CNN DAN AL-JAZIERA DIJEMPUT DEBAT TONY PUA-ARUL KANDA, MARKAH AWAL KERAJAAN 3 - PAKATAN 0

on Friday, October 30

MARKAH AWAL, KERAJAAN 3 PAKATAN 0
Selepas dua hari cabaran CEO 1MDB Arul Kanda, berlaku kesilapan politik di pihak Pakatan apabila Tony Pua tidak mempermudahkan cabaran tersebut. Sebaliknya, Tony Pua memberi pelbagai alasan politik seolah-olah mengelak. Dengan permulaan ini, bermakna Tony Pua (mewakili Pakatan) mendapat 0 dan Arul Kanda (mewakili 1MDB) mendapat 1 markah. 
Apakah yang ditakuti oleh Tony Pua? Adakah Tony Pua bimbang dan terngiang-ngiang dengan sindiran Dr. Tan Seng Giaw supaya beliau menutup mulut jika bercakap tidak memberikan fakta. Sehingga ke hari ini, Tony Pua tidak mampu menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw. Ini merupakan markah kedua kepada 1MDB, menjadikan Pakatan 0 - 1MDB 2.
Syarat Arul sangat mudah, iaitu Tony Pua mesti melepaskan jawatan sebagai anggota PAC. Daripada aspek integriti memang benar pun, anda tidak boleh memainkan dua peranan yang sama dalam satu isu yang besar dan di dalam dua wajah yang berbeza. Namun, Tony Pua memberikan pelbagai alasan politik. Tony Pua tertekan. Atau adakah, Tony Pua sudah ketakutan? Pada saya, ya dia sedang ketakutan.
Dengan tegas Arul berkata, "YB Tony Pua telah mencabar saya... untuk bersamanya dalam program bual bicara secara langsung. Saya menerima cabaran itu dan menanti untuk menjawab semua soalannya,".
Dalam masa yang terdekat pula, peristiwa DS Nizar Jamaludin meminta maaf kepada DS Najib di Mahkamah dua hari lepas kerana memfitnah DS Najib amat mengejutkan negara. Peristiwa ini menjadikan kem 1MDB mendapat markah ke-3 dan kem Pakatan kekal dengan 0. 
Adakah Tony Pua juga bimbang dimalukan sebagaimana DS Nizar Jamaludin terpaksa menebalkan muka meminta maaf kepada DS Najib? 
Kebimbangan Pakatan adalah, jika Tony Pua membawa sumber Sekunder (khususnya fakta doctorated) maka ianya akan menjadi malapetaka besar kepada mereka. Sebaliknya mereka sangat bimbang sekiranya Arul yang memegang semua kunci fakta 1MDB akan membentangkan sumber Primer. Inilah yang dimahukan rakyat. 
Saya mencadangkan, selain RTM, stesen TV CNN dan Al-Jaziera turut dipanggil menyiarkan secara Langsung debat ini.
Lawan Tetap Lawan!

BAJET 2016: KELEBIHAN PENJAWAT AWAM YANG TIDAK DISEDARI

on Sunday, October 25

Sebelum anda meneruskan bacaan penting mengenai manfaat yang diterima oleh penjawat awam tahun ini, saya ingin mengemukakan satu soalan kepada anda, sudahkah anda membaca bajet opposisi?. Salah satu yang terdapat di dalamnya ialah mengurangkan GST bukannya menghapuskan GST. Kedua, bajet opposisi juga mencadangkan bantuan wang tunai, tiada beza dengan BR1M. Maknanya, opposisi sekarang dalam erti kata lainnya telah menerima GST dan BR1M.
 
Baiklah tadi adalah intro iklan percuma kepada bajet opposisi. Tahukah anda, Bajet 2016 yang baru dibentang juga memberi paling banyak manfaat kepada golongan B40 dan M40 terutama daripada aspek pelepasan cukai. Jika anda mengisi borang cukai pendapatan dengan tepat, maka kedua-dua golongan ini (B40 dan M40) akan menikmati pelepasan cukai yang sangat-sangat menarik. Saya tidak hairan jika mereka diberi pelepasan daripada membayar cukai pendapatan !

Manakala, golongan R20 kenalah membayar cukai kerana mereka adalah golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi.

M40 : Golongan M40 iaitu mereka berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,320 dengan semakan semula had pelepasan cukai. Buat julung kali, pelepasan cukai terkumpul diberikan kepada anak yang menyara ibu bapa berusia 60 tahun ke atas dan memiliki berpendapatan tidak lebih RM2 ribu ringgit.

B40 : Golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) adalah golongan yang paling mudah terjejas dan memerlukan kestabilan pekerjaan serta peningkatan pendapatan bagi menampung kos pendidikan, kos pemilikan perumahan dan kos sara hidup,”.

Pemberian khas tersebut adalah kepada semua penjawat awam manakala kepada pesara ialah kepada pesara berpencen.

Ada orang bertanya, on top of 250 pesara also get 2%? Jawapannya Ya. RM250 adalah pemberian khas secara one off manakala 2% ialah pelarasan yang diterima setiap tahun.

Bagi pemberian faedah 1 KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) tersebut adalah tambahan kepada yearly increment yang diberi mengikut Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) 1 Jan, 1 Apr, 1 Julai atau 1 Okt. Jika TPG kakitangan adalah 1 Apr 2016 maka pada 1 Julai akan menerima tambahan 1 KGT lagi. Maka pada 2016 kakitangan kerajaan seolah-olah menerima dua kali KGT !
 
Bagi menghargai Perkhidmatan Awam di Malaysia, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:

1 . Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta dengan peruntukan RM1.1 bilion.

2. Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam.

3 . Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam.

4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

5. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ianya memanfaatkan 10,000 pegawai kontrak.

Harapan saya, semoga kakitangan awam appreciate dan menyedari bahawa Kerajaan sentiasa menambah baik setiap tahun perkhidmatan awam di negara kita.

Semoga pada tahun hadapan, terdapat lagi penambahbaikan kepada penjawat awam, walau di mana anda berada.

Selamat Berhujung Minggu.

TERIMA KASIH PRESIDEN PAS, TG HJ HADI AWANG

on Friday, October 23

Dengan berakhirnya permainan guli (pinjam kata-kata Lim Guan Eng) di parlimen, maka usaha menyingkirkan DS Najib daripada kedudukan Perdana Menteri sudah berakhir. DS Najib (Najib) menang lagi dalam pertarungan politik terhebat ini.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancaranya dengan Reuters sebagaimana dilaporkan berkata, bahawa Najib boleh meneruskan kerja-kerjanya sehingga tahun 2018. Jika begitu, saya mengandaikan perkara yang sama iaitu Najib sudah menang dalam pertarungan politik ini.

Apakah yang tidak dilakukan oleh pihak pembangkang? Demonstrasi Bersih sudah, menggunakan akhbar asing pun sudah (WSJ, NYT, dan lain-lain), undi tidak percaya pun sudah diusahakan, memujuk ahli-ahli Parlimen UMNO menolak Bajet 2016 juga sudah. Semuanya gagal, bermakna pemimpin yang paling tepat bacaan politiknya dan paling tepat membuat keputusan sejak usaha menjatuhkan Najib ialah DS TG Hj. Hadi Awang.

Sejak awal lagi TG Hj. Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Harun Din menyebelahi Najib dalam isu-isu besar seperti 1MDB dan dana politik. Terima kasih kerana anda berdua telah membantu menyelamatkan kerajaan demokrasi yang telah dipilih oleh rakyat Malaysia pada tahun 2013.

Manakala sejak TG Tuan Ibrahim Tuan Man menang jawatan Timbalan Presiden PAS, beliau kelihatan menjadi jurucakap PAS dalam banyak isu-isu nasional. Namun begitu, dalam politik orang nombor satu adalah lebih penting berbanding orang nombor dua.

Semalam berlaku pengundian di parlimen untuk menggantung Lim Kit Siang atas sebab tuduhan-tuduhannya kepada Speaker Parlimen. Dalam pengundian demokratik itu, statistik menunjukkan 107 Ahli Parlimen menyokong Lim Kit Siang digantung. Menariknya adalah Ahli Parlimen BN yang hadir hanyalah 97 orang sahaja. Siapakah 10 Ahli Parlimen pembangkang itu?

Saya dimaklumkan, pada masa pengundian tersebut hanya 6 Ahli Parlimen PAS yang hadir, manakala 4 orang lagi tidak hadir.

Andaikata 6 Ahli Parlimen PAS tadi berpihak kepada BN, maka siapakah pula 4 Ahli Parlimen selebihnya itu?

Adakah 4 Ahli Parlimen itu daripada PKR dan parti baru Amanah? Siapa dia di dalam PKR dan Amanah yang menyokong BN?






AHLI PARLIMEN MALAYSIA MEMALUKAN DI MATA DUNIA: USUL UNDI TIDAK PERCAYA SANGAT KELAM-KABUT SANGAT CACA-MERBA

on Wednesday, October 21

YAB Azmin Ali, YB Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang YB DS Dr. Wan Azizah (Gambar Kredit Kepada TMI)
Pada 15 Oktober 2015 saya telah menulis hal undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri sebagai Hangat-Hangat Tahi Ayam di sini. Kemudiannya, Lim Guan Eng juga senada dengan saya bila mana turut mempersoalkan usul tersebut sini sebagai tidak bersungguh-sungguh. 

Apabila pemberita bertanya hal tersebut kepada Hee Loy Sian (PKR), beliau berkata Lim Guan Eng bukan bos dia. Nampak sangat kelam-kabut, bagaimana rakyat hendak berasa yakin? Patutlah Lim Guan Eng menempelak usul sebegini jangan dibuat seperti main guli !

Kemudian, seperti ketakutan kepada suara Lim Guan Eng, keesokan harinya Ketua Pembangkang, DS Dr. Wan Azizah membuat pengumuman di Parlimen untuk bersetuju pula mengemukakan usul tersebut.

Manakala usul pertama oleh Hee Loy Siang diminta supaya ditarik balik. Sangat tidak teratur pekerjaan mereka.

Isu ini bukan sahaja tamat di situ. Bertambah buruk pula apabila Ketua Pembangkang tidak menyemak peraturan urusan mesyuarat bahawa "Apabila pemberitahu usul ditarik balik seperti yang disyaratkan itu selepas usul itu dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat, maka usul itu tidak boleh dicadangkan tetapi hendaklah dibiarkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat  dan, apabila sampai masanya, Tuan Yang di-Pertua atau ahli yang mempengerusikan mesyuarat, hendaklah memasyhurkan iaitu usul itu adalah disifatkan telah ditarik balik dan perkara ini hendaklah dimasukkan dalam buku Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat".

Sungguh anti klimaks. 

Adakah ahli-ahli Parlimen di Malaysia tidak tahu peraturan untuk mengemukakan usul ? Adakah mereka tidak mengetahui mengenai had masa 14 hari diperlukan untuk mengemukakan usul sebelum sesuatu usul tersebut dimasukkan dalam aturan mesyuarat? Kenapa bermain tangkap muat! Anda berkata kerajaan melakukan salah itu salah ini, anda sendiri tidak mengikut peraturan !

Kesilapan awal sudah berlaku apabila pembawa usul dibuat bukan oleh Ketua Pembangkang sebaliknya oleh ahli parlimen biasa yang tidak ternama.

Kedua, oleh kerana usul sudah dihantar kepada Parlimen, teruskan sahajalah, kenapa perlu takut atau tunduk kepada suara Lim Guan Eng kerana beliau bukan pun Ketua Pembangkang! Ketua Pembangkang sepatutnya memiliki keyakinan, kekuatan dan kebijaksanaan. Bukannya sekali sergah sudah buat u-turn.

Melihat kepada keadaan yang caca-merba, kelam-kabut dan tidak bersedia itu, saya ingin mencadangkan supaya usul caca-merba tersebut dibatalkan sahaja dan bolehlah diusul semula pada sesi parlimen yang akan datang dengan persediaan yang lebih rapi.

Tumpukanlah kepada perbahasan Bajet 2016. Itu lebih penting kepada rakyat Malaysia.

Peristiwa ini sangat memalukan Parlimen Malaysia di mata dunia !
 

PROFESOR DATUK SHAMSUL DI USA: POLITIK MALAYSIA, SATU NEGARA TIGA BAHASA

on Monday, October 19

Profesor Datuk Shamsul Sedang Menyampaikan Syarahan di Ohio University, Athens, USA.
Amerika Syarikat (13 Oktober, 2015) - Satu seminar telah diadakan oleh Kerusi Razak di Ohio University, Athens di sini dengan tajuk 'Contemporary Development in Malaysian Politics: One country, Three conversations" oleh Profesor Datuk Shamsul AB dari Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (KITA-UKM). Turut hadir adalah Profesor Jayum Jawan yang juga penyandang Kerusi Razak dan Profesor pelawat dalam bidang Sains Politik di Ohio University, Amerika Syarikat.

Profesor Datuk Shamsul telah membangkitkan banyak perkara baharu seperti skop dan jangkaan penggunaan internet semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau juga bercakap hal diaspora Malaysia, percanggahan pendapat oleh aspek domestik vs antarabangsa, serta bidang linguistik seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Begitu juga dalam cabaran-cabaran yang ditempuhi oleh politik Malaysia melalui media cetak, digital, visual dan telefon pintar.

Profesor Datuk Shamsul juga bercakap mengenai perpaduan dalam kepelbagaian. Dengan memberi contoh di Indonesia yang mengamalkan slogan "Bhinekka Tunggal Ika", ianya adalah berdasarkan asimilasi. Manakala pendekatan di Malaysia pula berdasarkan integrasi. (Amy Chuah, World on Fire, 2004). Terdapat tiga ciri-ciri yang sangat penting iaitu positif, negatif dan sederhana. Setiap sifat, operasi dan kesan diinstitusikan dalam struktur tadbir urus yang jelas.

Sebagai contoh, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan memberi tumpuan kepada aspek positif. Manakala agensi-agensi dalam Jabatan Perdana Menteri pula memberi tumpuan kepada aspek negatif. Kementerian Pendidikan pula memberi tumpuan kepada ciri-ciri yang sederhana.
Peserta Seminar Sedang Tekun Mendengar Syarahan Profesor Datuk Shamsul di Ohio University, Athens, USA
Aspek penting juga boleh dilihat melalui pusat-pusat penyelidikan seperti Merdeka Centre di mana kajiannya berasaskan 1,200 responden. Di samping itu, Majlis Perundingan Perpaduan Negara ditubuhkan pada bulan November 2013 dan berakhir pada bulan November 2015 (dua tahun). Manakala KITA-UKM adalah sekretariat bersama Jabatan Perpaduan Negara. KITA-ULM juga telah menghasilkan Blueprint Perpaduan Negara.

KITA-UKM ditugaskan untuk membuat kajian dan dialog di seluruh Malaysia.Terdapat beberapa data yang penting "Dialog Perpaduan" dihadiri oleh 5530 orang responden. Di samping itu, ianya turut melibatkan pihak media dengan 55 talian. Amat menarik juga penglibatan oleh 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam pada itu, KITA-UKM turut mendapatkan merujuk kepada kajian semasa dan sebelum seperti dalam laporan Jabatan Perpaduan Negara melalui Laporan Tahunan 20 tahun lalu.

Kepentingan kajian tersebut akan menjawab beberapa isu kepada persoalan "Kenapa anda suka Malaysia?". Di Malaysia, perdebatan mengenainya masih terbuka tanpa henti. Keupayaan Malaysia untuk mengharungi ekonomi dan isu-isu ekonomi global turut menjadi perkara sangat penting. Kestabilan relatif sejak tahun 1970 dicipta oleh tindakan afirmatif dari segi sumber manusia dan pemilikan separa. Pengurangan kemiskinan pula adalah hasil langsung daripada polisi DEB.

Peningkatan permintaan oleh generasi muda untuk mempromosikan 'Malaysianess' tidak 'keMelayuan, Chineseness atau Indianness. Salahsatunya adalah kewujudan program rasmi di seluruh negara untuk memupuk amalan 'perpaduan nasional'. Begitu juga terdapat janji pasca-2008 yang membangkitkan perubahan minda. Mobiliti sosial dibuka untuk semua orang dan menggalakkan penglibatan seluruh rakyat dalam bidang politik.

Ditulis oleh: Al-Azharri Siddiq Kamunri, USA. E-mail: jentayu.abaka@gmail.com

UMNO PARTI MISKIN ?, USUL UNDI TIDAK PERCAYA KE ATAS PERDANA MENTERI HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

on Saturday, October 17

YB Ketua Pembangkang DS Dr. Wan Azizah Sedang Memperkatakan Sesuatu Kepada YAB Azmin Ali Dan YB Lim Kit Siang (Kredit Pict. TMI)
UMNO Parti Miskin ?
Usul: Bahawa Dewan ini mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan penerimaan “Wang Derma” berjumlah RM2.6 billion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk menyaman akhbar Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperolehi daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.
Komen saya ialah, jika wang derma menjadi isu bagaimana pula wang derma yang diterima oleh parti-parti lain? Sehingga ke hari ini, belum ada parti-parti politik di Malaysia khususnya DAP, PKR, parti baru Amanah menyahut cabaran DS Najib supaya mereka turut sama mendedahkan derma yang mereka terima. Walaupun mereka berkata menyahut cabaran tersebut, tetapi ianya hanya hangat-hangat tahi ayam.
Saya tidak percaya mereka tidak pernah menerima derma atau sumbangan atau pemberian atau bantuan atau apa jua istilah untuk membantu mereka semasa PRU13 dan PRU yang terdahulu. Perlukah ditubuhkan sebuah lagi Pasukan Penyiasat Khas untuk menyiasat semua parti politik? Barulah adil dan saksama ! Tak kanlah hanya parti UMNO sahaja menerima derma politik ? 
SEBENARNYA derma yang diperolehi oleh UMNO melalui Presiden UMNO membuktikan betapa Presiden UMNO tidak menggunakan wang atau bajet daripada Kerajaan untuk kegunaan parti UMNO. Isu ini menunjukkan kredebiliti UMNO tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai peneraju kerajaan. Sebab itulah UMNO sebagai tunjang BN kena mencari dana sendiri untuk memenuhi kos partinya sendiri. 

Di USA, setiap calon Presiden USA akan menerima derma berbillion-billion USD untuk menghadapi pilihanraya. Mereka juga tidak gunakan wang kerajaan, mereka gunakan wang penderma.
Saya selalu berkata parti UMNO adalah parti yang miskin! Anda tidak percaya? Cuba anda buat satu kertaskerja di bahagian anda dan memohon kepada Ketua Bahagian atau wakil rakyat UMNO. Berapa anda dapat? Barangkali anda akan memperolehi separuh atau suku daripada permohonan anda atau barangkali anda langsung tidak mendapat apa-apa! Mengapa tidak dapat apa-apa? Kerana pemimpin-pemimpin UMNO sebenarnya bukanlah ada wang yang banyak. Walhal setiap hari rakyat memerlukan peruntukan pembangunan dan lain-lain masalah di kawasan masing-masing khususnya di luar bandar.
Mereka pula seringkali memarahi jabatan-jabatan kerajaan kerana lewat membantu rakyat di kawasan mereka. Kenapa mereka marah? Kerana mereka mahu kelulusan yang segera, walhal di dalam kerajaan terdapat banyak peraturan sebelum sesuatu peruntukan diluluskan.
Sama ada wakil rakyat UMNO atau wakil rakyat pembangkang memohon bajet kerajaan, ianya mestilah mengikuti peraturan kewangan yang telah ditetapkan, bukannya suka-suka meluluskan hanya kerana seseorang itu berstatus Yang Berhormat.
Adakah parti DAP yang menguasai Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor mempunyai cara yang berbeza? 
Usul Hangat-Hangat Tahi Ayam
Usul seterusnya: "Dengan tidak menjelaskan mengapa “Wang Derma” ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1MDB yang berlaku di mana “Special Task Force” yang sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai SPRM dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat daripada empat anggota PAC yang terbabit telah dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan, Timbalan Pengarah Cawangan Khas dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa diberi tugasan.
"Disebabkan masalah yang dinyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjejaskan imej Negara di dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dengan dolar Amerika Syarikat.
"Maka rakyat Malaysia tidak lagi percaya terhadap perdana menteri dan dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri.”
Ulasan saya ialah, siapa kata Pasukan Penyiasat Khas tersebut dibubarkan? Jabatan Peguam Negara berkata ianya tidak pernah dibubarkan. Manakala saya melihat siasatan itu terhenti kerana beberapa ahli PAC telah dilantik sebagai Timbalan Menteri. Ianya terhenti kerana Pengerusi PAC yang baharu belum dilantik, sebaliknya ianya baru sehaja semalam disebut MP Rompin bakal mengetuai PAC. 
Manakala Jabatan Akauntan Negara masih meneruskan siasatan dan dijangka menyiapkannya hujung tahun ini. Tidak berapa lama lagi pun, sekarang sudah pertengahan Oktober. Begitu juga pihak SPRM masih meneruskan siasatan mereka. 
Pendek kata, semua pihak sedang bekerja malangnya segelintir orang tidak sabar. Mereka sangat kelam-kabut, hanya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang tenang dan tidak kelam-kabut menangani isu dana politik dan isu 1MDB. Sebab itu saya menulis dalam artikel sebelum ini, bahawa Lim Guan Eng ada ciri-ciri Perdana Menteri ! Silakan baca semula dalam label DAP.
Sikap pemimpin pembangkang yang sangat kelam-kabut menunjukkan kelemahan besar mereka. Bukankah Dr. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi PAC berkata jika kamu (Tony Pua) tidak mempunyai bukti, hanya bercakap sahaja, lebih baik tutup mulut. Sebab itulah, Tony Pua dan rakan-rakannya banyak berdiam diri sejak sebulan dua ini. 
Dan terbaharu, usul undi tidak percaya pun dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen junior yang tidak ada kepakaran dan pengalaman dalam mengusulkan usul besar di Parlimen.
Kenapa bukan Ketua Pembangkang yang membawa usul tersebut? Baharulah nampak ada kesungguhan dan ada nilai!. Namun, ianya diusulkan oleh seorang ahli parlimen yang tidak ada apa-apa dalam politik nasional. Mereka buat ala kadar sahaja asalkan ada aktiviti untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya mereka sedang bekerja.  Mereka hanya hangat-hangat tahi ayam!
Bersambung isu perpindahan Datuk Saifuddin Abdullah ke PKR...
Selamat Berhujung Minggu.
Oktober 17, 2015. 
USA.

FAKTA TERSEMBUNYI: KENYATAAN MAJLIS RAJA-RAJA BERI KREDIT KEPADA KERAJAAN

on Friday, October 9

1. "Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,". 
Sejak isu 1MDB dibangkitkan, kerajaan telah mengadakan pelbagai pasukan siasatan melibatkan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PAC dan Pasukan Petugas Khas. 

Persepsi sesetengah pihak menyatakan siasatan telah berhenti. Ada bekas menteri berkata masih ada siasatan kah? Ada pemimpin pembangkang meminta supaya siasatan disambung semula. Semua soalan itu telah dijawab oleh Peguam Negara bahawa siasatan tidak pernah dibubarkan dan ianya masih berjalan. Baca lanjut laporan ini http://www.sinarharian.com.my/nasional/jabatan-peguam-negara-ulangi-1mdb-tak-salah-1.438257

Apabila Majlis Raja-Raja berkata 'hendaklah dilapor secara lengkap' maknanya laporan siasatan tidak boleh dibuat separuh-separuh. Diberitakan Bank Negara Malaysia telah menyelesaikan siasatan mereka, tetapi ramai tidak tahu bahawa Jabatan Peguam Negara pula sudah memberikan respon balas. Maka kita tunggu pula hasil siasatan lengkap pihak SPRM, PAC , Pasukan Petugas Khas dan Jabatan Akauntan Negara. 

Dalam kerajaan, selama ini tiada sesiapa akan mempertikaikan ketelusan laporan Jabatan Akauntan Negara. Apabila Jabatan Akauntan Negara mengeluarkan laporan tahunan, semua pihak menggunakannya termasuk pembangkang. Malahan pembangkang menggunakan laporan tahunan itu untuk menghentam jabatan-jabatan kerajaan yang melakukan pembaziran. Maka, ianya sangat telus. Berikan mereka masa dan peluang menghabiskan sisatan mereka dengan lengkap. Itulah mesej dalam kenyataan Majlis Raja-Raja.


2. "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan". 
Peringatan ini sangat wajar dan penting. Oleh yang demikian, pasukan siasatan yang ditugaskan menyiasat isu 1MDB perlu mengeluarkan hasil siasatan dengan jelas. Jika ianya perlu dalam bentuk info grafik, video, dokumentari perjalanan siasatan, filem pendek untuk lebih meyakinkan dan sebagainya. Lakukannya jika itu boleh meyakinkan khalayak. 


3. "Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia." 
Rakyat telah dimomok secara besar-besaran dengan terlalu banyak berita tidak benar oleh individu-individu seperti Tony Pua dan laporan-laporan meragukan oleh WSJ dan Sarawak Report. Seperti kata Timbalan Presiden PAC, Dr. Tan Seng Giaw supaya Tony Pua patut berhenti berbohong mengenai 1MDB kerana Tony Pua tidak pernah menyertakan bukti sahih dalam setiap dakwaannya. Hanya bercakap dan menunjuk bukti sekunder. Bolehkah bukti sekunder jadi bahan bukti?  Baca lanjut kemarahan Dr Tan Seng Giaw di sini http://www.nst.com.my/news/2015/09/pac-deputy-chairman-slams-pua?d=1


4. "Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.".
Adakah kenyataan ini hanya ditujukan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan?. Raja-Raja Melayu berkata 'semua pemimpin' termasuklah pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali bercakap dusta seperti Tony Pua tadi.  Apakah maksud mendukung prindip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang? 

Maksudnya sangat mudah, iaitu Kerajaan yang telah dipilih melalui sistem demokrasi perlulah dihormati dengan tidak menghuru-harakan keamanan negara seperti melakukan demonstrasi atau apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang. Negara kita mempunyai mekanisme yang demokratik.


5. "Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang,".
Keadilan yang ditekankan dalam ayat ini bermaksud semua pemimpin mesti memastikan keadilan ekonomi, sosial dan politik kepada rakyat berpaksikan undang-undang. 

Tidaklah boleh hari ini anda mengutuk SPRM dalam kes yang terdahulu kononnya SPRM berat sebelah. Kemudian esok anda mengambil milage memuji SPRM dalam isu 1MDB. Esok lusa pula, apabila tindakan SPRM tidak memihak kepada anda, anda mengeji semula SPRM kononnya tidak adil.

Perbuatan seperti itu, jika melihat kepada kenyataan Majlis Raja-Raja, adalah perbuatan yang tidak saksama kerana anda hanya memuji SPRM apabila ianya berpihak kepada anda sahaja. Jika tidak memihak kepada anda, anda mengeji SPRM. Ini tidak saksama.


6. "Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing,". 

Raja-Raja Melayu jelas menekankan supaya tidak ada lagi aktiviti berbau perkauman seperti Bersih 4.0 yang jelas dimonopoi 90% masyarakat Cina dan himpunan Merah dengan majoriti 90% orang Melayu. Maka himpunan-himpunan Bersih 1,2,3 dan 4 selama ini bertentangan dengan hasrat dalam kenyataan Majlis Raja-Raja. 

Oleh itu, janganlah pula hari ini anda memuji-muji kenyataan Majlis Raja-Raja tetapi esok lupa anda melupakannya pula dengan membuat demonstrasi Bersih 5.0 atau Himpunan Merah 2.0. 


7. "Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni," 

Raja-Raja Melayu telah menekankan tentang hukum Islam apabila menyebut fardu kifayah. Raja-Raja telah memberikan perhatian yang sesuai di mana keamanan dan kemakmuran di negeri-negeri jajahan mereka amat memberi makna kepada mereka sebagai Raja-Raja. 

Maka tiada sesiapa dibenarkan melakukan perkara yang akan mencetuskan ketidakharmonian di negeri-negeri jajahan mereka. Hentikan himpunan apa jua jenis himpunan berbau politik sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kesimpulan
Kenyataan Majlis Raja-Raja tersebut sebenarnya memihak kepada Kerajaan. Bacalah isi hatinya, bukan permukaannya !

Komen saya juga seiring kenyataan Majlis Raja-Raja, iaitu siasatan perlu diselesaikan dengan sempurna untuk menamatkan terlalu banyak persepsi yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

bersambung...

PERDANA MENTERI DAP, KENAPA MALU MENYATAKAN HASRAT SEBENAR ANDA?

on Thursday, October 8

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng
Senario semasa DAP
Salah satu keputusan awal penubuhan Pakatan Harapan tempoh hari ialah pengumuman oleh DS Wan Azizah bahawa mereka bersetuju untuk menjadikan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.

Kumpulan Pro-Azmin Ali dalam PKR mengkritik penubuhan Pakatan Harapan sebagai melanggar ketetapan mesyuarat PKR. Kemudian, aktivis Bersih 4.0 mengkritik penubuhan Pakatan Harapan sebagai tergopoh-gapah tanpa persediaan yang sepatutnya. Sungguh caca-merba. Yang tidak caca-merba ialah DAP.

Pada pandangan saya, DAP terlalu lama menyembunyikan hasrat sebenar mereka. DAP terlalu berhati-hati untuk berterus-terang di hadapan parti-parti Melayu yang mereka sebenarnya mempunyai calon yang lebih layak, lebih berpengalaman untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sepatutnya, oleh kerana DAP telah membuka pintunya kepada orang-orang Melayu, malah sudah pun memiliki Yang Berhormat berbangsa Melayu di dalam parlimen, maka sepatutnya kepimpinan DAP perlu berterus-terang hal calon Perdana Menteri di dalam DAP.

Tragedi DAP Tahun 2008
Sikap menyembunyikan cita-cita sebenar DAP hanya akan merugikan parti DAP sendiri. Sebagai contoh, pada tahun 2008 parti DAP telah menguasai Dewan Undangan Negeri Perak dan selayaknya mereka menjadi Menteri Besar kerana lebih majoriti berbanding PAS dan PKR. Memandangkan DAP tidak mempunyai pelan kontingensi dan terkejut dengan kemenangan besar mereka, mereka tidak dapat mengawal emosi malah berebut-rebut untuk menjadi Menteri Besar. Mereka sudah lupa hal Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Akhirnya, jawatan idaman DAP itu terpaksa diserahkan kepada wakil PAS walaupun hati mereka mendidih sakan. 

Yang lebih penting dalam peristiwa itu ialah, politik negeri Perak menjadi kucar-kacir di mana perlantikan Menteri Besar paling lewat diumumkan, berlakunya perebutan jawatan Menteri Besar oleh wakil DAP. Malah insiden tersebut turut mencemar institusi kesultanan negeri Perak bilamana ada pihak yang terpaksa mencabar Sultan Perak kerana terlalu menginginkan jawatan Menteri Besar Perak.

Berdasarkan pengalaman tersebut, saya percaya dalam PRU14 kelak, DAP akan meletakkan ramai calon-calon Melayu di negeri Johor, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Begitu juga di Sabah dan Sarawak.

Di peringkat nasional, jika DAP masih bersikap tunggu dan lihat, terlalu berhati-hati menjaga perasaan parti-parti Melayu di dalam Pakatan Harapan, maka saya percaya DAP akan ditolak oleh orang Cina sendiri pada PRU14. Sejarah menunjukkan, walaupun DAP menjaga hati PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat tetapi PAS tetap meninggalkan DAP.

Perdana Menteri DAP
Nasehat saya kepada DAP, namakan segera Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia menjelang PRU14 atau anda akan mengulangi tragedi tahun 2008. 

Saya melihat, jika DAP menamakan Lim Guan Eng sebagai calon Perdana Menteri banyak isu-isu nasional akan jatuh berguguran menyembah bumi. Di antaranya, sudah pasti tidak akan ada lagi serangan ke atas 1MDB, dana politik, demo Bersih dan sebagainya. Namun, amat mustahil Lim Guan Eng akan menghapuskan GST dan tidak menandatangani TPPA. Sebabnya mudah, Malaysia tidak akan berjaya hidup bersendirian tanpa globalisasi.

DAP perlu sedar, majoriti masyarakat Cina di Malaysia sudah hilang harapan kepada MCA dan Gerakan. Amaran saya kepada DAP, jika DAP berterusan bersikap berlengah-lengah, jangan pula nanti masyarakat Cina kembali menyokong MCA dan Gerakan kerana melihat cara berpolitik DAP yang mengambil jalan selamat (play save).

Kepada DAP, semua orang faham Lim Guan Eng bukan Melayu dan bukan Islam.  Daripada aspek profesionalisme, adakah Lim Guan Eng tidak layak dan tidak mencukupi syarat dilantik sebagai Perdana Menteri? Jika saya tidak silap, dahulu ada orang berkata, jika semua rakyat Malaysia sudah bersedia, jika semua rakyat Malaysia sudah matang, mengapa tidak ? (Baca hal ini dalam buku-buku Syed Hussien Al-Attas)

Semalam, akhbar-akhbar menyiarkan ucapan Presiden PAS bahawa Perdana Menteri Malaysia hendaklah seorang Islam dan berbangsa Melayu. 

Artikel ini dan ini berkaitan.

Bersambung...Adakah UMNO dan PAS sudah bersedia?.










KISAH SEBENAR PERDANA MENTERI ISRAEL DI PBB

on Monday, October 5

United States - Seminggu sebelum DS Najib Tun Razak berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan sudah dimulakan dengan disertakan gambar doctored kononnya DS Najib sudah berucap dan audiensnya hanya DS Rosmah dan seorang dua pegawai kerajaan sahaja. Kami di New York berasa sangat lucu dan ketawa kerana DS Najib belum pun berucap tetapi ada juga yang membuat fitnah buta kononnya DS Najib sudah berucap!. Tidak tahulah jika ada juga orang di tanah air yang mempercayainya!

Kemudian, serangan seterusnya oleh portal-portal pro pembangkang dan sebagainya menguar-uarkan kononnya DS Najib akan ditangkap oleh FBI. Kononnya, DS Najib akan dibicarakan oleh FBI di bawah undang-undang FBI. Namun sehingga DS Najib terbang ke Milan, tiada seorang pun FBI berdiri di hadapan DS Najib!

Paling lucu, ucapan DS Najib yang hanya sejam di hadapan pelajar-pelajar Malaysia diulas tiga hari berturut-turut oleh portal-portal pembangkang, termasuk ulasan cetek Rafizi yang tidak masuk akal itu. Semuanya memberi ulasan yang kotor. Maksud kotor ialah tidak benar.

Walhal, DS Najib tidak mempunyai rehat yang cukup siang dan malam. Semuanya penuh dengan program rasmi dan tidak rasmi dengan pelbagai kumpulan. Semua mahu berjumpa Perdana Menteri Malaysia!

Kemuncak kerja DS Najib di New York ialah ucapan beliau pada 1 Oktober 2015. DS Najib dengan tegas mengulangi pendirian Malaysia membela nasib orang Palestin dan mengkritik Israel kerana kekejamannya yang tidak pernah berhenti. 

Jika DS Najib takut kepada Amerika Syarikat, DS Najib tidak akan mengkritik Isarel kerana Israel adalah anak emas Amerika Syarikat. Manakala Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza pula adalah dalam senarai pengganas Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, DS Najib dengan lantang mengkritik Israel malah menyebut terdapat dalam prinsip etika kitab Taurat bahawa, "Apa Yang Menjadi Kebencian Kepada Kamu, Jangan Kamu Lakukan Kepada Orang Lain".

Selepas itu, DS Najib keluar daripada dewan ucapan dan terserempak Perdana Menteri Israel ketika sedang menunggu kenderaan. 

Apakah yang berlaku, fitnah dicipta lagi kononnya DS Najib ada pertemuan special dengan PM Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Akhbar-akhbar Israel sangat bijak, mereka tidak mengulas ucapan DS Najib yang mengkritik Israel, tetapi mereka memuji DS Najib dengan headline kononnya, Malaysia bersedia menjalin hubungan baik dengan Israel. Apakah tujuannya? Tujuannya supaya umat Islam di Malaysia marah kepada DS Najib apabila membaca headline itu! Walhal tiada rundingan, tiada meja bulat, tiada minum petang dan terserempak itu tidak sampai pun 100 saat! DS Najib pula perlu segera bersiap sedia untuk satu lagi acara penting di Milan, Itali. Tidak ada keperluan dan tidak ada masa untuk bersembang dengan Netanyahu!

Ucapan DS Najib amat mudah, "I did it for Malaysia".

Malaysia bersetuju menerima 3,000 pelarian perang Syria kerana mereka adalah saudara seagama, umat Islam adalah bersaudara. Jika 28 negara Islam menerima pelarian perang Syria, amatlah tidak sesuai Malaysia menolaknya sedangkan Malaysia dikenali negara Islam yang dihormati. Sekali lagi, ianya untuk Malaysia.

DS Najib bergegas ke Milan meninggalkan Netanyahu di lobi PBB kerana urusan ekonomi negara di Milan lebih penting kepada rakyat Malaysia dan negara kita. Sekali lagi, ianya untuk Malaysia. 

Cukuplah DS Najib menunjukkan kesyumulan ajaran Islam dengan tidak memalingkan wajahnya daripada Netanyahu yang kejam itu. 

Cukuplah DS Najib menunjukkan keindahan Islam dengan tidak menolak jabat tangan Netanyahu di khalayak umum. Rasulullah SAW sendiri memberikan banyak contoh diplomasi apabila bertemu dengan musuh. Islam itu addin, indah dan syumul.

Amish Village,
Lancaster, Penns, USA.
4 Oktober, 2015.












GAYA DS NAJIB DI NEW YORK

on Thursday, October 1


New York, 28 September 2015 - YAB DS Najib Tun Razak mendengar dengan tekun perkara yang saya utarakan. Saya bercakap hal mendepani cabaran politik selepas PRU13 dan landskap baharu politik menjelang PRU14. DS Najib mendengar dengan tekun. Beliau sangat tertarik dan saya bersedia untuk membentangkan pelan terbaharu saya menghadapi PRU14.
Saya berkata sokongan rakyat akan bertambah jika Kerajaan istiqamah. Pembangkang boleh berkata apa sahaja tetapi tidak semestinya semuanya betul dan sesuai. LGE semasa PRU12 berjanji untuk menghapuskan Tol di Pulau Pinang tetapi selepas hampir 8 tahun, Tol itu masih kekal berdiri. Ianya bukan mudah melaksanakan janji tetapi sangat mudah memberikan janji. Begitu juga isu 1MDB, Dr Tan Seng Giaw dari DAP memarahi Tony Pua kerana terlalu banyak bercakap isu 1MDB tetapi tidak menyertakan bukti yang sahih. Bolehkah tuduhan yang dilemparkan di dalam media, bahan itu dijadikan bukti? Bahan sekunder bukanlah bukti! Namun malangnya, itulah yang disukai segelintir rakyat kerana Tony Pua dan Rafizi suka memberikan janji-janji yang popular. MB Selangor, Azmin Ali mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, saya percaya isu konsensi air akan dapat diselesaikan.
Saya menyatakan kepada DS Najib, bahawa kita memerlukan individu yang mempunyai kekuatan mental, pemikiran, jatidiri, sejarah, identiti dan pandangan yang jauh untuk meneruskan survival perjuangan. Rakyat akan meneruskan sokongan jika mereka melihat kesungguhan, keberanian, dan kemahuan kita membangunkan negara. Kebenaran biasanya akan datang kemudian kerana penilaian manusia berdasarkan kondisi semasa seringkali silap kerana manusia lebih suka kepada perkara yang populis dan persepsis. DS Najib memberitahu, penilaian Finch menunjukkan pembangunan negara berada di atas track yang betul walaupun kekangan global sangat mencengkam.
DS Najib menyatakan sesuatu kepada saya. Saya akan tuliskan pada masa yang sesuai. Sebagai ketua editor merdeka-online.com saya mempunyai tanggungjawab besar untuk menyatakan harapan dan kebenaran yang dibawa Perdana Menteri. Banyak perkara yang perlu diketahui oleh rakyat tetapi tidak dapat disampaikan. Kita masih perlu Istiqamah, berusaha, bersabar dan bertawakal.
DS Najib senyum, dan kelihatan sangat gembira bertemu dengan saya, sebagai pemikir, saya mempunyai peranan besar untuk mempertahankan keamanan negara dengan memberi kesedaran kepada rakyat supaya sentiasa menghormati amalan demokrasi di negara kita. Walaupun masih ada perkara yang belum mencapai tahap kepuasan pengguna, namun kerajaan sedia ada sedang melaksanakan pelbagai program tanpa henti. Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, milik rakyat, maka rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka tetapi akhirnya kerajaan yang akan bertanggungjawab memastikan harapan rakyat dapat dipenuhi pada masa yang betul. Pembangkang boleh bercakap apa sahaja, mereka boleh menjanjikan apa sahaja, namun seringkali mereka gagal melaksanakan apa yang mereka janjikan kerana mereka mendapati bukan satu perkara yang mudah. Kemahuan manusia tidak ada batasnya. Negara Amerika Syarikat yang kaya raya pun, tidak menjanjikan semua rakyatnya memiliki rumah, pekerjaan dan kemudahan kesihatan. Masih ramai tidur di jalanan, masih ramai penganggur dan masih ramai tidak mampu pergi ke hospital kerana kos rawatan yang sangat mahal. Kita perlu bersyukur.
DS Najib menyatakan sesuatu kepada saya mengenai cabaran dan masa hadapan. Saya berkata, tempoh 3 tahun sebelum PRU14 sangat penting untuk Kerajaan melaksanakan fasa pembangunan seterusnya. Isu-isu globalisasi seperti harga komoditi, harga minyak, kadar tukaran wang, peranan Federal Reserve USA, peranan China menurunkan nilai Yuan, semua itu Malaysia dan mana-mana negara yang sedang membangun tidak akan mampu melawannya secara berseorangan. Kerana itulah peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN mesti digunakan sebaik-baiknya.
Saya memperkatakan sesuatu kepada DS Najib. Semua isu di atas kita boleh atasi kerana fundamental ekonomi Malaysia sangat stabil dan tidak goyah. Kita hanya perlu mengurus persepsi politik dalam negara kerana kerosakan yang dibuat oleh musuh-musuh di dalam dan luar negara tidak pernah berhenti. Mereka tidak memikirkan implikasi buruk kepada negara. Mereka hanya mahu melihat Kerajaan ditumbangkan dengan apa sahaja cara, dan mereka mahu menukar Perdana Menteri dengan apa jua cara. Dalam isu ini, kita berterima kasih kepada rakyat kerana majoriti masih berdiri di belakang kerajaan. 
Saya percaya kerajaan mendengar suara rakyat. Perdana Menteri menyatakan beliau akan membentangkan di Parlimen semasa pembentangan Bajet 2016 bulan Oktober ini, berkenaan cukai kerajaan khususnya GST. Kerajaan akan membentangkan jumlah hasil GST dan bagaimana rakyat menikmati hasilnya semula. Kita tunggu. Kita mesti optimis bukan pesimis kerana kita bakal memasuki gerbang negara maju 2020 tidak lama lagi.
Kita semua adalah rakyat yang baik kepada negara. Kita mesti membantu Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah dipilih melalui pilihanraya. Kerana ini kerajaan anda jua. Di Amerika Syarikat, parti Demokrat dan parti Republikan bertempur semasa pilihanraya, tetapi sesudah melalui proses demokrasi itu, rakyat Amerika bersatu kembali membina negara mereka. Di Malaysia, kita belum mencapai tahap itu.

New York,
October 1, 2015.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan