PROFESOR JAYUM JAWAN DI USA, BUKAN SEKADAR NAMA

on Wednesday, December 30

Dari Kiri: Saya, Prof Jayum Jawan (Ohio University, USA) dan Prof Madya Dr. Hizam (Wharton School, University Pennyslavania, USA)
Pada 24 Disember 2015, saya dan Prof Madya Dr Hizam dari Wharton School, University Pennyslavania telah memulakan perjalanan yang panjang dari Philadelphia menuju ke Ohio University. Kami melalui jalan kampung sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan, kemajuan dan kebersihan di kampung-kampung tersebut. 

Dr Hizam sekeluarga, mereka adalah rakan baru saya di USA yang sangat baik, bijak dan berpandangan jauh. Secara peribadi, keputusan kerajaan Malaysia dan UKM menghantar beliau di Wharton School sangat tepat !

Kami berjaya tiba di Ohio University selepas melalui kira-kira 10 jam perjalanan. Di tengah perjalanan, kami singgah di Islamic Center Of Johnstown di sebuah perkampungan moden, malang ianya berkunci. Namun, kami mengambil keputusan solat di tepi bangunan itu sahaja dengan mengambil wuduk menggunakan air mineral water. 

Umat Islam di Malaysia perlu bersyukur kerana di mana jua anda berada masjid dan surau bukan satu masalah besar di negara kita. 

Sepanjang di USA, di antara pengalaman yang saya pernah lalui seperti solat di dalam stor di bawah tanah ketika di New York, di celahan gantungan baju di dalam pasaraya, di stor kasut, di bilik pameran, di kerusi stesyen keretapi. Di negara orang, bukan mudah mencari masjid/surau dan isu waktu seperti perbezaan waktu solat yang berdekatan, masa siang yang pendek dan sebagainya. Di sekolah, anak-anak saya bersolat di dalam stor yang sangat kecil muat untuk satu orang sahaja, dengan mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah terlebih dahulu (Masa persekolahan : 8.09 pagi hingga 3.09 petang)
Singgah Di Islamic Center Of Johnstown untuk Solat Zohor dan Asar (Maghrib 4.40 petang)
Oleh Kerana Berkunci, Kami Solat Di Tepi Bangunan Islamic Center. (Gambar Oleh Anak Dr. Hizam)
Kira-kira pukul 6 malam kami berjaya sampai di rumah Prof Jayum di Ohio University. Kami disambut dengan begitu mesra oleh Prof Jayum dan isterinya. Beliau sekeluarga beragama Kristian, namun nilai-nilai murni yang mereka miliki amat mulia.

Kami disediakan bilik yang sangat baik. Seakan berada di dalam sebuah bilik hotel. Pada malam pertama, kebetulan Prof Jayum membuat jamuan sempena Hari Krismas, beberapa keluarga Melayu dan pelajar turut hadir. Maka meriahlah rumah Prof Jayum malam itu dengan kehadiran kami rakyat Malaysia di perantauan.

Kami dihidangkan makanan nasi ayam, mee goreng, bubur kacang, kuih lapis, buah-buahan dan pelbagai kuih. Suasana malam itu sangat ceria dan nilai perpaduan, national identity, a sense of ownership sangat tinggi. Ada pelajar Cina dan Melayu. 

Selepas selesai majlis malam itu, kami masuk ke bilik masing-masing melepaskan letih seharian dalam perjalanan.

Sebenarnya, dua hari sebelum kami tiba, Prof Jayum ada menghantar whatsapp bahawa beliau dan isterinya hendak ke bandar Columbus untuk membeli makanan halal. Saya ingatkan jarak dari Ohio University ke bandar Columbus itu hanyalah dalam masa 10-15 minit sahaja. Rupa-rupanya, apabila saya melalui bandaraya itu baharulah saya sedar jaraknya mencecah 2 jam! Hanya semata-mata mencarikan kami makanan halal! Di pekan kecil Ohio University tiada makanan mentah yang halal.

Keesokan harinya Prof Jayum membawa kami melawat sekitar tempat-tempat menarik di sekitar Ohio. Pendek kata, selama 2 hari berturut-turut kami menerima layanan yang sangat baik.

Kesimpulan
Apa yang saya hendak sampaikan ialah perpaduan rakyat Malaysia sebenarnya sangat-sangat baik. Perbezaan agama tidak menjadikan rakyat Malaysia bermusuhan, bersikap prejudis dan prasangka. Sebaliknya sikap hormat-menghormati menjadi amalan yang terpuji.

Prof Jayum dan keluarganya menjadi contoh terbaik bagaimana beliau seorang penganut Kristian amat memahami keperluan penganut agama Islam. 

Beliau telah menyediakan kami makanan halal, tempat solat yang bersih, pengorbanan dan persefahaman. Malah ketika kami hendak meninggalkan rumah mereka, isterinya menyediakan kami bekalan makanan untuk dimakan di tengah perjalanan yang dia dan isteri Dr Hizam sama-sama memasak di dapur pagi itu.

Semoga rakyat Malaysia memasuki tahun baharu 2016 dengan keazaman yang lebih baik untuk mempertahankan keamanan yang kita nikmati selama ini melalui toleransi dan hormat-menghormati. 

Agama yang berbeza, bangsa dan warna kulit yang berbeda, fahaman politik yang tidak sama, bukanlah penghalang kepada kehidupan yang aman, damai dan harmoni !

Terimakasih Prof Jayum, isteri dan Karl.

Selamat Tahun Baharu 2016.

Al-Azharri Siddiq.
Pennyslavania.
30 Disember, 2015.
Bergambar Kenangan Di Rumah Prof Jayum Di Ohio University, Nombor 45.
Syabas Malaysia !







SAIFUDDIN ABDULLAH KEHILANGAN IMAN POLITIK, NAJIB PINJAMKAN JAWATAN PERDANA MENTERI

on Thursday, December 24

Sebelum ini saya sudah pernah menjawab Saifuddin Abdullah di sini ketika beliau masih berada di dalam kerajaan. Kali ini saya menjawab ketika beliau berada di luar kerajaan. 

Sudah amat jelas, sama ada Saifudin berada di dalam atau di luar kerajaan, beliau adalah orang yang sama tetapi tidak serupa. Ketika di dalam kerajaan saya tidak melihat apa-apa idea beliau yang boleh dibanggakan melainkan yang ketara hanyalah memporak-perandakan jamaah dalam kerajaan dan parti pemerintah. Saya sudah menyebutnya di sini.

Saifuddin berkata DS Najib menerima defisit keyakinan. Apakah yang anda faham mengenai definisi defisit.Bahasa mudahnya ialah kekurangan dan kemerosotan. Adakah Najib mengalami defisit keyakinan? Najib menang di Pekan dengan majoriti bertambah kepada 35,613 undi berbanding Saifuddin bertaraf Timbalan Menteri tewas di kawasan putih Temerloh! Inilah yang dikatakan oleh orang putih sebagai 'kehilangan iman politik'. 

Dalam hal ini, mereka menyalahkan orang Cina kerana kekalahan Saifuddin itu. Kenapa salahkan orang Cina?

Saifudin Hilang Iman Politik
In football, they say great games are won through mental effort. There is much truth to this. What must change is the attitude that leads many people to succumb to resignation or lose faith in politics and the state.

In the end, this attitude will lead to our society falling apart and everyone attempting to survive on their own. If we pursue such a course, things will not go well.

We must again come to the realization that we — meaning every one of us — make up the state, the country and the society. That is our common purpose and we ourselves can shape this common purpose.(German Parliment).

Sudahkah Saifuddin melawat Pulau Pinang? Sudahkah Saifuddin bertemu dengan nelayan-nelayan Melayu di Pulau Pinang? Adakah Saifuddin sudah menemui pemilik-pemilik restoran dan rumah-rumah orang Melayu yang dirobohkan? Sudahkah Saifuddin melawat petempatan orang-orang Melayu sebelum dan selepas Tol Sg Nyior? Apakah jawapan Saifuddin kepada isu azan, isu perarakan Maulidur Rasul dan isu tema sambutan hari kemerdekaan negara peringkat Pulau Pinang?

Hal-hal yang saya sebutkan di atas telah berlaku di Pulau Pinang di dalam sebuah kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat. Isunya sangat jelas kedudukan Bumiputera, agama Islam, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu di dalam Perlembagaan tidak mendapat tempat yang sepatutnya di dalam Pakatan Rakyat. 

Itu belum lagi isu G25 di mana Saifuddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan membisu dengan desakan G25 dalam isu liberalisasi undang-undang Islam supaya lebih kemodenan konon dan lebih bebas seperti di negara-negara barat.

Saya juga percaya Tol Sg Nyior boleh dihapuskan jika Saifuddin mempunyai keberanian, kekuatan dan poltical will mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang mengotakan janji Pilihanraya 2008. Jika perkara sekecil ini pun Saifudin tidak mampu menanganinya, saya ramal Pakatan Harapan akan kecundang kerana mengambil seseorang yang kehilangan iman politik.


Saifuddin bukan seorang pakar ekonomi, jauh sekali pakar international bussiness seperti mereka yang bekerja di Bloomberg, The Economist dan World Bussiness. Namun, angka-angka yang dipungut oleh Saifuddin tidak boleh diterima oleh akademik kerana ianya tidak mempunyai sumber dari sumber profesional.

Berkenaan isu 1MDB dan RM2.6 billion, Saifuddin patut bertanya kepada Tony Pua kenapa sudah lama berdiam diri?

Kesimpulan
Saifudin dilihat hanya mampu mengurus 1000 penduduk dalam sesebuah kampung manakala Najib terpaksa mengurus 30 juta rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kemahuan yang tidak terbatas. Perbezaannya umpama langit dengan bumi. Sudah pasti akan ada kelemahan dan kekuatan. Sudah pasti rakyat akan merasai kepahitan dan akhirnya kemanisan. 

Saya mengakui kos hidup semakin tinggi, namun kerajaan berusaha menyerapnya dengan cara lain. Namun, kekurangan pekerjaan dapat diatasi bilamana kerajaan berjaya mencipta banyak peluang pekerjaan baharu seperti pembinaan Lebuhraya Trans Borneo, MRT dan sebagainya. 

Kembali kepada pertanyaan Saifuddin, "Jadi, siapa, sebenarnya, yang mengkhianati Melayu?". 

Pertanyaan saya pula, seandainya Najib meminjamkan jawatan Perdana Menteri selama 24 jam kepada Saifuddin, agak-agaknya nilai Ringgit bertambah naik atau bertambah turun? Dan soalan kedua, agak-agaknya harga sekotak rokok boleh turun atau tidak di bawah RM17.00 jika Saifuddin menjadi Perdana Menteri dalam tempoh pinjaman itu?

Bacaan ini sangat penting kepada anda jua.

Selamat Bercuti.

KEMPEN BEBAS ANWAR: TIDAK PERLU KE UN DAN EU, KERAJAAN BOLEH MEMOHON PENGAMPUNAN DIRAJA JIKA

on Tuesday, December 22

Wajah DS Anwar Ibrahim Beberapa Bulan Yang Lalu, Kelihatan Agak Kurus
USIA DS Anwar Ibrahim sekarang sudah mencecah 65 tahun. Menjelang tahun 2018, usia Anwar akan mencapai 67 tahun. Manakala, menjelang PRU15 pada tahun 2023, usia Anwar akan mencecah 72 tahun. Sahabat karib beliau di Indonesia, Jusuf Kalla menjadi Naib Presiden Indonesia kali kedua pada usia 72 tahun (2014). Tun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri ketika berusia 78 tahun (2003). 

Di Malaysia, pemimpin utama kerajaan dan parti utama UMNO tidak mempunyai isu peribadi dengan Anwar. Bukan DS Najib, bukan DS Zahid Hamidi, bukan DS Hishammuddin yang membuang Anwar dari UMNO dan Kerajaan. Mereka semua adalah pemimpin seangkatan dan satu regu ketika Anwar berada di dalam UMNO (1995/1996).

Sehingga ke hari ini, parti PKR masih dengan perjuangan bersifat peribadi iaitu membebaskan Anwar dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kelihatan DS Azmin Ali, mantan guru matematik (sarjana) sudah keluar daripada pemikiran Anwarisme.

Sebenarnya Nurul Izzah dan PKR tidak perlu mengunakan elemen United Nation (UN) atau Europen Union (EU) untuk mendesak kerajaan supaya membebaskan Anwar atas alasan human right, isu tahanan politik dan sebagainya. Kita hendaklah mengingati semula bahawa Anwar diwakili oleh peguam-peguam terhandal dan termahal di Malaysia, yang mana orang lain tidak akan mampu membayar perkhidmatan peguam-peguam ini. 

Keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah selepas perbicaraan yang sangat-sangat panjang, tidak boleh diubah sesuka hati oleh Eksekutif. Perdana Menteri tidak boleh mempengaruhi Hakim. Ianya dua bidang kuasa yang berbeza.

Namun begitu, keluarga Anwar dan PKR boleh memohon kepada Kerajaan untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada Anwar. Biasanya, kerajaan mempunyai mekanisme dan pengalaman kes lama yang boleh digunakan. Kebiasaannya pula, permohonan kerajaan akan diberi pertimbangan atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, perubatan, kemanusiaan dan sebagainya.

Saya percaya, DS Zahid Hamidi yang kini menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mempunyai elemen dan political will yang sesuai untuk memikirkan idea ini. DS Zahid adalah TPM yang bijak mengurus isu Anwar dengan mengiakan kebenaran Anwar untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Sebaliknya pula, saya percaya, mereka yang menulis '50 Sebab Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" dahulu dan kini menyokong Anwar semula ada sokongan berbentuk kepura-puraan hanya kerana kegilaan untuk menjatuhkan DS Najib sahaja.

Mesej Najib semasa Perhimpunan Agong UMNO sangat jelas bahawa Najib bukan jenis pemimpin  yang suka berkonfrontasi, bukan jenis pemimpin yang memusuhi sebaliknya Najib adalah pemimpin berjiwa besar yang menghulurkan salam kerahmatan, salam perpaduan dan salam ukhuwah. 

Kepada Najib, Anwar itu bukanlah musuh politiknya, bukanlah musuh peribadinya. Mereka hanya dipisahkan oleh sistem politik sahaja. Jika Najib boleh berlapang dada kepada Hj Hadi, adakah Najib tidak boleh berlapang dada kepada Anwar?

Pada November 6, 1865, kapten Henry Wirz telah menulis surat kepada Presiden Andrew Johnson semasa dia dipenjara di Old Capitol Prison, Washington DC. 

Katanya, "Mr. President, with a trembling hand, with a heart filled with the most conflicting emotions, and with a spirit hopeful one moment and despairing the next, i have taken the liberty of addressing you. When i consider  your exalted position; when i think for a moment that in your hands rest the weal and woe of millions-yea, the peace of the world-well may I pause to call to my aid courage enough to lay before you my humble position..."

Untuk kisah-kisah Anwar dari penjara, anda boleh membacanya di sini





MENJELANG 2016: YANG MANA TERBAIK UNTUK MALAYSIA, ANWAR, HJ. HADI ATAU ZAHID ?

on Saturday, December 19


Lihat Wajah Mereka: Kedua-duanya Tidak Sabar Untuk Bekerjasama


SAYA terkejut dengan kenyataan BERSIH kerana mendesak Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin untuk menyokong cadangan BERSIH dan G25 termasuk di dalam isu undang-undang agama Islam. Kata mereka lagi, team Tun Dr. Mahathir sudah tewas dengan team DS Najib. Itu terserah kepada pembaca menilainya. Baca ulangan anda di sini

Di hujung minggu ini, mari kita berbicara mengenai 3 tokoh yang masih mewarnai politik negara kita ini. 

Lihat Kemesraaan Mereka Berdua, Persahabatan Menggamit Perasaan
1. DS Anwar Ibrahim
Di Amerika Syarikat, saya amat terkejut apabila seorang pemandu teksi bertanya kepada saya, apa khabar Anwar? Saya menjawab sedang menjalani hukuman penjara. Dia kata, di Amerika perkara itu tidak salah. 

Peluang pertama Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia ialah pada tahun 1998. Ketika itu, Tun Dr. Mahathir sudah bersedia untuk menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Anwar. Malangnya, kejadian serangan matawang dunia oleh Soros, terutama tuduhan-tuduhan penulis buku "50 Sebab Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri" telah merencatkan harapan Anwar.

Peluang kedua Anwar ketika PRU12 pada tahun 2008. Peluang ini juga tidak menjadi kenyataan kerana kegagalan Anwar mendapatkan 30 ahli MP BN untuk menyeberang kepada PR.

Peluang ketiga Anwar ialah pada tahun 2013. Dalam PRU13 itu, Anwar menang majoriti undi individu (undi popular), namun Anwar kalah jumlah kerusi. Sebenarnya, Anwar kalah kepada sistem.  

Peluang keempat Anwar ialah semasa Rekonsiliasi. Ramai orang sudah mengetahui secara samar-samar mengenai tawaran Anwar sebagai TPM dan dua tiga MP PKR sebagai Menteri penuh. Saya tidak akan menghuraikan hal ini kerana saya mesti menghormati Jusuf Kalla yang kini sudah menjadi Naib Presiden Indonesia. Anda boleh baca semula pertemuan saya dengan Jusuf Kalla di Jakarta dalam blog ini atau mana-mana akhbar. Adakah jika saya mendedahkan surat perjanjian akan merubah politik nasional?

Lihat Langkah Mereka: Seiringan, Berani dan Bersemangat
2. Tuan Guru DS Hj. Hadi Awang
Kesilapan ahli-ahli PAS yang menyeberang kepada PAN yang pro DAP itu ialah mereka memandang rendah Hj Hadi di dalam berpolitik.

Saya telah mengikuti sejak sekian lama ucapan-ucapan politik Hj Hadi.  Ianya konsisten. Hj. Hadi mendidik ahli-ahli PAS bahawa yang dikejar bukan duniawi, bukan jawatan politik dan bukan semata-mata kemenangan politik. Yang dicari kata Hj Hadi ialah keredhaan oleh Allah SWT walaupun tidak menang dalam pilihanraya. Jika mendapat keredhaan dari Allah SWT, maka itulah kemenangan yang sebenar-benarnya.

PAS sudah mencuba dengan DAP sejak sekian lama. Namun, Hj Hadi melihat tiada faedah bersama DAP. Ahli-ahli PAS di peringkat bawahan ada pelbagai pandangan mengenai kerjasama UMNO-PAS. Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju dan ada yang ragu-ragu. Namun, Hj. Hadi lebih bijak di dalam isu ini.

Saya meramalkan, menjelang PRU14, PAS akan membentuk kerajaan bersekutu bersama BN. Pada tahun 1974 dahulu, kesepakatan perpaduan UMNO-PAS diputuskan ketika Tun Razak dan wakil PAS bertemu di luar negara. Saya percaya, pertemuan DS Najib-Hj. Hadi semasa Multaqa Alumni Al-Azhar baru-baru ini adalah bibit-bibit ke arah itu. Nampaknya, masyarakat Islam di luar UMNO-PAS majoriti memberi pandangan yang positif. 

Saya meramalkan dalam tempoh 24 bulan ini, Hj. Hadi akan menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan persekutuan. Itu cita-cita majoriti umat Islam dan orang Melayu di Malaysia.

Lihat Wajah Mereka: Penantian, Harapan Dan Kesetiaan  
DS Ahmad Zahid Hamidi
Amalan sejak merdeka, Timbalan Perdana Menteri biasanya akan menjadi Perdana Menteri apabila seseorang Perdana Menteri melepaskan jawatannya. Maka, secara mudah, DS Zahid akan menjadi Perdana Menteri seandainya Perdana Menteri melepaskan jawatan.

Namun begitu, pada pandangan saya, DS Zahid perlu menjadi Timbalan Presiden UMNO terlebih dahulu. Apa yang berlaku sekarang agak unik dan luar dari kebiasaan.

Namun begitu, DS Najib betul dalam tindakan pentadiran di dalam Kerajaan, di mana kuasa melantik Timbalan Perdana Menteri terletak di tangan Perdana Menteri. Itu kuasa pregroratif siapa-siapa Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir sendiri mempunyai 4 Timbalan Perdana Menteri.

Begitu juga, DS Najib betul tindakannya di dalam parti UMNO tidak memecat TS Muhyiddin kerana itu jawatan politik yang ditentukan oleh ahli-ahli UMNO. 

Oleh yang demikian, sebagai Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid tidak mempunyai pilihan lain melainkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO pada masa akan datang. 

Ketika DS Zahid mempengerusikan satu mesyuarat di Kementah dahulu (2011), beliau menghadiahkan saya sebuah buku bacaan yassin yang saya masih gunakan sehingga ke hari ini.

Bagaimana pilihan anda?

Selamat Berhujung Minggu.



  

  

PERTEMUAN NAJIB-HADI: KOMEN RAKYAT MALAYSIA DI AMERIKA SYARIKAT

on Friday, December 18

PERTEMUAN atau disebut bibit-bibit Perpaduan UMNO-PAS yang ditunjukkan semasa Majlis Multaqa Alumni Al-Azhar semalam telah membelah sinar Bahagia di atas langit Malaysia. Umat Islam bersyukur melihat dua pemimpin besar umat Islam dan orang Melayu di Malaysia bergandingan, bersatu padu dan berekonsiliasi. 

Namun, percayalah musuh-musuh Islam tidak akan gembira dengan gandingan ini. Memang sudah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa musuh-musuh Islam tidak akan redha, tidak akan gembira dan tidak akan membenarkan perpaduan seperti ini berlaku.

Lihatlah wajah tenang, bahagia dan syahdu kedua-dua mereka. Lihatlah kegembiraan TG Hj Hadi, Lihatlah Keikhlasan DS Najib. Lihatlah kedua-dua wajah mereka berseri-seri, bercahaya kerana telah bertemu Persaudaraan Islam, telah bersemuka Ukhuwah, telah bertemu titik persefahaman. Maka akan berterusanlah bibit-bibit persaudaraan ini bertambah semakin kukuh di masa hadapan.
Lihatlah dengan mata hati, Lihatlah dengan kegembiraan, Lihatlah Kebahagian ini.

Namun begitu, apakah kamu fikir orang-orang kafir akan gembira dengan Perpaduan dan Persaudaraan umat Islam? Adakah kamu menyangka orang-orang kafir akan berdiam diri? Lihatlah Hj. Hadi dituduh, diburuk-burukkan dan dihina sedemikian rupa di atas? Lihatlah pula kedua-dua wajah pemimpin Islam di bawah, walau mereka tahu akan muncul hina cerca ke atas mereka, namun begitu pertemuan diteruskan, perpaduan diteruskan. Sesungguhnya, benarlah firman  SWT bahawa orang-orang kafir tidak akan redha ke atas kalian sehingga kalian menuruti kehendaknya !

Hj Hadi dan DS Najib berjalan seiringan memasuki dewan. Islam itu seiringan. Mereka bergandingan. Islam itu bergandingan. Mereka bersatu. Islam itu bersatu. Apakah kamu tidak gembira?

DS Najib berucap dengan tenang. Itulah Islam, agama yang penuh dengan ketenangan.
TG Hj. Hadi juga berucap dengan tenang dan meyakinkan. Islam itu agama keyakinan yang penuh dengan keyakinan. Perpaduan itu adalah salahsatu keyakinan.

Alhamdulillah. Takbir Takbir Takbir !

Al-Azharri Siddiq,
University City,
Philadelphia, Pennyslavania,
Amerika Syarikat.

17 Disember, 2015.

TUN DR MAHATHIR DI MATA KERAJAAN

on Tuesday, December 15

Negarawan Tetap Negarawan


Saya tidak pasti samada Tun Dr Mahathir menyedari atau tidak bahawa apa yang berlaku di dalam UMNO dan apa yang bergerak di dalam kerajaan adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Kita di dalam kerajaan masih mengekalkan profesionalisme good governance menjayakan dasar-dasar kerajaan sejak dahulu hinggalah sekarang. Hanya sesetengah tidak begitu selesa dengan apa yang berlaku kepada parti politik pemerintah khususnya konflik kepimpinan dalam parti UMNO. Namun, fokus di dalam kerajaan tidak pernah lari.

Di dalam kerajaan sendiri, saya tidak pernah mendengar apa-apa arahan, atau apa-apa pekeliling untuk menolak jemputan ke atas Tun Dr. Mahathir. Tidak ada arahan untuk memulaukan Tun Dr. Mahathir sama ada secara bersurat atau pun lisan. Arahan yang biasa diberikan adalah semua anggota kerajaan mesti fokus kepada kerja kerana harapan rakyat semakin tinggi kepada Kerajaan. 

Pada hari ini, apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan seharian, hatta kereta pancit, roti canai semakin kecil malah sehingga perkara sekecil tahi gigi pun akan dipersalahkan kerajaan. Jika sesebuah jabatan kerajaan tidak mempunyai pasukan siber untuk menjawabnya 'on the spot' maka keseluruhan kerajaan akan menjadi mangsa. Paling terok akan kena adalah sesiapa sahaja yang akan menjadi Perdana Menteri. 

Barangkali apabila Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri, baharulah semua akan berhenti mengkritik kerana di Pulau Pinang hari ini Lim Guan Eng sangat-sangat selesa, aman dan damai!

Tidak ada arahan supaya dewan dan kompleks kerajaan ditutup jika Tun Dr. Mahathir mempunyai acara. Apa yang berlaku sebenarnya ialah kebanyakan acara-acara yang melibatkan Tun Dr. Mahathir dianjurkan oleh parti politik dan NGO. Di dalam hal ini, sudah tentulah pentadbiran kompleks mempunyai peraturan-peraturan biasa yang mesti dipatuhi.

Sekiranya sesuatu acara itu dianjurkan oleh jabatan kerajaan atau badan berkanun kerajaan, wakil kerajaan samada Menteri, Timbalan Menteri atau Ketua-Ketua Kerajaan di bawah bidang tugas masing-masing tetap akan hadir bersama-sama Tun Dr. Mahathir. Persepsi pasti akan timbul tetapi mereka meletaknya di belakang. 

Sebelum Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, saya mendapati portal-portal pembangkang memainkan sentimen kononnya Tun Dr. Mahathir dihalang hadir, kononnya Tun Dr. Mahathir belum pasti hadir dan sebagainya. Walhal, sebagaimana setiap tahun, semua mantan pemimpin UMNO apatah lagi mantan Presiden UMNO dijemput secara formal. Yang bising sangat pun media udara sahaja.

Begitu juga blog Tun Dr. Mahathir, tidak ada arahan kepada SKMM atau kepada pihak berkuasa untuk menutup blog Chedet. Jika Kerajaan mahu melakukannya, hanya dengan sekali click sahaja. Tetapi, kerajaan yang ada hari ini bukan jenis seperti itu.

Tun Dr. Mahathir masih bebas untuk menyatakan pandangannya. Kerajaan amat menghormatinya. Perdana Menteri berusaha untuk tidak menyakiti hati Tun Dr. Mahathir, dan pada masa yang sama Perdana Menteri masih mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan tugas-tugasnya.

Bukti
Adakah anda ada melihat di mana-mana dewan kerajaan, kompleks kerajaan atau mana-mana venue terpampang arahan tidak membenarkan acara melibatkan Tun Dr. Mahathir?

Kedua, adakah anda pernah membaca arahan daripada mana-mana jabatan supaya menghalang kehadiran Tun Dr. Mahathir di dalam majlis-majlis kerajaan?

Sebabnya mudah, kerana Kerajaan tidak pernah melupakan jasa-jasa Tun Dr Mahathir yang sangat bernilai kepada agama, bangsa dan negara kita. Kebisingan atau kepekaan Tun Dr Mahathir dengan pena dan kata-kata adalah perkara biasa, kerana Tun Dr Mahathir sejak awal 1940an sememangnya tidak pernah berdiam diri. Bacalah riwayat Tun Dr. Mahathir. Anda tidak akan berjaya menghalang Tun Dr. Mahathir menulis dan memuntahkan ideanya di atas kertas. 

Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah. Dari segi politik, Pak Lah seorang yang tenang, tidak bersifat keras dan mempunyai latarbelakang agama yang menjadikan diri Pak Lah lebih lembut, steady dan memelihara negarawanisme dalam dirinya.

Jatuh Menjatuh 
Perbuatan jatuh-menjatuh di dalam politik yang berskala besar seperti UMNO itu perkara biasa kerana mereka melihat banyak opportunities di dalam parti itu. Seorang bekas Menteri Besar pernah berkata, di dalam UMNO mereka sangat mahir jatuh-menjatuhkan sesama mereka. Mereka cuma tidak mahir menjatuhkan musuh di luar UMNO.

Begitu jugalah berpecah dan berpisah di dalam PAS juga perkara biasa. Kerana kedua-dua parti ini (UMNO dan PAS) mengamalkan demokrasi. Berbezalah dengan DAP, jika anda mengkritik kepimpinan DAP, anda akan menerima nasib malang sebagaimana mereka yang telah mengalaminya.

Konflik etnik (DKK, DKA, DKM)* dan kenegaraan (Politik dan Kerajaan)** nampaknya sedang berjalan di hadapan kita. Ciri-ciri inilah yang menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka dahulu! Melayu Mudah Lupa.


*Buku Kebudayaan Melayu oleh Budayawan A. Samad Ahmad. (1990)


**Malaysian Politics and Government oleh Profesor Jayum Jawan. (2003)
-----------------------------------------------------------
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan