, hak mana-mana parti dan NGO untuk merahsiakan nama penyumbang. 

Sebagaimana didedahkan oleh akhbar-akhbar Cina, bahawa perhimpunan BERSIH 4.0 telah menjarakkan lagi perpaduan rakyat Malaysia. Masyarakat Cina dengan majoriti 80-90% peserta menenggelamkan jumlah kecil peserta Melayu. Perkara ini memberi petanda buruk dalam pembinaan nation building di Malaysia. Pandangan berkaitan di sini.

6. Paling busuk tindakan menyerang Najib ialah menggunakan persidangan antarabangsa rasuah (IACC) di Putrajaya untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri Malaysia di hadapan peserta antrabangsa. 

Majoriti rakyat Malaysia tidak akan menerima orang asing untuk menunjuk ajar mengenai pencegahan rasuah di negara kita, sedangkan negara Peru berpuluh tahun gagal menaikkan markah indeks rasuahnya. 

Peru hanya mampu mendapat markah di antara 30-38 sejak tahun 1998 hingga 2014, malah menduduki tangga ke 80 hingga 85 sahaja. Sedangkan negara kita Malaysia bertambah baik setiap tahun dengan ranking 2014 menduduki tangga ke 50 berbanding Peru di tangga 85 ! Patutkah kita medengar orang Peru mengajar kita sedangkan kes rasuah Alberto Fujimori bernilai $40M pun terhegeh-hegeh menyelesaikannya.

Lagipun, serangan berbentuk peribadi Jose Aguz itu sangat luar biasa daripada kebiasaan. Adakah ucapan itu ada di dalam agenda asal? Adakah Jose Aguz membuat bacaan? Adakah Jose Aguz mendengar penjelasan di pihak kerajaan? Jawapannya, tidak kerana jelas Jose Aguz kelihatan mempunyai agenda buruk. Tetapi, tindakan Jose Aguz itu tidak juga akan menjatuhkan Najib kerana budaya negara ini ialah orang asing tidak boleh menentukan hala tuju negara kita, apatah lagi campurtangan di dalam urusan pentadbiran negara kita. 

7. Akhir sekali, dalam semua serangan tersebut, Allah SWT bersama Najib. Terima kasih kepada Tuan Guru Hj Hadi Awang, Tuan Guru Datuk Dr. Harun Din dan kepimpinan Ulama PAS kerana berpengalaman membezakan antara kaca dan intan.

Selamat Membaca.
University City, PA. USA.

SUMBANGAN PAS: ADAKAH MALAYSIA BERSEDIA DIPERINTAH GABUNGAN UMNO-PAS ?

on Wednesday, September 2



Perhimpunan BERSIH 4.0 baharu sahaja berlalu dengan pelbagai insiden yang tidak bersih. Insiden gambar dua pemimpin Islam dan Melayu,  Hj Hadi dan DS Najib dipijak, kemunculan kumpulan LGBT, insiden 'Mat Sabu', sampah-sarap, keterlibatan kanak-kanak dan banyak lagi memberikan gambaran betapa kotornya BERSIH 4.0

Di negara Brunei Darusalam, lebih kurang 10 orang rakyat Malaysia yang terlibat dengan BERSIH 4.0 menerima kritikan dan kutukan daripada rakyat Brunei di dalam media sosial negara itu. Di Bangkok, tidak sampai 10 orang menghadiri himpunan BERSIH 4.0

Tiada siapa menafikan majoriti peserta himpunan BERSIH 4.0 kali ini dikuasai oleh masyarakat Cina. Anggaran masyarakat Cina di antara 80%-90%. Hal ini membuktikan dengan jelas konsep kesamarataan, keadilan dan kesaksamaan yang diuar-uarkan di dalam PR yang dikuasai DAP memberikan banyak keuntungan kepada masyarakat Cina sahaja. Pulau Pinang sebagai bukti yang paling jelas. Gambaran ini juga boleh digunakan sebagai penanda aras kepada BN semasa PRU14 kelak.

Saya melihat masyarakat Cina masih tidak memberikan sokongan kepada parti-parti komponen Cina di dalam BN. Mereka lebih meyakini DAP kerana kejayaan DAP dalam PRU13 memberikan inspirasi kepada mereka untuk menguasai Kerajaan Persekutuan. DAP juga berjaya menanam bibit kebencian masyarakat Cina kepada kerajaan persekutuan. Sebenarnya mereka mahukan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, saya percaya UMNO akan menambah lagi kerusi yang dimenanginya daripada 79 (2008) kepada 89 (2013) dan saya lihat momentum itu akan berterusan pada PRU14. Orang-orang Melayu sangat alergik dengan perkataan DAP. Penguasaan DAP semasa BERSIH 4.0 akan lebih mendekatkan mereka kepada UMNO dan PAS kerana orang Melayu sangat bimbang nasib masa depan lebih buruk sekiranya DAP memerintah sebagaimana yang menimpa nasib orang-orang Melayu di Pulau Pinang sekarang.

Apakah Sumbangan PAS
Saya ingin mencadangkan supaya hubungan UMNO dan PAS ditambahbaik lagi dengan membuat perbincangan susulan supaya kerusi-kerusi yang ditandingi UMNO dan PAS tidak bertindih semasa PRU14. Kedua-dua UMNO dan PAS tidak perlu bergabung tetapi mereka boleh bersatu di luar lingkaran demi menjaga kemaslahatan umat Islam dan bangsa Melayu di dalam negara ini. 

Jika mengambilkira kerusi sekarang 89 (UMNO) + 21 (PAS) = 110 kerusi. Semasa PRU14 saya menjangkakan UMNO akan memenangi 100 kerusi manakala PAS purata kemenangan kekal di antara 21-25. 

Bermakna Malaysia boleh diperintah sepenuhnya oleh UMNO dan PAS dengan sumbangan parti PBB di Sarawak dengan purata di antara 20-25-30 kerusi lagi. Jika ditambah jumlah 110 tadi, maka BN akan mendapat sekurang-kurangnya 135 kerusi. 

Manakala parti-parti lain seperti PBS, PBRS, UPKO, SUPP, MCA, Gerakan, MIC akan menjadi pelengkap kepada gabungan kerajaan BN. Parti-parti ini sekurang-kurangnya akan memberikan 10-20 kerusi kepada BN. Sekiranya ditambah lagi dengan 135 kerusi tadi, maka BN boleh mencapai sekurang-kurangnya 145-155 kerusi semasa PRU14. Inilah sumbangan PAS kepada gabungan baharu ini nanti.

DAP akan mengekalkan kuasanya di dalam PR manakala PKR akan menghadapi dilema tanpa DS Anwar Ibrahim. 

Apa yang berlaku di dalam negara pada hari ini adalah proses pembersihan di dalam parti masing-masing, di mana ianya akan memberi keuntungan kepada parti-parti utama seperti UMNO, DAP dan PAS. 

PAS berjaya membersihkan partinya daripada pelbagai kumpulan non-Ulama seperti kumpulan Anwarista, Erdogan dan pro-DAP. Hari ini dengan beredarnya Mat Sabu daripada PAS, maka PAS kembali dengan jatidirinya sebuah parti pro-Ulama yang jelas Islamiknya.

Manakala, di dalam UMNO bergerak agak lambat. Tidak seperti zaman Tun Dr. Mahathir dahulu, sekiranya berlaku masalah di dalam parti, proses pembesihan dibuat dengan cepat. 

Saya menjangkakan kerjasama UMNO-PAS akan terlaksana menjelang PRU-14. Persoalannya adakah rakyat Malaysia sudah bersedia dengan gabungan baharu ini?







Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan